Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Haji Gagal Satukan Umat

Salam

LAPORANG PAK KARAMU DARI MAKKAH

Ibadat haji di Makkah gagal menyatukan semangat umat islan seluruh dunia sebab setiap kumpulan suku bangsa masing-masing dengan budaya mereka bagaikan kabilah-kabilah di padang Pasir ertinya perpaduan umat islam tidak akan tercapai sampai bila-bilapun

Kehadiran umat islam di Makkah merupakan perhimpunan untuk bermuktamar ertinya untuk berkenal-kenalan dengan budaya bangsa itu sementara agama adalah menjadi dasar yang utama untuk di tonjolkan sebagai tanda perpaduan umat akan tetapi itu semua tidak berlaku

SUASANA MAKKAH SEKARANG

Suasana Makkah sekarang tersangat padat, jumlah jama'ah yang bersolat di luar masjid berlipat kali ganda dari dalam masjid, boleh di katakan jika dalam masjid satu juta maka di luar masjid adalah 4 juta jama'ah ertinya kerajaan Arab gagal menyediakan keperluan tempat ibadat untuk umat islam

Sementara cuaca pula sudah berubah kepada panas sejuk menyebabkan banyak habuk dan ramai yang batuk di samping Virus H1N1 pula menyerang jama'ah, sementara itu berita dari Madinah pula akan berlaku cuaca sejuk yang mungkin menjejaskan kesihatan para haji, demikian juga di Padang Arafah nanti akan berlaku kesejukan di sana, ini menyebabkan setiap jama'ah perlu bersiap sedia dengan baju sejuk yang tebal

Berita Dari Mekah Oleh Pak Karamu

Salam

Di Kota Mekah mula berubah cuaca, ramai para jama'ah mula batuk-batuk kerana cuaca panas kering yang menghasilkan debu-debu yang halus yang berterbangan masuk kedalam lubang hidung para jamaah ketika bernafas, cuaca panas di panaskan lagi dengan jamuan makanan nasi tok arab yang berlaukkan kambing dan kibas

Umat islam di seluruh dunia akan bersiap sedia untuk menyambut hari raya 'Idul Adha iaitu hari raya korban pada minggu hadapan, menyembelih haiwan kerana korban bukan matlamat manusia itu dapat mengubah sikapnya melainkan mereka kena mengubah sikap nafsu mereka senditi terutama nafsu amarah, al Lawammah, sawallah dan Natikah

Memberikan kepada umat islam erti berkorban supaya umat dapat mengubah sikap masing-masing dari bersikap salah kepada sikap islam sebagaimana yang di anjurkan oleh agama, para ulama jangan hanya pandai menganjurkan kepada manusia supaya mengubah sikap akan tetapi konsef berubah itu berasaskan ilmu apa tidak di perkenalkan oleh mereka

Allah s.w.t telah menganjurkan konsef amanah kepada manusia akan tetapi asas ilmu amanah itu tidak pula di tekankan kepada manusia oleh ulama iaitu asas mentauhidkan Tuhan kepada ZatNya,SifatNya,AsmakNya dan juga Af'alNya yang pada leseluruhannya menjurus kepada LA ILLAHA ILLALLAH MUHAMMADARRASULLULLAH, kerana itu kita dapat lihat walau memekik bagaimanapun para ulama maka tidak siapapun yang peduli kerana konsep berubah yang di anjurkan itu tidak lansung menepati hajat agama secara asas, kerana itu ulama perlu berubah terlebih dahulu

Minggu Hadapan Muktamar Bermula

Salam,

Padang 'Arafah,Mina dan Muzalaifah akan bermula mengundang manusia yang mengerjakan haji di sana untuk berkunjung bagi tujuan muktamar agong, sejauh mana manusia yang faham akan tujuan haji sebenarnya sangat sukar untuk di tinjau namun kebanyakannya memang tidak faham dengan konsef haji mengikut fitrah manusia yang Allah jadikan sebab itu tujuan haji sangat kabur pada pandangan manusia

Ternyata bahawa tujuan haji sebenar tidak akan tercapai bagi tujuan perpaduan dan tamadun manusia sejagat kerana ibadat ini tidak pernah di tonjolkan oleh para ulama kerana kebanyakan ulama islam yang ada masa kini befahaman sekular atau mereka takut dengan fahaman sekular yang mengalir di dalam badan mereka

Ulama islam perlu mengkaji istilah haji dan muktamar di adakan pada saban tahun dan mereka jangan menjadi syaitan bisu, apa yang Pak karamu nampak bahawa islam di Mekah ini adalah islam yang berbagai-bagai yang matlamat islam itu tidak akan tercapai sampai bila-bilapun, oleh itu para ulama wajib buka mata dan menilai serta melihat kaedah ini

