Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Parti Tunggal Ganti BN

Salam

Cadangan dari Pemuda Gerakan supaya di tubuhkan sebuah parti tunggal untuk menggantikan BN supaya ramai orang akan meminati dan menyokongnya adalah satu pandangan yang sangat bernas dan jika ia menjadi kenyataan ia akan menggugat Pakatan Rakyat

Pandangan Pak Karamupun demikian juga, jika ia menjadi kenyataan maka hilangnya keris yang menjadi lambang kemelayuan dan hilang juga lambang kati yang menjadi kebanggaan Bn sekarang ini. Keris orang dah tak gunakan lagi sekarang ini kerana ia sudah di muziumkan, sementara dacing ataupun katipun sudah tidak lagi di gunakan orang

Kebiasaannya kati ini di gunakan oleh pekedai runcit orang india dan ia sudah lama tidak di pakai kerana sudah tidak sesuai dan ketinggalan zaman, yang pakai dacing itu hanyalah BN /UMNO sahaja, sementara keris pula di gunakan oleh orang tertentu sahaja, sebab itu ia perlu di simpan dan suruh makhluk halus jaga

Bergolak-golak

Salam

Di Malaysia sekarang ini parti politik sedang bergolak hebat, UMNO,MCA,MIC,PAS, dan PKR yang menghadapi masalah dalaman parti masing-masing sedang berusha menyelesaikan masalah masing-masing, di Malaysia ini nampaknya penyakit kepartian bagaikan satu virus yang berjangkit, di mulai dengan UMNO kemudian virus itu berjangkit kepada lain parti dan penyakit ini macam juga selsema babi

Dalam pentadbiran kerajaan yang ada sekarangpun ada virus yang lagi kebal sepertimana yang telah di bentangkan oleh ketua odit negara yang mana kes yang agak lama kita tak dengar tiba-tiba keluar balik kes tersebut macam dah sembuh kemudian sakit semula mungkin kerana ada orang yang melindungi mereka, macam yang kita dengar TV,radio dan akhbar siarkan jangan keluar rumah jika anda terkena selsema babi, tutup hidung, tutup mulut, jangan bercampur dan berkurung

Pada badan swasta juga ada yang sedang terkena virus dan sedang tenat dalam krisis sesama sendiri, Pak Karamu rasa virus ini adalah berpunca dari virus yang awal macam selsema babi juga yang kemudiannya virus selsema tersebut merebak kemudian menjadi jenis virus yang lain di namakan pula dengan nama ILI

Oleh yang demikian jika mahu penyakit ini sembuh maka pembawa penyakit yang awal hendaklah di kuburkan baru semuanya boleh sembuh




Allah Bagi Tahu No UG

Salam

Allah berfirman yang mafhunnya:

Kullum Min 'Indillah ! ( Setiap sesuatu itu datang dari Allah )

So What ?

Allah bagi tahu No, no, No UG, No Kebangsaan UG, No Melayu UG, Yes Muslim UG . Yang tak mahu faham,faham tu pasal apa ? Kemudian ada pula yang berkata " Hilang sudah kasih sayang ! alahai ! kasih sayang tu tetap ada TAPI muallapkanlah diri tu terlebih dahulu ! ( Muallap: Cenderung kepada islam ) PAS sudah letih dengan kerenah UMNO, tak perlulah nak sebutkan di sini, sebagi contoh Trengganu dulu apa yang hangpa buat pada kerajaan PAS ? Dan banyak lagi hangpa jawab sendiri la

Nanti ada pula yang gatal mulut berkata " Yang hangpa berkawan dengan DAP tu buat apa ? Bukankah DAP tu Harbi ? Jika demikian yang timbul maka Pak Karamu nak tanya " Yang Guan Eng nak hantar jema;ah haji kat Mekah yang hangpa sekat tu buat apa ? Kerja siapakah yang buat kerja sekat itu ? Kerja Zimmikah atau kerja harbikah ?

Sudah la tu ! mari kita kembali kepada memuallapkan diri kita supaya bertaut kembali kasih sayang daripada hilang sudah kasih sayang ! kita tak perlu membebel dengan membuta babi

BUKA MINDA, JANGAN BUKA OTAK, PAKAI AKAL ! DAN FIKIR !

Tidak ada satu negara umat islam yang aman di dunia ini melainkan mereka bercakara sesama sendiri kerana uamt islam tidak mengislamkan negara mereka. Tidak akan aman sesuatu kaum itu selagi mereka tidak berjuang atas satu dasar iaitu islam ini bererti jika mana-mana kaum yang dasar perjuangannya tidak sama maka janganlah kita mengharapkan unity

Kita lihat bagaimana jadinya negara Palastin yang berketurunan arab, mereka hancur di tengah-tengah negara yang di kelilingi oleh negara arab sendiri oleh Isroil, kerana apa ? Kerana hampir 100 % negara arab mengamalkan semangat kebangsaan arab kerana itu Allah mahu melihatkan kepada bangsa arab itu bahawa hanya islam saja yang akan dapat menyelesaikan masalah umat iaitu dengan UM ( Unity Muslimin ) dan sejarah awalnya telah di perkenalkan oleh khalifah Salahuddin Al Ayubi, (Fahamkan sejarahnya)

Adakah di antara anda masih berdegil mahu mengatakan bahawa sesuatu puak itu akan di selamatkan oleh puak itu sendiri ? Adakah anda mahu menyatakan bahawa negara itu akan selamat kerana negara itu sendiri ? Adakah anda mahu menyatakan bahawa agama akan selamat kerana kaum dan negara ? Bukankah Allah telah memberi tahu bahawa yang menyelamatkan segala alam yang baru ini ialah islam !

Kasih kepada bangsa, negara, keluarga, agama dan sebagainya itu adalah kerana islam dan Allah bukan kerana bangsa,negara, tanah air dan harta benda demikian jaminan daripada Allah, anda mahu nafikan ? Sepatutnya kita kaum yang di berikan oleh Allah akal untuk berfikir kehadapan lebih jauh mampu membuat keputusan dan memilih mana yang benar dan mana yang bathil

Cuba kita lihat dan dengar apa kata kebanyakan pimpinan UMNO dan ahlinya apabila gagalnya rancangan UG ? Mereka membuat ulasan sebagai suara kebanyakan pengikut Abdullah bin Ubai , kenapa ? Anda jawab sendirilah, ini kepada yang faham agama, yang tak faham agama jika mereka di tanya maka lebih baiklah anda bercakap dengan tunggul yang mati

Cuba anda perhatikan dan teliti, apabila azan berbunyi maka anjing akan menyahut seruan azan tersebut Uuuuuuuuuuuu ! tapi ketika itu manusia pula sebok nak buat apa ? Dunia sudah akhir zaman, manusia sudah hidup di zaman penghujung kiamat tapi manusia masih lagi leka dengan memperjuangkan kaumnya, hangpa semua fikir semualah

Kaum hanya bersatu hanya dengan satu dasar iaitu dasar islam, jika hangpa tak mahu juga maka " Lakum deenukum Wali yadeen ! ( Kamu ikutlah cara hidup kamu dan kami ikut cara hidup kami )



Pemuda PAS Perak Jangan Buang Masa

Salam

Pemuda Pas Perak tak perlulah mengadu kepada Sultan dan janganlah menyusahkan Sultan sebab sultan banyak tugas yang lebih penting dari melayan permohonan Dewan Pemuda Pas Perak, sepatutnya dewan Pemuda Pas belajarlah dari orang tua-tua kata-kata hikmah "meminta kepada yang ada, merayu biarlah kepada yang sayang"

Pemuda Pas Perak kena faham bahawa mereka bukanlah sehebat Muhammad Nizar yang telah gagal merayu dan memohon jasa baik kepada Sultan sebelum ini tetapi telah tiada hasil ini kerana pehak istana serba salah untuk membantu ibarat telan mati emak luah mati bapa, kedua-dua belah pehak adalah rakyat baginda belaka, jadi bersabar aje lah, kan ke sabar itu satu dari cabang iman

Pertimbangan Sultan sudah cukup adil setelah menimbangkan jumlah majoriti yang membolehkan satu pehak berkuasa, alahai takkanlah Pemuda Pas tak arif lagi, jika pemuda nak memerintah kerja keraslah dari sekarang, berhubung dengan keamanan sekarangpun sudah aman, nak aman macam mana lagi ? sudah la tu lagipun kan dah jumpa Raja Muda baru-baru ni, nak apa lagi ?


Sidang DUN PR di teruskan

Salam

SIDANG DUN PR NEGERI PERAK DI TERUSKAN DI WISMA DAP YANG DI PENGURUSIKAN OLEH MUHAMMAD NIZAR BUTIR-BUTIRNYA BELUM LAGI DI UMUMKAN, SEMENTARA ITU SIDANG DUN BN/UMNO TELAHPUN DI TANGGUHKAN, HASILNYA NANTI RAKYAT PERAK KENYANG DENGAN DUA PERUNTUKAN, IAITU DARI PR DAN BN, HANGPA YANG BIJAK PANDAI UNDANG-UNDANG KUNCI LA MULUT SAMPAI BISU, MUDAH-MUDAHAN KETURUNAN KAMU AKAN BISU SAMPAI KIAMAT

Dewan Yang Tergila Di Dunia

Salam

Apalah nak jadi dengan negeriku ini ! Wahai orang yang bijak pandal undang-undang dan Perlembagaan di luar sana, mengapa di biarkan Dewan yang di bena dengan wang titik peluh rakyat ini di cemarkan dengan dua persidangan, dua mesyuarat, dua speaker, dua menteri besar ! Apa dah jadi dengan negeriku ini ? Kepala otak hangpa ni pergi mana ha !

SEMENTARA ITU SIDANG DEWAN DUN PERAK DI TANGGUH OLEH SPEAKER V .SIVAKUMAR JAM 11.08

DUN Perak Tempa Sejarah

Salam

TERKINI DAN TERKATUN !

Tolong bagi tahu ke seluruh dunia tamadun bahawa mesyuarat DUN di Negeri Perak ada dua jenis mesyuarat, satu mesyuarat DUN PR dan satu lagi mesyuarat DUN BN/UMNO suasana ini telah menjadikan negeri Perak sebagai negeri yang sangat bertamadun

Sementara itu kini ADUN dari BN sedang memerhatikan persidangan ADUN PR yang di pengurusikan oleh V Sivakumar

Berita akan menyusul lagi ........

