Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ramalan Tahun Baru

Salam

Ramalan tahun baru lebih kritikal oleh Pak Karamu

Hanya lebih kurang 6 jam saja lagi tahun baru akan di sambut dengan sorak sorai kegembiraan oleh golongan muda dengan air syaitan dan tari menari seperti tahun-tahun sebelumnya, selepas tahun baru ini juga gula akan di naikan 20 sen setiap kilogram dan ini menyebabkan barangan lain juga akan turut naik terutama pekedai kopi dan kek

Seasana politik akan bertambah tidak menentu terutama UMNO/BN, dalam UMNO ada kemungkinan tikam menikam di antara ahli akan berlaku, golongan berwang akan mencator kuasa politik dalaman kerana mahukan kuasa, dan mungkin akan terbongkar berbagai penyelewengan untuk tujuan menyingkirkan orang tertentu

Tahun hadapan akan berlaku berbagai gejala sosial yang melibatkan golongan muda terutama pembuangan anak yang semakin tidak terkawal, demikian juga dengan penjualan manusia untuk tujuan perniagaan yang menguntungkan, gejala rasuah mungkin berkurangan sedikit akan tetapi pembongkaran kes rasuah pada tahun yang lepas-lepas akan terdedah pada tahun baru 2010 hadapan

Perak mungkin akan berubah pemerintahan namun kekecohan yang di cipta atau sengaja di cipta untuk tujuan huruhara mungkin berlaku namun jika PR berhati-hati dari sekarang ianya mungkin akan dapat di selesaikan dengan campurtangan kuasa raja atau orang tertentu sahaja

Sambutan tahun baru di harapkan dengan banyak memohon kepada Allah agar semua bala yang akan mendatang terhindar menimpa negara. Pak Karamu harap jika rombakan kabinet berlaku sepanjang tahun hadapan Perdana Menteri kena pilih yang terbaik untuk membantu kabinetnya berjalan dengan lancar. mana-mana yang suka tikam dari belakang hendaklah di singkirkan saja

Amin


MANTAN PRESIDEN INDONESIA ABDUL RAHMAN ATAU GUS DUR TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH Al Fatihah !

Tak Faham Istilah Islam Dan Kaum

Salam

CERITA AKHIR DARI MAKKAH DI MASJID KUCING

Ingatkan ramailah yang faham tentang islam dan perbezaannya dengan kaum rupanya ramai lagi yang tak faham sama ada mereka yang pakai serban,songkok ketayap,songkok hitam atau tidak bersongkok ramai lagi yang tidak peduli dengan perbezaan ini sebab mereka berfikir pakai otak tak pakai akal

Di masjid Kucing Makkah boleh di katakan selalu saja pengunjungnya bertegang urat bergaduh perang mulut atau tangan dan kaki masuk campur maka adalah yang lebam, masjid ini sentiasa penuh sesak sampai jalan tutup untuk di gunakan tempat bersembahyang walaupun masjid haram tidak jauh dari situ

Pengunjung yang datang ke situ bukan mahu cari kucing akan tetapi nak bersolat kerana masjidil haram sesak dengan jama'ah haji, orang arab yang berniaga di sana selalu bersembahyang di masjid kucing kerana dekat dengan premis perniagaan mereka, selalunya apabila masjid kucing penuh maka tok arab agak marah dengan jama'ah haji dari luar kerana bersembahyang di situ dan mereka suruh bersembahyang di masjid haram kerana pahalanya banyak tapi jama'ah luar kata masjid ni bukan bapak kamu punya, masjid ini Allah yang punya sebab masjid adalah rumah Allah

Apabila berlaku pertengkaran maka biasanya orang luar cepat naik angin terutama jama'ah haji dari Afrika dan Bangla ataupun India serta Turki dan di sekitarnya yang suka celah-celah dan langkah kepala orang, bila bertekak mereka mulalah main kaum ketika itu adab islam sudah tak pakai lagi akhirnya keluarlah kalimah stupid arab, stupid afrika,India,Bangla dan lainnya