Tak Payah Pengaruh Jama'ah Haji

Jama'ah Haji Negara menghadapi dakwah dari kalangan tertentu dari Malaysia supaya Pas menjauhi diri mereka dari pengaruh DAP, Wah sampai lagu tu la pulak kerja-kerja agent Yahudi nih, mungkin apabila Pak Karamu pulang nanti akan mendedahkan kerja agent bangsat ini

BERITA MUTAKHIR JAMAAH HAJI

Berita terkini di sekitar Makah dan dalam masjid Makkah bertambah tenat ekoran ukuf di padang Arafah, sementara itu Pak Karamu telah berjumpa dengan blogger dari beberapa daerah Makah, madinah dan Jidah

Berita yang lain akan menyusul insya Allah


Berjumpa Dengan Blogger Afrika Selatan dan

Salam

Alhamdulillah Pak karamu telah dapat berjumpa dengan blogger Afrika Selatan dan Turki dan besuk akan berjumpa pula dengan bloggers Mesir dan akan di adakan juga makan malam, alhamdulillah

Sepuintas lalu di kota Makah sekarang sudah di kunjungi oleh jamaah haji sebab persediaan ukuf di padang arafah, keadaan kota Makah sangat tenat, tatatertib jamaah haji bertambah buruk di sebabkan kerajaan Arab Saudi gagal menyediakan tempat kemudahan dan kemudahan asas yang lain kepada jama'ah

Berita yang lain akan muncul .....

Berjumpa Dengan Arab Bloggers

Salam

Pak Karamu melapangkan ruang selama kurang lebih dua jam untuk bertemu Arab Blogger, alhamdulillah Pak karamu setakat ini telah berjumpa hampir semua blogger yang pernah mengunjungi blog Pak karamu dengan menyatakan bahawa Pak Karamu sedang berada di Jedah dan Kota Makkah dan menyatakan di mana Pak karamu berada dan no bilik, hu hu hu macam VIP la pulak ! sampai agency packej ni dok hairan la pulak macam mana ramai orang nak jumpa Pak karamu hu hu hu, namun itu semua tidak mengganggu Pak Karamu melaksanakan ibadat haji

Ok ! la di masjid macam biasa, banyak mazhab maka banyaklah cara mereka beribadat tapi yang Pak karamu paling tak suka ialah apabila ada orang arab yang tersangat suka selit-selit nak masuk saf ketika sembahyang, hampeh betul la pulak, nampaknya mereka ni tak ada akhlak sesama manusia, tak ada harmoni langsung ! semalam Pak karamu bagi pin kat seorang arab suruh dia cucuk sesiapa yang cuba nak masuk saf cara rakus, hu hu hu memang dia cucuk betul-betul, tapi yang kena cucuk tu tak pulak melawan, cuma dia sengeh-sengeh je

O cuaca macam Malaysia je ok la, sat lagi Pak Karamu nak keluar dan beli pin banyak-banyak nak bagi kawan-kawan dari apa bangsapun nak bagi tahu mereka kalau ada yang cuba nak sondol-sondol cucuk je hu hu hu

Ok Jumpa Lagi ............

AlHamdulillah Kemudahan sudut Siber ...

Salam

Pak Karamu tinggal kat tingkat lima bilik no 507 di Hotel Ajib Rehal hanya kira-kira 10 minit perjalanan dari Masjid haram

PAK KARAMU BERADA DI MAKAH

Salam

Alhamdulillah Pak Karamu telahpun berada di Makkah Al Mukarramah, Pak karamu sampai di Jedah pada jam 5 subuh pada hari juma'at bersamaan dengan jam 10 waktu Malaysia, di Jedah Pak Karamu tersadai hampir 3 jam kerana menunggu bas, para jamaah tersadai bagaikan di Batu Caves la pulak !

Cuaca di sini rasanya agak panas pada siang hari dan pada waktu malam biasa saja sama seperti di Malaysia, kehadiran umat islam yang mengerjakan haji pada tahun ini agak ramai, semasa tawaf dan sai'e agak padat dan memang peristiwa sengggol senggolan tak tapat nak di elakkan, harap-harap mabrurnya tidak mabuuuuuur !

Sekian setakat ini dulu, Pak karamu bawa komputerpun tak guna sebab tak boleh berfungsi, ok jumpa lagi ......

Haji Mabrur

Salam

LABBAIKALLAHUMMA LABBAIK ! Aku datang menyahut seruanMu !

Pak Karamu akan berangkat pada 13 Nov 09 besok hari juma'at dan berada di Kelana Jaya pada 4.30 lebih kurang sebelum berangkat jam 9.30 malam DO'AKAN PEMERGIANKU SELAMAT PERGI DAN PULANG DENGAN SELAMAT UNTUK HAJI IFRAT


MUDAHKAH UNTUK MENDAPATKAN HAJI YANG MABRUR ?