Sidang Wednesday

Salam

Sidang DUN Perak bermula tadi pukul 10.00 am, ketika sidang bermula ADUN pakatan tiada di dewan sebab mereka di kawal ketat oleh pehak polis, kemudian mereka masuk ke dewan untuk mengikuti mesyuarat dewan

Nampaknya ADUN PR sekarang ini sedang bermesyuarat sesama sendiri ketika speaker Ganesan menangguhkan mesyuarat dewan untuk berehat

Bangunan SUK Perak Lemas

Salam

MUKADIMAH AWAL POLIS HALANG 10 ADUN PEMBANGKANG

Bangunan SUK Ipoh Perak lemas kerana terlalu ramainya Polis berkawal, di anggarkan seorang wakil rakyat bersamaan dengan 20 orang anggota polis, black Maria bersedia untuk mengisi mangsanya, siapa mangsa pertama ? Sementara itu di khabarkan polis telah menghalang 10 orang wakil rakyat pembangkang masuk dewan termasuk pengurusi DAP Perak

Perak Wednesday

Salam

Suasana Terkini Di Ipoh Perak

Seluruh bangunan SUK negeri Perak di kawal ketat, black maria bersiap sedia untuk menghadapi apa juga keadaan, jalan menuju ke bandar Ipoh di kawal dan lencongan di buat untuk tindakan keselamatan, bangunan SUK kelihatan bagaikan telah di tawan oleh musuh, warga kota yang hendak bekerja turut terjejas dengan persidangan DUN ini, buat masa ini belum lagi ada khabar berita yang sensasi untuk di kongsi bersama, suasana mendung dan hujan renyai sebentar tadi di harapkan tidak berjangkit pada sidang DUN

Politik Murahan Ibarat Duri Dalan Daging

Salam

Oooooo ! Pak Karamu lihat ada di antara orang Pas yang di anggap bijak berpolitik dan pakar motivasi tapi kurang matang tentang amaran Allah kepada kumpulan yang membenarkan yang batil dan membatilkan yang hak, benarlah kata-kata umat islam yang ori mengatakan bahawa perjuangan hendak menegakkan islam ini terpaksa menempuh berbagai onak dan duri dan untuk mencapai hasrat islam yang ori itu masih lagi jauh

Pak Karamu tidak begitu berminat nak tahu tentang hebohnya EGM kerana hal tersebut adalah maklum dan sudah di perbetulkan prioritinya dan Pak Karamu berasa sangat lega kerana kita tidak menembak hanya kancil dengan menggunakan senapang gajah, sekarang Pak Karamu nak alihkan cerita dua ekor sang kancil yang hidup di zaman morden tapi bersifat bagaikan rusa yang memasukki kampung berhutankan batu

Cerita bermula dengan terbongkarnya task force yang pada peringkat awalnya hendak selamatkan umat islam di selatan Thailand kepada Unity Goverment atau di kenali juga sebagai kerajaan perpaduan iaitu kerjasama di antara PAS dan UMNO, Pak Karamu dapat merasakan bahawa perancangan tersebut yang kita dengar telah di lupakan akhirnya muncul semula kerana konsef UG itu bukanlah perancangan yang kecil

Perancangan ini di ibaratkan sebagai pengaruh subersif yang tidak akan mudah padam selagi perancangnya masih bernafas, perancang yang mempunyai cita-cita yang di belakangnya sentiasa di racuni dengan berbagai muslihat kebangsaan yang di anjurkan oleh pehak barat adalah bertujuan hendak menghapuskan pengaruh agama yang di perjuangkan oleh pejuang-pejuang islam di dalam negara ini di sejukkan

Sangat mudah bagi kita untuk memahami aktiviti tali barut musuh islam di negara ini, apabila tiba masa hendak merayakan peristiwa yang berkait dengan kebesaran agama maka mereka akan bercakap tentang islam dan agama, apabila habis tempuh perayaan itu maka mereka terus melupakan janji mereka kemudian tunggu pula peristiwa yang lain kemudian mereka bercakap lagi tentang peristiwa agama islam tersebut

Dalam peristiwa baru-baru ini nampaknya blogger sudah menunjukkan minat orang ramai serta pemimpin di negara ini sebagai kumpulan yang mampu memberikan pengaruh yang amat besar dalam bidang perhubungan di antara rakyat dan pemerintah namun mungkin ramai yang belum menyedarinya akan tetapi pengaruh dan peranannya tersangat besar sehinggakan pemerintah turut mempergunakannya secara berkias seperti pukul anak sindir menantu

Cuba kita fikirkan secara muslihat politik mengapa Hassan Ali dan Nasaruddin memanggil blogger UMNO dan PAS dalam sidangnya, apakah relevannya mereka berbuat demikian pada hal mereka akan bercakap tentang perjalanan masalah yang terdapat di dalam PAS bukan masalah perjalanan tugas mereka sebagai wakil rakyat, nampaknya undangan mereka itu seolah-olah mahu memperkatakan atau membuka kelemahan Pas kepada blogger UMNO dan di kesempatan itu maka UMNO mudah untuk mencari kelemahan PAS sebagai senjata

Pak Karamu rasa mereka yang terlibat ini perlu di ambil tindakan atau di singkirkan sebelum mereka menjadi racun yang berbisa di dalam Pas dan sebelum orang yang lain hilang kepercayaan terhadap Pas



Blogger PR Vs Blogger UMNO ?

Salam

Ape dah jadi Blogger Pr oiiii ! beno ke tak beno ! setakat ini belum lagi ada berita yang sahih, apa yang kita dengar adalah dengar cakap je, dengar cakap pada perjumpaan dengan Dato Hassan Ali dan Nasa di sana telah bertemu blogger PR dan Blogger UMNO dan pro UMNO untuk buat interview terhadap pimpinan PAS tersebut, apa biji buah yang soheh kita semuanya nak tahu

Peristiwa Wednesday ....

Salam

DI PERAK

Peristiwa awal telah berlaku di Perak ialah runtuhnya jambatan Kuala Depang yang membabitkan 22 pelajar, seorang mati, dua masih hilang dan 19 selamat, besok pula sidang DUN akan di adakan dan di jangka kecoh lagi kerana percaturan perlembagaan dan undang-undang Perak akan di tafsir oleh ADUN-ADUN Perak

Sejauh ini:

1. Muhammad Nizar minta sultan tangguhkan sidang

2. Pesuruhjaya Pas Negeri minta polis jangan masuk campur

3. Speaker DUN BN sudah bagi amaran dengan speaker PR

4. Surat jemputan sidang DUN telah di edarkan oleh dua speaker ini

5. MB dari BN/UMNO dan 6 orang Exconya tak boleh masuk dewan sebab dah di gantung

6. Speaker BN/UMNO tak boleh pakai baju speaker dan tak boleh masuk dewan

7. Orang awam, polis pakai preman, pakeda tak boleh masuk dewan

8. Surat jemputan speaker BN/UMNO tidak sah dan batal

9. Pasukan polis hanya boleh kawal di luar dewan

SELAMAT BERSIDANG BESOK HARI RABU BERSAMAAN 28 OKTOBER 09

Wakil Rakyat Tidor

Salam

Wakil rakyat tidur, Majlis daerah tidur, Pejabat pelajaran Perak tidur, gara-gara jambatan runtuh di Kuala Depang Kampar Perak, setakat ini 19 orang selamat, satu mati dan dua lagi masih hilang daripada 22 orang murid semuanya yang sedang menyeberang jambatan gantung tersebut

Pak Karamu yakin rombongan budak sekolah One Malaysia itu penganjurnya tidak meninjau keselamatan di tempat tersebut terlebih dahulu sebelum aktiviti itu di adakan, peristiwa menyayat hati ini mesti di pertanggungjawabkan kepada pehak terbabit kerana lalai membuat tinjauan

Tanggal 28 Oktober di Perak

Salam

Tanggal 28 Oktober 09 Jika berlaku apa-apa di DUN Perak maka ia bererti tanggungjawab orang bijak pandai mahu melaga-lagakan ADUN UMNO/BN dan PR, merekalah punca kekacauan dan kekalutan dan kerana merekalah maruah orang Perak jadi bangsa yang hilang maruah dan tamadun, undang-undang dan perlembagaan negeri adalah punca kekecuhan dan pergaduhan

Hmmm ! Zambry ! Puuuuh ! Po, Po, Po !

Salam

MENTERA PAK KARAMU hu hu hu Tiuuuuung !

Hmmm ! Hmmm ! Zambry !%^*&#@%^&^ Puuuh ! aaammmmmak ! Poh, Poh, Poh Hmmm ! ammmmak ! Hmmm ! Hmmm ! Zambry , Zambry , Poh ! Poh ! 6 Exco Poh, Poh, Poh !

Hmmm , Hmmm, Ganesan Puuuh !!! Poh, Poh, Poh tambi Poh !!! ammaaak ! aw, aw, aw geduk, geduk, Geduuuuak ! Poh, Poh, Pooooooraaaaaah ! $%#&*....^&%$#@*^&$@ ammaaak !

Pak Karamuuuuu ! 28 Oktobeeeer ! Puuuuh !

Awat la hangpa ni percaya sangat dengan boooooom ! Moh nih ! ikut la undang-undang dan perlembagaan Perak semuanya akan selamat, tu la hangpa, sikit-sikit bomoh, ala mohon la pada Allah di sana akan dapat berkatnya

Ma'af ye !

Black Beuty In Perak

Salam

Huh ! One Black In Perak, aduuuyai ! kome berapa kerat ada nyah oiii ! ate kolo nak buat bio le betoi-betoi, kolo setakat seratus dua yang pakai black maria lebih baik jaga laki kat rumah, nampak hodoh je, ate teman ingat mau le satu ribu orang ke ataeh ok la juga

Teman agak kolo satu kawasan mike tetapkan 500 hingga seribu orang baru le ok dan baru le BLACK BEUTY kalo tak hmmmm hampeh !, kolo nak buat tu bio le bagi orang kecut dan mengeremang bulu rome tapi walau ape pun nyah oi tentukan bawa garam lade

Kome mesti istiharkan diri kome tu bukan lagi wanita atau ibu tapi kome adalah MUSLIMAT negeri Perak, haaa ! baru boleh jadi mujahidah asli, ok teman syorkan kepada mike orang semua dengan motto semangat

Bila ketua sebut takbiiiiiiir ! maka semua orang kena pekik gego nyah gego hu hu hu

Merapu Di Malam Sunday

Salam

Syukurrrr !

Pak Karamu bergegas pergi ke Taman Melewar tanya pasal EGM tapi tak sampai ke Lokasi hanya sampai kat selalu Pak Karamu minum iaitu di kedai orang Aceh, dulu kedai ni orang Minang punya tapi depa dah blah sebab orang Minang ni tak boleh tahan dengar selalu Pas buat program kat Markas, nasib Pak Karamu baik jumpa dengan bekas senator, dia tanya khabar dan Pak Karamupun tanya khabar, lepas tu tanya bagaimana EGM ? Dia jawab aalah ! tak payah EGM perkara tu bukan besar sangat tapi heboh saja lebih, Pak Karamu jawab spontan terima kasih kulaan !

