Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Polis mula tembak gas pemedih mata ! banyak premis tutup termasuk rumah ibadat, setakat ini lebih 200 orang di tangkap

MACAM AYAM DAGING ....

Salam,

PENGANJUR TUNJUK PERASAAN ANTI ISA BODOH ?

Apa maknanya jika yang hadir nak tunjuk perasaan itu ramai yang kena tangkap sebelum upacara march berlangsung, mereka yang di tangkap pula macam ayam daging, tak ada semangat langsung dan kekawan pula bila nampak ada yang di tangkap depa dok perhati je, wakil penganjur tak nampak muka, arahan bila nak di tangkap ayam-ayam tu nak buat apa tidak pula di terangkan sebab itu ramai yang kena tangkap dan bagaikan ayam daging

SEMUA INI PENGANJUR WAJIB DI SALAHKAN KERANA BODOH, BAYANGKAN JIKA KITA DI TANGKAP SEBELUM PERANG ! CERDIK ATAUPUN BODOH !

BERADA DI ATAS BANGUNAN DAN PAKAI TEROPONG KUASA TINGGI HI HI HI

MUSUH JADI KAWAN .....

Salam,

Dalam sebuah lori polis mereka yang di tangkap dan di sumbatkan kedalamnya ada yang anti ISA dan ada yang pro ISA akhirnya mereka berbaik-baik di dalam lori tersebut dan jadi kawan yang akhirnya semua jadi anti ISA, inilah yang di katakan setiap sesuatu itu ada hikmahnya

TANGKAPAN MENINGKAT 67 ORANG

POLIS MULA TANGKAP ....

Salam,

Polis mula tangkap yang di syaki nak sertai perhimpunan anti ISA, hampir seramai 40 orang telah di tangkap di sekitar Masjid Negara dan stesen KL Central pada pagi ini dan akan lebih ramai lagi akan di tangkap, dan Pak Karamu fikir inilah punca pergaduhan akan berlaku

POLIS MULA TUGAS TAHAN ........

Salam,

Polis mula tahan orang yang di syaki akan menyertai perhimpunan anti ISA, huh ! lucunyaaaaa ! SB mula tanya " kamu nak pergi mana ? "Sayo nak jalang-jalang ! MU sapo ? taka jawab, mu SB ? tak jawab ? Ambo date nih nak tunjuk sokong ISA ! SB belah beredar

Selang 15 minit jumpa lagi orang bertanya, encik nak kemana ? Saya punya pasallah ! kamu jaga pungkok oghang ka ! hi hi hi nampaknya sekarang ini ramai yang dah kenal polis yang berpakaian beragam-ragam ni, sementara polis yang berunifom tengok je

Selamat bertugas datuk-datuk !

KUALA LUMPUR BANJIR POLIS

Salam,

Bandar Kuala Lumpur telah di banjiri polis sejak subuh tadi, mereka terdiri dari polis biasa, polis tak biasa abang-abang SB yang bertaburan FRU yang bersiap sedia dengan muka yang cengih, polis yang keluar dari utanpun ada dan berbagai-bagai jenama semuanya ada demi untuk bertugas yang berbagai-bagai tugas jenama

Pakaian polis ni biasa la ada pakai songkok lebai, ada yang pakai macam PAS,PKR DAP,GERAKAN MIC ,MCA Huh ! yang pakai saripun ada, ada juga terjumpa wanita yang seksa tapi dia punya buah halkum terserlah indah, huh ! bagus juga tunjuk perasaan nih dapat tengok berbagai-bagai pakaian beragam dan lakunan, huh ! ala kita tahu jantan betina ikan dalam ayaq ni

UKM JADI MARKAS UMNO ?

Salam,

PROGRAM UMNO DI UKM ADALAH PERKARA BIASA DAN MEMANG UKM TU DAH JADI SARANG UMNO, HERANKAH ?

PERMATANG PASIR UBN LAWAN PAS

Salam,

UMNO akan menentang PAS di Permatang Pasir Pulau Pinang dalam satu pilihanraya kecil ekoran BELANSUNGKAWA ADUN di situ pada awal pagi tadi, UMNO tidak berani nak lawan PKR pada pilihanraya kecil Penanti akan tetapi dia hanya berani dengan PAS saja

UMNO menganggap PAS lemah dan PKR kuat sebab itu dia tak berani lawan PKR lagipun PKR adalah dari UMNO yang faham sangat dengan tipu muslihat UMNO, sementara PAS ni masih lagi di anggap oleh UMNO parti Tol Lebai dan mereka boleh makan

Nanti kita dengarlah apa janji UMNO pula, mungkin jambatan kedua Pulau Pinang pula yang jadi modal macam Manik Urai yang di janjikan dengan pembenaan jambatan dan juga ada rasuah DUIT dan UMNO berjaya mengurangkan majority PAS dengan banyaknya

Ok selamat berperang UMNO dan PAS

BANYAK SEKATAN JALANRAYA .....

SALAM,

BANYAK SEKATAN JALANRAYA DI ADAKAN MENUJU KE KUALA LUMPUR SEMPENA TUNJUK PERASAAN ANTI ISA DI KUALA LUMPUR

LAGI PILIHANRAYA KECIL .. AL FATIHAH !

Salam,

BERITA TERKINI

GEMPAR LAGI PILIHANRAYA KECIL

Adun Permatang Pasir Dr Hamdan Abd Rahman telah meninggal dunia di IJN KL awal pagi hari ini jenazah akan di semadikan di P,Pinang

CeciBo: PENYESALAN KARTIKA

CeciBo: PENYESALAN KARTIKA

APAKAH NIAT ADAKAN ISA ?

Salam,

Apakah niat kerajaan ujudkan ISA ? Apakah niat untuk mempertahankan ISA ? Apakah ISA mengikut tamadun manusia ? Apakah ISA sesuai untuk di teruskan ? Untuk muslihat apa ? Semua ini wajib di jawab oleh manusia yang ada agama dan akal, jangan pakai otak

Apakah ISA ini untuk menjaga kepentingan negara ? bangsa ? kuasa politik ? Keluarga ? harta benda ? tanah air ? Tidakkah agama itu mengatasi segala kepentingan yang menjurus kepada keadilan, ketelusan,keharmonian, keamanan, kesejahteraan dan sebagainya

Adalah tidak di nafikan bahawa kepentingan negara di suruh oleh agama, kasih kepada bangsa di suruh oleh agama, bersiasah adalah di suruh oleh agama, kecintaan kepada keluarga di suruh oleh agama, mempertahankan harta benda di suruh oleh agama, mempertahankan tanah air adalah tuntutan agama demikianlah penilaian agama terhadap perkara yang di atas akan tetapi dasar kecintaan kepada semua di atas ialah agama Islam (Way of life)

Apabila islam menjadi kemuncak di dalam hati seseorang itu dengan keimanan yang kokoh tanpa melibatkan apa-apa cara kezaliman di dalamnya maka benarlah islam itu dan benarlah agama itu. Apakah selepas islam yang bersifat demikian akan ada lagi yang lebih baik selain daripadanya sehingga di ujudkan ISA ? Orang melayu bangga dengan islam akan tetapi mengapa islam atau sistemnya di pinggirkan ? Apakah mereka tidak yakin ?

Ingatlah wahai orang melayu ! Yang bijak bistari, Yang berkuasa ! bahawa yang menyelamatkan bangsa bukannya bangsa, yang menyelamatkan tanah air bukan tanah air, yang menyelamatkan harta bukan harta, yang menyelamatkan keluarga bukanlah keluarga, yang menyelamatkan politik bukan politik, yang menyelamatkan orang melayu bukan orang melayu dan yang menyelamatkan semua itu adalah Islam selain dari Islam adalah tidak benar, iaitu islam yang berpandukan La Illaha Illallah Muhammadarrasullullah ertinya kembalilah kepada Allah dan RasulNya

Orang-orang yang membuat pengakuan bahawa mereka ujudkan ISA kerana mahu mempertahankan tanah air , bangsa, negara, politik, kaum keluarga, harta benda dan sebagainya dengan membelakangkan islam pada dasarnya adalah pengkhianat kepada agama kerana tidak menjadikan agama itu sebagai dasar kepada semua yang di pertahankan dan yang di cintai

Bukankah baru-baru ini Perdana menteri kita ada menyebut di dalam siaran TV3 yang mengambil petikan dari firman Allah yang bermaksud " Jika kamu tidak menyukai kepada sesuatu kaum maka janganlah kamu melakukan kezaliman, Eh ! apa ni ? Bukankah ISA itu sistem yang zalim ! la cakap tak serupa bikin rupanya, Dr Redhuan Tee tolong cek tengok, jangan buat kenyataan sedap mulut je, awak tu ubun-ubun masih lembik dalam percaturan politik







1 OGOS DI TERUSKAN

Salam,

Mungkinkah 1 Ogos 09 menjadi sejarah di dalam negara ? MUngkinkah ramai yang akan hadir untuk tunjuk perasaan ANTI ISA ? Semuanya akan terjawab pada hari tersebut

Polis sudah berikan amaran jangan buat tunjuk perasaan anti ISA akan tetapi penganjur tetap juga hendak adakan demi demokrasi tidak mati di dalam negara, garis panduan telah di edarkan supaya tiada berlaku kekecohan pada hari tersebut dan pehak penganjur juga telah memohon kepada polis supaya memberikan kerjasama

Demokrasi membenarkan perasaan rakyat di pertontonkan supaya negara tidak di lihat sebagai sebuah negara otokrasi yang boleh terjejas pada pandangan mata dunia luar, demokrasi adalah atas acuan yang di amalkan oleh negara sendiri dan rakyat mengikut saja sistem demokrasi itu akan tetapi apabila amalan demokrasi itu hendak di amalkan oleh rakyat maka tidaklah patut ianya di halang oleh mana-mana pehak yang terdapat di dalam negara

Bolehlah saya katakan di sini sebagai "Bukan salah ibu mengandung akan tetapi salah badan yang buruk pinta" Demokrasi boleh di terima secara terbuka di negara ini namun apabila ada satu sistem (ISA) yang di anggap berfaedah kepada kerajaan akan tetapi apabila ia di lihat menjejaskan amalan demokrasi maka tentulah rakyat akan bangun untuk memperbetulkannya supaya kerajaan tidak berlaku terus menzalimi demokrasi

Rakyat tahu apa itu demokrasi yang di perkenalkan oleh kerajaan, dan rakyat tahu juga apa itu ISA yang di anjurkan oleh kerajaan juga, kedua-dua sistem ini di lihat oleh kerajaan memberikan faedah kepada mereka, demikian juga pada pandangan rakyat di negara ini yang melihat kedua-dua sistem ini bercanggah diantara satu dengan yang lain maka rakyat akan bangun untuk memperbetulkannya demi demokrasi juga rasanya ia tidak salah

Pehak keselamatan memandang tunjuk perasaan ini sebagai membosankan dan memenatkan mereka kerana rosaknya sistem demokrasi tersebut namun apa yang mereka boleh buat kerana tugas mereka adalah "POLIS SEDIA BERKHIDMAT" dan moto inilah yang memenatkan tugas mereka oleh sistem yang berkecelaru yang di ujudkan oleh kerajaan sendiri, pehak keselamatan tidak boleh nak salahkan para tunjuk perasaan kerana itu tugas rakyat untuk memperbetulkan demokrasi di dalam negara

Pehak keselamatan boleh menegur sistem demokrasi yang telah di jejaskan oleh ISA namun tiada siapa yang berani nak kemukakan hal ini dengan kerajaan kerana mungkin mereka pula nanti di peringatkan oleh orang yang berkepentingan supaya pehak keselamatan melihat dan memahami moto yang mereka junjung ertinya jangan cakap buat saja apa yang di perintah lalu mereka tutup mulut dan menikus, apa yang kita tak mahu dengar ialah pehak keselamatan melepaskan geram mereka kepada kerajaan lalu mensasarkannya pula kepada orang ramai

ZALIMKAH ISA ?

Mengikut sistem demokrasi ISA adalah zalim iaitu tahan tanpa perbicaraan, ikut undang-undang apapun ianya tetap zalim dan tidak bertamadun, apakah sistem ini sesuai berada di dalam sebuah negara demokrasi yang mempunyai pasukkan keselamatan yang canggih, menteri dalam negeri yang canggih, mahkamah yang canggih, pendakwa raya atau pun tak raya yang canggih, perisik yang canggih dan semuanya serba canggih akan tetapi mengapa tak gunakan yang canggih itu dan zalaim juga yang menjadi pilihan ?

Semua orang tahu bahawa sistem ISA adalah untuk menyelamatkan sesebuah kerajaan secara mudah dan berkesan akan tetapi ianya bersifat zalim dan tidak dapat di terima oleh akal yang waras demi keadilan juga keselamatan terhadap rakyat dan negara, yang terbaiknya ikutlah demokrasi yang di cipta oleh kerajaan sendiri dan jangan bubuh titik hitam pada sistem demokrasi tersebut dan berlaku ikhlaslah dalam masalah ISA ini

RAMPASAN DADAH, DATO' ANTARA DI TANGKAP ?

Salam,

Dato' di antara 7 orang yang di tangkap kerana dadah, pening juga kepala nak fikirkan bagaimana seorang berpangkat Dato' sanggup buat kerja terkutuk ni, Dato' adalah orang yang di segani dan terhormat di dalam masyarakat, mengapa dia sanggup buat kerja terkutuk ?