Kebiasaannya orang Malaysia yang berada di sana cool saja tapi masa pergaduhan hari tu ada orang Malaysia yang bisik kepada Pak Karamu "alah ! dia ingat dia arab tu islam sangatlah, semalam saya beli barang dia orang tipu saya" Pak Karamupun bagitahu dia "bangsa arab jangan samakan dengan islam, islam lain bangsa apapun di dunia ini tiada kaitannya dengan islam fikirkanlah, rupanya dia agak marah lalu dia berkata "melayu tu bukan islamkah ? Agak terkejut juga Pak Karamu di buatnya, akhirnya 2 hari selepas itu baru Pak Karamu tahu diatu orang kuat UMNO hu hu hu

Apabila Pak Karamu sudah berada di Malaysia buka blog, laaaaa ! kecoh pula di Malaysia ini tentang kenyataan Nik Aziz nak tukar perlembagaan sebab membolehkan kaum lain menerajui negeri asalkan dia islam dan berakhlak baik, apa ertinya ? ertinya sesiapa beragama islam dan berakhlak baik maka dia berhak menjadi tok ketua dengan tak kira kaum, Habiiiiis ! melenting orang mendengarnya

Bagi Pak Karamu sesiapa yang melenting dengan kenyataan tersebut memang mereka ini hampeh ! Eloklah di sunatkan sekali lagi, kalau tak fahan juga di sunatkan lagi biar telor saja yang tinggal sebab telor adalah bodoh, dalam al quran Allah berfirman yang bermaksud: "Adalah kamu sebaik-baik umat yang di keluarkan untuk manusia,kamu menyuruh yang baik, kamu mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah (Ali Imran 110)

Ayat di atas tak sebut pasal kaum, dia sebut pasal umat, maksudnya umat Muhammad dengan tak kira kaumpun sebab itulah Pak Karamu selalu ingatkan bahaya asobiyah yang nabi tak akui umatnya, yang tak mahu faham pasal apa ? andainya sesiapajuga yang masih marah dengan cadangan Nik Aziz itu maka mereka hendaklah juga tentang ayat al Quran di atas atau ayat -ayat yang lain atau tentang saja Allah habis cerita

Perak Bakal Akan Bubar

Salam

CERITA DARIPADA MAKKAH PERAK AKAN BUBAR

Pak Karamu tidak tahu apa-apa cerita tentang negara sepeninggalan mengerjakan ibadat haji ke Makkah al mukarramah, apa yang Pak Karamu faham setelah 2 hari di sana ada SB datang buat provokasi dan interview Pak Karamu mereka ini ingat Pak Karamu ni budak-budak, Pak Karamu tidak sembunyikan diri bahawa Pak Karamu ini siapa, selepas dia bertanyakan Pak Karamu dan nasihatkan Pak Karamu supaya jauhkan diri dari DAP maka giliran Pak Karamu pula terangkan pasal politik Perak kepadanya

Pak Karamu bagitahu dia "engkau orang di mana ada tempat tinggal jama'ah Malaysia maka di sanalah engkau orang melepak dan mempengaruhi jama'ah supaya menyokong kerajaan samalah dengan orang politik seperti Sabry Chik yang datang melawat dari khemah ke khemah dan jual temberang dan mempengaruhi para jama'ah haji, saya bertanyakan kepada mereka kemana perginya dasar UMNO yang membela bangsa selepas kerajaan menganjurkan One Malaysia, mereka tidak jawab

Pada besuknya semasa Pak Karamu nak pergi menunaikan solat dia orang panggil Pak Karamu kali ni ada empat orang, di sebabkan masa solat masih lagi lama maka mereka undang Pak Karamu berborak Pak Karamu jawab Ok je sebab Pak Karamu nak tahu cerita apa yang Pak Karamu boleh dapat dari mereka di samping itu mereka memang mengakui bahawa penipuan undi pilihanraya memang berlaku cuma kuasa segala penipuan itu di bebankan kepada SPR sahaja sementara yang menjalankan tipu daya itu adalah agency kerajaan yang mereka boleh harapkan