Pak Karamu fikirpun dari awal EGM tu kerja orang bodoh dan membuka pekong yang bukannya pekong tapi mungkin ada muslihat Nik Aziz buat begitu sekurang-kurangnya dia tahu perangai anak buah dia di bumi Allah ini, Pak Karamu fikir itulah muslihat politik tapi orang yang berpolitik yang tak faham dengan muslihat politik tentulah mereka terlanjur membuat berbagai andaian yang berbentuk buruk sangka kemudian di keruhkan pula oleh UMNO yang suka membuat kerenah kemudian orang Pas pula terus bersikap melenteng

Tetiba datang seorang otai Pas masuk campur sembang-sembang tanya Pak Karamu " Borang DAP dah ambil ke ? Ishhh ! terkejut beruk Pak Karamu di buatnya, mana pula dia tahu aku ni Pak Karamu, lalu saya jawab selamba " DAP kata borang dah habis sebab ramai orang melayu yang nak masuk DAP, tunggu saya balik dari Makkah baru borang baru siap" Dia jawab alah EGM tak ada jadi Pak Karamu kempunan la nak masuk DAP

Perjumpaan satu jam lebih kurang itu baru Pak Karamu sedar yang Pak Karamu pakai baju yang ada nama Pak Karamu laaa 1 binawe betul la aku nih

Merapu Di Petang Sunday

Salam

Apabila Tuan Guru Nik Aziz berkata dia nak adakan juga Muktamar khas maka Pak Karamu terbayanglah bahawa dosa perancang kerajaan UG terlalu besar macan dosa Yahidi dan Nasrani kepada Tuhan sehinggakan majlis syura Ulama tak ada power nak selesaikan masalah tersebut, maka Pak Karamu dapatlah bayangkan bahawa majlis syura Ulama macam hampeh siapa mereka ? Mereka adalah hampeh SEBAB Mursyidul am sendiripun tak caya sama mereka

Apabila ada orang Pas berkawan dengan orang UMNO maka kamu akan belajar dari mereka bagaimana nak pijak tengkok orang melayu dan bagaimana kamu nak ambil ilmu dengan mereka bagaimana nak tolak quran, samalah seperti kamu berkawan dengan Yahudi dan Nasrani yang mana kamu akan menghalalkan yang haram ataupun kamu mengharamkan yang halal

Maka berkatalah Zahid anak lelaki Hamidi " Disebabkan Nik Aziz selalu minta supaya UMNO hancur dan pecah belah maka Allah balikkan do'a mereka terkena balik pada Pas dan sekarang adalah bukti bahawa UMNO betul dan PAS salah sebab itu Tuhan hancurkan PAS dan tuan-tuan saksikanlah kebenarannya, dan Pak Karamu nak bagi tahu Zahid anak lelaki Hamidi bahawa yahudi dan Nasrani tu betul dan islam tu salah sebab itu Yahudi itu sentiasa menang, maka eloklah masuk Yahudi ?

Saya dah kata dalam Pas ada yang berperangai Ego, dan ada di antara mereka juga badannya berbau UMNO, bau ancing ketiak mereka bau ketiak Muhideen anak lelaki Yasin bila depa berkawan dengan orang Pas dan dapat cucuk pinggang orang Pas maka terkeluarlah latah dari mulut orang Pas Op coooot ! op UGggggg! lalu berkatalah Nik Aziz "Sapo yang ghoyak UG tohhhhhh ! mu tunggu ambo akan panggil Muktamar khas

Hadi Awang dan Harun Taib nak jumpa Nik Aziz nak minta penjelasan apakah yang sebenarnya niat Nik Aziz nak adakan Muktamar Khas " Huuuuuk ! alooooh seorang presideng pong tak tahu ha yang Nik Aziz tahu rahsio, tob,tub, nak ado ke Muktamar Agong sungguh Nik Aziz ni dok rahsio banyak ha dan membelakangkan presideng dang ketuo dewang ulamok

UG adalah pakatan macam Yahudi dan Nasoro dok bekawe denge Mesir, Jordang, dan Kuwait hukumnya mereka ini ialah tembak dengan senapang gajah detuuuuuuuug ! ha mampoh mu

Merapu di pagi Sunday


Tersalam dengan tangan orang UMNO bengkak tangan, tersalam dengan tangan orang Pas bau kasturi masuk syurga hu hu hu

Adapun Pas itu baik, Adapun orang Pas itu tidak baik, Adapun orang UMNO itu tak baik, adapun UMNO itu tak baik, Adapun DAP itu baik, Adapun orang DAP itu baik, Adapun orang yang telah mati itu baik, baik, baik, baik tak ada yang tidak baik melainkan baik belaka

Masuk Saja DAP

Salam

PAK KARAMU TIDAK SETUJU MUKTAMAR KHAS PAS KERANA IA KERJA ORANG GILA DAN IA JUGA MENUNJUKKAN KELEMAHAN PAS DALAM MENTADBIR PARTI

Jika MUKTAMAR PAS di adakan untuk mengemaskan parti maka ia tidak perlu, jika ia di adakan untuk menyingkirkan anggota tertentu juga ia tidak perlu, apa yang jelas jika muktamar itu di adakan juga maka ia menunjukkan kelemahan pucuk pimpinan parti itu mentadbir parti dan anggotanya

Selepas Muktamar yang lepas di Ipoh dan selepas ada kenyataan di keluarkan di dada akhbar Harakah maka kita dapat baca tentang nak tarbiyahkan anggota parti, beria-ia nampaknya tapi apa yang PAS buat ? tak ada apa-apapun malah di di katakan kebanyakan ahlinya sudah macam perangai UMNO dan PKR

Orang PAS yang kebanyakannya terdiri dari orang Melayu masih berperangai UMNO yang bersemangat nak pijak tengkok bangsanya sendiri dan membiakkan perangai rasuah baik dari bidang apapun, ini kerana mereka telah di ajar berperangai sebegitu sejak dari dalam buayan lagi

Apabila Pas di ujudkan untuk memperbetulkan keadaan orang melayu dan membawa mereka ke arah islam maka Pas juga gagal berbuat demikian sehinggalah pada hari ini, apa yang PAS berjaya ialah mengujudkan ahli yang bersikap sombong dan bongkak dan suka mencipta musuh sesama sendiri macam UMNO juga

Teringat pula Pak Karamu pandangan Nik Aziz tentang melayu yang akan menyertai DAP baik untuk buat masa akan datang maka Pak Karamu mungkin akan menyertai parti itu selepas kembali dari Makkah nanti dan Pak Karamu mungkin akan membawa sebanyak mungkin kawan-kawan untuk menyertai DAP







Tutup Kes Video Lingam

Salam

Suruhanjaya Siasatan Di Raja telah menutup kes Video Linggam kerana kes tersebut ada melibatkan orang ada-ada nama dan klas, walau apapun Tun Mahadzir merasa keciwa dengan suruhanjaya tersebut

Pak Karamu rasa Tun Mahadzir tak patut sebut benda yang tak patut dia sebut, katakanlah "AKU DENGAR AKU PATUH" bila Mahadzir keciwa dengan tindakan siasatan Di Raja maka apa lagi yang boleh di harapkan oleh manusia di bumi jika siasatan di raja sudah buat keputusan begitu

Siasatan di raja barangkali kita rakyat Malaysia anggap sebagai siasatan yang adil dan berkecuali serta bersih, apa yang mereka buat atau putuskan kita tak tahu tapi mereka adalah satu badan yang di hormati dan tertinggi, jadi apa keputusan mereka kita terima je lah sebab kita rakyat kerdil dan marhaen hu hu hu dan mereka yang terasa akan lepas dari sebarang bala jangan la bercakap banyak DIAM JE LAA !

MALAYSIA NEGARAKU BERSIH, CEKAP DAN AMANAH

Pas Macam Ikut UMNO Je ....

Salam

Selepas UMNO buat perhimpunan agong kerana nak kemaskan patri itu supaya orang suka pada parti itu maka PAS juga nak ikut cara UMNO pulak maklum le parti adik beradik la katakan macam Habil dengan Qabil

Hairan juga dengan PAS ni, bila UMNO buat sesuatu maka PAS juga nak buat sesutu, pada PAS yang berdasarkan islam rasanya tiada yang kurang dalam semua hal yang kurang adalah mentarbiyah ahli dan pimpinannya

Dulu Pak Karamu sudah tegur, masa tu Pak Karamu jadi calon Parlimen, Pak Karamu tegur lujnah ulama' dan AJK nya tapi tak sampai kemana malah kita pula yang di sergah, itu peringkat negeri, lepas tu kita bagi cadangan pada peringkat pusat pada Muktamar PAS pun begitu juga tiada berubah

Masa saya berbincang dengan Yusuf Rawa dan Ust Fadhil di Jalan Pahang Barat tentang lembab dan tak ambil tahu ustaz Nakha'ie Ahmad dalam soal admin kewibawaan pimpinan juga demikian tak ada perubahan, namun semua itu bukanlah sampai nak adakan muktamar khusus, tak tahulah jika ia ada muslihat tertentu

Dalam perhubungan antara bangsa-bangsa di Malaysia ini PAS patut fahan tentang human relation dan human managment kemudian rujuklah sistem itu pada bab siasah syariyah, alahai tak payah nak ikut UMNO

Pilihanraya Parlimen Batu ?

Salam

Tian Chua telah di dapati bersalah kerana gigit telinga polis, denda yang di kenakan terhadap kesalahannya itu melayakan jawatannya sebagai ahli parlimen tergugur namun dia di benarkan membuat rayuan supaya kedudukannya di kekalkan sebagai ahli parlimen

Pak Karamu rasa dia berjaya dalam rayuannya, jika tidak maka ke penjaralah dia dan jika di adakan pilihanraya di tempatnya kawasan Batu maka BN akan kalah juga dan nama BN akan tercalar besar

Selesaikan Masalah Speaker Pula

Salam

Sekarang speaker BN mula bersuara, suaranya untuk meyakinkan rakyat di negeri Perak bahawa dialah speaker yang halal mengikut perlembagaan dan peraturan tetap dewan, sementara speaker PR pula mengatakan bahawa dia adalah speaker yang sah mengikut perlembagaan dan peaturan dewan, masing-masing mengatakan diri mereka halal

Speaker BN mengatakan bahawa perlantikannya pada 7 May lalu sah mengikut perlembagaan dan peraturan dewan negeri, sementara speaker PR mengatakan perlantikan speaker BN tidak sah mengikut perlembagaan dan peraturan dewan negeri kerana di masa itu speaker PR di cekik dan di usung keluar dewan cara yang tidak bermoral dan di waktu yang sama perlantikan speaker BN berlaku, jadi cara perlantikan tersebut adalah cara BN yang sah ?

Pak Karamu tak mahu komen apa-apa cara perlantikan tersebut atau dara melucutkan speaker lama kerana tiada faedah langsung mengulas perbuatan samseng,lanun,perompak di siang hari, apa yang penting sebelum di adakan sidang pada 28 oktober nanti hendaknya biarlah ada manusia yang bersifat manusia yang boleh selesaikan masalah speaker Perak ini mengikut perlembagaan dan undang-undang DUN Perak

Jika manusia bersifat binatang yang mahu selesaikan masalah speaker Perak maka tunggulah maruah negeri negara akan di malukan oleh masyarakat antara bangsa kerana membelakangkan tamadun dan moral

Dewan Pemuda Pas Minta Jumpa Sultan

Salam,

Terkini Dan Panas

DPP Perak memohon hendak berjumpa dengan Sultan Perak ekoran persidangan DUN Perak pada 28 Oktober ini, ini mungkin sebab DUN Perak ada speaker halal dan speaker haram, masalah dua speaker ini di lihat sebagai punca akan berlaku pertengkaran atau pergaduhan oleh itu DPP mungkin mahu mengingatkan kepada semua pehak supaya jangan membuat kesilapan

Rakyat Perak di minta Bersedia

Salam

TERKINI

Rakyat di negeri Perak di minta bersedia untuk menghadapi pilihanraya juga kepada PR perlu merapatkan saf dan memulakan menyemak daftar pengundi di kawasan masing-masing . Pilihan raya negeri Perak pasti terjadi pada waktu yang sangat terdekat memandangkan terlalu banyak tanda-tanda sebagai petunjuk ke arah itu

Kes Muhammad Nizar pada 5 November mungkin mati di situ sahaja berikutan pembubaran DUN Perak sebelum mahkamah bersidang untuk mendengar kesnya, walau apapun Perdana Menteri Malaysia Najib Razak telahpun berjumpa dengan sultan Perak yang kita anggap memberikan mukaddimah pembubaran DUN Perak