Yang menjadi masalahnya pula ialah pengguna kepada dadah ini adalah orang melayu sendiri, adakah mereka ini nak hapuskan orang melayu atau nak bagi melingkup orang melayu ? Nampak berita ini macam ada rancangan besar untuk hapuskan melayu

Sejarah telah terbukti bahawa kalahnya kuasa besar Amerika di dalam peperangan di Vietnam ialah kerana tentera Amerika terlalu ramai di suap dengan dadah, ini bererti dadah dapat mengalahkan kuasa ketenteraan yang kuat dan canggih

Di negara Malaysia perkara dadah ini sudah macam suatu perkara yang biasa, pemerintah walaupun bekerja keras untuk membendungnya akan tetapi ia tetap juga gagal, tangkapan demi tangkapan nampaknya tidak mengurangkan mengalirnya dadah ini

Barangkali agama saja yang dapat mengalahkan aliran dadah namun masalah agama di negara ini nampaknya semakin luntur kerana kegagalan orang agama memperkenalkan masalah akidah yang semakin hapus pada ingatan masyarakat di Malaysia

Kebangkitan bahaya dadah sudah menyamai kelunturan agama dalam kehidupan masyarakat, nampaknya kerja membasmi dadah semakin sia-sia dan mustahil dapat di bendung kerana adanya orang seperti Dato' di atas dan Dato' di atas nampaknya tidak langsung menghargai kurniaan dari pemerintah kepada mereka seolah-olah mereka merendahkan darjat pengurnia nya dan memalukan Dato'-dato' yang lain

KELANTAN KELUAR MALAYSIA ?

Salam,

Ada pandangan Kelantan memohon keluar dari Malaysia sebab tak dapat royalty gas, sebab kerajaan pusat anak titikan Kelantan, jikamacam tu nanti UMNO akan mati kat negeri itu dan semua orang luar nak masuk Kelantan kena buat pasport antarabangsa hu hu hu

Apakah pandangan ini mustahil berlaku ? Jawabnya tidak mustahil berlaku sebab banyak negara luar yang sedang tuntut demikian kerana berlaku ketidak adilan bukan kerana semata-mata mahu kuasa, kerajaan Kelantan mahu isu royalty di bincang secara persaudaraan akan tetapi jika gagal maka isu ini akan di bawa ke mahkamah antarabangsa

Andainya mahkamah antarabangsa juga gagal maka Kelantan mungkin akan bawa isu keluar Malaysia kepada mahkamah antarabangsa, kalau gagal juga nak buat macam mana ? Tidak mungkin kerajaan puasat benarkan hal yang sebegini sebab ia akan mengundang huruhara dan contoh mungkin boleh di ambil dari negera di utara negera itu

Isu Kelantan nak keluar Malaysia sudah lama kedengaran dulu, pun atas sebab ketidak adilan, baru baru ini menteri dari Kelantan yang bermazhab UMNO bagitahu bahawa Kerajaan Pusat dah peruntukan lebih 7 billion untuk Kelantan, nak apa lagi ? Sebenarnya peruntukan itu tak nampakpun dan tak ujud samasekali sebab kerajaan negeri tidak di amanahkan dengan peruntukan sejumlah itu

Kerajaan pusat hanya berikan kepada pegawai kerajaan persekutuan yang terdapat di Kelantan ertinya kerajaan Kelantan tak tahu apa, ia macam UMNO memberikan memperuntukkan dengan UMNO juga (jika ada) sebab itu peruntukan tersebut tidak boleh di percayai langsung dan kerajaan negeri berhak kata tidak tahu sebab masalah negeri hanya di bahu kerajaan yang memerintah negeri akan tetapi orang yang tidak menmerintah pula yang macan pemerintah, ini sudah macam memperbodohkan kerajaan negeri

Kerajaan negeri macam di perbodohkan oleh kerajaan pusat sebab pusat tidak percaya dengan kerajaan negeri takut peruntukkan tersebut di bahagi-bahagikan sesama mereka, mereka menganggap kerajaan negeri ni macam tak pernah dapat harta banyak atau salah gunakan untuk pribadi dan parti atau kroni, jika sebab inilah yang di takuti maka kerajaan negeri elok tidak usah ambil tahu langsung, atau jawab saja tak tahu

Persoalannya bolehkah kerajaan Kelantan keluar dari Malaysia ? ikut undang-undang dan suara rakyat boleh, tapi agak sukar, pokoknya boleh ! sebab ada jalan mungki macam Singapore ?

ORANG LUAR NEGARA TANYA KELANTAN .....

Salam,

Orang luar negarapun sudah celik akal tanya Pak Karamu " Malaysia ada minyak macam middle east dan Kelantan itu di mana ? and Kelantan ada minyak ?

Orang-orang barat agaknya melihat bahawa kekayaan sesebuah negara yang kaya adalah kerana minyak lalu mereka bandingkan dengan negara timur tengah, mereka tanya Malaysia di mana kemudian tanya pula Kelantan di mana

Orang luar negara bila sebut pasal minyak mereka buka mata besar-besar kerana itu akan membahagiakan manusia kerana minyak juga di kenali sebagai black gold, namun lain pula ceritanya di Kelantan, rakyat Kelantan bila sebut pasal minyak ataupun Gas maka mereka buat tak tau sahaja sebab daya fikir mereka di lemahkan oleh pemimpin di negeri mereka sendiri sebab itu kita dapat lihat keputusan di Manik Urai mereka lihat pitih dari kertas dari melihar royalty minyak

Sekarang ni rakyat Kelantan yang ramai tinggal di merata tempat di luar Kelantan ada yang tidak tahu yang negeri mereka ada minyak dan gas sebab ada yang kata " Alah sebenarnya minyak tu hak Trengganu buke hak Kelantan demo saja nak buak bising dan tutup malu sebab PAS tak leh bangun Kelantan " huh ! rakyat Kelantan yang jenis ni pun ada kesian mereka

Siapalah yang kecutkan kesedaran akal rakyat Kelantan nih ! Mustaffa Muhammad ? Katak ? atau ada di kalangan pemimpin UMNO dari rakyat Kelantan sendiri ? Nanti Awang Adik mungkin juga akan senada dengan Mustaffa Muhammad kerana dia UMNO walaupun dia menyokong tuntutan royalty itu, bukanlah mustahil dia akan di tutup mulut oleh UMNO demikian juga pemimpin UMNO Kelantan yang lain

KE MAHKAMAH ANTARA BANGSA

Salam,

JIKA MAHKAMAH MALAYSIA TAK BOLEH SELESAI MAKA ISU ROYALTY MINYAK KELANTAN KE MAHKAMAH ANTARABANGSA

MAU BAGI KE TAK MAU BAGI ? KALAU TAK MAU BAGI MAHKAMAH ANTARABANGSA BOLEH CAKAP

Maka berkatalah Tengku Razaligh " Kalau dia masih pengurusi petronas maka dia akan bayar Kelantan royalti 5 % DAN MASA tENGKU RAZALIGH JADI pENGURUSI PETRONAS GAS TAK PULA KELUAR, " sebab itulah perjanjian yang di meterai sejak dari awal, di katakan prjanjian itu sejak menteri Muhammad Nasir lagi, puh ! lama tu

Jika demikian perjanjiannya maka pusat kenalah bayar, kalau pusat tak mau bayar sebab apa ? Adakah pusat tak mau bayar sebab nanti Kelantan longgokkan wang royalty bagi faedah rakyat Kelantan kemudian rakyat akan terus kekalkan kerajaan PAS Kelantan ?

Terbukti jika kerajaan PAS yang memerintah maka wang royalty itu akan di agihkan seperti negeri Trengganu pada waktu Hadi Awang jadi MB yang mana rakyat akan merasa kenikmatan yang lebih dan kemiskinan akan berkurangan dan kerajaan PAS akan kekal memerintah akan tetapi setelah royalti di tarik balik maka kerajaan PAS tumbang hu hu hu

Bukanlah terlalu sukar untuk membaca perangai politik UMNO yang rakus dan tamak membelanjakan hak orang lain secara haram sementara rakyat Kelantan yang pandai sikit pula habis kena buli oleh orang UMNO pusat macam kerbau cucuk hidung sepatutnya orang Kelantan sedar akan politik UMNO pusat dan Kelantan ini

Orang Kelantan bukan tak ramai yang cerdik tapi rakyat Kelantan ni jenis mudah di pujuk rayu yang akhirnya pujuk rayu ini mengpapa kedanakan orang Kelantan sendiri, kesian rakyat Kelantan

TUNJUK PERASAAN DI TERUSKAN

Salam,

Walaupun polis tidak membenarkan tunjuk perasaan anti ISA akan tetapi tunjuk perasaan akan di teruskan juga, kita tengok apa bakal yang akan berlaku pada 1 Ogos ini, mungkin polis kata DEGIL ! akan tetapi niat nak teruskan itu wajib di teruskan sebab niat itu adalah perkara pokok ibadat, jadi tunjuk perasaan ini di antara liku hendak melaksanakan niat dan larangan polis nanti kita lihat mana yang menjadi keutamaan

SAH UMNO MURKA SAMA NIK AZIZ

Salam,

UMNO murka sama NIK AZIZ sebab suruh BN sebagai kerajaan pusat wajib bertanggung jawab kepada negeri di bawah tanggungjawabnya dalam pembangunan tertentu tapi bila Muhiden kata jangan runding lagi dengan NIK AZIZ itu tanda dia dah frust menungging ! Dan itulah tandanya UMNO masih tergila-gilakan PAS hu hu hu

UMNO MANUPULASI KENYATAAN NIK AZIZ

Salam,

Mursyidul 'am PAS tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan mahu bekerjasama dengan UMNO sebagaimana yang di laporkan oleh akhbar dan TV terutama Utusan Meloya yang selalu menjadikan pemikiran orang ramai menjadi keliru dan bingung, utusan Meloya ini selalu saja merosakkan pemikiran orang melayu, kerana lain yang di laporkan dan lain pula yang di keluarkannya

Apa yang Nik Aziz sebut lain pula yang di laporkannya seolah-olah Nik Aziz mahu menjilat kahak yang berwarna menghijau yang di ludahkannya, apa yang sebenarnya ialah Nik Aziz minta kerajaan BN yang memerintah negara menjalankan tugasnya sebagai pemerintah yang menjaga negeri di bawah pentadbirannya dalan soal pembangunan tertentu yang di pegang oleh kerajaan pusat dan jangan nak anak tirikan negeri-negeri yang tertentu di dalam negara Malaysia ini

Andainya Kerajaan BN sudah tidak lagi mampu menjadi pemerintah negara Malaysia secara adil maka bubarkan sahaja Parlimen dan adakan pilihanraya yang baru kalau nak tahu akibat kuasa rakyat buat masa kebelakangan ini, beranikah BN nak bubarkan parlimen ? hu hu hu tobat lahom tak berani, DUN Perakpun tak berani inikan pula nak bubar Parlimen, kalau dia berani itu tanda dia ada teloq kalau tidak mereka kena bangunkan Batang Berjuntai dan duduk kat sana, di sana tak payah ada teloqpun tak pe

BERGOLAK PERAK DAN SOGO

Salam,

Perak bergolak apabila bekas speaker PR di tahan Polis tak bagi masuk bangunan setiausha Kerajaan Negeri Perak, sebab ? tak tahu apa ! yang jelas sebab dia PR atau sebab dia kulit hitam ? atau sebab dia orang kerdil

Bergolak di Sogo sebab akan di adakan tunjuk perasaan anti ISA dan PRO Isa di adakan pada 1 Ogos 09 tunjuk perasaan masing-masing dengan keyakinannya, keyakinan ini akan mengatasi segala undang-undang

Orang tak suka ISA sebab di katakan ISA zalim, ikut undang-undang agamapun ia zalim, ikut undang-undang budayapun ianya zalaim, ikut undang-undang rimbapun ianya zalim, orang yang mahukan ISA di kekalkan adalah orang tak tahu erti zalim sebab mereka adalah orang Utan

Allah turunkan Quran kerana nak bagi tahu apa yang manusia boleh buat dan apa yang manusia tidak boleh buat, ertinya Quran itu adalah petunjuk dan tidak ada apa yang Allah tidak sentuh di dalamnya akan tetapi kerajaan tak mahu ikut Quran sebab Quran di katakan sudah out of date atau Quran itu tidak bagus, jika Quran bagus tentulah Kerajaan gunakan Quran untuk petunjuk

Orang yang memerintah semuanya pandai-pandai belaka, mereka sekolahpun tingi-tinggi tentulah mereka dapat bezakan yang mana betul dan yang mana tidak, agaknya tentulah mereka fikir Quran itu benar dan baik akan tetapi mereka tetap tidak boleh terima Quran, sebab apa ? Takuuuuuut ! kat Amerikaaaaaa ! atau barat, macam mereka takut dengan mak tiri dan Pak tiri mereka


ISU PERAK BERGOLAK SEMULA

Salam,

Isu Perak bergolak semula, macam nak bubar DUN tapi macam tarik tali sebab kekadang konfiden kekadang tak konfiden, jika rasa-rasa konfiden macam nak rak nak bubar DUN, bila tak konfiden senyap sepi macam babi kena tempak dengan peluru ubat pelali, kalau nak kira suasana politik sekarang DUN Perak tidak akan bubar sebab anggota MCA ramai yang akan undi PR demikian juga dengan ahli MIC dan di khabarkan Gerakan juga dah nak lari dari BN, so BN tinggal apa lagi kat Semenanjung nih ?