Al Hamdulillah ! sesiapa yang bercita-cita hendak mengerjakan ibadat haji setelah syarat dan rukunnya dapat di selesaikan maka insya Allah mereka akan mendapat mabrur tersebut, ini bererti sesiapa juga dari bakal jama'ah haji tentunya telah mengemaskan diri mereka untuk menghayati talbiyah yang mereka laungkan, tanpanya haji itu menjadi sia-sia

Labbaikallah humma labbaik (aku datang untuk menyahut seruanMu) maka seruan Tuhan tersebut wajib di laksanakan, bukan setakat menyahut seruan Tuhan akan tetapi tidak mengenalnya secara benar-benar mengenali Tuhan, jika tidak mengenalNya maka dosa dan ibadat haji tidak akan di terima sekalipun kita beria-ia memohon ampun daripadaNya

Mengikut sejarah awal ibadat haji telah di laksanakan oleh nabi Adam a.s apabila dia di undang oleh Allah supaya mengerjakan ibadat haji di Makkah, selepas seruan Allah itu di sambut oleh Adam a.s maka pergilah dia mengerjakan haji seorang diri atas bimbingan Allah s.w.t, selepas Adam selesai mengerjakan ibadat haji maka Tuhan bertanyakan kepada Adam sebagaimana firman Allah menyebutnya di dalam sebuah hadis qudsi

يا ادم قضيت نسكك ؟ قل: نعم يا رب قل: فسل حاجتك تعط قل ادم : حاجتي ان تغفر لى ذنبي وذنب ولدى قل : اما ذنبك يا ادم فقد غفر ناه حين وقعت بذنبك واما ذنب ولدك فمن عرفتي وامن بي وصدق رسلي وكتابي غفر نا له ذنبه

Maksudnya:

Wahai Adam ! Apakah engkau telah selesai mengerjakan ibadat hajimu ? Jawab Adam " Benar wahai TuhanKu, Allah berfirman " kemukakanlah permintaan dan keperluanmu nescaya akan Aku kabulkan, (ketika Adam memohonnya) Adam berkata: "Permohonanku ialah agar Engkau mengampuni dosaku dan dosa anak-anakku" Allah s.w.t menerangkan: "Adapun dosamu wahai Adam, telah Kami ampunkan ketika engkau selesai melakukan dosa itu, adapun dosa keturunanmu akan di ampunkan apabila mereka mengenaliKu, beriman kepadaKu, dan membenarkan para rasul dan kitabKu

(Hadis qudsi riwayat Al-Munziri dari Anas r.a)

Jika kita perhatikan benar-benar akan syarat daripada Allah s.w.t kepada Adam dan juga keturunannya maka kita dapati ada empat syarat asas yang manusia keturunan Adam wajib di fikirkan terutama 'arofani (mengenal Tuhan) Ertinya mana satu rububiyah,uluhiyah, zatNya, sifatNya, asmakNya dan juga af'alNya selain dari bersifat ikhlas kepada Tuhan dan juga rukunnya

Demikian untuk perhatian semua umat islam yang akan dan telah mengerjakan ibadat haji tersebut, cuba kita bayangkan jika kita tidak mengambil peduli dengan empat syarat tersebut dan bandingkanlah dengan maksud talbiyah yang kita laungkan yang mengakui tidak menyekutukan Allah dengan yang lain La syarikalah

Menghayati laungan maksud talbiyah adalah perkara yang paling wajib dalam mengerjakan ibadat haji tanpanya ibadat itu sia-sia dan letih sahaja selain habis perbelanjaan dan janganlah harap untuk mendapatkan mabrur !


Nak Berdakwah Jangan Masuk Politik ?

Salam

SATU FAHAMAN SEKULAR YANG TEGAR !

Kebanyakan umat islam sudah berpegang dengan fahaman yang tersangat SALAH mengikut ketetapan agama islam apabila mereka berkata " Jika mahu berdakwah jangan masuk mana-mana parti politik " fahaman yang sebegini di sebut oleh sebuah hadis yang soheh yang bermaksud :

" Ramai pendakwah yang menyeru manusia ke neraka jahannam, barang siapa yang mengikuti mereka, maka mereka akan di lontarkan ke neraka jahannam, lalu sahabat bertanya : sifatkan mereka itu ! lalu Baginda Rasullullah berkata: mereka adalah sama warna kulit dengan kamu dan bertutur dalam bahasa yang sama dengan bahasa yang kamu tuturkan, sahabat bertanya lagi: Jika aku berjumpa dengannya apakah mesti aku lakukan ? Lalu Rasullullah bersabda: "Kamu hendaklah menentukan diri kamu supaya berada dengan jama'ah islam dan bersama pemimpin mereka, sahabat bertanya lagi: Jika tidak ada jama'ah islam ? " Jawab Rasullullah: "Hendaklah kamu mengasingkan diri kamu dengan mereka sehingga kamu mati dan sehingga kamu terpaksa memakan rumput-rumput (H.R Abu Huzaifah)