Sementara itu ramai pengamal undang-undang yakin bahawa Muhammad Nizar akan memenangi kes jawatan menteri besarnya oleh itu jika pandangan pengamal undang-undang ini menepati ramalan mengikut undang-undang dan perlembagaan maka Zambry dan UMNO akan malu yang amat besar dan terserlahlah kerja haram mereka selama ini

Musim haji sudah datang lagi, Pak Karamu tak tahu bagaimana nak mengundi kerana Pak Karamu semasa itu berada di Makkah ataupun Madinah dan BN/UMNO memang suka buat pilihanraya semasa musim haji hu hu hu

Aduhai Kejamnya Manusia Ini

Salam

TERKINI KES TEOH BENG KOCK

Aduuuhai ! kejamnya manusia yang melakukan pembunuhan terhadap Teoh Beng Hock ini, demikian hasil kajian seorang pakar patologi yang di datangkan daripada negara jiran Thailand Dr Pornthip Rajanusunand atas siasatannya dalam inkues kematian Teoh Beng Hock

KEMUNGKINAN TEOH BENG HOCK :

* Di cekek sebelum dia jatuh atau di jatuhkan atau terjatuh kerana ada tanda bulat pada lehernya pertanda dia di cekek sampai mati

* Retakan pada tengkorak Teoh Beng Hock bukan di sebabkan dia terjatuh

* Kecederaan pada lubang dubur Teoh Beng Hock di sebabkan dia di cucuk dengan benda tajam atau benda yang boleh mencederakan

Ketiga-tiga seksaan yang di lakukan terhadap Teoh Beng Hock itu menyebabkan dia mati kemudian di jatuhkan daripada tingkat 14 untuk meragukan pehak penyiasat bahawa Teoh Beng Hock mati kerana membunuh diri dengan terjun dari tingkat 14

Kajian itu juga mendapati peratusan Teoh Beng Hock di bunuh sebanyak 80 % dan hanya 20 % sahaja bukti Teoh Beng Hock mati kerana membunuh diri dengan terjun dari tingkat 14, keterangan yang di berikan pada hari ini sangat mengejutkan semua pehak


Perak Akan Kecoh Lagi

Salam

Perak akan kecoh lagi gara-gara campur tangan orang luar dalam masalah rumah tangga DUN Negeri Perak, masalah undang-undang dan perlembagaan negeri belum lagi selesai sepenuhnya kerana ada masalah teknikal undang-undang dan perlembagaan negeri tidak dapat di selesaikan, dalam masa yang sama DUN Perak akan bersidang pada 28 Oktober ini

Di Negeri Perak ada dua menteri besar iaitu MB daripada PR yang di iktiraf oleh rakyat melalui pilihan raya dan MB daripada BN yang di lantik oleh bukan kuasa rakyat, yang di pilih oleh rakyat di katakan MB halal dan yang tidak di lantik oleh rakyat di katakan kuasa haram, sementara itu speaker juga di katakan ada yang halal dan haram kerana tidak di lantik secara sempurna

Persidangan DUN Perak di harapkan berjalan dengan baik tanpa kecoh, demikian harapan Perdana Menteri Malaysia dan rakyat negeri Perakpun mengharapkan sidang DUN segera di jalankan kerana segala rancangan untuk rakyat terbantut kerana tiadanya sidang DUN namun walau apapun segala masalan halal haram mestilah di selesaikan dengan bijaksana terlebih dahulu demi menghormati undang-undang serta perlembagaan

Sidang DUN tidak patut di adakan selagi masalah teknikal undang-undang dan perlembagaan belum dapat di selesaikan kerana persidangan yang tidak mengikut undang-undang dan perlembagaan akan memalukan negeri Perak dan seluruh rakyatnya kepada pandangan umum, jika di adakan juga sidang DUN tersebut maka nampak sangat negeri Perak ini sebagai sebuah negeri yang rakyatnya bodoh dan tak mampu selesaikan masalah

Siapa dan dari sumber manakah masalah negeri Perak boleh di selesaikan ? Itu mudah saja, rujuk semua kepada undang-undang yang ada serta perlembagaan negeri Perak dan kuasa jahat dari luar jangan masuk campur tangan kerana rakyat Perak ada akal untuk selesaikan masalahnya sendiri, campur tangan daripada luar tidak akan dapat menyelesaikan masalah negeri Perak sebab itu jangan cuba mengerohkan keadaan di negeri ini

Masalah Perak ini memang boleh di selesaikan dengan cara aman dan selamat jika pehak yang berwajib bertanggungjawab menyerahkannya kepada rakyat bagi menentukan nasib mereka sebagaimana juga di negeri lain di Malaysia ini namun kerana ada niat yang jahat di hati kaum tertentu maka jadilah negeri Perak sebagai sebuah negeri yang haru biru bagaikan kuasa syaitan yang merasuk mangsanya

Percayalah bahawa masalah Perak tidak akan selesai jika tidak di serahkan kepada rakyat, rakyat pula ada mempunyai wakilnya untuk menyelesaikan masalah undang-undang dan perlembagaan negeri, adapun masalah yang di katakan teknikal itu bukanlah satu perkara yang besar untuk di selesaikan sebelum sidang di adakan melainkan ada niat buruk di sebalik undang-undang dan perlembagaan yang di harapkan oleh pehak tertentu bagi faedah sikap lanun mereka

Rakyat negeri Perak sudah bijak untuk menilai benar salahnya sesuatu perkara dan rakyat Perak juga sudah maklum siapa yang memulakan angkara sehingga berlakunya huruhara di negeri ini, di harapkan biarlah orang Perak yang berautoriti saja yang menyelesaikan masalah Perak mengikut undang-undang dan perlembagaan


Jangan Talkinkan UMNO Dulu

Salam

Jangan talkinkan UMNO dulu sebab UMNO belum lagi nazak, UMNO baru nak masuk kat border nazak, ertinya belum lagi boleh di talkinkan, ramai di kalangan orang UMNO sendiri mengeluarkan kata-kata bahawa UMNO akan lenyap macam parti Negara sudahnya tapi belum lagi sampai ke tahap genting dan gersang, usha-usha UMNO untuk kembali bernafas secara normal masih di ushakan walaupun ramai yang tidak yakin

Secara ikhlas UMNO terpaksa mengakui bahawa ubat UMNO sekarang hanyalah rasuah yang mereka lakukan bagi mereka terus bernafas dan rasuah ini pula yang hendak di hapuskan oleh UMNO dalam perhimpunan agongnya baru-baru ini, ini menyebabkan ramai pehak tidak yakin kerana rasuah adalah di anggap ubat yang paling mujarab bagi UMNO untuk bernafas dan terus mengekalkan kuasa yang batil yang di anggap halal

UMNO sendirilah yang membuka pekung mereka kerana melakukan perbuatan rasuah dan yang menyebarkan rahsia ini juga adalah akhbar milik UMNO sendiri jadi mereka tak bolehlah nak marah pada orang lain seolah-olah UMNO berbangga dengan kerja terkutuk mereka walaupun perbuatan tersebut hendak mereka hapuskan seolah-olah UMNO tidak mahu lagi amalkan ubat mujarab mereka untuk terus berkuasa

Pada pandangan Pak Karamu adalah terlalu sukar bagi UMNO hendak hapuskan rasuah di dalam parti tersebut kerana perbuatan itu sudah macam darah daging macam orang sudah ketagih morfin, UMNO perlukan suatu ubat yang paling mujarab baginya untuk sembuh supaya ia terus bernafas secara halal dan sembuh secara halal, jika setakat pindaan perlembagaan yang di pinda baru-baru ini pasti ia akan gagal

Rakyat Malaysia yakin bahawa dengan pindaan perlembagaannya baru-baru ini mereka akan terus gagal melainkan mereka mengambil ubat daripada Allah iaitu kembali kepada islam, itu saja untuk UMNO terus sembuh dan akan di terima oleh rakyat atas pertolongan dari Allah tapi percayakah UMNO kepada Allah ? Jika UMNO percaya kepada Allah maka UMNO ikutlah nasihat dari Allah "Wa anihkum bima an zalallah" (Hendaklah kamu berhukum dengan hukuman daripada Allah)

UMNO menjadi teras pemerintahan negara yang berkuasa untuk melakukan perubahan di dalam partinya jika mereka mahu sebagaimana yang di sarankan oleh Allah kepada mereka ,dan mereka mampu melakukannya tetapi setakat perubahan yang mereka lakukan dalam pindaan perlembagaan baru-baru ini menunjukkan mereka tidak bersedia untuk berubah sebagaimana yang di kehendaki oleh islam

UMNO sedang demam ! kata banyak suara dari ahli UMNO sendiri " deme belum jumpa ubat yob oiii ! demikian suara dari ahli UMNO yang agak sudah mula sedar dengan penyakit yang ada dalam UMNO dan mereka mula menyuarakan bahawa UMNO jika tak mahu kembali kepada islam maka tunggulah UMNO akan di talkinkan pada PRU 13 nanti

Najib Perdana Menteri Yang Tak Adil

Salam

Kenyataan Perdana Menteri Malaysia Dato' Najib Tun Razak yang telah membuat kenyataan mengharapkan ADUN dari PR jangan buat kacau jika sidang DUN Perak bersidang di sifatkan oleh Muhammad Nizar (MB PR) sebagai tidak adil dan berat sebelah dan seolah-olah ADUN PR sebagai bersikap samsing

Apa yang Pak Karamu fikirkan tentang kenyataan Perdana Menteri itu seolah-olah ADUN PR ini tidak bertanggungjawab tentang keamanan dan keadilan, apa yang Pak Karamu faham selalunya kekecuhan pasti ada sebab dan biasanya sebab adalah datang daripada UMNO/BN dan pehak luar yang campur tabgan atas arahan

Andainya semua pehak bertanggungjawab mengikuti peraturan dan undang-undang pasti tiada yang akan berlaku oleh itu ikutilah undang-undang jangan undang-undang yang di buat di langgar sesuka hati dan mengarahkan PR ikut undang-undang akan tetapi UMNO/BN lah yang selalunya melanggar undang-undang

Terkini UMNO Sabah Goyang ?

Salam

UMNO Sabah bakal akan hancur kerana ada usha ahlinya akan menghidupkan USNO kembali tapi tidak mendapat respon langsung dari ROS, Persatuan blogger Sabah sedang berusha kuat kearah uuntuk menarik keluar rakyat Sabah daripada UMNO

Mulut UMNO Busuk Dan Hampeh

Salam

Paku dulang paku yang serpih kata orang UMNO yang lebih

Apabila kerajaan PR mengurniakan tanah untuk keperluan kaum cina maka hebuhlah suara pemimpin UMNO dan juak-juaknya mengatakan Nizat menjadi boneka DAP, Kominis dan lain-lain tuduhan yang jahat lagi samseng

Apabila zambry dari UMNO merampas kuasa secara lanun maka baru-baru ini dia kurniakan pula tanah kepada kaum india seluas 800 hektar (jika tak silap) Namun tiada suarapun yang keluar daripada pejuang UMNO yang sanggup bersuara

Mulut UMNO tersumbat kerana sikap UMNO yang memang gatal mulut dan suka mencipta musuh dan mencari gaduh, mengapa UMNO tak buat tuduhan kepada Zambry sebagai boneka Samy Vellu ? Atau boneka Tamil Ellam !