Demokasi kat Perak nih dah nak padam sebab orang Perak ni dah tak tahu nak buat macam mana, andainya orang Perak ada teloq maka mungkin tak jadi sebagaimana yang ada sekrang ini, bila ada mesyuarat maka ada yang boleh hadhir dan ada yang tak boleh hadhir sebab speaker ada yang halal dan ada yang haram, yang halal kena halau dan yang haram di terima pakai dengan baik sebab di sana ada sebab untuk mendapat keuntungan yang palsu

Orang Perak secara khususnya dah tak boleh terima undang-undang yang ada sebab undang-undang tidak pernah di serlahkan kewibawaannya, apa yang boleh di terima ialah kuasa yang bersultan di mata dan beraja di hati, bujur lalu melintang patah, yang bujur dan yang melintang tarafnya adalah sama sebab yang lalu itu tidak pernah mengenali yang bujur dan yang melintang kerana semuanya itu tiada di dalam istilah dan undang-undang

Orang UMNO sebut Pembangkang guna pakai undang-undang rimba ertinya undang-undang yang tidak bertamadun dan UMNO sudah tentu pakai undang-undang yang bertamadun, undang-undang inilah yang menyebabkan Nizar gagal di Mahkamah yang bertamadun itu ini kerana nizar datang dari Pembangkang yang menggunakan undang-undang yang tidak bertamadun, andainya selain dari Nizar yang datang dari BN maka di sana tidak ada istilag gagal sekalipun mereka tidak berada di pehak yang benar mengikut undang-undang

Allah menerangkan istilah undang-undang sebagai yahkum ataupun hukum, Allah juga bagitahu barang siapa yang tidak berhukum dengan hukumanNya mereka adalah kafir,zalim dan fasik, ketiga-tiga tuduhan ini datang daripada Allah sendiri, ini juga bererti jika undang-undang selain dari undang-undang Allah maka mereka adalah kafir dan jika mana-mana mahkamah yang tidak mengguna pakai hukum Tuhan maka mereka juga kafir dan di sinilah penilaian kita tentang hukum yang ada di dalam negara sama ada ia bersifat undang-undang rimba ataupun tidak


KERJASAMA ANTARA KERAJAAN

Salam,

Kerjasama di antara kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri tiada masalah, konsef ini samalah dengan perhubungan diplomatik di antara sebuah negara dengan negara yang lain, apa yang di hebohkan tentang kerjasama di antara negeri Kelantan yang di kuasai oleh PAS dan kerajaan pusat yang di terajui oleh BN seolah-olah ada ikatan yang menjurus di antara parti dengan parti adalah tidak sesuai kerana dasar yang tidak selaras di dalam dua kumpulan yang tiada hubungan kerjasama kepartian

Sepatutnya kerjasama yang di war-warkan bukan sekadar hanya di antara PAS dan BN akan tetapi ia hendaklah di perluaskan kepada negeri pakatan Rakyat yang lain yang di terajui oleh parti-parti di dalam Pakatan Rakyat, andainya hanya di war-warkan kepada hanya di negeri Kelantan sahaja maka ia kelihatan seperti ada udang di sebalik batu

TOLONG LA TENGKU HU HU HU .......

Salam,

BERITA TERGEMPAR DAN TERKINI .....

Wahai orang yang merayu ! NAFIKANLAH BERITA INI !

Hu,hu,hu,hu Tolong la jumpa Tengku Razaligh jangan la dia masuk PKR ! Kalau dia masuk PKR maka hancur lah BN hancur lah UMNO ! hu hu hu

Berita jui Meng masuk PKR yang mempunyai pengikut di sekitar 67 % ahli MCA secara senyap sudah menyakitkan BN dan melemahkan semangat UMNO, dan berita yang Tengku Razaligh nak menyertai PKR sudah memabukkan UMNO kerana UMNO akan hancur bagaikan kayu yang tegak tapi dalamnya sudah di makan anai-anai

Tengku Razaligh mungkin di katakan tidak ramai pengikut akan tetapi semangat UMNO terlalu banyak tersimpan di dalam pengaruhnya, jika tidak takkan ada sekumpulan orang separuh umur (yang mempunyai pengaruh dalam UMNO) yang merayu supaya janganlah masuk PKR, ha ! hangpa jangan nak tipu Pak Karamu

Depa dok kata lagi kalau Khairy Jamaluddin yang pimpin UMNO la ni tak pa la Tengku masuk PKR, so hangpa UMNO kaji la apa maksud depa nooooo !




NAK TAHU HUKUM BAKAR LILIN ....

Salam,

Isu yang di anggap sudahpun basi, ramai yang rujuk pada orang yang bijak pandai tentang hukum akan tetapi tiada jawapan, pada pandangan Pak Karamu kalau sekadar bakar lilin itu tak mengapa akan tetapi jika di kaitkan dengan sesuatu yang lain yang menjurus kepada yang haran maka ia tetap haram, kalau harus tetap harus dan seterusnya

Yang selalu tempat rujuk ialah kepada dewan ulama, kalau dewan ulama tidak boleh jawab maka dewan itu patutlah di dubarkan, jangan ujudnya sesuatu dewan itu berakhir dengan menyusahkan orang ramai dan jangan hampir pilihanraya baru nak aktif, bila tempuh pilihanraya masih lagi jauh maka kalian buat tak tahu saja segala masalah

Persoalannya bukan sebab bakar ataupun tidak bakar, akan tetapi ada yang nak tanya hukum tapi tak tahu halal ataupun haram, semua itu mudah saja macam Anuar punya orang yang bena patung dulu tu, yang penting bena dulu kemudian baru tanya hukum, dan yang ini bakar dulu kemudian baru tanya hukum

MENGAPA ETIKA EMAS DI SERBU SECARA SEMBRONO ?

Salam,

Malam semalam TV3 telah siarkan ETIKA EMAS BERNIAGA SECARA HARAM, kemudian di nafikan oleh Presiden ETIKA EMAS Saudara AMIN SUFIAN juga di TV3 demikian juga dalam dada-dada akhbar dalam negara kita

APAKAH TUDUHAN ?

Tuduhan mungkin juga ETIKA EMAS ini di syaki mengambil wang dari pembeli emas secara tidak sah atau ETIKA EMAS mengembangkan perniagaannya hasil dari sumber haram ? atau wang panas dan sebagainya

Bank Negara telah menjalankan tugasnya atas arahan ? Dan mereka menyerbu juga mungkin atas arahan, apa yang kita tahu dari TV3 ialah kerana ada aduan dari orang tertentu ,apa tujuan ? Inipun kita tak tahu, yang jelas ETIKA EMAS sebuah syarikat orang melayu yang beragama islam yang banyak membuat kerja amal dengan aktiviti derma kepada yang memerlukan termasuk golonganyang tidak bernasib baik

ETIKA EMAS beroperasi atas pengetahuan Bank Negara sendiri dan ETIKA EMAS juga berniaga dengan bermula hanya dengan 100 gram emas dan ketika mana memulakan perniagaan itu juga mereka bersarapan pagi, tengah hari,malam hanya dengan merendan mee maggi di dalam air sejok, demikian perjuangan ETIKA EMAS ini, dengan do'a restu yang sangat banyak maka ETIKA di kurniakan Allah dengan rezeki yang lebih, rezeki itu pula di salurkan pula kepada yang memerlukan, salahkah ?

ETIKA EMAS bertujuan hendak menolong orang melayu dan islam dan telah di laksanakan dengan tersangat prihatin sekali, ETIKA EMAS mahu melihat orang melayu Islam hidup sebagaimana bangsa yang maju hidup, tiada satupun mereka melanggar apa-apa akta yang di tetapkan oleh kerajaan dan jika ada buktikan ! apa yang di takuti ialah serbuan Bank Negara ini memungkinkan mereka mahu melihat MELAYU ISLAM AKAN HILANG DAN PAPA KENDANA DARI BUMINYA SENDIRI

Perbuatan Bank Negara menyerbu dengan cara yang mengejutkan rasanya kurang bijak kerana mereka sepatutnya mengintip dulu apa yang ETIKA EMAS buat bukan dengan cara gurilla, apa yang pasti ialah ETIKA EMAS sudah merasakan kerugian yang terlalu banyak dan besar, tindakan Bank Negara juga sudah melumpuhkan ETIKA EMAS, ertinya membunuh karier syarikat orang melayu yang beragama islam, TERIMA KASIH BANK NEGARA dan terima kasih juga kepada SEMUA YANG BERKAIT DENGAN BANK NEGARA

DI BAHU BANK NEGARA SEKARANG RAMAI YANG HIDUP TANPA PENDAPATAN

Bayangkan hasil dari serbuan ini, semua masyarakat sudah memandang serong dengan syarikat yang sudah dan akan membuat jasa kepada yang memerlukan, ETIKA EMAS sudah di hina bagaikan bertempat di longkang yang busuk, siapa yang harus menjernihkan balik ETIKA EMAS ini ? Tidak lain melainkan Bank Negara, ushakanlah jika kamu benar-benar mahu menolong orang melayu yang beragama islam

ETIKA EMAS tiada masalah jika Bank Negara mahu menyiasat dengan cara yang baik dan aman, ETIKA EMAS sedia bekerjasama walaupun bangun pada tengah malam yang buta akan tetapi mengapa kamu lakukan secara yang hendak membunuh syarikat ini ? INGATLAH !!! yang kamu lakukan ini adalah mereka yang terdiri dari bangsa kamu dan seagama dengan kamu, Apakah kamu tiada mempunyai perasaan !






MANUSIA SUKA JADI KELKATU ?

Salam,

SEMPERNA DENGAN ISRAK DAN MIKRAJ NABI

MANUSIA YANG SESAT SUKA JADI KELKATU

RASULLULLAH S.A.W CUBA NAK KELUARKAN MANUSIA SUPAYA JANGAN JADI KELKATU, DEMIKIANLAH SIFAT BAGINDA KERANA SAYANGKAN UMATNYA

Maksud firman Allah di dalam surah At Taubah ayat 128

" Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat rasa olehnya penderitaan kamu, dia sangat menginginkan keimanan dan keselamatan bagimu, dia sangat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin "

demikian sikap Rasullullah s.a.w terhadap umatnya yang di nyatakan oleh Allah di dalam surah di atas, bukan saja dia menanggung tugas yang amat berat akan tetapi dia lebih mengutamakan umatnya daripada diri dan keluarganya sendiri

Terlalu berat perasaan Baginda Rasullullah s.a.w melihat penderitaan yang di tanggung oleh umatnya, kadang-kadang penderitaan umatnya itu di tumpang oleh Baginda sendiri bahkan dialah yang lebih merasakan penderitaan tersebut dari penderitaan umatnya, dia mahukan umatnya selamat di dunia dan juga akhirat

Rasullullah pernah menyebut tentang nasib umatnya :

"Kamu semua laksana kelkatu yang menuju kearah api yang menyala dan membakar diri sendiri walaupun sudah ramai yang terbakar oleh api itu akan tetapi kelkatu itu masih lagi terbang menghala ke api untuk membakar dirinya "

Begitulah perangai kamu sehingga aku menghalang kamu supaya tidak menuju api dan kedua ibu dan bapa kamu mungkin untuk kebaikan dunia untuk sementara waktu akan tetapi aku cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan kamu di dunia dan akhirat dan menyelamatkan kamu dari bakaran api Neraka

Aku berharap kamu jangan lagi menuju ke arah api sepertimana kelkatu yang membinasakan diri, kembalilah kepada aku dan Tuhan yang menjadikan kita, jagalah akidah, jagalah agama, dan tentukan diri sendiri mengikut panduan daripada Allah, jangan kamu mencari dunia dengan cara yang haram, nasihat menasihatai di antara kamu adalah tuntutan agama

PAK KARAMU SAYA SUKA MERAH HI HI HI

Salam,

DAH AGAK DAH ! SIAPA DIA NIH ! "PAK KARAMU SAYA SUKA MERAH DAN SAYA UMNO, BILA LAGI KITA NAK BERSATU ?

Semalam saya di hubungi oleh seseorang yang menyatakan dia meluat dengan hijau, baru ni dia call lagi dia kata dia suka merah ! dan sebagaimana yang Pak Karamu jangka dia ni siapa dan ajak pula bersatu, alah ! siapalah Pak Karamu, hanya bekas calon seorang ahli Parlimen je

PAK KARAMU NAK TERANGKAN SIKIT LAGI PASAL HIJAU NIH !

HIJAU, HIJAU,HIJAU,HIJAU,HIJAU,HIJAU !!! WARNA PAKAIAN AHLI SYURGA !
(Surah Al Insan ayat 21)

Ternyata orang yang call Pak Karamu tu adalah orang UMNO, dia seorang pensyarah di sebuah Kolej Universiti ......... tempat Pak Karamu berikan kuliyah hi hi hi ! Oooooo ! kamu ye ! tak pe, tak pe ! ni nak bagi tahu kat hang nih !

Hijau adalah warna pilihan Allah s.w.t bagi penduduk syurga ! hebat warna tu, sehingga Allah memilih warna pakaian untuk ahli syurga sebagaimana yang Allah tetapkan warna itu di dalam Al Insan ayat 21, apakah ada di antara manusia yang nak bantah bahawa warna itu sebagai warna yang di anggap meluat (tak suka,getik dll) ?

Apakah yang akan jadi jika warna semua pokok-pokok yang ada di sekeliling kita ni semuanya MERAH ? Jawab sendirilah !

Merah itu lambang siapa ? Merah itu api, Api tu amarah, Api pada manusia darah, Api tu asal keturunan Jin, setiap manusia ada Jin yang bernama qarin, api itu panas, panas itu neraka, nafikanlah ! cubalah lu tanya sama Fdhilah Kamsah, kalau tanya Tuhan lu belum lagi kenal Tuhan beb !!! suruh datang kuliah saya tak mau ! Akibat ! akibat ! cuba-cubalah buka quran beb !

TENGAH BUAT ENTRY NI, EH ! CALL LAGI ?