Tetiba dia bertanyakan kepada Pak Karamu ustaz nak tahu tentang Perak ? Pak Karamu jawab spontan " Tak Payah sebab cerita Perak ada dalam poket saya dan saya bawa bersama kat Makkah nih " kemudian mereka menyatakan "sebenarnya kes Nizar kat Mahkamah tu dia telah menang cuma keputusannya tak boleh di keluarkan cepat sebab mengundang berbagai resiko" Pak Karamu jawab Aaaalah ! saya dah tahu Perak akan bubar pada january selewat-lewatnya, mereka pula jawab Eh ! mana pula january February ! dalam hati Pak Karamu hmm dapat juga aku berita

Memang kes tu Nizar yang menang tapi yang menentukan sesuatu apa yang hendak di lakukan adalah di tangan mereka yang dapat menentukan kemenangan dan cukup wang untuk beli manusia, al hamdulillah semua yang Pak Karamu ceritakan ini benar belaka, lagi satu di katakan di sekeliling Najib sekarang penuh dengan onak dan ranjau yang butangnya di pegang oleh seorang muda yang banyak wang, bila dia picit satu butang maka ada saja kes yang melibatkan seseorang daripada kumpulan mereka

Tiada Lagi Harapan UMNO

Salam

CERITA RAKYAT DARI MAKKAH

UMNO sifatkan kami macam hampas, andainya UMNO anggap kami macam daging yang busuk maka harapan kami untuk sokong dia masih lagi ada tapi nasi sudah jadi bubur, UMNO memang hebat ! Dia hantar SB suruh kami jauhkan diri dari DAP sebab DAP jahat tapi DAP sudah boleh terima negara islam tanpa melangkah mayat Karpal Singh sedangkan UMNO terus tak mahu terima islam sebagai dasarnya, cuba mu ingat mana lebih baik antara DAP dan UMNO ?

Aduuuuus ! silap-silap sakit telinga orang melayu dengar penjelasan ini akan tetapi inilah kenyataannya, Pak Karamu bertanya " Apakah alasan kamu menerangkan semua ini ? Jawab mereka " Mu bayangkan ada bidalan melayu lama yang sebut " sebusuk-busuk daging di basuh dan di kincah, di masak di makan juga, seputih-putih ampas tetap juga di buang ! Pak Karamu bertanya lagi apa maksud kamu ? Kemudian mereka menerangkan:

"Mu fikirlah ! minyak dan gas dalam perairan Kelantan di naikan ke Thailand menyebabkan rakyat negeri Thailand ramai yang dapat pekerjaan sedangkan rakyat Kelantan tak dapat apa-apa dan UMNO tahu yang rakyat Kelantan adalah sama bangsa dengan dia tapi kami dah demo sifatkan macam ampas, tapi semangat membela bangsa,agama dan negara, apakah UMNO sifatkan kami lebih jahat dari orang yang jahat ?

Oooo ! baru Pak Karamu faham rupanya pasal minyak di perairan Kelantan di naikkan di Thailand menyebabkan rakyat kelantan tak dapat pekerjaan dan yang senang adalah rakyat Thailand kerana minyak dan gas di naikan di sana sedangkan orang UMNO tahu rakyat Kelantan miskin,merempat berhijrah kenegara lain mencari pekerjaan dan menjadi isu politik kerana Kerajaan Kelantan tidak bijak mentadbir negeri sehinggakan rakyatnya merantau mencari pekerjaan dan mengemis ke negeri lain

Pada pandangan Pak Karamu rintihan rakyat Kelantan itu sangat benar sebab mengapa UMNO sanggup susukan kera di hutan sedangkan anaknya mati kelaparan ertinya bukankah Kelantan itu di bawah kerajaan persekutuan yang turut hasil tertentu negeri itu di ambil juga oleh kerajaan persekutuan, kemudian apabila jumpa pula minyak dan gas mereka terus di pinggirkan Sedangkan yang dapat menefa'atnya ialah orang lain sedangkan Kelantan tak dapat apa-apa dan UMNO wajib fikir kan hal ini secara jujur

UMNO Kelantan sudah tahu hal ini begitu lama tapi mengapa mereka masih tak boleh nak fikir hal ini sedangkan mereka sendiri sesama UMNO dengan UMNO pusat sepatutnya mereka boleh berfikir tentang hak rakyat Kelantan yang sama suku kaum dengan mereka tetapi malang nya UMNO Kelantan langsung tak boleh fikir hal ini macam lembu sudah di cucuk hidung, jika demikian eloklah mereka itu jadi lembu sahaja