Kemanakah hilangnya telor UMNO dah anjing makankah ? Persoalannya bukan kerana beri tanah akan tetapi tuduhan UMNO terhadap Nizar yang berbagai tuduhan yang jahat lagi hina nah sekarang mengapa UMNO membisu ?

Adakah UMNO pro Samy Vellu yang menjadi musuh Mahadzir ? ataupun UMNO dah menjadi pro kominis Tamil Ellam ? Yang baiknya UMNO ni pergilah sembahyang kat Batu Caves tu di situ yang layak bagi kamu

Bangkit Untuk Berubah ?

Salam

UBAH DIRI DULU KEMUDIAN BARU UBAH ORANG LAIN DAN PARTI

Maka bertmpeklah Presiden UMNO terhadap anak buahnya BANGKIT UNTUK BERUBAH !

Begitu bersungguh-sungguh Presiden UMNO membangunkan anak buahnya supaya bangun dari berkhayal, lantang suaranya, serius mukanya, merah padan warna kulit mukanya, mengeremang bulu ruma anak buahnya ketika tersentak dari khayalan memikirkan besok apa aku boleh dapat ? tetiba secara sepontan bersemangat habislah anak-anak buah Dato' Najib mahu melakukan perubahan terhadap agama, bangsa dan negara

Al Hamdulillah syukran ! dengan menggunakan istilah WAHDATUL mereka mahukan perubahan di dalam parti itu malah di katakan bahawa orang melayu akan tersedar dan kembali bersatu bagi faedah agama, bangsa dan negara, bagi faedah agama mungkin untuk PAS, bagi faedah bangsa mungkin untuk UMNO dan bagi faedah negara mungkin untuk One Malaysia

Orang melayu semua kena sama-sama berfikir, lain-lain kaumpun kena berfikir sama Adakah konsef yang di utarakan oleh UMNO ini akan berjaya sekalipun mereka bangun untuk berubah ?

Pandangan Pak Karamu UMNO tetaplah UMNO, melayu tetaplah melayu, lain-lain kaumpun tetap dengan pendirian mereka, mereka tidak akan berkenan dengan Wahdatul yang di sarankan oleh UMNO kerana UMNO telah terkenal dengan perangai dan sikap sombong mereka yang mengatakan hanya UMNO saja yang boleh namun siapa tahu bahawa mereka kata mereka baru saja menyeru anggotanya BANGUN UNTUK BERUBAH

Apabila mereka akan bangun untuk berubah maka akan berubahkah mereka ? Akan percayakah seluruh orang melayu atas perubahan UMNO ? Akan percayakan seluruh rakyat kepada mereka ? Akan percayakah orang-orang islam kepada mereka ? kepada seluruh orang melayu, kepada seluruh kaum di Malaysia mungkin akan percaya akan tetapi kepada pejuang islam TIDAK AKAN PERCAYA selagi UMNO tidak kembali kepada dasar ISLAN sebagaimana yang di tuntut oleh Allah

Pejuang agama tidak akan percaya dengan apa-apa dasar melainkan dasar dari Allah iaitu al Quran dan Hadis Nabi yang lain adalah sesat demikian saranan Nabi dan sebagai umatnya semua pejuang agama percaya dengannya kerana jika di ambil dasar selain daripadanya di khuatiri terkeluar daripada menjadi umatnya iaitu umat Muhammad s.a.w

Orang yang memperjuangkan agama tidak mahu menjadi sesat di dunia dan akhirat kerana semua manusia akan berakhir dengan akhirat, inilah atas kepercayaan mereka dan orang agama tidak akan mahu selamat di dunia akan tetapi sesat di akhirat dan orang agama tetap berpandukan apa yang telah di sarankan oleh Allah dan rsulNya

Orang yang memperjuangkan agama Allah tidak tertarik langsung dengan saranan UMNO sekalipun mereka berkata mahu menyelamatkan agama,bangsa dan negara selagi tidak kembali kepada dasar islam, jika mereka mengatakan berjuang juga untuk agama dengan mendirikan masjid dan lainnya maka itu hanyalah syi'ar, di negara bukan islampun banyak syi'ar, apa yang kita mahukan ialah hukum yang di tetapkan oleh Allah dan RasulNya supaya manusia jangan jadi macam-macam

UMNO tidak akan mengambil dasar daripada Allah dan RasulNya kerana dasar parti itu bercanggah dengan dasar Allah dan rasul, sebab itu jika UMNO kembali kepada dasar yang di sediakan oleh Tuhan maka anggota UMNO sendiri yang akan melarangnya kerana mereka sudah sebati dengan dasar memisahkan agama dan politik namun dalam cakap-cakap secara individu mereka pandai cakap islam way ol life

Pak Karamu selalu tekankan kepada kawan-kawam UMNO supaya berfikir panjang tentang kefahman beragama, bermasyarakat dan bernegara rata-rata mereka mengakuinya lepas tu mereka kata TAPI ...... apakah rahsia TAPI ?

INILAH PANDANGAN IKHLAS DARI PAK KARAMU

Wahdatul Dalam Perlembagaan UMNO

Salam

KALI INI CAKAP ARAB MASYA ALLAH ! AL HAMDULILLAH !

UMNO sedang menggubal undang-undang dalam perjuangannya supaya ia di harapkan akan mencapai kejayaannya, undang-undang yang termasuk dalam aktiviti perlembagaan parti itu di harapkan akan melahirkan perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negara ertinya ada empat dasar tambahan pindaan selain dari apa yang ada dan matlamatnya ada tiga, adapun faedah yang besar yang akan di capai ialah menghapuskan politk wang dan UMNO masih dapat di terima oleh rakyat

Pak Karamu dapat katakan bahawa empat dasar ini di sebut sebagai :

1. Wahdatul Fikr (Kesatuan berfikir)
2. Wahdatul Qalb (Kesatuan hati)
3. Wahdatul amal (Kesatuan beramal)
4. Wahdatul hadaf (Kesatuan matlamat)

Di katakan sekiranya UMNO dan ahlinya dapat menerima dan berubah maka UMNO akan dapat di terima oleh rakyat Malaysia, Pak Karamu sungguh tertarik dengan cakap arab atau istilah yang biasanya di muatkan dalam kitab-kitab agama iaitu perkataan Wahdah, empat Wahdah (4 Kesatuan) Yang bermatlamatkan membela agama, bangsa dan tanah air

Pak Karamu sungguh hairan dengan UMNO ni, saya tunggu, dan tunggu, dan tunggu sekiranya UMNO mahu mengambil islam sebagai dasar supaya melayu islam bersatu rupa-rupanya hampaaaaaaa ! Ini kerana UMNO masih bercita-cita mengekalkan dasar semangat kebangsaan untuk membela agama,bangsa dan tanah air

Apa yang ada dalam otak orang UMNO menunjukkan mereka mahu membela agama islam,bangsa dan tanah air berdasarkan kepada semangat kebangsaan, Pak Karamu mahu tanya kepada ulama UMNO "Mengapa kamu diam membisu adakah kamu mahu menjadi syaitan bisu ? Tidakkah Saidina 'Umar Ibn Khatab telah memberikan amarannya

"Nahnu qoumum a 'az zanallahu bil islam famahma nab taghil 'izza bi ghoi rima a 'azzanallahu az zalanallah"

Maksudnya: Sesungguhnya kita adalah umat yang di berikan kemuliaan oleh Allah dengan islam, walau bagaimanapun kita mencari kemenangan dan kemuliaan selain dari islam, maka kita akan menerima hukum penghinaan daripada Allah

Berdasarkan apa yang telah di sebut oleh Khalifah islam ini maka apa harapan UMNO untuk jadi betul malah UMNO akan mendapat penghinaan daripada Allah sudahnya dan mengapa susah sangat UMNO mahu mengambil dasar islam ! sedangkan nanti jika Allah menghina kita maka bukan orang UMNO saja yang susah tapi seluruh umat islan akan terbabit kerana perbuatan kejahilan UMNO, bukankah lebih baik UMNO menjadi muallaf dahu !

Yang menyelamatkan segala-galanya adalah islam bukan semangat kebangsaan !!!








Kedah Pula Pilihanraya

Salam

Kenyataan Menteri Besar Kedah Dr Azizan di Bagan Pinang bahawa Kedah akan adakan pilihan raya kecil kerana adanya seorang wakil rakyat di Kedah yang telah gugur kelayakan sebagai wakil rakyat kerana gagal menghadiri sidang DUN Kedah tanpa sebab yang menusabah mengikut perlembagaan kerajaan negeri Kedah, apa yang kita tahu kes di Kedah ini wakil BN telah memaklumkan dengan SPR sebab dia tak hadiri sidang DUN dan telahpun menyerahkan surat cuti sakitnya, walau bagaimanapun mungkin atas siasatan di dapati cuti tersebut adalah kabur, di waktu yang terdekat speaker Kedah telah merujuk perkara tersebut dengan pehak mahkamah baru-baru ini, hasilnya terkeluarlah kenyataan dari mulut MB Kedah yang pilihan raya kecil akan di adakan di Kedah

Menang Kerana Benar ?

Salam,

Di kalangan UMNO mengatakan mereka menang di Bagan Pinang kerana mereka benar ? Kemudian mereka kata PAS telah kalah kerana PAS tidak benar ? Demikian penilaian yang mereka telah buat, kemudian Pak Karamu kata regim Yahudi itu benar , kerana itu mereka menang dan Palastin itu salah sebab itu mereka kalah, UMNO yang berjuang dengan semangat kebangsaan dan nabi tak mengakui umatnya menang kerana UMNO benar dan PAS yang berjuang dengan dasar islam tidak benar kerana itu PAS kalah ?

UMNO yang telah menang kerana amalkan rasuah yang nyata telah menang demikian juga calonnya maka UMNO itu benar dan PAS telah kalah dengan teruknya maka PAS tidak benar kerana tiada rasuah dan kerana tiada rasuah maka PAS kalah, UMNO buat berbagai cara kerana ia hendak menang maka mereka buatlah berbagai cara maka mereka menang, PAS tak buat macam UMNO buat kerana takutkan dosa pahala maka PAS kalah, pengalaman dalam tentera mengajar Pak Karamu erti benar dan salah maka rata-rata yang salah itu menjadi benar dan yang benar itu menjadi salah

Manusia sudah tidak lagi mengenal salah hakiki dan benar hakiki kerana penilaian salah dan benar hakiki ini sudah tidak lagi sesuai buat masa sekarang itulah satu realiti penilaian manusia zaman yang di katakan bertamadun ini, sesiapa yang mahu maju dan menang kena buat bengkok dan siapa yang mahu kalah kenalah buat lurus, dalam sembahyang kita minta Tuhan tunjukkan ke arah jalan yang lurus akan tetapi bengkok juga yang mendorong kita untuk menang walaupun sikap itu munafik, kemudian ada orang berkata " munafik tak apa asalkan jangan kafir " pada hal orang munafik itu tempatnya di bawah neraka orang kafir dan di larang pula di sembahyangkan serta berada di kuburnya so macam mana ?