Hallo ! ustaz ke tu ! Eh kalau you telephone no saya tentulah saya yang angkat, alah nak tanya sikit je ! Ok , apa nak tanya ? Ni ha ! pokok limau ni daunnya tak mau hijau, kuning je ! Pak Karamu jawab " agaknya daun limau you tu nak jadi merah la tu ! lepas kuning dia pasti akan jadi merah sebab tuannya suka merah ! merah dan kuning adalah lambang Yahudi dan Nasrani, Eh ! terlupa lak nak terangkan you ni dah suka hijau lak ! alah Pak Karamu ni nak perli pula, ala tak de lah ! cuma nak bagi tahunya cari la baja kompos !

Pak Karamu baja tu mahal ke ? Alah murah je ! akhir berbicara tu Pak Karamu tanya dia " La ni hang suka hijau ke ataupun merah ! hijau la !!!!! terus dia letak taliphone ! dalam hati Pak Karanmu Ha dapat kauuuuu !!!













PAK KARAMU ! SAYA MELUAT HIJAU !

Salam,

Tetiba ada orang call Pak Karamu menyatakan bahawa dia meluat dan menyampah dengan warna hijau !

Pak Karamu tetiba menjadi terkejut dengan keterangan si pemanggil tersebut, saya bertanya kepadanya " Apa halnya dengan awak ni ! " Dia menjawab memang saya tak suka sangat-sangat dengan warna itu ! Pak Karamu bertanya " Kenapa ? dia menjawab entahlah ! tapi saya sukakan warna merah, merah darah merpati

Pak Karamu hairan dan sepontan menjawabnya begini " Bukankah lampu di Trafik Light yang merah tu bahaya dan yang hijau tu selamat ! Dia jawab "tahu tapi entahlah ! " kelohnya, kemudian Pak Karamu terangkan kepadanya bahawa siapa yang tak suka warna hijau maka dia tak akan masuk syurga, dan yang sukakan merah itu adalah penghuni Neraka, jawabnya Hish !!!! mengarutlah ! kemudian Pak Karamu membacakan firman Allah

" 'Aliyahum siyabu sunudsin khudhrun wa is tabroqun ........ "
Maksudnya: Mereka di dalam syurga memakai pakaian hijau yang di perbuat dari sutra halus dan sutra tebal (yang bertekad) ...... Al Insan ayat 21

Kemudian dia terdiam dan putus berhubung ......

TIDAK BERIMAN SELAGI TIDAK DI UJI

Salam,

Negeri yang banyak menghadapi masalah di dalam Negara Malaysia ialah Penang,Perak,Kedah Kelantan dan Selangor, negeri ini banyak berlaku kekecohan oleh agent-agent UMNO dan BN yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan tersebut

Mereka UMNO/BN memang kelihatan tidak ada apa-apa dalam masalah kekecohan ini akan tetapi bau mereka cepat terhidu sejak dari dulu lagi, sebagai contoh jika orang UMNO ataupun SB-Sb memakai kopiah putih maka mereka cukup mudah di hidu sebab bau mereka adalah berbau UMNO

Masalah huruhara di negeri yang di perintah oleh PR akan terus berlangsung sehingga kerajaan PR tumbang seperti di Perak, apabila Perak tumbang maka cepat-cepatlah UMNO meluru jumpa sultan dan sultan pula adalah mesra rakyat maka terjerumuslah kerajaan PR

Agen-agen UBN ini sebenarnya tersangat banyak, boleh di katakan semua agency kerajaan menjadi agen-agen UMNO sebab itu kita kena berhati-hati dengan agency kerajaan ini walaupun mereka ini terdiri adik beradik kita atau emah bapa kita sendiri

HUH ! MACAM ADEGAN FILM PULAK !

Salam,

KEMATIAN SETPOL EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR MACAM CERITA FILEM PAK, FILEH HIDUSTAN, FILEM BARAT ! HI HI HI, BAB NI TAK BOLEH CAKAP BANYAK SEBAB MISTRINYA HEBAT BENER ! BIKIN AJA APA YANG PATUT !

PAS PERLU SATU SUARA ......

Salam,

Kemenangan tipis PAS di pilihanraya Manik Urai adalah satu amaran daripada rakyat di negara ini, kemerosotan jumlah undi lebih 500% pada pilihanraya di Manik Urai adalah pertanda bahawa PAS mula di tolak oleh rakyat sekalipun PAS menang

Pak Karamu fikir terlalu banyak kesilapan PAS yang telah di nilai oleh rakyat di negara ini terutana ketidak selarasnya dasar perjuang yang di bawa oleh pucuk pimpinan sehingga rakyat menjadi terkeliru dengan perjuangan mereka

PAS yang berada di dalam Pakatan Rakyatpun nampaknya tidak merasa selesa kerana dasarnya sentiasa di sentuh oleh rakan di dalam Pakatan sendiri ini menunjukkan bahawa PAS kelihatan lemah untuk bergerak dengan selesa

Sering berlaku sikap dendan mendendami di antara ahli di dalam Pakatan Rakyat yang berpunca dari isu yang remeh temeh kemudian isu itu di perbesar-besarkan sehingga rakyat melihat seolah-olah Pakatan longgar dan tidak berupaya untuk memperjuangkan dasarnya dan ini sebenarnya yang telah di nilai oleh rakyat

PAS yang mempunyai dasar yang di tuntut oleh Allah s.w.t untuk di laksanakan di dalam negara ini kelihata tersangat lemah untuk di fahami oleh rakyat kerana penyampaiannya tersangat terhad dan cara penyampaiannya berbeza-beza

Di kalangan ahli PAS pula ada yang menunjukkan sikap yang tidak sihat kerana sikap kesombongannya terhadap orang ramai, sikap ini bukan sahaja terhadap orang ramai akan tetapi di kalangan ahli di dalam PAS sendiripun ianya di lakukan

Merasakan PAS adalah satu kuasa penentu kalah menangnya dalam sesebuah kerajaan atau sesuatu kemenangan maka ia di lihat sebagai sikap kebencian rakyat terhadap parti itu seolah-olah PAS lah yang menyebab kalah dan menangnya sesuatu keputusan tersebut

Ketidak sefahamannya di antara pucuk pimpinan di dalam PAS juga menunjukkan sikap pucuk pimpinan itu di nilai oleh rakyat sebagai satu kelemahan perjuangan mereka dan jalinan ketidak sefahaman ini jika berlaku berterusan maka PAS akan di pinggirkan lebih awal

Di antara ahli PAS pada pucuk pimpinan dan ahli biasapun ada dikalangan mereka yang ragu meragui di antara mereka, ini menyebabkan orang ramai menilai dengan laju perjuangan dan dasar mereka yang akhirnya rakyat menyampah terhadap mereka

Orang ramai tidak menyampah dengan dasar yang di bawa oleh mereka akan tetapi rakyat menyampah dengan sikap individu mereka dan ini kena di perbetulkan segera jika PAS ingin di hati rakyat

Dalam PAS jangan pula ada kaki cucuk untuk jatuh menjatuhkan di kalangan mereka ini ternyata berlaku di dalam PAS seolah-olah penyakit UMNO bukan saja di deritai oleh UMNO akan tetapi di deritai juga oleh PAS dan di kongsi bersama pada hal kedua-dua dasar parti ini amat bertentangan di antara satu dengan lain

PAS mesti berubah, ahlinya juga perlu berubah dan pucuk pimpinannya juga perlu berubah dengan merujuk kepada dasarnya dan ahli perlu di tarbiyah dengan akhlak yang jitu, oleh itu kita jangan salahkan kemerosotannya di sebabkan si anu dan si anu, apa yang penting lihatlah di dalam diri terlebih dahulu sebelum kita menuding kearah oran lain

Ikhlas dari Pak Karamu


TILAWAH KEBANGSAAN DAN ANTARA BANGSA

Salam,

Maka bermulalah Tilawah peringkat Kebangsaan dan antara bangsa, kali ini di buat kat negeri Perak sebab ada tujuan nak menyedarkan orang melayu di Perak yang di katakan telah berpecah belah kerana politik sempit

Nada para pemimpin yang menyeru dan menasihatkan orang melayu islam tetap sama bunyinya pada setiap kali ia di adakan iaitu bersatu membena kuatan demi umah kemudian mereka berdo'a kepada Tuhan supaya di kabulkan do'a mereka, demikian harapan mereka

Apa yang Pak Karamu nampak ialah setiap tahun do'a mereka tidak langsung di kabulkan oleh Tuhan malah orang melayu islam terus berpecah belah ertinya Tuhan tak mahu dengar do'a mereka sebab sikap mereka ada unsur-unsur munafik

Orang-orang munafik itu akan di sediakan oleh Allah suatu tempat yang paling istimewa dari neraka orang-orang kafir iaitu neraka yang paling bawah sekali dan amaran Allah lagi bukan setakat neraka yang paling bawah bahkan jangan kamu sembahyangkan dan pijak di atas perkuburannya

Huh sangan jelek jenis orang yang sejenis ini, saya nampak jika golongan ini benar maka sudah tentu Allah dah selamatkan mereka akan tetapi Allah terus pecahbelahkan mereka dengan golongan kita, sesungguhnya mereka yang membacakan ayat-ayat quran akan tetapi tidak melaksanakannya maka mereka masih lagi berdosa seolah-olah mereka mempersendakan Allah

MANIK URAI DAH MENANG, PERAK PULA

Salam,

Hari ini majlis tilawah Al Quran peringkat Kebangsaan di Perak telah bermula, pada pembukaan majlis banyak di bincang tentang perpecahan umat islam, mengapa harus berpecah ? melayu mesti berpadu dan lain-lainnya, kemudian mereka memohon kepada Tuhan agar umat islam di pelihara dan bersatu padu

Rasanya do'a yang sebegitu tidak akan di kabulkan oleh Tuhan kerana kerajaan di Malaysia ni tak mahu dengar ingatan Tuhan supaya melaksanakan hukum Tuhan, apa yang kita lihat ialah mereka mahu Tuhan dengar cakap mereka sedangkan mereka tidak mahu dengar cakap Allah ertinya orang melayu ni asik nak mengena sahaja, terkena mereka tak mahu

Kita merasa hairan akan ucapan dan do'a mereka kepada Allah seolah-olah satu penipuan kepada Allah ini kerana apabila saja sampai masa nak buat Tilawah maka mulalah mereka memohon kepada Allah dengan macam-macam pernohonan apabila lepas sahaja musim nya maka merekapun lupakan Tuahan dan melawan Tuhan

Malam tadi orang yang merompak negeri Perak bercakap macam-macam tentang islam dan dalam masa yang sama mereka melakukan kezaliman sesama manusia, semalam Najibpun ada bercakap tentang tidak melakukan kezaliman kepada sesama manusia untuk keadilan akan tetapi merekalah yang baru melakukan kezaliman di negeri Perak

Pak Karamu langsung tak faham pendirian orang yang bercakap memohon kepada Tuhan seperti malam tadi, mereka seolah-olah orang benar dan betul akan tetapi tangan mereka penuh dengan najis, Al Quran mereka baca, mereka tilawahkan namun mereka tidak juga mahu kembali hendak melaksanakan hukum Tuhan itu, sebenarnya mereka hendak menipu Tuhan

WOI !!! TIPU YE ! UNDI DI MANIK URAI DI KIRA SEMULA

Salam,

Keputusan pilihanraya di Manik Urai ada unsur PENIPUAN YANG AMAT BESAR, undi kiraan terkini ialah UMNOK 5293 dan jumlah undi PAS ialah 5348 majority ialah 65 undi, bertambah kurang dan kurang pulak ! apa hal di Manik Urai ni ! KIRA BALIK !!!!!!!!!!! Hampeeeeeh !

PAS MENANG DENGAN MAJORITI 70 UNDI SAHAJA ?

Salam,

Keputusan terkini UMNO dapat 5293 sementara PAS dapat 5363 majority 70 undi ini mungkin keputusan akhir

1864 UNDI PAS MENGATASI UMNO TAPI BELUM HABIS KIRA LAGI

Pilihanraya Manik Urai

Salam,

Peratusan yang paling ramai keluar mengundi iaitu 87.33 % iaitu 10,736 orang telah menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi,

TIMBALAN PERDANA MENTERI TINGGALKAN MANIK

Salam,

Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang aku sayangi telah bergegas lari dai Manik Urai kerana PAS menang besar di Manik Urai, alahai tak jadi nak bena jambatan nampaknya

KEPUTUSAN AWAL - MANIK URAI

Salam,

TERKINI

Keputusan awal yang di perolehi dari mereka yang bertugas PAS mendahului UMNO di sekitar 2,000 undi

GELAGAT ORANG UMNO ..........

Salam,

Gelagat orang UMNO nih pelik sungguh ! kata nak perpaduan ! ate salam le ! "Apa salam-salam ! ate salam tu maksudnya selamat ! tak kan tak faham ! "Apa selamat-selamat ? tu dah kalah tu ! ini gelagat UMNO kat Selangor ! hi hi hi, Ala keputusan akhir belum lagi ! " Alah boleh belah la korang !

APA LA UMNO NIH ! SALAMPUN TAK NAK, DAH TAHU KALAH KE ?

TERKINI -MANIK URAI ......

Salam,

Keluar mengundi sudah memcecah 81 % dan PAS mendahului UMNO lebih kurang 1,000 undi dan UMNO cuba merapatkan keputusan tersebut, kita cuba cilok keputusan awal walaupun tidak di galakan

Keputusan awal tidak di galakkan kerana takut umno hilang kepala, walau bagaimanapun kami cuba curi keputusan tersebut hi hi hi

PERATUSAN MEMBUANG UNDI SEHINGGA 3.30 PM 73 % DAN pas SUDAH TINGGALKAN umno JAUH

DUA AHLI PUTRI CEDERA DI MANIK URAI, INI SAPA PUNYA KERJA ?

