Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA YANG TELAH BERLAKU DI AFGHANISTAN ?

Salam

TERKINI


TERKINI APA YANG TELAH BERLAKU DI AFGHANISTAN ? BERAPA JUMLAH TENTERA AMERIKA DI BUNUH DAN BERAPA ORANG PULA MATI DI PEHAK TALIBAN ?

TOK PA KHIANATI RAKYAT KELANTAN

Salam

APABILA CERITA ROYALTY MINYAK TERBONGKAR MAKA TAHULAH KITA SIAPA YANG MENIPU RAKYAT KELANTAN SEBENARNYA, SAMPAI JUGA HATI ORANG MELAYU NI MENYEKSA ORANG MELAYU YEK !

SEMANGAT MELAYU HANYA ADA PADA ORANG UMNO YEK, BARU LA TAHU YANG ORANG UMNO NI MEMANG KUAT MENIPUUU ! TERIMA KASIH KU LI, TERIMA KASIH TUN SALEH ABBAS,

OH ! UMNO NIH JAHAT SUNGGUH !

Walaupun Exconya Tak Suka Tapi

Salam

KHAIRY PERDANA MENTERI MALAYSIA

Walaupun Khairy Jamaluddin tidak di sukai oleh Pemuda UMNO tapi sebenarnya dia di sukai oleh bahagian , cawangan , putra dan juga wanita JUGA putri UMNO, jadi jika dia mahu mengejar cita-citanya mahu jadi Perdana Menteri maka dari sekarang dia mesti bergerak dan mengatur rancangannya ke arah tersebut pokoknya ada fulus

Tengku Razaligh Akan Di Pecat ?

Salam

Katalah lagi kelantan macam-macam wahai cengkadak UMNO

KELANTAN NEGERI TERKAYA DALAM MALAYSIA, HA LOBANG SUDAH PECAH !

GARA-GARA BERSEKONGKOL DENGAN PAS ATAS MENYATAKAN KEBENARAN MAKA ADA KEMUNGKINAN DIA DI PECAT, ADAKAH TENGKU YANG PECAH LUBANG MENGATAKAN MINYAK DI SEMPADAN KELANTAN TRENGGANU SUDAH DIGERUDI DAN TELAH MENGELUARKAN HASIL BERBILON-BILION RM SEJAK TAHUN 84 LAGI

ADUUUUUS ! BANYAK JUMLAH YANG DI SAMUN TU, KALAU CAM TU KELANTAN LEBIH KAYA DARI TRENGGANU, HA BILA LAGI NAK TUNTUT, JANGAN CAKAP JE

Ha Ha Pemuda UMNO Bergolak

Salam

Di katakan Khairy Jamaluddin anti Najib, 75 % Exco Pemuda gesa Ketuanya Khairy Jamaluddin meletakkan jawatan, di katakan Timbalannya sendiri yang menggesanya dengan cara terus terang tanpa selindung supaya meletakkan jawatannya sebagai ketua Pemuda UMNO Malaysia

Dulu Pak Karamu dah bilang keliling Najib banyak onak dan duri, Haa ! ada skor lagi yang sangat bahaya, dia macam guntung dalam lipatan, sangat pandai bermuka-muka, ada ahli UMNO cop dia ular kepala dua, dia bagi nama Najib kelabu sebab buka rahsia hilang injin F5E

Tak habis-habis masalah politik orang melayu ni, dalam PAS ada hipokrit, dalam UMNO juga ada dalam PKR pun ada dalam blogger UMNO,PKR dan PAS juga ada itu sebab Pak Karamu nak cuba kali ketiga jadi caon lagi pada PRU 13 nanti, nak cari fulus kasi orang miskin makan

Rakyat Kelantan Bersatu ....

Salam

Berkata orang tua-tua apabila mereka sudah marah, jangan sampai mereka menadah tangan mengadu kepada Allah !

RAAYAT KELANTAN MENGADU KEPADA ALLAH

Rakyat Kelantan boleh bersatu dalam menuntut hak rakyat, cuma yang tak mahu bersatu adalah cengkadak-cengkadak yang sudah karat biru yang rakyat Kelantan belum lagi singkirkan secara menyeluruh, Kelantan yang di tindas kebiasaannya akan mengadu kepada Allah atas setiap kezaliman yang di lakukan oleh sesiapa saja dan kita tunggu apa pula bala yang akan sampai !!!