Takdir Sentiasa Berubah

Salam

PAS kalah teruk di Bagan Pinang ! Pak Karamu cuba pujuk hati ini dengan memulangkan semua takdir kepada Tuhan, mulanya peras menungging juga, tapi bila ingatkan takdir maka Pak Karamu boleh terima semua itu dari takdir Tuhan, Pak Karamu rasa kekalahan teruk itu kerana PAS di Bagan Pinang tidak mempermosikan islam kepada penduduk setempat secara aktif dan kurang bergaul dengan masyarakat setempat

Sebab kalah

1. Selain dari paktor di atas Pak Karamu rasa ialah kerana rasuah politik, rasuah ini dapat kita dengar berbagai janji BN kepada orang awam dan tentera di Bagan Pinang, kerana rasuah juga manusia tidak boleh tahan dengan pengaruh harta benda, jika nak imbas kembali pengaruh harta benda maka Firaun adalah contoh terbaik yang mana Nabi Musa sampai tak boleh tahan lalu ia mengadu kepada Allah atas perbuatan Firaun yang menggunakan harta benda bagi memperdaya manusia, atas perbuatan Firaun ini Pak Karamu terfikir balik tentang pengaruh harta benda tersebut so Pak Karamu terpaksa akur, oleh itu Pas kena fikir bagaimana nak mengatasi pengaruh harta benda

2. Budaya ugut,samseng dan gerakan ala komando yang di perlihat dan di amalkan oleh UMNO sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran pengundi di sana, mereka tidak cukup kuat untuk beristiqamah dalam menegakkan kebenaran, mereka juga mudah menukar fikirang kerana mahu hidup aman secara pisikal dan membuang kekuatan kerohanian, lagipun orang melayu yang beragama islam hanyalah mengamalkan islam secara syari'at sahaja, kerana itu kekuatan dalaman tidak ada pada mereka

4. Negeri Sembilan bukanlah tempat calon yang berjuang untuk di menangi oleh parti islam kerana negeri ini masih berpegang kepada "Biar mati anak asalkan jangan mati adat" jadi yang sesuai bertanding di sana ialah parti PKR atau PAS hanya boleh bertanding di tempat yang lain atau di tempat orang melayu yang penduduknya 50 % dan lain-lain bangsa 50 %

5. Sikap polis dan SPR juga mungkin banyak memberikan masa kita terbuang untuk membuat penumpuan kepada rakyat tempatan ini kerana kita banyak membuat ulasan terhadap ketidak adilan mereka, ini mungkin satu teknik bagi kita di lepas pandangkan oleh BN/UMNO terhadap tugas kita terhadap rakyat setempat

6. Kerja sosial kesihatan kita sangat kurang yang sepatutnya di berikan tumpuan kepada rakyat yang memerlukan di samping hebahan kerja sosial itu kurang mendapat liputan daripada media

7. Pas atau PR sepatutnya membuka pekong penyelewengan sisten pilihanraya yang tidak demokratik dan kita perlu bertegas dengan pentadbiran tersebut supaya rakyat dapat memahami penyelewengan dalam erti bebas dan adil, oleh itu satu badan bertindak perlu di ujudkan supaya rakyat faham erti kebenaran dan kebatilan

8. Moral dan persefahaman pucuk pimpinan di dalam pakatan perlu di tingkatkan, jangan mudah mendedahkan sesuatu yang boleh di jadikan parti lawan sebagai kelemahan pimpinan di dalam pakatan ini boleh menyebabkan rakyat menilai perpaduan yang ada sebagai longgar dan tidak berwibawa untuk mentadbir negara ataupun negeri

Majoriti Rakyat Tolak Pas (PR)

Majoriti rakyat Malaysia sudah mula tolak PR secara tegas, tidak menesabah kekalahan teruk sebegini jika rakayat belum lagi sedar akan kelemahan PR, nampaknya masa hadapan PR adalah sangat gelap dan sukar untuk bangun lagi

Pak Karamu cuba nanti buat post mortom terhadap keyakinan rakyat terhadap PR dan setia kawan mereka di dalam parti pakatan

Terkini BN Menang Besar

Salam

Tetiba saja BN Menang besar majority tidak rasmi 5331 Undi tidak termasuk undi POS, Tahniah UMNO PAS kalah teruk

Setengah jam sudah berlalu

Belum lagi kita dapat keputusan awal walaupun sepatutnya ia boleh di prolehi, andainya keputusan awal dari Bagan Pinang di katakan telah di menangi oleh Pas sekadar lebihan 50 undi namun undi dri luar kita khuatiri akan memenangkan BN, tidak mustahil undi dari kayangan akan jatuh untuk memenangkan BN

Gempar dan Terkini

Salam,

PAS di jangkakan memenangi pilihanraya kecil Bagan Pinang, undi POS Tentera Insya Allah, Undi orang awam juga Insya Allah !

TAPI AWASSSSS ! ADA KOTAK UNDI YANG AKAN SAMPAI KE BAGAN PINANG SEJUMLAH KIRA-KIRA DUA RIBU UNDI SECARA TOTAL MEMIHAK KEPADA UMNO, UNDI INI SAYA ANGGAP UNDI PUAKA, SYAITAN, POLONG, HANTU RAYA, PR PERLU WASPADA

Bagan Pinang Terkini

Setakat in sudah hampir 47 % telah keluar mengundi di Bagan Pinang dan tiada perkara yang tidak di ingini berlaku

Terkini Yang Mengejutkan

Sebentar tadi undi Pos telah di kira, keputusan tidak rasmi Pas di katakan telah Menang

PAS Mengatasi UMNO

Setakat ini orang ramai yang datang untuk menyemak nama bagi membolehkan mereka mengundi maka pondok panas PAS lebih ramai di kunjungi

Mukadimah awal Bagan Pinang

Salam

Pembuangan undi bermula dan Pak Karamu cuba membawa tuan puan kesana bagi mengtahui keadaan di Bagan Pinang, keadaan agak tenang jalanraya belum lagi sesak, ada yang baru nak sarapan pagi, keamanan hanya atas kebijaksanaan polis

Pilihanraya Yang Paling Ganas

Salam

Pilihanraya kecil yang paling ganas adalah di Negeri Sembilan, negeri yang di jangkakan tumbang pada PRU 13 nanti, setakat sa'ai ini tiada kempen di lakukan hanya kempen menghulur ongkos di bawah pintu sahaja yang akan berlaku

Boleh di katakan setiap hari ada pergaduhan, dan di jangka besok akan berlaku lagi pergadohan jika polis gagal mengawal keadaan dan berlaku adil, apa yang kita dengar Polis berlaku double standard dari PAS dan UMNO saja yang baik nampaknya

Sailen Force Bantu PR , Takbiiir !

Salam,

Atas rasa simpati, kerana mak bapa mereka dari parti PR maka sekumpulan tentera di Bagan Pinang akan bergerak secara senyap untuk menyokong PR di Bagan Pinang terutama dari di serang oleh Komando UMNO

Terima kasih Sailen Force Takbiiiiir !

Tiada Sebab Pas Kalah Di Bagan Pinang

Salam

Hampir 90 % pengundi bukan islam yang terdiri dari kaum india dan cina di Bagan Pinang akan mengundi calon PAS yang selebihnya takut kerana UMNO ugut

Tiada sebab orang melayu yang beragama islam di Bagan Pinang menolak PAS kerana dasar PAS ialah islam jadi menolak PAS adalah berdosa, dan ada sebab orang melayu yang beragama islam menolak UMNO sebab UMNO parti yang berdasarkan semangat kebangsaan yang nabi tak mengakui umaynya

Artikal Pak Karamu ini berdasarkan nas Al Quran dan Hadis Rasullullah saw, jika penduduk di Bagan Pinang engkar memilih parti islam maka itu ikutlah selera sendiri, tiada paksaan dalam agama "La ikro hafiddin !

Raja Mahasan Raja Sulaiman

Salam,

UMNO telah mengakui bahawa pemudanya yang menyerang markas PAS di Bagan Pinang bukan sebagai samseng akan tetapi mereka adalah dari pasukkan ala komando, Pak Karamu berterima kasih saja kepada UMNO atas pengakuan tersebut, lebih baik jadi komando dari menjadi samseng tahi minyak

Sekarang PAS sudah faham dan Pak Karamu lagi boleh faham, sebagai bekas tentera Malaysia Pak Karamu samseng tak akan sampai kemana akan tetapi komando lebih ganas dari samseng kerana koman ertinya beri arahan do ertinya buat, ertinya beri arahan dan terus buat, ok terima kasih saja banyak-banyak

Raja Muhasan bin Raja Sulaiman dari unit amal PAS yang di datangkan ke Bagan Pinang sudah sampai, beliau datang dari Gua Musang orangnya kurus dan tinggi sederhana, darah di raja, giginya ada di sebelah kanan dan di sebelah kiri dah rompong hu hu hu, tengok tak ada apa-apa tapi ia di datangkan dai Gua dan umur dah lanjut

Pak Karamu mengenali dia di Bukit Gantang, ketika dia mengenalkan diri dengan Pak Karamu dia berkata " Ambo dari Gua Musang, setiap Gua ada bukit, dan ambo datang ke sini sebab di sini ada bukit hi hi hi"

Selepas dia bercakap begitu Pak Karamu macam ada satu alamat terhadap orang tua ini lalu Pak Karamu tanyakan pada Mahasan " bukankah ini kacang hijau ? Lalu dia jawab : "eh mana cek tahu katanya kepada Pak Karamu " Lalu Pak Karamu kata " ambo kena mu, nah ambil " lalu dia ambil tiga biji dan dia tiup kacang hijau tersebut lalu Pak Karamu kat kepadanya " MU nak tuju mana ? jawan Raja Mahasan " Kat anjing ! Pak Karamu kata ok

Raja Mahasan lalu meletakkan sebiji kacang hijau di hujung kukunya sambil ibu jarinya sambil macam menjentik kacang tersebut ke arah anjing lalu anjingpun rebah dan kelihatan badan anjing tersebut berubah kebiruan lebam lalu mati, yang anihnya tidak pula anjing itu menggelupur, cukuplah setakat itu yang Pak Karamu ceritakan

Sekarang Raja Mahasan sudah berada di Bagan Pinang, orang tua ini kalau tengok tiup pun boleh rebah akan tetapi dia adalah raja Mahasan atau Hasan, dia sangat suka dengar cerita samseng dan komando, Pak Karamu ucapkan kepada Mahasan selamat bertugas kepadanya, kepada mahasan Pak Karamu ucapkan selamat bertugas dan kita akan berjumpa di sana


Bagan Pinang yang Panas

Salam,

INILAH SATU-SATUNYA PILIHANRAYA YANG BANYAK MEMBONGKAR RAHSIA BURUK UMNO/BN UNTUK SANTAPAN RAKYAT DI SANA DAN SELURUH NEGARA

Pilihan raya kecil Bagan Pinang terlalu banyak kes penyelewengan UMNO/BN terdedah untuk sajian orang ramai, UMNO yang di jangka tidak dapat mempertahankan hujah PR mula mengalih gerk kerja kempen mereka dengan melakukan keganasan dan samseng seolah-olah mereka panik untuk menjawab hujah PR kerana bukti setiap kes terdedah dan tidak dapat di nafikan

Pilihan raya kecil ini di anggap satu pilihanraya yang tersangat berfaedah kerana terlalu banyak kes salah guna kuasa yang telah di lakukan oleh UMNO terbongkar dengan bukti yang kokoh dan tidak dapat di tangkis, Negeri Sembilan jarang kita dengar cerita busuk UMNO terdedah namun pilihanraya kali ini baru kita dengar pusaka busuk terbongkar