Salam,

Di Manik Urai ada yang hampir hilang kepala kerana tak dapat wang yang di janjikan sebanyak RM 300 seorang, Huh ! untuk sipa pulak tu !

PAS PULA MENGATASI UMNO, LEGAAAAA !

HUH TERKINI UMNO MENANG PAS KALAH

Salam,

Kiraan terkini UMNO menang dan PAS kalah ! satu berita yang mengejutkan, walau bagaimanapun pengundi belum lagi habis mengundi

5 PENYOKONG PAS CEDERA

Salam,

Pada jam 12.30 tengah hari tadi 5 orang penyokong PAS cedera kena baling dengan objek keras. UMNO mula mengganas di Manik Urai ? Huh ! UMNO ni memang kaki gedebe, apa pendangan orang UMNO tentang insiden ini ?

LAPORAN TERKINI DI MANIK URAI

Salam,

Polis telah mengarahkan penyamar pegawai SPR keluar dari sebuah Pusat Pengundian, tidak di nyatakan pegawai ini adalah orang SPR ataupun orang UBN, pegawai SPR tidak boleh berkata ia tidak kenal kepada orang tersebut kerana mengapa mereka tidak mengarahkan dia keluar sebelum polis menghalau dia keluar ! SPR jangan jadi ular kepala dua yang mengkhianati mandat rakyat, inilah satu daripada sebab pergaduhan mungkin berlaku dan akan berlaku oleh penyamar-penyamar ini

APA-APAPUN BOLEH BERLAKU D MANIK URAI

Salam,

Sebagaimana yang di jangkakan di Manik Urai hampir tercetus tumbuk menumbuk angkara pengundi hantu yang di syaki nama mereka tetiba mungkin ada kat dalam dalam daftar pengundi, kedua penyokong PAS dan UMNO dapat di tenangkan oleh Pasukan Keselamatan

Adalah di jangka bahawa Suruhanjaya pilihanrayapun terlibat dalam menjalankan tugas berat sebelah mereka demikian juga dengan orang tertentu yang merasakan mereka berkuasa dan di segani turut terlibat memberikan sokongan terhadap BN tapi dapat di halang oleh polis

Setakat pukul 1.00 ini hampir 70 % telah keluar mengundi dan di jangka bahawa peratusan penduduk Manik Urai yang memberikan undi kepada PAS ialah di sekitar 48 %

Laporan akan berterusan

SALAM BERISI DI PAGI HARI

Salam,

Di Manik Urai ramai yang suka bersalam berisi, kalau tak bersalam pagi-pagi mengundi ia di anggap tidak sah, ini semua kerja yang di lakukan oleh perayu undi, biasanya yang mendahului bersalam ialah orang UMNO, yang kena salam ialah orang PAS dan orang UMNO tidak akan bersalam dengan orang UMNO pada hari dan pagi tersebut

Salam di pagi hari mengundi juga di namakan salam beracun, biasanya sekurang-kurangnyapun RM 50 akan tetapi jika tempat di manik urai ni sekurang-kurangnya RM 300 satu salam dan perayu undi di sebelah pehak lagi kena buka mata besar-besar dan hendaklah terdiri dari mereka yang berani, kebiasaannya bermasam muka dan punca bergaduh adalah dari salam berisi ini

JATUH BANGUNNYA UMNO DI UKUR D MANIK URAI

Salam,

Kenyataan awal oleh Muhiden Yasin tentang keputusan pilihanraya kecil di Manik Urai ialah jika sekiranya keputusan menang di Manik Urai maka ia membayangkan bahawa UMNO akan di pandang masih lagi releven untuk rakyat Malaysia akan tetapi jika keputusannya kalah maka UMNO akan luntur dan tidak lagi releven bagi rakyat Malaysia ini kerana keputusan pilihanraya kecil yang telah di adakan terdahulu daripadanya maka UMNO tidak pernah menang kecuali di Sarawak, kita saksikan nanti apa keputusannya

INI ADA SATU KEJUTAN ....

Salam,

Ini ada satu kejutan, kejutan ini satu di Manik Urai dan satu di negeri Perak, sabarlah menunggu sehingga mendapat pengesahan

Pak Karamu

TEPAT JAM 11.59 mlm UMNO AND PAS .......

Salam,

Tepat jam !!.59 mlm ini UMNO dan PAS kena tutup mulut kerana tempoh berkempen tamat, sehingga sa'at ini UMNO dan PAS masih meneruskan tugas merayu kepada pengundi supaya mengundi parti mereka kalau suka UMNO maka undilah UMNO, kalau suka kepada PAS maka undilah PAS

Ni Pak Karamupun nak kempen juga untuk penduduk Manik Urai tak kira UMNO ataupun PAS pokoknya Pak Karamu nak kempen kerana Allah s.w.t

1. Kalau nak undi UMNO maka pangkahlah UMNO, kerana UMNO memperjuangkan nasib orang melayu melalui semangat Kebangsaan yang Nabi tak mengakui umatnya

2. Kalau nal undi PAS maka undilah PAS kerana PAS memperjuangkan semua kaum yang berteraskan kepada apa yang di tuntut oleh Allah s.w.t

Selamat mengundi

HI HI HI WOW ! MUHIYDEN PERANGKAP NAJIB !

Salam,

Apa sudah jadi wahai Muhyden ! Pak Karamu hanya boleh bagi tahniah kepada Timbalan Perdana Menteri dan memberikan juga takziah kepada Perdana Menteri, hi hi hi sepandai-pandai tupai melompat maka kaulompat juga kat tengkok Najib ya !

UMNO perlu menang ! kata Muhyden, ini bererti jika UMNO menang maka ia akan menjadi hadiah besar kepada Najib yang telah menjadi Perdana Menteri 100 hari akan tetapi UMNO tak akan menang di Manik Urai kerana kenyataan Muhyden yang mengatakan "Jika UMNO menang di Manik Urai maka penduduk Manik Urai akan di hadiahkan dengan jambatan " ertinya kalau kalah jambatan tidak akan di bena ertinya juga perjuangan UMNO bukan untuk rakyat akan tetapi untuk kepentingan UMNO

Kenyataan Muhyden menyebabkan rakyat dan sebahagian dari orang UMNO akan marah kerana jelas menunjukkan bahawa tembelang UMNO telah di telanjangkan oleh Muhyden supaya UMNO tidak menang di Manik Urai, jika UMNO kalah di Manik Urai maka Najib akan malu kerana UMNO pimpinannya terus di tolak oleh rakyat gara-gara kenyataan Muhyden

Tema rakyat di dahulukan oleh UMNO untuk khusus melayu di Manik Urai akan menjadi hitam oleh kenyataan Muhyden, nah sekarang apa sudah jadi dengan Timbalan engkau wahai Najib !!!


NAMPAK SANGAT UBN TIDAK IKHLAS

Salam,

Rakyat Malaysia dan Kelantan kena bersikap terbuka, tak kira mereka itu UMNO ataupun PAS semuanya melayu belaka ibarat air di cicang tidak akan putus, kita orang melayu boleh berfikir secara matang dan terbuka dan kita boleh nilai sendiri sama ada janji yang di taburkan benar-benar ikhlas ataupun janji palsu atau janji berbentu rasuah

Apa yang kita faham ialah janji UMNO hendak membena jambatan kedua akan di bena di Kelantan sekiranya UMNO menang pada pilihanraya kecil Manik Urai dan jika UMNO kalah pada pilihanraya tersebut maka jambatan kedua itu tidak akan di bena, ini menunjukkan bahawa pembenaan jambatan itu akan di bena bukanlah kerana kepentingan rakyat akan tetapi ia adalah kepentingan parti, ini bererti adalah janji ini ikhlas ?

Kita tidak menapikan bahawa kos pembenaan jambatan yang di janjikan tersebut mungkin bernilai ratusan juta dan adakah ia senilai dengan kemenangan UMNO di Manik Urai ? atau adakah UMNO menilai kemenangannya di Manik Urai itu mempunyai nilai yang tersangat tinggi jika ia di ambil kira untuk menaikkan moral UMNO yang semakin di tolak oleh rakyat ! Jika jawapannya ia maka berjanjilah kepada kerajaan Kelantan bahawa UMNO bukan sahaja akan membena jambatan akan tetapi turut akan memulangkan royalty petroleum kepada Kelantan dan jangan perbodohkan lagi rakyat di negeri tersebut dan UMNO hendaklah berbaik sangka dengan rakyat di sana

SA'AT AKHIR DI MANIK URAI

Salam,

Sa'at akhir di Manik Urai

Ada terjumpa alat memuja hantu puaka di Manik Urai, ini semua kerja orang UBN yang pakai BOOOOOMO konon untuk menarik perhatian pengundi supaya memangkah BN, patutla UMNO ni di katakan BERPUAKA rupanya mereka lebih percaya kepada syaitan dari takdir dari Tuhan

MANIK URAI AKAN KECOH ........

Salam,

TERKINI

MANIK URAI AKAN KECOH SEKIRANYA PERAYU UNDI DARI UBN YANG BERSIKAP MELAMPAU BATAS DAN BERSIKAP ALA SAMSING MENGUGUT PENGUNDI SECARA AMARAN DAN DENDAM, PAK KARAMU DI BERITAHU OLEH SEORANG SAHABAT TEMPATAN YANG MENGADU ATAS PERBUATAN UGUT TERSEBUT, YANG ANIHNYA PERBUATAN MEREKA ITU DI KATAKAN ATAS DESAKAN PEHAK KESELMATAN YANG MAHUKAN UBN MEMENANGI PILIHANRAYA TERSEBUT SEBAGAI PENAWAR KEPADA TALI HAYAT UMNO YANG SEMAKIN MAUT

MANIK URAI PAS MENANG KERANA ISU ROYALTY

Salam,

TINJAUAN TERKINI PAS 68 % DAN UMNO 32 %

Tinjauan terkini meninjukkan bahawa isu royalty petroleum untuk Kelantan akan memenangkan calon PAS di manik Urai dengan mudah, kebanyakan pengundi atas pagar dan 12% daripada ahli UMNO akan berpaling tadah kepada PAS, ada di kalangan ahli UMNO merasakan orang Kelantan telah di perbodohkan oleh UMNO Pusat yang membiarkan negeri Kelantan supaya terus tidak mendapat royalty petroleum dan waktu yang sama ada orang Kelantan yang mengkhianati rakyat Kelantan sendiri

Alasan pusat tidak mahu membayar royalty petroleum kepada Kelantan ialah kerana takut Kerajaan Kelantan memberikan banyak kemudahan dan subsidi serta pembangunan di negeri tersebut yang akhirnya banyak memberi kelebihan daripada negeri lain, demikian juga dengan isu royalty minuak kat Trengganu dahulu, dalam hal royalty ini mereka di kalangan UMNO sendiri mengatakan andai kata royalty kepada Trengganu tidak di tarik balik maka Kerajaan PAS tidak akan tumbang di sana

Di Manik Urai UMNO akan melihat sokongan rakyat KEPADA UMNO AKAN MEROSOT DAN calonnya akan tumbang kerana isu royalty ini dan atas tinjauan ini maka calon UMNO telah merosot sokongan dari pengundi sebanyak hampir 15 % ini menunjukkan kedudukan terkini ialah UMNO 33 % dan PAS sekitar 68 %

PAS DAN UBN SEDANG BERTEMPUR .....

Salam,

PAS dan UMNO sedang bertempur di Manik Urai, masing-masing dengan hujah untuk membela rakyat di sa'at akhir kempen di pilihanraya kecil di sana dan di sa'at akhir juga kedua parti perlu menerangkan hujah yang bernas bagi memikat hati pengundi dengan penuh kesedaran

UBN sudah tentu akan memperhebatkan kempen mereka yang berasaskan kebendaan untuk jangka masa sengkat, sudah tentu kempen mereka tertumpu kepada golongan miskin dan atas pagar kerana golongan ini sentiasa mengharapkan kebendaan dan perbelanjaan harian

Penduduk Manik Urai akan menghadapi ujian daripada kedua parti yang bertanding sama ada mereka akan terpikat dengan kebendaan ataupun keselamatan akidah dan keselamatan dunia dan akhirat dan masa panjang

Negeri Kelantan yang mengendalikan pemerintahan negeri di jangka lebih mudah untuk menentukan pemberian hasil negeri dan tanah jika di bandingkan dengan UBN ini kerana UBN tiada kuasa untuk pemberian tanah yang mungkin di jangka akan di berikan kepada rakyat setempat

MANIK URAI UMNO WAJIB MENANG

Salam,

UMNO wajib menang di Manik Urai jika orang melayu mahu tengok UMNO terus menjadi parti orang melayu, dan PAS juga wajib menang jika orang islam mahu lihat agama islam dalam negara ini terus selamat

UMNO tidak akan faham nak selamatkan Islam, yang faham selamatkan islam ialah mereka yang faham islam itu apa benda, sementara UMNO dia tidak faham islam, yang dia faham ialah syiar islam saja, tidak lebih dari itu

UMNO jika mereka mahu selamatkan islam mereka kena menyertai PAS dan belajar kepada PAS islam itu apa benda, tentang syiar islam di dalam islam sebenarnya adalah kulit saja pada agama islam dan ini semua hampeh !