TAKUTLAH KAMU AKAN DO'A ORANG YANG DI ZALIMI

10 Hari Lagi Menentukan Perak

Salam

Tarikh 9 February adalah hari menentukan negeri Perak sama ada ia kekal sebagai negeri di bawah ketentuan mahkamah ataupun di bawah kuasa suara rakyat, di negara Malaysia hanya negeri Perak saja yang kuasa pemerintahannya di tentukan oleh mahkamah akibat peristiwa rampasan kuasa setahun lalu

9 February 2010 keputusan mahkamah persekutuan akan menentukan corak pemerintahan di negeri Perak sama ada mahu mengekalkan kuasa rakyat atau kuasa mahkamah, jika mengikut kehendak demokrasi maka DUN Perak wajib di bubarkan dan adakan semula pilihanraya untuk mendapatkan mandat rakyat

Negeri Perak tidak sepatutnya di sisihkan dengan corak pemerintahan cara demokrasi sebagaimana negeri-negeri lain di Malaysia kerana negeri Perak adalah sebahagian dari negeri-negeri dalam negara Malaysia dan tidak patut negeri Perak di jadikan negeri yang sumbang mengikut perlembagaan negeri dan negara

Andainya pembubaran DUN Perak tidak mendapat restu daripada perkenan sultan apabila ia di pohon oleh sesiapa juga pehak yang mahu mengembalikannya kepada sistem demokrasi maka negeri Perak boleh di anggap sebagai sebuah negeri yang amat malang di Malaysia dan ia di lihat sebagai negeri otokrasi dan menjijikkan

9 February adalah hari penentuan bagi Muhammad Nizar mengembalikan sistem demokrasi di negeri Perak andainya dia memenangi kesnya, dia tidak boleh membiarkan keputusan mahkamah untuk terus berkuasa seperti menteri Perak yang ada yang begitu bergantung harap kepada kuasa mahkamah untuk terus berkuasa

Buat masa ini negeri Perak MUNGKIN di nasihatkan supaya DUN tidak di bubarkan kerana sebab-sebab tertentu dan ia menselesakan bagi pehak-pehak yang tertentu namun ia telah merunsingkan pada pehak yang lain serta rakyat yang ingin sangat melihat negeri mereka aman dalam sebuah negeri demokrasi

Andainya nanti Muhammad Nizar yang menang dan DUN negeri Perak tidak di benarkan bubar maka ia juga di lihat sebagai tidak betul kerana suasana tidak berpuas hati tetap berterusan, dalam hal ini siapa pula akan di persalahkan ? Apa yang nyata ialah hanya kuasa sultan sahaja yang mampu membuat keputusan


Wang Ehsan RM 20 Juta ?

Salam

Wah wah ! rakyat Kelantang akan hidup mewah dengan wang ehsan petrolium, hu hu hu nasib kamu lah Kelantang Ooooi ! Banyok pitih tu ! Demikian kenyataan menteri JUARA RAKYAT

Terkini Kepala Babi ? Provokasi ?

Salam

TERKINI

DUA MASJID DI PJ DI LONTAR KEPALA BABI, ADAKAH DIA PROVOKASI ? Masjid tersebut adalah masjid Taman Dato Harun PJ dan masjid Al Imam Al Termizi Taman Sentosa

Juara Rakyat Tak Menjadi

Salam

UMNO DIKATAKAN JUARA RAKYAT TAPI TAK MENJADI, IA SATU SLOGAN YANG BASI LAGI HANCING

Sebagai juara rakyat, Apakah yang UMNO telah buat sekarang ? Tidakkah UMNO memahami bahawa rakyat sekarang sudah gelisah dengan menanggung berbagai bebanan hidup, Apakah UMNO tidak dapat merasakan kegelisahan rakyat yang semakin tertekan hidup mereka dengan berlbagai barang harian naik mendadak, kemudahan pelajar sekolah merunsingkan ibu bapa, di tambah lagi harga minyak yang akan naik menjadikan sara hidup akan melambung tinggi sedangkan pendapatan mereka tetap tidak berubah