Pada UMNO semua cerita busuk adalah wangi dan halal, rasuah sudah menjadi perkara biasa, membahagi-bahagikan harta negara kepada kroni mereka juga perkara biasa, peraturan yang mereka cipta yang melarang sesuatu dari di lakukan habis semuanya di langgar dan orang UMNO faham sendirilah

Undang-undang hanya di kuatkuasakan kepada selain dari anggota parti tersebut sedangkan pada mereka semua peraturan menjadi kebal, jika terdapat apa-apa yang menyalahi undang-undang akan tetapi memberikan faedah kepada mereka maka semuanya halal dan mereka berebut-rebut bagaikan anjing mengurung bangkai

Di Bagan Pinang semalam banyak kes penginayaan UMNO terbongkar dengan bukti yang kokoh, bermula dengan penginayaan terhadap peserta FELDA hinggalah membahagi-bahagikan tanah pantai yang tidak boleh di miliki akhirnya telah di miliki oleh kroni mereka di zaman Isa Samad menjadi menteri besar

Kempen pilihanraya hanya berbaki untuk parti berkempen hanya ada satu hari lagi tidak termasuk hari ini, di jangkakan banyak lagi kes Isa Samad akan di dedahkan semasa dia menjadi menteri besar N.Sembilan dulu, ini bererti setiap kemungkaran yang telah dia lakukan bersama kroninya akan menjadi iktibar kepada pengundi di sana kerana agama memerintahkan supaya tidak memilih pemimpin yang fasik

Membongkar rahsia akhlak pemimpin wajib kerana ia sebagai amaran kepada orang ramai tidak memilih pemimpin yang kotor supaya Allah tidak melaknat dan menurunkan bala di tempat tersebut yang akhirnya menyusahkan orang ramai sebab itulah Allah memilih Rasullullah s.a.w sebagai seorang nabi dan rasul yang bergelar Al Amin saya rasa hujah ini sangat kokoh

Baginda Rasullullah tidak akan menjadi nabi dan Rasul jika dia tidak bergelar Al Amin dan sirah ini menjadi ikutan kepada umat islam sebagai panduan hidup, jika sekiranya pehak UMNO melarang mendedahkan hal ehwal peribadi bakal pemimpin maka ia bercanggah pula dengan agama ertinya tiada amal ma'aruf Nahi Mungkar

Setiap orang wajib bertanggunjawab atas keselamatan tempat mereka supaya tidak di turunkan bala oleh Allah kerana itulah Allah ujudkan orang yang bernama khidir a.s dan orang UMNO kena rajin membaca Al Quran dan hadis sebagai panduan apa yang boleh dan tidak boleh di lakukan kerana pemimpin adalah cermin maruah penduduk dan orang ramai dan ayat Laqod jaa akum menggambarkan sikap seorang pemimpin

Ganas BN di sa'at Akhir ....

Salam

DI SA'AT AKHIR KEMPEN PILIHANRAYA KECIL DI BAGAN PINANG MENUNJUKKAN BAHAWA BN/UMNO BERTAMBAH TIDAK BERTAMADUN DAN GANAS YANG TIDAK TERPERI

Berita 1

Isa memang hebat ! demikian kempen sederhana BN/UMNO di Bagan Pinang, di katakan hebat kerana mengharapkan pengundi memilih Isa Samad sebagai calon dan memenangi pilihanraya, namun kehebatan Isa kerana dia telah melakukan rasuh dan tidak menerima hukuman daripada mahkamah kerana UMNO melindungi dia dari di ambil tindakan mahkamah, memang dia hebat kerana lepas dari tindakan mahkamah

Berita 2

UMNO mendakwa PAS menjul ayat quran dengan harga yang murah bagi berkempen di Bagan Pinang, pandangan ini sangat dangkal dan tidak menesabah langsung, apa yang perlu di fahamkan oleh UMNO ialah PAS sebuah parti islam dan mereka sudah tentu berkempen mengikut quran kerana fitrah parti itu memang demikian dan hujah quran memang dasar parti tersebut untuk berdakwah kepada orang ramai

Berita 3

PAS di katakan akan menghalalkan cara, cara apa tidak pula di sebut namun walau apapun yang pastinya UMNO tersangat marah PAS berkempen dan berhujah mengikut quran mengikut dasar perjuangan parti tersebut kerana itulah dasar parti islam itu, Allah s.w.t memerintahkan manusia supaya berhujah mengikut apa yang telah di tetapkan oleh Allah, tetiba UMNO kata PAS menjual ayat Allah dengan harga yang murah, ini menunjukkan UMNO jahil agama

Berita 4

Apabila waktu kempen sudah sampai ke penghujungnya maka UMNO bertambah ganas kepada petugas PAS sehinggakan ada di antara petugas di markas PAS di serang dengan parang, sebenarnya UMNO sudah kalah berhujah dengan PAS lalu mereka menunjukkan sikap samseng, dalam kejadian tersebut ramai petugas PAS yang cedera, peristiwa yang di tunjukkan oleh UMNO ini menunjukkan sikap sebenar parti dan anggota parti tersebut kepada rakyat Malaysia

Terkini dan Gempar .....

Salam

Di Bagan Datok Perak tempat kampung halaman Menteri Pertahanan Dato' Zahid anak Hamidi bergitu ramai tentera berulak alik dengan membawa trak laju sampil membunyikan siren, sebelum ini perkara ini tidak pernah berlaku, apakah mereka ini akan ke Port Dickson sebagai pengundi hantu di Bagan Pinang ? Apakah di Bagan Datok akan ada lanun menyerang ataupun Indonesia akan menyerang Malaysia ?

Kita ragu dengan aktiviti tentera di Bagan Datok ini, dan ada di antara mereka yang membeli alat pancing, Apakah mereka ini akan keluar beramai-ramai memancing di Bagan Datok ? Singamaraja mengharapkan PR akan menyiasat perkara ini

Bagan Pinang Terkini ....

Salam,

Jika ada orang Islam masuk ke Bagan Pinang, berhati-hatilah kamu kerana di sana terlalu ramai penyesat manusia yang mereka terdiri dari Syaitan dari jenis manusia dan Syaitan dari jenis Jin, demikian amaran Allah tentang dua jenis nakhluk ini

AGAMA DI POLITIKKAN ?

Fahaman orang UMNO/BN yang mengatakan agama jangan di politikkan jelas menunjukkan bahawa mereka berfahaman sekular, orang sekular mengatakan politik jangan di campur adukkan dengan politik atau agama jangan di politikkan jelas menunjukkan mereka telah sesat dengan nyata

Orang Islam haram mengatakan politik suku agama suku ATAU agama itu agama dan politik itu politik atau politik jangan campurkan dengan politik, yang berfahaman demikian hanyalah orang UMNO/BN yang bersemangat kebangsaan yang Nabi tidak mengakui mereka sebagai umatnya demikian maksud hadis soheh

Tuduhan UMNO bahawa PAS mempolitikkan agama adalah suatu yang tersangat jahil, PAS adalah sebuah parti yang di daftarkan dengan kerajaan BN yang dasar perjuangannya adalah ISLAM telahpun lulus dan di maklumi oleh semua pehak, PAS memperjuangkan agama islam dan PAS adalah sebuah parti politik, oleh itu apa yang menghalang berpolitik secara agama, sesungguhnya fahaman yang mengasingkan politik dan agama adalah fahaman orang bukan islam

Orang UMNO kena rujuk fahaman ini melalui Al Quran dan hadis Rasullullah saw, mereka jangan rujuk kepada ustaz UMNO atau qadi UMNO atau Mufti UMNO kerana apabila mereka dari golongan yang di katakan ustaz ini menyebelahi atau masuk menjadi ahli UMNO maka mereka di kenali sebagai makhluk dajjal murakkab dan pandangan mereka tak boleh di jadikan panduan kerana akidah mereka telah musnah

RASUAH DI BAGAN PINANG ?

Seorang bekas jenderal tentera memberi maklumat bahawa setiap orang yang hadir di perasmian BANDAR TENTERA DARAT kepada BANDAR PORT DICKSON telah menerima RM 300 seorang, ini di anggap sebagai rasuah politik kerana membeli undi tentera, perbuatan ini sama dengan perbuatan Firaun yang menggunakan wang untuk membeli manusia, kebetulan pula calonnya juga bekas perasuh, jadi bermaharaja lelalah rasuah di sana, sementara itu orang kampung dan orang yang miskin dapat apa ?

YANG TERBAIK ADALAH BN ?

Ada pandangan dari orang yang jahil murakkab mengatakan bahawa BN adalah parti atau pilihan yang terbaik ? Fahaman ini jelas menunjukkan bahawa pandangan ini telah menafikan islam itu adalah yang terbaik, UMNO/BN sekali gus telah menanamkan satu fahaman yang sesat dan mengajar manusia supaya menanam satu fahaman yang sesat di dalam fikiran mereka . Apa yang jelas jika kita membaca al quran dari Allah maka Tuhan berkata islam itu dalah yang terbaik, barangsiapa yang mengambil selain dari islam maka di akhirat nanti mereka akan rugi dan menyesal

Di Bagan Pinang BN/UMNO di katakan yang terbaik, Allahpula kata islam itu yang terbaik dan PAS bercita-cita akan melaksanakan islam sebagaimana yang di tuntut oleh Allah jadi mana yang lebih baik ? UMNO/BN ataupun PAS


Anti Dasar UMNO

Salam

Orang UMNO jangan silap faham, Pak Karamu bukan anti orang UMNO akan tetapi ANTI dasar perjuangan UMNO yang bercanggah besar dengan ISLAM, jika orang UMNO mahu bermusuh dengan orang PAS itu tidak mengapa, TETAPI INGAT ! jika orang UMNO menentang dasar perjuangan yang di bawa oleh PAS maka hukumnya berdosa boleh menjadi kafir

Orang UMNO wajib menyokong dasar perjuangan PAS jika mereka benar islam jika tidak tentulah mereka kafir, orang UMNO juga wajib menghormati orang PAS yang beristiqamah dengan dasar perjuangannya akan tetapi jika orang PAS sendiri tidak menghormati dasar perjuangannya maka mereka tidak boleh di hormati

Terkini Di Bagan Pinang

Salam

Sekarang di Bagan Pinang sedang berlaku peperangan di antara UMNO dan PAS, sikap UMNO adalah maklum, dia pukul orang maka dia pula yang menangis, dia yang menyamun dan mencuri maka dia pula yang bertempek pencuuuri ! pencuuuri ! pencuuuri ! ....... UMNO pula yang memulakan mengutuk orang, maka dia kata orang lain yang memulakan mengutuk mereka, yang terkini mereka yang mengedarkan risalan mengutuk UMNO maka dia pula tuduh orang lain yang mengedarkannya, bolehkah orang ramai faham apakah jenis perangai UMNO ni !