Selaku Timbalan Presidwn UMNO rupanya Muhiden tak faham apa itu Islam dan apa itu syiar, dan Perdana Menteri juga tak faham tentang Islam sebab itu dia tidak turun kat Manik Urai dan dia tak dapat nak sokong kerja Muhiden yang teruk kena belasah Nik Aziz

Walau apapun yang berlaku kat Manik Urai UMNO perlu menang demi untuk menyambung hayat UMNO untuk orang melayu, dan di Manik Urai sekarang UMNO telah jatuh peratusan sokongan rakyat di sana sebab pemimpin UMNO banyak buat hal

Oleh sebab UMNO akan kalah jika di ambil kira sokongan rakyat di sana pada waktu nilai semasa dan terkini maka UMNO tak ada jalan lain melainkan terpaksa menimpunkan wang ringgit kat rakyat Manik Urai, sekurang-kurangnya setiap seorang kena kagi RM 10,000

UMNO pasti mampu bayar pada rakyat Manik Urai sejumlah itu sebab UMNO yang jaga duit Petronas RM 253.6 Billion itu mana pergi dan wang ini tak pernah oditpun dan rakyat tak pernah tahu hasil odit kepada wang tersebut, sebab apa rakyat Malaysia sebenarnya bangang

TERKINI, RAYUAN NIZAR KE MAHKAMAH FEDRAL BERJAYA

Salam

Terkini !

Muhammad Nizar bekas menteri Besar Perak yang sudah tiada harapan untuk kemana-mana hari ini dia berjaya akhirnya membawa kesnya ke Mahkamah Fedral, harapannya masih lagi cerah berdasarkan perlembagaan dan undang-undang, ate kalo kali nih tidak berjaye camne ! Ahhh ! mesti berjaye punyeee ! Kalau tak berjaye camneee ! Ah mesti berjayeee punyeee ! Kalau tak berjaye camne ! Ah kalau tak berjaye ? He he he berjage le kite Yob Oi ! dah letih dah nih !

KELANTAN ADA HASIL GAS ?

Salam,

Negeri Kelantan boleh jadi negeri kaya di Malaysia tambahan pula ia di perintah oleh PAS yang terkenal dengan berjimat dan teliti dalam perbelanjaan setelah di ketahu bahawa perairannya ada GAS dan mungkin Minyak, gas sudah beroperasi dan telah mendapat hasilnya akan tetapi negeri Kelantan tak dapat apa-apa hu hu hu apo ko bangangnya korang !

Orang Kelantan yang menjadi Menteri di peringkat pusat sah telah menderhakai rakyat Kelantan sebab dia cuba mengatakan Kelantan tiada apa-apa hasil GAS tapi Thailand yang lebih jauh lokasi negerinya merasa pula hasil GAS tu. Kelantan yang dekat pada lokasi GAS tak ada apa-apa, sah rakyat Ke;lantan tertidur, terlena, terpukau, termelepas oleh mainan UMNO, hai pandai-pandai bercakappun kena main juga ke ?


ISU ROYALTI GAS ASLI KELANTAN MENUMBANGKAN UMNO KELANTAN DAN MALAYSIA

KEMPEN DI MANIK URAI PANAS !

Salam,

KEMPEN CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Menteri-menteri UBN berkata beberapa hari lalu mereka akan berkempen secara mesra rakyat bagi memenangi hati pengundi, mereka berkempen dengan cara mee segera yang bertukar dengan pitih jangan nak di kira lagi itu tidak mengapa kerana bagi kain ambil, bagi pitih ambil, bagi apa-apapun ambil bila pangkah, pangkah PAS, kemudia kempen ini sudah berubah kepada kempen memburukkan calon

Orang UMNO di Manik Urai semuanya bersekolah belaka, mereka terlalu faham mana yang benar dan mana yang salah, dulu kat sekolah mereka di tunjukkan oleh cikgu mereka tanda betul dan tanda salah mereka faham semua itu, jadi nanti apabila mereka fikir PAS ni tak betul maka pangkah saja PAS kerana PAS tak betul dan mereka jangan pangkah UMNO ataupun BN kerana BN betul

Khusus orang UMNO sahaja bila mereka dapat kertas undi nanti mereka di nasihatkan pangkah yang salah dan right yang betul barulah boleh di katakan orang Manik Urai bersekolah dan berpelajaran, ingatlah bagainama anda di ajar di sekolah dulu, selamat memangkah dan meright di kertas undi

MANIK URAI, JANGAN HINA PERAIH IKAN

Salam,

Calon PAS yang di katakan calon yang kurang berpelajaran di Manik Urai menjadi bualan penduduk setempat dan orang luar sebagai calon yang kurang layak menjadi wakil rakyat jika di bandingkan dengan calon UMNO, tuduhan ini adalah ekoran tuduhan menghina kepada calon PAS tersebut oleh UBN

Zaman sekarang jika nak mencari wakil rakyat tak perlulah yang berpelajaran tinggi sebab ia akan menghadapi resiko yang tinggi pada akhirnya dan menyusahkan negeri dan negara, pokoknya dia selalu pegang duit dan mengembalikan duit lebihan dari baki pembelian dari pelanggannya dengan betul dan amanah, ertinya dia tidak menipu, tidak salah guna kuasa, tidak rasuah dan sebagainya


ULAMA TIADA TEMPAT ....

Salam,

Peranan ulama di dalam kerajaan yang cara pemerintahnya tidak bertunjang kepada dasar islam akan di lihat sebagai tidak penting dan di anggap mendatangkan serba salah kepada mana-mana pemerintah di negara ini kerana peranan mereka hanya di perlukan pada masa-masa tertentu dan bermusim sahaja, kerana itu kita dapat melihat di kalangan mereka yang terpilih hanya di amanahkan dengan tugas tidak penting

Di negara ini peranan orang yang faham agama jika di lantik dan di berikan tugas maka tugas tersebut hanyalah sebagai syarat jangan di katakan orang agama di belakangkan maka pehak pemerintah terpaksa mengambil mereka bertugas dan meletakkan mereka di tempat yang tidak penting oleh kerana itu orang agama tidak pernah di amanahkan menjaga kewangan negara, pertahanan negara, keselamatan negara, kesihatan negara, pelajaran negara dan sebagainya

Orang agama hanya di berikan amanah duduk di jabatan perdana menteri sahaja sebagai kononnya untuk menjaga agama pada hal kita sudah ada sultan, mufti, Jakim dan jabatan agama islam di setiap negeri di negara ini, mereka yang di lantik sebagai menteri akhirnya mereka akan menjadi pegawai-pegawai badan-badan berkanun sahaja lepas itu mereka bersara, mereka tidak pernah di berikan peluang untuk mentadbir kepada jabatan yang lebih penting di dalam negara ini

Di negara ini ulama di pandang sebagai golongan yang kurang penting dan memberi serba salah kepada pentadbiran mereka dan di waktu yang sama mereka merasa takut dengan golongan agama yang memperjuangkan islam untuk mengambil alih pentadbiran negara ini kerana golongan agama ini jika mereka di berikan peluang oleh rakyat maka segala jabatan yang penting akan di pegang oleh mereka dan di sana akan memberi banyak rahsia akan di perolehi sama ada pentabdiran mereka telus ataupun tidak




KHUSYU' DENGAR AHLI BADRI YA ALLAH !

Salam,

KEPUTUSAN MAHKAMAH MEMBERIKAN KEBANGKITAN KEPADA KESEDARAN RAKYAT

Satu ceramah oleh DSAI, Zaid Ibrahim, Azmin Ali dan Sivarasa akan di adalan pada jam 8.30 malam di Dewan Dato' Ahmad Razali Ampang pada malam ini, tajuk ceramah " KEMBALIKAN NEGARA HUKUM DAN HAK RAKYAT, INI MUNGKIN BERKAITAN KEPUTUSAN MAHKAMAH YANG MENYEBELAHI KEPUTUSAN SULTAN YANG MENGANUGERAHKAN KUASA PADA UBN

KING OFGEDEBE ?

Salam,

NAK PINJAM DARI ARTIKAL THE ANTICS OF HUSAIN LEMPOYANG !

Kempen King of Gedebe Al Marhom Tun Ghafar Baba, beliau bila kempen pilihanraya dengan kaedah yang sangat mudah ! " Tuan-tuan dan puan-puan ! Adakah tuan-tuan dan puan-puan mahu hidup atau mahu mati ? Kalau mahu hidup undilah Barisan Nasional, kemudian dia pun duduk, apabila keputusan pilihanraya maka parti pembangkang hanya dapat 80 undi saja, itulah ramai yang nak mati hi hi hi matik juga engkau yek - Akil Hay Ar -Rawa

AKU ANAK WATAN ...

Salam,

Aku anak watan ! aku tau le ! negeri aku ! bukan macam negeri kamu ! negeri aku kaya ! Tuhan jadikan dari Perak ! ini ! bumi yang tempat kaki aku pijaaaaaak sekarang ! sudah menjadi rebutan, cissss ! siapa gerangan yang mahu merebutnyeeee ? lu mau rebut ka ? Cisss ! langkah kepala hotak aku duluu , he he he

Aku anak watan ! teman tau teman tengah merapu la ni, kome jangan nak perli aku, aku bukan lahir dari pulo macam deme tu ! negeri teman nih aman sentosa macam Pulau cendana ! penduduknya ramai ! Di Parit, di Lumut, di dinding, di kuala, semuanya penuh sesak dengan orang-orang berbagai kaum tinggal

Aku anak watan ! Haaa! di Telukpun ada orang tinggal, haaa! Teluk bukan sebarang Teluk, ia Tuhan jadikan dari Intan ! hu hu hu, Hah ! aku bukan tak tau ada orang nak jadi raja kat watan aku ! Hissss ! ate Cobe le kolo hangpa beranik ? Ha orang Sabahpun ada kat sini, Itu aku tak kesah, yang aku kesah aku memang tak kesah, sebab kesah ni memang jadi kesah beso Yob oi ! mike jangan jadi cerdik tak dapat nak ikut, bodoh jangan tak dapat di ajoooo!

Aku anak watan ! watan yang macam surat khabao watan tu le ! Eh ! apa aku merapu nih ? Eh ? mana ada aku merapu ! ini kesah bebeno Yob oi ! Ini negeri teman yang pokok dah tak mau subo ! sebab ako pokok dah tak mau makan perak, alahai kurus kering la pokok aku nih, Eh aku mana ada pokok ? Eh apa yang aku tuleh ni haa ! ha ! kedengaran suara ! Coool Pak Karamu ! Hah ! coool ? Cool kepala otak engko, hampeh !

Aku anak watan ! negeri aku oghangnye baik-baik, ada klas, ada nama, ada pangkat, ada harta, ada ? Eh ada apa ye, ha ! sampai gajahpun dipe bagi Kampung, pendek kata Perak nih memang tak macam negeri lain, Hah ! panjang kata ? Hah ! panjang kata macam batang berjuntai ! negeri seberang jambatan ! Heee ! Batang berjuntai ! kalo kamu tak berjunte tak boleh ke ? mentang-mentang mike berjunte, mike sanggup londehkan seluwo ye, ate cuba try londeh kat kuale kolo engko berani ? Teman suroh mail kamus potong baru engko tau hi hi hi

Aku anak watan ! aku tak mau jadi syaitan ! Kolo aku jadi syaitan aku sumpah negeri Perak ni jadi besi scrap metal, hah ? Besi scrap Metal ? Scrap metal tu macam black metal ke ? Laaa ! apa aku merapu nih ? uweeeeK aku nak loye pepagi nih ! aku nak berak la pulak nanti aku merapu lagi......

Ada golongan yang bertepok tangan ...

Salam,

Ada golongan yang mempunyai sebab untuk bertepok tangan atas keputusan hakim mahkamah yang memberikan kemenangan pada UMNO dan sultan dan di harapkan juga semua ini tidak akan berlaku demi keselamatan negeri Perak

PESAN PAK KARAMU PADA NIZAR

Salam,

UDAH LA TU NIZAR OI ! TAK ADA GUNANYA BERPOLITIK PERGI SANA SINI KERANA HASILNYA TAK ADA, BUANG MASA, BUANG TENAGA, BUANG DUIT, YANG DAPAT HANYA FOBIA DAN SAKIT JIWA JE, KALAU BOLEH LETAK AJE LA JAWATAN TU

UDAH LA TU MUHAMMAD NIZAR

Salam,

Keputusan mahkamah menyembelahi sultan Perak menunjukkan isyarat supaya Muhammad Nizar tak perlu lagi membawa kes negeri Perak kemana-mana Mahkamah walaupun setinggi mana mahkamah tersebut ini memandangkan keselamatan negeri Perak mengatasi segala keselamatan yang tanggungjawabnya di bahu sultan, maka rakyat mestilah bekerjasama

Pak Karamu berharap jangan ada rakyat di negara ini yang cuba membuka mulut atas keputusan Mahkamah, ini kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah yang di katakan masalah oleh keputusan mahkamah itu, lagipun mahkamah adalah seadil-adil keputusan demi keselamatan negeri Perak yang tercinta ini, negeri mesti di selamatkan dulu, sementara rakyat bolehlah bersabar dulu

Andainya negeri huruhara maka rakyat juga yang akan susah, ekonomi menjadi rosak sementara keselamatan akan mengancam rakyat sudahnya, mahkamah sudah tentu telah mengkaji keputusannya terlebih dahulu sebelum melihatnya dari segi keselamatan sama ada keputusannya yang menyebelahi sultan itu akan membawa kepada resiko yang lebih besar namun rasanya keputusan mahkamah itu adalah tepat dengan menyerahkan kuasa mutlak di tangan sultan sebab itu keputusan Muhammad Nizar membawa kes itu ke mahkamah kurang tepat dan membuang masa

Semasa Pak Karamu menulis artikal ii kepala tengah bengang sebab lama menunggu keputusan mahkamah, tapi sekarang dah ok hi hi hi


KUASA SULTAN LEBIH BERKUASA DARI SEGALA YANG DI HARAPKAN - SYABAS ! PERAK NEGARAKU YANG TERCINTA

MAT SAMAN KATI LAPAQ DEPA MANA TAU !