UMNO Juara rakyat ? Apakah yang sedang dan akan di lakukan oleh UMNO untuk keselesaan hidup rakyat, nampaknya sekarang tidak ada apa-apapun, tak nampak bayangpun, malah pemimpin UMNO telah di tempelak oleh blogger UMNO kerana kebodohan mereka membuat kenyataan yang tidak kena tempat sebagai pemimpin juara rakyat ? Apakah orang-orang UMNO sendiri dapat menerima slogan juara rakykhlak bertambah merunsingkan, gejala sosial tidak terkawal, kemiskinan bertambah, sakit mental di kalangan rakyat kerana mengenangkan masalah kehidupan yang semakin menekan perasaan rakyat mendadak dengan kadar yang amat tinggi, di Trengganu di katakan gejala sosial bertambah dengan hebatnya sedangkan negeri itu kaya dengan minyak namun rakyat terus tertekan, inikah juara rakyat ?

Di negeri Perak sejak UMNO/BN mengambil alih kuasa dari PR , Pengangguran bertambah, pencuri penyamun bertambah, gejala sosial tidak terkawal, kehidupan rakyat tidak tenteram dan juara rakyat tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat tapi UMNO mengaku sebagai juara rakyat, tidakkah UMNO merasa malu mengakui yang mereka sebagai juara rakyat ?


Pas Perak Mula Bergerak ....

Salam

Pas Perak mula di gerakkan untuk menghadapi pilihanraya negeri apabila mahkamah akan membuat keputusannya nanti pada 9 Feb 2010, BN/UMNO juga di katakan sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya kali ini dan mereka yakin penuh akan memperolehi menang besar dan seterusnya terus memerintah negeri Perak

UMNO/BN juga di katakan sedang mengemaskinikan berbagai rancangan termasuk menyemak daftar pengundi dan mengenalpasti pengundi di atas pagar selain mula berbaik-baik dengan kaum cina dan india (terutama Makkal sakti)

ISU PILIHANRAYA

Isu hangat di jangkakan adalah berkaitan dengan ekonomi negara, Perpaduan dalam PR, kalimah Allah dan pembakaran gereja (isu ini mungkin agak sensitive) Pengangguran, harga barangan kesan kenaikan petrol dan gula dan akhlak kepimpinan

9 FEB 2010 keputusan mahkamah

Salam

9 February Mahkamah akan putuskan sama ada Zambry menteri besar Perak yang sah atau Muhammad Nizar

Permintaan Royalty Yang Di pohon !

Salam

MINTA ROYALTY DAPAT WANG EHSAN, POKOKNYA IKHLASKAH ?

Kita belum lagi tahu sama ada Kelantan bersetuju menerima wang ehsan atau menolaknya sebab yang di pohon adalah wang royalty, tentu ada perbezaan di antara maksud royalty dengan wang ehsan, jika terdapat perbezaan yang melampau tentulah ehsan itu akan di tolak kerana nanti isu tersebut akan menjadi mainan politik

Andai kata permintaan Kelantan di penuhi oleh kerajaan pusat dengan bersetuju memberikan wang royalti maka bagaimana wang itu akan di salurkan, jika wang tersebut di salurkan melalui pegawai kerajaan persekutuan yang terdapat di Kelantan maka wang tersebut wajar di tolak sebab pemberian tersebut membelakangkan kerajaan negeri sekalipun ada yang mewakili bagi pehak kerajaan negeri sekali gus ia merupakan penghinaan terhadap kebolehan kerajaan negeri untuk membelanjakan wang tersebut

Nampaknya pemberian ini ada bermotif politik yang sangat ketara kerana yang memohon adalah kerajaan Kelantan akan tetapi yang menguruskannya adalah kerajaan persekutuan ,seolah-olah pegawai kerajaan Kelantan tidak tahu hendak membelanjalan wang tersebut, bukankah ini satu penghinaan ? Tidak layakkah kerajaan negeri mengendalikan wang tersebut, bukankah nanti menteri besar dan orang-orangnya merasa keciwa kerana kebolehan mereka di pertikaikan dan nanti apa pula reaksi rakyat keseluruhannya