Demikian ketetapan dari agama islam, namun apa yang terjadi dengan fahaman umat sekarang adalah sudah jauh bercanggah dengan ketentuan agama, mengasingkan agama dengan politik adalah satu fahaman sekular yang tegar yang telah menyerang pemikiran umat islam zaman ini dan mungkin akan merebak kepada jenerasi yang akan datang jika tiada tegahan di lakukan dari sekarang, ertinya fahaman agama telah musnah

Telinga umat islam sekarang ini telah di sumbat dengan berbagai-bagai penerangan yang datang dari berbagai sudut, fimikiran umat telah di serang hebat saban hari dengan fahaman sekular ini kerana itu kita sering dapat mendengar setiap hari orang mengatakan agama jangan di campur adukkan dengan politik iaitu satu fahaman yang tersangat jahat

Kepada umat islam yang bersifat terbuka TOLONGLAH BACA AL QURAN DAN HADIS RASULLULLAH S.A.W sebagai panduan hidup JIKA umat mahu memperbetulkan diri masing-masing sebelum kita di panggil pulang oleh Allah s.w.t di sisinya dan yang sangat malang lagi ialah apabila ada di kalangan umat yang berjiwa islam sanggup mengatakan bahawa "kalau nak berdakwah jangan masuk mana-mana parti politik"

Kejahilan umat islam di negara ini sudah terserlah dengan nyata dengan fahaman sekular tegar hasil menularnya fahaman yang mengasingkan antara agama dengan politik selepas jatuhnya kerajaan islam Osmaniyah Turki, walaupun pengaruh islam kerajaan Osmaniyah sudah lama tersungkur dan terkubur akan tetapi kesannya baru sekarang kita dapat rasakan kerana pengembangan sekular ini telah di adunkan dengan memasukkan unsur-unsur agama sebagai dakwah fahaman sekular ini yang tidak dapat di bezakan oleh kebanyakan umat islam

Umat islam di mana juga mereka beradad di bumi ini sentiasa di dedahkan dengan fahaman sekular tegar sebelum mereka di sesatkan secara tegar oleh para pendakwah sebab itulah Rasullullah s.a.w menyatakan "Ramai pendakwah menyeru manusia masuk ke neraka jahannam, barang siapa mengikuti mereka, akan di lontarkan ke neraka jahannam itu"




Jumpa Di Mahkamah

Salam

ADA DUA CERITA BALAS DENDAM TERHADAP DR ASRI

Dr Asri bekas mufti Perlis tetap akan di ambil tindakan oleh JAIS kerana tidak mempunyai tauliah ketika menyampaikan kuliahnya, Sultan Selangor telah bersetuju dengan JAIS bagi mendakwa sesiapa sahaja yang menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah, sebelun ini Dr Asri menyatakan mengajar perlu ada tauliah se olah-olah menghalang orang dari bersuara atau berdakwah dan islam tidak menetapkan perkara tersebut, apa yang di sebut oleh agama ialah sampaikanlah walau satu ayat

Perkara kedua ialah tindakan PGSM yang akan menarik balik tudupan terhadap Dr Asri telah berpatah balik dan tidak jadi untuk menaik balik dan memohon ma'af walaupun di katakan Dr Asri mempunyai saksi atas janji PGSM tersebut, jik benar bagai di kata maka dosa PGSM terlalu besar kerana mereka terhukum kepada perbuatan munafik

KESIMPULANNYA DARI DUA KES INI IALAH:

Dr Asri boleh memohon kepada Mahkamah syari'ah supaya dia di bicarakan di bawah undang-undang syari'ah yang berpandukan hukum Allah dan RasulNya dan menolak mahkamah syar'ah yang bukan berasaskan undang-undang syari'ah, kedua Dr Asri perlu menyaman Undang-undang yang tidak menepati hukum Tuhan dan RasulNya di mana-mana juga di instusi majlis agama terutama di negeri Selangor kerana menghina atau menyelewengkan hukaum Tuhan dan RasulNya yang boleh di anggap sesat

Berhubung dengan PGSM Dr Asri boleh bawa ke mahkamah atas alasan berbohong dan membatalkan perjanjian jika ikut hukum mana-mana orang atau mana-mana kumpulan mereka di jatuhkan hukuman munafik dan di tempatkan di neraka yang paling bawah dari neraka orang-orang kafir yang hak ini biarkanlah Tuhan hukum depa kat akhirat nanti


Semenjak Bila Orang UMNO Pandai agama

Salam,

SEBELUM BERANGKAT KE TANAH SUCI KENA SEBUT BENDA YANG BETUL

Semenjak bila orang-orang UMNO pandai bercakap tentang agama islam ? lojiknya jika orang UMNO pandai agama tentulah mereka tidak memperjuangkan semangat kebangsaan, inilah kenyataan ikhlas saya sebelum berangkat ke Makkah, tak kiralah siapa mereka-mereka yang berada di dalam UMNO atau yang bergelar ulama yang sedang berada di dalam UMNO atau orang agama yang menjadi ahli UMNO