Salam,

Suasana kat Manik Urai meletihkan Mat Saman Kati, awat hang tak pandai nak lakon macam UMNO ! tu pasai la hang lapaq dan dahaga ! kan dah tau pepatah melayu dah khabaq masuk kambing kambing mengembek, dan masuk kambing kerbau menguwek ! hang kan tak tau kerbau walaupun badan dia besaq tapi suagha dia kecik ja ! tak pa sabaq ja la, dah adat depa lagu tu nak buat lagu mana ! hi hi hi depa berhati-hati

Belajaq la kempen macam UMNO di kampung pedalaman kat sana, depa oghang UMENO bila kempen pakai baju PEH, pakai serban, pakai kain, macam oghang PEH, lepeh tu depa molalah kempen, " tuan-tuan adik kakok sekelian ! kito puak PAH nih lebih sopan dari UMNO demo UMNO ni celako besa, tipu rakyak, rasuah, demo nih geng-geng babi anjing, nate

Tuan-tuan adik kakok sekalian ! semale ada geng-geng UMNO dok kempen mengato PAH kafir pulok, pada hal kito tak pernah mengato demo sebusuk itu, huh ! depo bena-bena tak mesro rakyak, sebak itu kali ni tuan-tuan keno tolak UMNO demo namo ajo pejuang bangso, namo ajo nok belo rakyak tapi perangai demo macae sial, anjing, babi, celako

Puak-puak UMNO buat rakaman sekumpulan UMNO yang di arahkan memakai serban dan jubah atau kain pergi ke kampung-kampung serta berdakwah memaki hamun UMNO Kelantan dan orang kampung, " Adik kakok sekelian ! UMNO ni mace babi, anjing, celako, demio ni bukan isle tapi kape ! demo maka babi, anjeng ! yang isle hanyo PAH sajo bla. bla. bla ! sapo undi AMENO dio masuk Nerako sapo undi PAH masuk Syurgo, ni ! penduduk kampung nih tak paka kopiah, jubah, kain akan masuk Nerako !

Penduduk yang dengar kempen UMNO pakai PAS itu semuanya menyinga pada PAS tak patut, tak patut !

MANIK URAI MESTI DI TAWAN !

Salam,

Timbalan Perdana Menteri Malaysia berkata Manik Urai mesti di tawan ! tak ada jalan lain bagi UMNO untuk memulihkan imejnya di dalam negara melainkan menawan Manik Urai ! Ini bererti jika Manik Urai masih lagi kekal di tangan pembangkang bererti nasib UMNO akan terus tersungkur dan berakhirnya nafas parti itu

Pak Karamu rasa Timbalan Perdana Menteri itu tak sepatutnya berkata begitu kerana kenyataannya seolah-olah maruah UMNO hanya berakhir di Manik Urai, alahai ! jangan la kata begitu sedih Pak Karamu mendengar kata-kata itu dan demikian juga rakyat kat Manik Urai tu, kalau kenyataan inipun UMNO kalah juga maka alamat badan berbuang di perantauan ! Kalau dah demikian panggil la Pak Najib kat sana, awat duduk kat KL je, tolong la sikit !

UMNO jangan bimbang ! kalau nak bangkit kembali laksanakan saja dasar islam supaya kita dapat bersatu, awat degil sangat UMNO nih !


WOW DI MANIK URAI BANYAK LORI LALU LALANG BAWA BARANG ! NAK PI MANA HANGPA BAWAK BARANG TU HA !

WOW ! WOW ! MANIK URAI ! TAK PERCAYALAH !

Salam,

SUASANA DI MANIK URAI, PAK KARAMU TAK PERCAYALAH !

Suasana di Manik Urai ketika belasan ribu himpunan manusia yang mengiringi calon PAS di sana Pak Karamu langsung sukar untuk di percayai, di sana kelihatan kepala merah Polis FRU, itu biasa, seolah-olah ada rusuhan di sana, ada lengkaran dawai berduri di sana macam nak kandang kebun jangan di langgar babi, itu biasalah di Malaysia, ada bendera PAS tinggi di udara separas sebuah kapal terbang, macam tak percaya je

Lagi apa ? Lagi ada himpunan yang di katakan 10,000 penyokong PAS akan bersama calon, ish ! itu bukan 10,000 tapi belasan ribu ! kan polis dah kata jangan ramai-ramai, lagi ? Huh ! ada sekumpulan gendang India lagi,teret teeeet ! teret teeet ! huh ramainya mereka ni ! ni apa hal ramai sangat india nih ! apa lagi ? wawww ! dengan tak di sangka-sangka bendera DAP yang begitu banyak ! Eh ! kata marah sama PAS tapi datang pulak ! hari-hari TV3 dan utusan meloya buat liputan seolah-olah PAS DAP sudah berpecah tub,tub bersatu pulak kat Manik Urai ! Ish ! ini yang BN marah sangat nih !

Lagi ? semalam ramai barang-barang sampai kat manik urai berlori-lori barang untuk di taburkan kat rakyat di Manik Urai kata Muhiden Yasin untuk kenangan ! huh ! baik sungguh BN dengan rakyat, mereka kata ini bukan apa la ! ini tanda prihatin, bukan pasal pilihanraya ! cuma bagi pada kebetulan pilihan raya je ! he aaah ! tabur benda tu bukan apa hanya untuk kenang-kenangan je ! ha yang peliknya tak nampak bendera PKR ini yang pelik nih ! ok besok sambung lagi !

PENAMAAN CALON MANIK URAI

Salam,

Hari ini penamaan calon di Manik Urai, hanya dua orang bertanding di sana iaitu calon PAS dan BN tiada calon bebas bertanding di sana sebab itu Ibrahim Ali calon bebas terpaksa menumpang atas nama PAS jika tidak Ibrahim Ali terus berendan di dalam kolam

Lebih 10,000 penyokong PAS hadhir mengiringi calon PAS di sana dan bendera hijau merata tempat dan penjuru menghijaukan lagi pokok-pokok di sekeliling tempat penamaan calon, nampak kali ini adalah macam keputusan biasa iaitu PAS akan menang

Sementara itu UBN akan melambakkan segala hadiah yang di katakan sebagai kenangan kepada rakyat di Manik Urai, hadiah ini hanya semasa pilihanraya saja akan di adakan oleh UBN selepas kalah nanti tiada hadiah bagimu, sebenarnya ia adalah rasuah pilihanraya

RUKUN IMAN MEMBENTUK SAHSIAH DAN ......

Salam,

Sambung..

Mufti Perak bermadah lagi: Umat islam perlu melihat kembali kepada dua pokok utama ajaran islam iaitu rukun iman dan rukun islam, rukun iman mengikutnya untuk membentu sahsiah dan rukun islam membentuk masyarakat islam, mengikut pandangan mufti ini dua sumber pegangan ini akan memperbetulkan keadaan umat islam khususnya melayu

Pandangan Pak Karamu: Jika di tanya umat islam di negara ini mereka semuanya beriman dan mengakui akan rukun islam akan tetapi mereka tidak beramal dengan kedua-dua rukun tersebut sebagaimana juga kerajaan yang memerintah sekarang, ini jelas mununjukkan bahawa kerajaanlah yang wajib mengamalkan wa 'amilussolihat terlebih dahulu atau menguatkuasakan undang-undang islam dan nampaknya mufti kena bagitahu pemerintah, jika tidak mufti janganlah cuba salahkan rakyat dan jangan cuba bodek pemerintah dan jangan salahkan perpecahan

Tan Sri Mufti tentu maklum bahawa asas perpecahan itu ialah apabila ada di kalangan umat islam di negara ini yang menjadikan rukun iman dan islam sebagai dasarnya dan sebahagiannya pula menolak iaitu UBN, dan apabila ada yang terima dan ada yang tolak ia tentulah berpecah belah iaitu tafarraqu, takkan mufti tak faham kot, atau buat-buat tak faham

Lai kali kalau masih nak buka mulut lihat dahulu apa yang sedang ada pada umat islam dan umat melayu, apa yang sedihnya mufti bercakap seolah-olah orang melayu ni islam dan islam tu melayu mengikut otak bukan mengikut akal, bacalah Quran apa keperluan perpaduan yang di anjurkan oleh Allah dan RasulNya, cuci hati dulu sebelum buka mulut, jangan nak salahkan sebelah pehak saja

UMAT ISLAM HILANG KETUANAN ?

Salam,

Kenyataan mufti Perak: "Umat islam hilang ketuanan jika perpecahan menular di kalangan orang melayu"

Juma'at lepas Pak Karamu berjumpa empat orang yang pandangan mereka tidak dapat nak di terima, hari ini Pak Karamu terbaca kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaraia yang pandangannya seperti di atas menyamai dengan kenyataan empat orang bebal yang Pak Karamu temui

Kenyataan Harussani hari ini di mingguan Malaysia pada muka surat 2 menyatakan bahawa jika melayu di biarkan berpecah maka umat islam akan hilang ketuanan, ertinya ketuanan orang islam hanya di harapkan kepada orang melayu sahaja, ini juga bermaksud jika orang melayu tak ada yang layak maka umat islam di negara ini tidak akan bertuan atau jika orang melayu tidak ada maka umat islam tiada bertuan

Bersambung.......

MELAYU YU ISLAM,ISLAM TU MELAYU

Salam,

Sambung.....

Ketika Pak Karamu mula nak bergerak mereka ajak minum dulu kat kedai mamak, secara kebetulan memang Pak Karamu merasa dahaga, kemudian kami sama-sama pergi ke kedai mamak untuk minium, sambil menunggu order kami sampai mereka tak tunggu-tunggu masa dan terus bertanya " mengapa kebanyakan orang melayu tak mau terina melayu itu islam dan islam itu melayu ? Kami betul-betul hairan orang melayu ni

Kemudian Pak Karamu jawab " memang melayu dan islam itu tersangat berbeza, melayu tu bangsa dan islam itu ad din (cara hidup yang berpandukan dua kalimah syahadah) Kemudian mereka jawab "Tapi perlembagaan sudah jelaskan dengan terang istilah yang begitu ! Pak Karamu kata " perlembagaan adalah ciptaan manusia sementara islam ciptaan Tuhan, adakah sama penilaian Tuhan dan penilaian manusia ? Tuhan jadikan puak-puak manusia dengan berbagai nama dan Tuhan kurniakan islam dengan mereka supaya mereka faham untuk hidup beragama"

Kemudian air yang kami orderpun sampai, kami minum sama-sama, salah seorang dari mereka berempat itu berkata " bagi kami islam dan melayu itu satu, kemudian Pak Karamu jawab " kalau macam tu bolehkah apabila Pak Karamu lihat manusia melayu bersembahyang maka Pak Karamu kata haaa ! islam tu tengah sembahyang ? mereka terdiam, kemudian Pak Karamu tak mahu buang masa dan terus bayar semua kos yang kami minum, Pak Karamu kata ok semuanya islam dah bayar, lepas tu Pak Karamu tak melayan mereka dan terus beredar

MELAYU TU ISLAM,ISLAM TU MELAYU

Salam,

MELAYU TU ISLAM,ISLAM TU MELAYU ?

Selepas solat juma'at ketika Pak Karamu nak masuk kereta ada seorang pakai serban bagi salam, tetiba dia dan empat orang bersamanya bertanya dengan Pak Karamu "Apa pandangan saudara tentang melayu tu islam dan islam tu melayu ? Secara ikhlas Pak Karamu jawab " melayu tiada kena mengena dengan islam dan islam tiada kena mengena dengan melayu" tetiba dia marah, mendengus saja suaranya " Hah ! ini lahi sorang, tak fahamkah perlembagaan negara ?

Mulanya Pak Karamu tak mahu layan tapi seorang dari mereka yang pakai jubah dan berserban juga berkata " Inilah dia orang melayu ! kalau cam ni sampai bilapun melayu tidak akan bersatu dan islam akan hancur ! kemudian Pak Karamu jawab " Adakah kamu berfahaman melayu itu islam dan islam itu orang melayu ? mereka menjawab " Ia lah ! sejak dari zaman dulu lagi istilah itu terkenal di nusantara

Dengan selamba Pak Karamu bertanya kepada mereka "Adakah kamu ini orang UMNO ? mereka jawab dengan tegas "Tidak ! ok kalau macam tu saya nak tanya kamu " Islam ada berapa rukun ? mereka jawab ada 5, Pak Karamu kata Pandaiii ! kemudian Pak Karamu tanya lagi " melayu ada berapa rukun ? mereka kata 5 dan yang lima tulah rukun islam dan rukun melayu ! tak baca perlembagaankah ? Dalam hati Pak Karamu agaknya dia tentu orang UMNO nih !

Sambil Pak Karamu hendak beredar Pak Karamu bertanya lagi "Adakah kamu ini orang islam ? Mereka kata ialah ! Kami ni memang orang islam ! kemudian Pak Karamu tanya lagi " Orang ada berapa rukun dan islam ada berapa rukun ? mereka jawab "orang melayu adalah rukun yang 6 dan islam ada 5, kemudian Pak Karamu malas layan mungkin mereka ni tak siuman

sambung........

ADA PETUGAS UBN JADI SPY UNTUK TUMBANGKAN KERAJAAN PR KEDAH, AWAS !!!

PERAK GEMPAR LAGI ? ADA CERITA PADA MAT SAMAN KATI MSK (PERAK EXPRESS) TEMAN NAK KE KL ADA KULIAH

GEMPAR BIG MYSTERY ?