Kenyataan mereka juga mengatakan bahawa jika atas kekecuhan ini kerajaan UMNO mahu berikan wang ehsan maka mereka juga tak terima kerana tak yakin UMNO boleh berlaku adil yang mereka mahukan ialah royalti seperti Trengganu dan wang itu mesti di serahkan dengan kerajaan negeri bukannya kepada pegawai persekutuan yang ada di Kelantan kerana kerajaan Kelantan sudah tidak yakin dengan UMNO kerana pegawai persekutuan yang terdapat di Kelantan semuanya orang UMNO belaka

Isu minyak dan gas Kelantan ini sebenarnya sudah menjadi isu besar atas ketidak jujurnya UMNO terhadap orang melayu dan inilah isu yang pasti akan menjatuhkan UMNO dan memadamkan nama itu di dalam negara Malaysia

Tanah Haram Vs Tanah Halal

Salam

APA ITU TANAH HARAM DAN APA ITU TANAH HALAL

Apa yang kebanyakan umat islam faham ialah yang haram itu buruk dan yang halal itu baik akan tetapi dalam masalah tajuk di atas ia akan menjadi maksud yang terbalik iaitu yang haram itu baik dan yang halal itu tidak baik atas maksud yang berkait dengan semangat dan ketamadunan dalam islam atau umat islam takut menghadapi pengaruh orang kafir yang kukuh bekerjasama untuk menghancurkan umat islam kerana jenis islam terlalu banyak

Tanah haram adalah tanah tempat yang di haramkan orang-orang kafir memasukkinya sementara tanah halal adalah tanah yang di halalkan orang kafir tinggal di sana termasuklah orang islam sendiri ertinya tanah haram adalah tanah yang suci dari pengaruh orang kafir di dalamnya, tanah haram hanya terdapat di Arab Saudi sahaja iaitu di sepanjang tanah Hijaz yang berpusat di lembah Makkah,Padang 'Arafah, Muzalifah, Mina dan Madinah dan di sekitarnya

Orang islam yang berkunjung di sini kerana mengerjakan ibadat haji ataupun umrah untuk mensucikan diri kerana ada tuntutan dalam agama ke atas orang yang berkuasa melaksanakannya dan tanah ini juga adalah tanah untuk seluruh umat islam dan bertanggungjawablah seluruh umat islam memeliharanya walaupun sekarang tanah haram ini tidak di benarkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk di tadbir secara bersama-sama

Ketamadunan tanah haram ini kita boleh lihat dengan jelas semasa musim haji dan umrah yang mana kita boleh lihat pengunjungnya bersifat pengotor di samping kerajaan arab saudi gagal menyediakan kemudahan asas yang sempurna bagi pengunjungnya untuk melakukan sikap bersih kerana kekurangan kemudahan asas ini sementara sikap akhlak orang tempatan dan luar negara yang berkunjung di sana kebanyakannya bersikap biadab dan tiada tamadun

Orang arab masih kuat dengan sikap semangat kebangsaannya walaupun kita dengar bahawa orang arab itu nilai islamnya tinggi akan tetapi mereka lebih mengutamakan sifat kebangsaan yang di larang oleh rasul, kita telah di beritahu oleh blogger arab sendiri jika ada di antara orang arab yang melakukan kesalahan dengan orang luar maka polis arab tetap juga memenangkan bangsanya sendiri kerana mereka beranggapan bahawa orang luar adalah bermartabat rendah

Dari segi tamadun dan pembangunan kita nampak dengan jelas bahawa bumi tanah haran jauh ketinggalan jika kita bandingkan dengan tanah halal ini kerana kegagalan kerajaan yang memerintah tanah haram melakukan ketamadunan islam mengikut acuan yang di benarkan oleh islam semuanya ini kerana ujud corak pemerintahan beraja selepas zaman khulafa ar rasyideen lagi yang membelakangkan konsef berkhalifah di tanah nabi-nabi dan rasul itu

Ada blogger arab menyatakan bahawa memang bangsa arab terpaksa bersikap ego kerana untuk menyaingi bangsa Yahudi atau israel dan juga nasrani akan tetapi kebanyakan pemimpin arab saudi hanya mengikut telunjuk barat terutamanya Amerika dalam soal pertahanan dan sosial dan mereka tidak menyedarkan bangsanya dalam persoalan civik


Umat Islam Pengotor ...