Dalam islam yang utama adalah akidah bukan ibadat ataupun syi'ar, jika ibadat dan syi'ar menjadi keutamaan tanpa akidah yang betul maka ibadat dan syi'ar itu tidak berguna sebab itu zanman sekarang masjid dan surau atau ibadat hilang rohnya dan sebaik saja lepas ibadat maka mungkar dan fasik buat juga, ertinya akhlak manusia tidak juga berubah, alasan ini tak perlulah di soal kerana semua kita telah maklum dan orang UMNO juga maklum

Jawapan yang selalu kita dengar ialah "alah air dan minyak tak mungkin bercampur" ertinya ibadat,ibadat juga, mungkar, mungkar juga, fasik,fasik juga, rasuah,rasuah juga, kebajikan-kebajikan juga, lepas sembahyang buat benda salah, lepas haji buat benda salah, keluar wang banyak-banyak bawa orang tak mampu kerjakan haji latau umrah lepas tu cari wang haram kemudian bawa lagi orang pergi umrah, buat begitu dapat pahala ke ?

Dalam persoalan perpaduan di antara umat maka terpekik terlolonglah minta bersatu, kemudian keluarlah hadis mungkar, hadis marfuk, hadis israiliyat dan fatwa sendiri, orang tak tahu ikut saja sebab umat tidak di tekankan dengan ilmu akidah dan agama, maka mulalah timbul soal bertaklik dengan hukum tambahan pula yang mengeluarkan pandangan itu orang yang ada jawatan yang besar-besar kerana nak membodek

Agama islam memerintahkan orang islam wajib berada di dalam jama'ah islam dan syarat jama'ah islam itu wajib berdasarkan quran, hadis, ijmak Ulama dan qias sebagai dasar islam yang lain dari empat itu bukan islam walaupun seseorang itu tetap beribadat dan melakukan berbagai-bagai ibadat dan syi'ar dalam islam, takkanlah benda yang begini mudahpun tak boleh nak faham, Pak Karamu cuba menyatakan ini adalah secara ikhlas itupun jika orang UMNO bercita-cita nak bersatu kerana ada di antara orang UMNO mengeluarkan air mata kerana terlalu sedih kerana umat islam berpecah, inilah karat biru namanya, bangsa dan agamapun tak faham-fahan

Dari Pak Karamu kepada orang UMNO

CUBA ORANG-ORANG UMNO FIKIRKAN APA AKAN JADI JIKA UMNO MENUKAR DASAR PERJUANGANNYA KEPADA ISLAM, KITA BERSATU ATAUPUN BERPECAH ?


Berjuang Dalam Pas Akan Papa

Salam

SEBELUM KE MAKAH ADA PELUANG UNTUK MEMBEBEL SECARA HAQ

Jika benar ada di antara ahli Pas yang mengeluarkan kata-kata bahawa mereka akan menjadi papa kerana memperjuangkan islam melalui parti islam SeMalaysia (PAS) maka orang ini tidak di ingini berada di dalam parti tersebut dan pucuk pinpinan parti perlu bertindak tegas sebelum ahli-ahlinya mengikut jejak langkah Firaun

Apa yang saya fahan perjuangan dalam Pas tidak pernah di suruh memperjuangkan hak individu dan pimpinannya untuk mencari harta benda dan kekayaan melalui parti, apabila seseorang telah menjadi ahli parti maka mereka perlu menumpukan secara ikhlas matlamat perjuangan mereka mengikut dasar yang ada pada parti tersebut bukan mengikut dan mencontohi sikap orang yang lain yang mencari harta benda dan kekayaan

Bukan mudah untuk berjuang mengikut dasar yang di tetapkan oleh Allah, nabi dan Rasul terdahulu sampai berulat kepalanya menderita kerana ujian daripada Allah, tidak cukup setakat ujian dari pada Allah keluarga sendiri pula menambahkan penderitaan orang perjuangan ini dan nabi Allah Ayob adalah contoh terbaik jika mahu di jadikan pengajaran dan tauladan, tidak ada nabi dan rasul yang tidak di uji oleh Allah semata-mata kerana hendak menegakkan kalimah Allah لا اله الا الله

Kesilapan Pas yang paling besar ialah tidak mentarbiyahkan ahli-ahlinya kepada matlamat memperjuangkan dasar yang di perjuangkan parti tersebut dengan sempurna, apa yang berlaku ialah kebanyakan ahli Pas membuat penumpuan kepada matlamat kemenangan parti sahaja tanpa memikirkan sikap dan akhlak seorang pejuang islam yang sepatutnya ada pada setiap individu sebagaimana yang telah berlaku di zaman nabi dan para sahabat