Salam,

KEPALA HOTAKLAH BARAT ! JAKUN !

New type of black hole found ?

Sebelum nak ulas artikal ini secara rengkas Pak Karamu nak salin dulu berita yang di katakan ajaib besar Big Mystery

A discovery could explain the creation of supermassive BLACK HOLE the size of a billion suns

Apa itu lubang Hitam (lubang gelap ?) jikalah puak-puak ni membaca Al Quran maka mereka akan jumpa cerita balck Hole ini lubang atau Pak Karamu lebih suka gunakan istilah perjalanan atau track tempat turun dan naiknya para malaikat dari langit kebumi atas perintah Allah, sama ada mereka (para malaikat) membawa segala amalan makhluk di bumi kemudian mencatetnya

Black Hole tiada siapa di antara manusia yang dapat meluluskan diri sekalipun dengan menggunakan jentera yang canggih, hanya malaikat sahaja yang mampu melaluinya kerana malaikat di jadikan Tuhan dari cahaya, kuasa tarikan cahaya dan kepantasan cahaya tidak termampu oleh manusia menembusinya, walau apapun apabila ada di antara manusia yang baru menjumpainya maka itu adalah perkara yang biasa atau Allah sengaja hendak menunjukkan bahawa segalanya itu sudah tercatet di dalam Al Quran

Di dalam Al Quran ada menyebut pintu naik dan turun para malaikat menggunakannya (carilah sendiri ayat itu) di dalam Al Quran. Apabila para pengkaji angkasa lepas berjumpa sesuatu yang ganjil dan tak pernah di dengar oleh telinga mereka maka ia adalah di anggap ganjil kerana mereka membelakangkan Al Quran termasuklah orang islam sendiri, yang kita faham hanya Harun Yahya sahaja yang mengkaji Al Buruj melalui Al Quran, itupun sudah di pandang serong oleh barat

Orang islam perlu mengkaji apa yang di sebut oleh barat sebagai Black Hole yang baru di jumpai ini melalui peristiwa Israk dan mikraj yang berlaku terhadap Baginda Rasullullah s.a.w dan cerdik pandai orang islam jangan dok diam dan main telor je, cubalah kaji dan fikirkan bagaimana malaikat Jibrail membawa Rasullullah s.a.w naik dari satu tempat ke tempat yang lain di atas sana

Sekarang umat islam sudah berada dalam bulan rejab iaitu bulan menceritakan peristiwa Israk dan Mikraj yang di kaitkan dengan solat, sepatutnya peristiwa Israk dan Mikraj dan terjumpanya BIG MYSTERY oleh barat ini perlu di kaji secara halus dan adil


RAMAI PEMERHATI POLITIK YAKIN DUN PERAK AKAN BUBAR SEBELUM 9 JULY

HENTIKAN BERBINCANGAN DENGAN UMNO

Salam,

BERBINCANG DENGAN UMNO AKHIRNYA MEMBAWA KEPADA HENDAK MEROSAKKAN PAS DAN MENGHURUHARAKAN PERJUANGANNYA, LAGI BAIK MUTUP MULUT SEBAB LAIN YANG DI SARAN MAKA LAIN PULA YANG DI MAKSUDKAN, INILAH YANG TERJADI PADA PEMUDA PAS YANG MENYARANKAN SUPAYA DI ADAKAN WACANA ILMIYAH YANG BERTAJUK " BENARKAH PERJUANGAN UMNO TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM"

PEMUDA UMNO YANG DI KETUAI OLEH KHAIRY JAMALUDDIN MEMBUAT KENYATAAN DAN MENGALU-ALUKAN PERJUMPAAN ITU SEOLAH-OLAH AKAN ADA PERBINCANGAN DAN PERPADUAN DI ANTARA PEMUDA UMNO DAN PAS, KENYATAANNYA INI SANGAT BERTENTANGAN DENGAN HASRAT DAN TOPIK PERJUMPAAN TERSEBUT

DEMIKIANLAH APABILA SESUATU PILIHANRAYA HENDAK DI ADAKAN MAKA ADALAH GENDANG YANG SUMBANG BERBUNYI UNTUK MENDAPATKAN MARUAH POLITIK MURAHAN, PEMUDA PAS ADA ALASAN MENGATAKAN BAHAWA PERJUANGAN UMNO ADALAH PERJUANGAN YANG BERTENTANGAN DENGAN KEHENDAK HUKUM ISLAM, ERTINYA PERJUANGAN UMNO ADALAH PERJUANGAN YANG SONGSANG MENGIKUT PANDANGAN AGANMA ISLAM

JIKA SESIAPA YANG NAK FAHAM TENTANG PERJUANGAN UMNO ITU BENAR ATAU TIDAK MAKA BERBINCANGLAH DENGAN BAIK DENGAN RASA RENDAH DIRI SERTA IKHLAS DAN JANGAN IKUTKAN EMOSI SEBAB HASILNYA NANTI AKAN MENYELAMATKAN ORANG MELAYU DAN AGAMANYA SUPAYA TIDAK MASUK DAN MENJADI BAKARAN API NERAKA SEPERTI ABU THALIB

PERSOALANNYA MENGAPA PAYAH SANGAT NAK MENYELAMATKAN ORANG MELAYU INI KEJALAN YANG DI TUNTUT OLEH ALLAH ! MENGAPA PAYAH SANGAT ORANG MELAYU INI HENDAK DI PERBETULKAN ? TIDAKKAH MEREKA TAHU BAHAWA PERJUANGAN SEMANGAT KEBANGSAAN ITU NABI TIDAK MENGAKU UMATNYA !

ORANG UMNO TANYAKANLAH PADA YANG BIJAK PANDAI TENTANG AGAMA APAKAH HUKUM SESEORANG YANG BERJUANG ATAS DASAR KEBANGSAAN, APAKAH BELUM LAGI JELAS BAHAWA DENGAN SEMANGAT KEBANGSAAN ITU UMNO TELAH MENUMBANGKAN EKONOMI KERAJAAN BANGSANYA DI TRENGGANU DENGAN MENARIK ROYALTI, APA TAK NAMPAK ? ITULAH JAHATNYA KEBANGSAAN ITU

KERAJAAN UBN PERAK TAKUT ADAKAN SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI ?

HAKIM BATU DAN HAKIM PERMATA ?

Salam,

Sangat tidak di sangka di negara yang telah merdeka dan mengamalkan sistem demokrasi berparlimen ada di antara hakimnya bertaraf batu dan permata, demikian dakwaan bekas hakim mahkamah rayuan N.H Chan, beliau berkata ada hakim yang melanggar kod Etika Hakim 1994

Kepada yang berkaitan sepatutnya menafikan kenyataan bekas hakim ini kerana ia akan menjejaskan keadilan undang-undang di negara ini, jika ianya tidak di perbetulkan ada kemungkinan mahkamah bukan lagi tempat untuk mendapatkan keadilan dari kekejaman

Saya merasa hairan mengapa Nizar memohon 11 orang hakim untuk mengadili kesnya akan tetapi yang di benarkan ialah 5 orang sahaja, adakah yang 5 orang hakim yang membuat keputusan V Sivakumar dulu akan terlibat dalam kes Muhamad Nizar nanti ? Jika jawapannya Ia maka harapan Nizar adalah tipis

Sepatutnya keputusan hakim tidak boleh di pertikaikan akan tetapi apabila sudah ada seorang bekas Hakim mahkamah rayuan yang meragui keputusan mahkamah maka rakyat nak tahu sama ada benar-benar ada hakim yang bertaraf batu dan permata ?

DAP NAK TESTING MB KEDAH

Salam,

PANDANGAN PAK KARAMU

Apabila DAP Kedah Perlis berjaya buat percubaan menguji dan mengugut Kerajaan Kedah yang di ketuai oleh PAS maka mereka telah faham tentang hasil ugutan dan cubaan mereka, mereka gagal menggugat ketegasan Ust Azizan, sebenarnya mereka lihat Ust Azizan macam seorang yang lembik dan boleh di permainkan, mereka menjangkakan Ust Azizan seorang yang boleh bertolak ansur secara bodoh, di waktu yang sama UMNO sedang memerhatikan lakonan DAP dan PAS

Tidak mustahil UMNO memainkan peranan di belakang peristiwa ini, mereka bertujuan untuk memperlekeh kerajaan PR yang di terajui oleh PAS akan tetapi gagal dan DAP pula cuba mahu melihat sejauh mana Ust Azizan boleh bertolak ansur dalam isu babi atau isi-isu yang lain di negeri tersebut namun MB Kedah ini tidak seperti mana yang mereka dan UMNO jangkakan, sekarang ternyata DAP dan UMNO telah gagal dan mereka sudah tentu akan keciwa dan tidak mustahil mereka akan mencari kelemahan yang lain

MB Kedah telah bersetuju menerima tempuh satu bulan dari DAP untuk mereka mencari tapak sembelihan yang baru akan tetapi ternyata DAP berbohong dan mereka tidak berusha apa-apa kearah tujuan tersebut, mereka sengaja hendak menunjukkan yang mereka itu adalah golongan yang sangat penting kepada Ust Azizan dalam kerajaan PR kerana itu mereka sanggup berbohong dan membuat ugutan yang bodoh yang akhirnya menyusahkan mereka sendiri dan ini ternyata percaturan mereka gagal dan mereka membodohkan DAP yang lain

Ada dua resiko besar yang di hadapi oleh Ust Azizan andainya kerajaan Kedah tidak bertindak tegas, pertama DAP atau Cina yang lain boleh mempermainkan PAS dan Kerajaan Kedah, dan yang kedua UMNO akan menjadikan modal politik mereka untuk melemahkan politik PAS dan keupayaan mentadbir negeri oleh kerajaan PR dan pada waktu yang sama ujud pula persaingan jawatan di dalam PR sendiri yang mungkin juga ada di kalangan sesama sendiri hendak menjatuhkan individu tertentu kerana mahukan jawatan no: 1

Sekaran ternyata DAP,UBN dan individu yang tertentu telah gagal memainkan percaturan mereka, yang nyata ini satu pelajaran untuk orang PAS khususnya di mana-mana juga mereka berada dan menjadi pengajaran juga bagi semua ahli PAS yang terlibat dengan kerja mentadbir negeri ataupun negara

DAP KEDAH PERLIS KELUAR PAKATAN

Salam,

DAP kedah/Perlis keluar dari Pakatan Rakyat dan tidak bekerjasama dengan pemerintahan PAS Negeri Kedah kerana di katakan meroboh tempat sembelihan babi yang satu-satunya tempat di Negeri Kedah, saya rasa kes itu hanya kecil sahaja akan tetapi jika ia hendak di perbesarkan sehingga DAP pusat akan mengadakan sidang tergempar maka teruskanlah tiada masalah, lainlah kalau cina atau india DAP langsung tak boleh makan babi

Bagi Pak Karamu itu ada baiknya kerana binatang babi ni membawa penyakit yang sukar di hapuskan, ini bererti jika tiada babi hidup di benarkan masuk Kedah maka Kedah pasti terhindar dari selsema babi

ADUUUYAI ! ADA PULA YANG TAK PUAS HATI !

Salam,

Pak Karamu ada terima berita yang tak puas hati tentang bab Etika yang Pak Karamu kaitkan dengan Hizbullah (kumpulan Allah) dan Hizbus syaitan (kumpulan syaitan) ketika mengulas pandangan Tan Sri Harussani, mereka suruh Pak Karamu dedahkan nas di dalam Al Quran jika benar ada, jika ada bagaimana ? nak masuk PAS ke ?

Yang timbulkan perkataan Etika ini ialah Tan Sri Harussani (rujuk Mingguan Malaysia ahad 28 Jun 09 muka surat 7) Tan Sri sebut Etika islam dan Etika syaitan, Etika ini bermaksud adab atau akhlak, ertinya dia sentuh akhlak islam dan akhlak syaitan, yang di tujukannya berhubung dengan perselisihan PAS dan UMNO kerana tidak mahu berbaik-baik yang dia anggap berpatah arang dan berkerat rotan

Di dalam Al Quran pada surah Al Mujaddalah ayat 19 membawa maksud " Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati ajaran dan amaran Allah, mereka itulah puak (kumpulan) syaitan dan ayat 20 dari surah ini pula Allah menerangkan "Sesungguhnya orang yang menentang perintah Allah dan RasulNya, mereka termasuk dalam golongan yang amat hina"

Ayat dari surah Al Mujaddalah di atas terang menunjukkan ujud kumpulan syaitan jenis manusia yang sifat mereka seperti di ayat yang di atas dengan menunjukkan istilah kaum atau kumpulan syaitan itu dengan perkataan Hizbussyaitan, sila buka Quran

Sementara Hizbullah (kumpulan Allah) pula Allah menyebutnya pada akhir ayat 22 dari surah ini yang bermaksud "Merekalah menyokong-penyokong agama Allah, ketahuilah sesungguhnya penyokong agama Allah itu ialah orang-orang yang berjaya " ini bermakna di dalam Al Quran ini memang ada perkataan Hizbullah dan Hizbus syaitan dan di sebut juga akan sifat dan sikap mereka

Saya mentafsirkan pada artikal yang lepas bahawa Etika islam adalah orang-orang yang berada di dalam kumpulan Allah iaitu Hizbullah ialah orang yang memperjuangkan agama Allah dan kumpulan syaitan adalah mereka yang menentang ajaran agama dan tidak mahu menjadikannya dasar perjuangan mereka, adapun dasar perjuangan itu ialah Al Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan Qias

Cuba baca blog PERISIK RAKYAT tentang siapa Tan Sri kita tuuuu !
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.