Pak Karamu nasihatkan orang UMNO jangan lah buat kerja kotor ni nanti orang UMNO salahkan PAS pula yang buat walhal inilah sebenarnya kerja kotor UMNO, tujuannya supaya orang ramai salahkan PAS, sebab itu Pak Karamu syorkan supaya orang UMNO cari baju atau lambang orang PAS kemudian pakai, lepas tu pergilah belasah orang UMNO atau menteri UMNO, kemudian tuduh PAS yang buat ganas supaya pengundi di Bagan Pinang percaya

BERITA KEDUA

PENGAKUAN BEBERAPA ORANG JENDERAL YANG TELAH BERSARA MENGAKUI PENYELEWENGAN UNDI POS UNTUK MEMENANGKAN BN, PENYELEWENGAN INI TELAH BERLAKU SEJAK DARI TAHUN 1959 LAGI DEMIKIAN LAPOR MEDIA, SO .... WAHAI SPR, WAHAI UMNO/BN TOLONGLAH NAFIKAN ! JIKA KALIN ORANG YANG BENAR, KALAU TIDAK TANGKAP SAJA BEKAS JENDERAL TU

ORANG UMNO TAKKAN PERCAYA CERITA NI, SEBAB ITU TOLONGLAH TEMURAMAH JENDERAL YANG BUKA CERITA INI, DI KATAKAN UMNO MENIPU DAN MEMBUAT KHIANAT SEJAK TAHUN 1959 HINGGA SEKARANG, SUNGGUH MAKSIAT UMNO NI ATAU KALAU BERANI BONGKARLAH CERITA NI BIAR SEMUA ORANG FAHAM UMNO PENIPU

Ketua Putra UMNO Yang Penipu ....

Salam

TERKINI

KETUA PUTRA UMNO MALAYSIA DATO' AZZEZ YANG MENDAKWA DI BELASAH OLEH 8 ORANG ANGGOTA PAS DI PENAMAAN CALON DI BAGAN PINANG YANG TELAH DI SIARKAN OLEH MINGGUAN MALAYSIA DAN SINAR YANG SAYA BACA SEBENARNYA SATU PROVOKASI MURAHAN DAN KEBUDAK-BUDAKAN

Mengapa dia seorang yang mendapat gelaran Dato' sanggup menipu orang ramai dan akhbar utusan meloya di negara ini ? Adakah dia hanya hendak membusukkan imej PAS yang bertanding di Bagan Pinang dan supaya orang Bagan Pinang menolak PAS ? Khabarnya di Trengganupun dia buat perangai macam itu juga, cuba tanya orang UMNO apa pula pandangan mereka tentang Dato' UMNO ini atau memang orang UMNO sudah ketandusan modal politik ?

Jika ia satu provokasi, maka provokasi ini adalah satu kerja yang bodoh, Pak Karamu tidak terlintas langsung seorang yang telah di kurniakan gelaran Datok boleh buat kerja bodoh dan sia-sia dan lagi bodoh ialah orang yang memberikan dia gelaran Dato'

Dia seorang UMNO yang bodoh, dia seorang ketua putra UMNO Malaysia yang bodoh, dia mendedahkan sikap seorang ketua UMNO yang bodoh, dia menjatuhkan imej UMNO yang bodoh, Muhiden Yasin dan Hisamuddin membuat kenyataan menyokong Dato' ini dan menyerang pribadi sikap PAS tanpa usul periksa ertinya apa ? Ertinya dua menteri inipun turut bangang ! Aduuuyai ! mengapakah UMNO ini ramai sangat pemimpin yang bangang !

Bersikap jantan man la sikit, Lelaki man memang tak ada dalam UMNO so apa lagi yang nak di tunjukkan oleh UMNO di Bagan Pinang ?

Suruh Pukul Sampai Lebam

Salam

PROVOKASI, HIPOKRASI !

Di katakan ada Dato' UMNO kena belasah penyokong PAS pada hari penamaan calon di Bagan Pinang oleh sekumpulan penyokong PAS, hingga kini laporan polis telah di buat tapi belum lagi ada tangkapan di buat kerana polis tak tahu nak tangkap siapa sebab orang terlalu ramai, ketua pemuda PAS kata dia tak tahu kejadian itu walaupun dia berada di tempat kejadian

Ketua pemuda PAS juga kata insiden ini satu provokasi supaya pengundi di Bagan Pinang bersimpati kepada UMNO kerana mereka telah di belasah oleh kumpulan PAS dan sekali gus pengundi di Bagan Pinang memandang PAS sebagai oran jahat dan tidak mencerminkan mereka sebagai anggota parti Islam

Apakah benar cerita seorang menteri begitu mudah untuk di serang ? Apakah penyerang tidak merasa segan silu hendak memukul seorang menteri secara terbuka ? Apakah seorang menteri dan pengiringnya akan di serang tanpa sebab ? Tetiba saja lahir sekumpulan yang di katakan berbaju PAS terus menyerang menteri ? eh ! kenal pula penyrang itu dengan menteri UMNO sedangkan menteri itu berpakaian biasa saja

Dalam keadaan orang ramai dan bersesak-sesak ada juga orang kenal menteri ya ! hu hu hu cantiiiik punya provokasi, tapi provokasi ini tersangat bodoh, macam teloq hu hu hu, peristiwa ini boleh jadi bahan kempen untuk menutup kebusukan isu rasuah bagi calon BN/UMNO alahai !!! awat la hangpa buat kerja bodoh, patutnya suruh la UMNO pukoi menteri tu kuat sikit baru orang boleh percaya

Kempen masih lama lagi, BN/UMNO boleh dapatkan 7 atau lapan orang, suruh mereka pakai ala orang PAS, cari logo PAS dan pakai, kemudian cari tempat yang sesuai kemudian arahkan mereka buat berbagai insiden, pukol menteri ke, buat perangai tak senonoh ke , rosakkan kereka pemimpin UMNO ke, kemudian kalau arahkan pukul pemimpin UMNO pukul kuat-luat sikit, sampai lebam ke kemudian buat laporan polis, kempen cara ini rasanya berkesan juga

Ok Selamat berprovokasi ! kalau tak nanti hangpa kalah ! hi hi hi hi


Bagan Pinang denasty Isa Samad

Salam

JIKA ORANG UMNO LAIN MAHU BERTANDING BUAT MASA AKAN DATANG MAKA ISA SAMAD PERLU DITUMBANGKAN OLEH UNDI UMNO SENDIRI

Sekarang UMNO dan PAS sudah di istiharkan bertanding di DUN Bagan Pinang bagi memenagi hati rakyat di sana,PAS telah di wakili Zulkifli Omar dengan dasar perjuangannya iaitu islam sebagaimana yang di tuntut oleh Allah, semwntara UMNO yang telah di wakili oleh Isa Samad dengan dasar semangat kebangsaan yang perjuangannya di iktiraf oleh bangsa melayu akan tetapi di tolak oleh islam kerana nabi tak akui umatnya

Yang mana satu yang menjadi pilihan orang islam di antara dua calon ini ? Pak Karamu yakin orang Bagan Pinang akan mengundi calon PAS dan orang Bagan Pinang wajib kalahkan Isa Samad dan orang UMNO wajib undi PAS jika tidak maka Bagan Pinang akan menjadi denasty Isa Samad dan keluarganya untuk selama-lamanya, nanti jika Isa Samad menang maka akan datang Bagan Pinang akan di wakili pula anak Isa Samad, orang lain tak ada peluang sampai bila-bila

Orang lain bukan tidak ada angan-angan nak jadi calon akan tetapi mereka tak ada wang nak sogok rakyat untuk mengundi mereka, Isa Samad memang banyak wang sebab dia semasa jadi MB dan wakil rakyat dia banyak buat duit melalui politik, sebab itu jika nak cari duit maka kena masuk politik UMNO dan kena rebut jadi calon

Andainya ISA Saman kali ni kalah maka rakyat tahu bahawa dia sudah tidak di kehendaki rakyat lagi dan orang lain terpaksa menggantikannya akan tetapi jika dia tetap menang sekalipun menang tipis maka percayalah PRU 13 nanti dia ataupun anaknya pula akan bertanding di sana, orang lain melepas juga

Bagan Pinang. Penipuan besar Terdedah


Salam

WAHAI TUHANKU ! MENGAPA ADA JENIS MANUSIA JENIS INI MASIH BERNAFAS !

Astaghafirullah ! Sampainya hati BN/UMNO dan SPR menipu di Bagan Pinang ! mengapakah ada manusia jenis kalian di ujudkan oleh Tuhan tinggal di bumi Malaysia ini ?


Setelah di periksa dan di teliti maka di dapati hanya seramai 1,200 orang tentera yang berada di Bagan Pinang sebagai pengundi Pos dari jumlah semua pengundi sejumlah 4,604 orang, yang lainnya telahpun bersara dan telah berpindah balik kampung atau keluar dari kawasan DUN Bagan Pinang demikian di jelaskan oleh Harakah Daily

Pak Karamu berpandangan PAS kena dapatkan senarai nama-nama mereka jika terdapat di antara mereka telah terlibat mengundi di tempat lain atau telah berdaftar di tempat yang lain sebagai pengundi, jika naka tahu lebih lanjut maka PAS atau PR kena jejak mereka ini supaya bukti penipuan dapat di dedahkan dan ambil tindakan

Rakyat Malaysia mahu tahu setakat mana SPR atau BN/UMNO bersifat telus dan tidak menipu ada kemungkinan mereka yang sudah meninggalkan Bagan Pinang masih lagi menjadi pengundi di sana kerana itu PR kena pastikan adakah yang telah berpencen telah membuat pendaftaran di tempat lain pada senarai nama pengundi di kampung halaman mereka atau tentukan yang telah berpencen dan yang telah berpindah itu sudah berapa lama

Apa yang di khuatiri ialah mereka ini telah atau akan mengundi di banyak tempat , saya yakin muslihat ini juga akan terbongkar kerana saya juga pernah menjadi calon Parlimen mengetahui ada pengundi dua atau tiga kali mengundi pada pilihanraya yang lepas atau adakah pengundi pernah memohon menjadi pengundi atau mereka di paksa

Pengundi Pos Terbongkar Tapi .....

Salam

Perjalanan cerita sebenar undi Pos terbongkar lagi, saya sebagai seorang pengundi Pos dan bekas seorang tentera ada pengalaman tentangnya, kekadang anggota di paksa mengundi BN/UMNO jika tidak anggota itu akan di tukarkan ke tempat yang sukar bertugas atau akan di marahi atau akan di tahan pangkat atau akan di tahan berkursus untuk kenaikan pangkat dan banyak lagi akan di kenakan hukuman yang menyusahkan anggota

SPR boleh jawab apa yang mereka rasa untuk sekadar menjawab namun hasilnya pasti tiada, kadang-kadang pengundi Pos ini menerima kertas undi yang telah berpangkah semua ini adalah arahan atau seorang pengundi itu sendiri tidak tahu siapa yang memangkahnya, sebagai seorang tentera tak boleh banyak cakap, ikut saja, jika tidak akan adalah yang serba tidak kena, kebiasaannya pegawai tadbirlah yang faham tentang undi Pos ini

Cerita undi Pos adalah cerita lama yang menguntungkan BN/UMNO dan cerita ini walaupun dulu, sekarang dan selama-lamanya adalah sama saja iaitu cerita subsidi jumlah undi bagi kemenangannya akan memehak kepada BN/UMNO sebagai tali hayat, Saya yakin undi Pos ini adalah undi haram bagi mengekalkan kemenangan yang haram, saya yakin benar jika penyelewengan undi Pos ini tidak di kekang maka negara akan di balakan oleh Allah kerana kerja mungkar kerajaan BN/UMNO

Mangsa Gempa Di Sumatra

Salam

Gempa bumi yang melanda Sumatra sudah meragut nyawa seramai 376 di Padang dan 75 orang di Pasaman sementara yang cedera parah seramai 421 orang, gempa bumi yang berkekuatan 7.6 skala richter itu tidak di kesan kejadian Sunami di laporkan
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.