Pas bukan tempat untuk seorang pejuang mencari kekayaan, Pas juga bukan tempat mengadu nasib dalam kepayahan hidup, Pas adalah untuk manusia mahu memperlihatkan nasib untung mereka kerana memperjuangkan agama Allah di akhirat nanti, pejuang Pas terpaksa mengharungi ranjau kehidupan demi agama Allah, resiko yang besar wajib di tempuhi kerana tiada perjuangan tanpa resiko dan jika perjuangan tanpa resiko maka itu bukan perjuangan namanya, inilah yang telah di lalui oleh orang yang terdahulu

Pengalaman Pak Karamu berjuang di dalam Pas kadangkala terpaksa mengeluarkan air mata kesusahan yang bukan kepalang, di herdik,di caci dan maki adalah perkara biasa, menjaring ikan talapia dan menanggok udang tak kira siang dan malam semata-mata untuk kewangan parti bagi membereskan kerja parti menjadi kebiasaan kerana Pak Karamu yakin bahawa kerja yang Pak Karamu lakukan sentiasa di perhatikan oleh Allah dan Allah menyaksikan kesusahan Pak Karamu untuk menegakkan agamaNya

Kepayahan tidak sebarang tanggung, kadangkala bermasam muka dengan anak dan isteri juga bukan sebarang tanggung, air mata sudah tidak lagi mau menitik kerana kekeringan, namun selagi kaki di gerakkan oleh Allah untuk melangkah maka di ikutkan saja demi menjalankan suruhan Allah atad dasar yang telah di fitrahkannya, inilah kehidupan yang telah Pak Karamu lalui sepanjang aktif dalam perjuangan Pas, sebab itu barang siapa yang merasakan dirinya menjadi susah kerana berada di dalam jamaah Pas maka kamu tidak layak berada di dalam jamaah tersebut dan eloklah kamu keluar dan menyertai mana-mana kumpulan yang boleh memberikan kepada kamu kekayaan dan keselesaan hidup


Berangkat Kat Mekah

Salam

PENGUMUMAN

PAK KARAMU AKAN BERTOLAK KE MEKAH PADA 13 NOV 09 HARI JUMA'AT, KEPADA MURIDIN DAN PENGUNJUNG BLOCK INI SAYA MOHON MA'AF SEMENTARA BERADA DI SANA BERCUTI SEBENTAR, WALAU APAPUN SAYA CUBA MEMBLOG DARI SANA PULA

Kesan Wahabi dahulu Dan Sekarang

Salam

Yang nyata ialah umat Muhammad s.a.w berpecah belah kerana mazhab sekalipun perselisihan sesuatu umat itu di katakan satu rahmat. Apakah rahmatnya ? Pak Karamu tak perlu hurai dan bincang kerana terlalu panjang cuma sebagai asasnya ialah kerana menghormati pandangan ulama yang berautoriti menghasilkan qias

Sebagaimana Pak Karamu sebut bahawa Wahabi dahulu banyak merugikan umat islam dari segi ilmu dan kefahaman tentang ujudnya Tuhan dan kemanusiaan kerana mengharamkan sifat 20, mengharamkan lawatan di tempat sejarah kepada pejuang agama serta melagukan ayat quran (taramun) juga azan di anggap membunuh daya tarikan dakwah dan seni, yang pak Karamu nampak dan bersetuju dengan wahabi dahulu ialah mengharamkan merokok

Bosan dengan kerajaan islam Osmaniah lalu membuat pembaharuan melalui jurus politk di tanah hijaz sehinggakan hancurnya pengaruh kerajaan islam Osmaniyah Pak Karamu anggap sebagai pengkhianat agama, kesannya semua umat islam faham apakah terjadi dengan pengaruh kerajaan arab sekarang yang tunduk di bawah telapak kaki Yahudi dan Nasrani dan demikian juga dengan kerajaan Turki yang berfahaman sekular yang tegar

Sementara wahabi zaman baru pula adalah atas tuduhan yang paling bodoh dan dangkal kerana tuduhan tersebut di reka dengan otak di letakkan di bawah telapak kaki, di katakan tak buat kenduri aruah, tak baca do'a qunut, tak buat talkin di atas kubur, tak baca yasin tak baca al Fatihah ketika membaca Basmallah ketika solat dan sebagainya di tuduh sebagai wahabi, Pak Karamu fikir apa yang di tuduh sebagai wahabi adalah tidak benar sama sekali kerana tidak menepati hukum dan rukun

Apa yang penting ialah ulamak tidak mahu kata sepakat tentang hukum tersebut walaupun mereka banyak bagaikan buih

Dr Asri Berfahaman Wahabi ?

Salam,

APA ITU WAHABI ?