Salam

Umat islam menjadi umat yang pengotor yang terpaksa di lakukan kerana kegagalan kerajaan Arab Saudi menyediakan kemudahan asas bagi jama'ah haji untuk menjadi bersih, itu adalah alasan yang membolehkan umat islam terpaksa menjadi umat pengotor di tanah suci atau tanah haram ini di sebabkan kemudahan asas tersebut tidak menjadi keutamaan bagi bangsa arab

Kemudahan tandas atau tempat melepaskan hajat sangat berkurangan dan tidak mampu menampung jumlah jama'ah yang di benarkan, keadaan ini menyebabkan para jama'ah terpaksa membuang air di dalam botol yang berhadapan dengan khemah kaum hawa dan inilah yang terjadi di Mina di samping ada yang melepaskan hajat di tepi-tepi jalan yang hanya dapat berlindung dengan sedikit pelindung

Kaum Adam dan Hawa pula tidak segan silu untuk tidur di timbunan sampah di tepi-tepi jalan yang berbau busuk pada malam hari tanpa di pedulikan oleh pehak keselamatan Arab Saudi malah pehak berkuasa Arab Saudi sendiri yang mendatangkan masalah kepada ketidak setabilan para jama'ah haji sementara agensi jema'ah haji yang datang dari seluruh dunia tidak berani mengemukakan cadangan atau bantahan terhadap kerajaan Arab Saudi atas kekurangan kepada segala keperluan para jama'ah

Sistem masuk dan keluar masjid oleh para jama'ah tersangat buruk sehinggakan tidak dapat di kawal oleh pehak keselamatan Arab Saudi di tambah burukkan lagi keadaan tersebut oleh perangai para jama'ah haji yang memang tiada beradab dengan melangkah kepala para jama'ah haji yang sedang bersolat dan merempuh para jama'ah nampaknya sudah menjadi perkara yang biasa dan menjadi budaya umat islam yang tidak bertamadun

Sistem trafik di jalan raya tersangat huduh dan tidak dapat di kawal oleh pehak keselamatan dengan berkesan malah pehak yang menjaga keselamatan sendiripun yang melanggar sistem jalan raya tersebut, di jalan raya kita boleh nampak tempat yang tidak sepatutnya ada kenderaan maka di sanalah pelanggaran sistem jalan raya berlaku, sementara pembela pengemis untuk memerah ugut orang cacat atau di arahkan supaya bersifat cacat sentiasa bermaharaja lela memperhambakan sesama manusia dan berlaku peras ugut

Kemudahan tempat kediaman para jama'ah haji yang berhawa dingin nampaknya adalah punca merebaknya masalah batuk dan penyakit paru-paru kerana pendingin udara tidak pernah di cuci dan kelihatan jelas habuk yang tebal pada alat pendingin udara tersebut, nampaknya tuan punya hotel hanya mahu mengaut keuntungan sahaja dan para agen-agen haji pula tidak berani untuk bersuara






PAK KARAMU DALAM PERJALANAN .......

Salam

TANAH HARAM/TANAH HALAL

UMAT ISLAM PENGOTOR DI TANAH HARAM ? AKAN DI TELANJANGKAN NANTI ....

Pak Karamu sudah berada di dalam pesawat Arabian Air Line yang sudah tua tapi cukup alat untuk buat artikel dalam blog ini setelah di gam dari melaporkan cerita di tanah Haram oleh Jin di sana sehingga di sentuh dalam khutbah tentang aktiviti blog yang mungkin mengancam mana-mana kepentingan dan tetiba blog Pak Karamu langsung tidak ada fungsi

PERCAYALAH ! Setelah Pak Karamu berdailog dengan pehak SB Malaysia yang datang berjumpa Pak Karamu kat sana tetiba je blog Pak Karamu menjadi bisu, langsung tak berfungsi, tak pe itu kerja kamu tapi Pak Karamu akan telanjangkan keadaan umat islam di sana dengan sikap pengotor dan tiada tamadun mereka
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.