Satu gerakan pembaharuan di dalam islam yang di pelopori oleh Nyhammad b. Abdul Wahab (1115-1306 H/1702/1787M) Pelopor kumpulam ini mendapati orang-orang Makah dan Madinah sudah terpesong dari ajaran islam sebenar, mengikutnya kebanyakan orang Makah dan Madinah beribadat kepada kubur dan di tempat-tempat yang bersejarah tidak lagi kepada Allah, gerakan ini akhirnya dapat menguasai politik Hijaz (Makah hingga Madinah pada tahun 1925M) Kebetulan pada masa itu pemimpin-pemimpin politik mereka sudah jemu dengan penjajahan kerajaan Turki Osmaniyah

Di antara fahaman wahabi yang bertentangan dengan ahli sunah wal jama'ah ialah mengharamkan merokok,mengharamkan melagukan azan dan al quran, mengharamkan ilmu sifat 20, mengharamkan kubur-kubur nabi dan tempat bersejarah dan mengharamkan perayaan agama, itulah asas-asas pegangan wahabi

Pada zaman sekarang pegangan wahabi dahulu dengan wahabi sekarang jauh berbeza, zaman sekarang wahabinya di katakan jika tak baca do'a qunut adalah wahabi, jika tak buat kenduri tahlil atau kenduri aruah adalah wahabi, Jika tak talqinkan orang yang sudah mati di atas kubur wahabi, Jika tak buat fidiyah sembahyang dengan tolak dan tarik beras atau apa-apa ibadat yang hendak di fidiyahkan maka wahabi dan banyak lagi

Jika kita perhatikan fahaman wahabi dahulu dan sekarang terlalu banyak perbezaannya namun apa yang jelas fahaman wahabi dahulu dan sekarang masih lagi di guna pakai oleh masyarakat zaman sekarang namun akan tetapi jumlahnya tidak ramai,jika kita perhatikan amalan wahabi dahulu banyak ruginya dari segi perasaan dan ilmu, namun fahaman wahabi sekarang kebanyakannya bersesuaian pula dengan anjuran Quran,hadis dan fahaman mazhab

Dalam masalah Dr Asri ini kesnya banyak mirip kepada wahabi zaman dahulu yang banyak merugikan umat islam akan tetapi menselesakan politik kumpulan tertentu soalnya politiklah yang mengambil peranan besar atas segala tuduhan ini macam juga politik hijaz

Amukan JAIS Dan SPRM


Salam

Hari ini SPRM membawa petuduh ke mahkamah untuk di bicarakan kerana rasuah dan salah laku, yang di katakan salah laku itu kerana mereka berkelakuan buruk sedangkan mereka di anggap sebagai manusia contoh duniawi yang bergelar Yang Berhormat atau bekas Yang berhormat, kelakuan mereka ini adalah kelakuan yang rakyat perlu contohi kerana kepimpinan melalui tauladan

Tema yang di anjurkan oleh kerajaan dahulu sekarang sudah tidak boleh di guna pakai kerana terlalu ramai orang besar-besar yang berperangai kotor lagi buruk, yang mendorong mereka melakukan sikap demikian ialah kerana mereka berperasaan dengki kepada kebanyakan pucuk pimpinan yang mengumpul harta dan mengumpul kroni untuk membolot kekayaan bagi mengekalkan kuasa dengan memberikan rasuah kepada rakyat

Sekarang ini adalah zaman yang di katakan morderen, semua gerak kerja mereka di katakan moderen namun sebenarnya yang moderen itu ialah sanjungan mereka kepada zaman kuno Firaun di bumi Mesir kerana Mesirlah yang memulakan amalan rasuah untuk mengekalkan kuasa jahatnya ini bererti manusia zaman sekarang sudah jauh melihat bahawa perangai manusia zaman kuno itu adalah yang terindah bagi mereka

Amukan JAIS pula tidak memilih bulu kepada mangsanya sekalipun yang di amuknya itu orang yang lebih pandai daripadanya dan yang pernah menjadi ahli dalam majlis fatwa kebangsaan negara, tindakan JAIS itu tidak dapat hendak di tutup oleh Hassan Ali ataupun Perdana Menteri sendiri kerana mereka belum nampak jelas tindakan JAIS itu menguntungkan ataupun merugikan mereka, jika ada untung dan rugi maka mungkin mereka akan campur tangan

Dr Asri mengikut pengarah JAIS akan di hadapkan ke muka pengadilan jika ada kes baginya untuk di bicarakan, kenyataan ini di lihat sebagai ada sedikit berlapik kerana lapiknya ialah jika ada orang besar-besar masuk campur jika tidak Dr Asri tetap juga akan di bicarakan atas dasar tiada tauliah sebab itu kita tunggu sama ada terdapat lapik yang membolehkan Dr Asri bebas dari sebarang tuduhan terhadapnya oleh JAIS

Sementara itu bekas menteri besar Sanusi Joned mencadangkan kepada Dr Asri supaya menolak tawaran bagi jawatan pengarah Yadim bagi menggantikan Nakhai Ahmad seorang pembelot kepada perjuangan PAS, untuk apa Sanusi mencadangkan demikian ? hanya Sanusi sahaja yang faham dengan persoalan percaturan politik negara kerana setiap percaturan politik firaun berada di arkib mindanya

Ummati ! Ummati

Salam

Umatku ! Ummatku ! Apa pasal kamu bertelengkah dan bermusuh ! Tiada siapa yang dapat menjawabnya melainkan umat yang satu, di mana umat yang satu itu ? Umat yang satu itu adalah umat yang di sebut oleh Baginda Rasullullah s.a.w dari sejumlah 73 puak kesemuanya masuk neraka kecuali satu puak, ertinya 72 pual masuk neraka dan hanya satu puak yang masuk syurga, di antara mereka ada yang masuk neraka secara kekal ataupun sementara

Yang 72 puak itu bukan saja masuk neraka akan tetapi semasa mereka di dunia inipun mereka sudah bermusuhan sesama sendiri, manusia di jadikan Tuhan untuk mengabdikan diri kepada Allah dalam erti yang sangat luas dan batas sempadannya, hari ini manusia yang mengakui diri mereka sebagai hamba Allah dan sebagai umat Muhammad ternyata banyak membuat penyelewengan akidah lalu mereka kekal di dalam neraka Allah s.w.t

Zaman sekarang khususnya di Malaysia ini kaum melayu bermusuhan sesama mereka kerana orang berbangsa melayu tidak bertamadun kerana mereka sering bertelagah sesama sendiri kerana sesuatu hambatan hidup, siapa yang pandai pijak tengkok bangsanya mereka akan menjadi senang dan kaya, demikian juga mereka yang beragama islam, mereka bercakaran kerana ada islam ori dan ada islam palsu dan berbagai mazhab

Mazhab berlainan adalah punca perpecahan yang paling besar, dalam quran Allah ingat manusia yang mengaku islam supaya berpegang teguh kepada tali Allah supaya kamu tidak bercerai berai namun apa yang kita lihat ialah perpecahan adalah berpunca dari tiga sebab besar iaitu tidak berpegang dengan tali Allah, kerana taksub bermazhab dan ketiga kerana umat yang telah terbatal menjadi umat Muhammad kerana fahaman kebangsaan

Di dalam quran yang Allah tuntut dan nabi tuntut ialah berjama'ah jika tidak berjama'ah mereka akan berselisih faham dan bercerai berai, asas berjama'ah itu ialah quran,hadis ijmak ulama dan juga qias selain dari empat panduan itu walau islamnya hebat bagaimana sekalipun mereka tetap hancur dan lebur, hari ini kita lihat dengan jelas islam dan islam bercakaran sesama sendiri, kerana apa ? Jawapannya mudah kerana kafir, fasik dan zalim yang berpunca dari membelakangkan hukum Tuhan dan RasulNya


JAIS Tunjuk Belang

Salam

Dr Asri telah di tanglap, Dr Asri telah di bebaskan oleh JAIS 4 jan kemudian atas jaminan polis, Dr Asri menyampaikan kuliyah tanpa tauliah, Dr Asri menganggap penangkapannya di rancang, Dr Hassal Ali Kata ini kerja JAIS yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri Selangor, Dr Asri di bebas tanpa tuduhan, Dr Asri bekas mufti Perlis dan memiliki Dr PHD, Dr Asri mempunyai pengetahuan agama yang luas, artikalnya banyak di dada akhbar, lagi ? lagi ? lagi ? Apa lagi ? Jais menangkap Dr Asri kerana tiada tauliah atau dia tidak sokong UMNO atau dia tidak sokong JAIS atau apa ?

Dr Asri pernah beritahu bahawa dia penceramah bebas !

Pak Karamu langsung tak faham sebab dia di tangkap, selama 4 jam dia di tahan, dia di tanya apa ? Mungkin kesalahan besarnya ialah sebab YB Zuraidah ada dalam majlis tersebut, mungkin di sana ada Sha'ari Sungib ? atau apa ? Atau arahan UMNO sebab politik ? Atau dia bercakap politik yang di campur adukkan dengan agama ? Atau orang yang merancang penangkapan tersebut cuba mahu menerangkan kepada Dr Asri bahawa kami adalah kerajaan sekular dan kamu tak boleh bercakap agama yang di campurkan hal politik ?

Dulu al marhun di pulaukan dari bercakap di surau masjid di selangor kerana dia PAS sedangkan dia seorang mufti, Haji Hadi dan Nik Aziz sampai sekarang tak boleh berkhutbah di Selangor pada hal mereka itu ulama. Dr Hassan Ali pula mahu cuci tangan sebab dia mungkin anti Dr Asri atau mungkin dia bersekongkol dengan JAIS atau UMNO ? Jika kerana mazhab rasanya mustahil ATAU ada kemungkinan di Selangor ada islam UMNO ada islam PAS, ada islam PKR, jadi islam yang mana memerintah maka mereka tidak benarkan islam dari jenis lain berdakwah atau bercakap tentang agama






 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.