Memang wang ini suatu rezeki dari Tuhan cuma jangan rezeki ini menyebabkan ada kumpulan yang mendapat kehinaan umpama makanan yang enak tapi dalamnya ada racun, ini menunjukkan bahawa pemberian ini tidak ikhlas di samping kerajaan pusat macam terpaksa memberikannya, jika kerajaan pusat merasa ragu dengan kerajaan Kelantan kerana takutkan kerajaan negeri salahgunakan wang tersebut maka kecurigaan ini tidak patut timbul sebab odit negara tidaklah berpeluk tubuh saja, apa yang kita tahu kerajaan pusatlah yang mahir tentang salahguna wang dari berbagai perbelanjaan






BEKAS MENTERI DALAM NEGERI MALAYSIA TUN GHAZALI SHAFI'E MENINGGAL al fatihah

Salam

Bekas menteri dalam negeri Tun Ghazali Shafi'e telah meninggal dunia pada pukul 7.45 malan ini, beliau yang berumur 88 tahun di satu ketika dulu pernah menyelesaikan tebusan di bangunan AIA Kuala Lumpur juga pernah jatuh dari kapal terbang di rumpun buluh di Janda Baik

Melayu Hadhari Vs Melayu Badawi

Salam

Saya utarakan tajuk ini adalah kerana terdapat kumpulan melayu hadhari mempergunakan melayu badawi bagi kepentingan politik dengan tujuan untuk memperbodoh golongan badawi, Pak Karamu pinjam istilah kamus yang mengatakan bahawa hadhari bermaksud golongan bandar yang akalnya sedikit pandai tapi ada tujuan yang busuk, sementara golongan badawi adalah golongan kampungan yang sedikit bengap tapi mereka ada sedikit pintar tapi bersikap mengharap-harap

Kedua-dua golongan ini ada yang terkena dan ada yang mengena, golongan yang terkena biasanya adalah golongan badawi dan golongan yang mengena adalah golongan hadari, kerana mereka ini sentiasa mencari formula bagaimana golongan badawi ini mahu di pergunakan untuk kepentingan pribadi dan kumpulan mereka, sementara golongan badawi memang kadangkala mereka menyedari bahawa mereka di perangkap akan tetapi kerana mahu sedikit senang maka mereka rela di pergunakan

Apakah Sebab Pak Karamu mengutarakan istilah Melayu Hadhari dan Melaayu badawi ?

Sebabnya terdapat golongan melayu hadhari mengajar melayu badawi supaya mengamalkan budaya mengemis, pemalas dan menjadi pak turut kepada melayu hadhari dengan mencurahkan berbagai-bagai subsidi kepada melayu badawi yang akhirnya menjadikan mereka alat untuk di peralatkan oleh golongan melayu hadhari, melayu hadhari mempergunakan melayu badawi bagaikan membela dan manjamu telur bagi membela hantu raya mereka

Hari ini negara telah ketandusan telur (subsidi) yang di kuasai oleh melayu hadhari sedangkan melayu badawi tetap mahu telur tetapi telur sudah habis kerana telah di pergunakan pada tahun lepas dalam masa yang sama melayu badawi tetap juga mahu telur itu jika tidak telur melayu hadhari kena bagi juga, ertinya hantu raya mahu makan telur tuan dia, nah sekarang tibalah masanya melayu badawi mengajar melayu hadhari dengan menyingkirkan mereka pada PRU 13 nanti inilah kebijaksanaan Tuhan atas orang yang suka memperbodohkan orang demi kepentingan politik mereka

Sekarang melayu hadhari telah mengutarakan konsef JUARA RAKYAT ? Apakah yang hendak di juarakan sedangkan telur sudah habis, hutang sudah melambak, harga barang sudah melambung dan akan melambung lagi apabila harga minyak akan di naikkan sedikit masa lagi






Mengomil Di Pagi Sabtu

Salam

Sikitpun teman tak percaya bahawa kerajaan kite tak ade duit, di laut ade minyak, di darat ade minyak, industry berlambak, timah ade, getah ade, cukai tinggi, tabung haji ade, KWSP ade, yang lain-lain cukai berlambak, macam-macam cukai betimbun yop oi ! tetibe cucu teman setiap hujung minggu di suruh pulang sebab kerajaan tak boleh nak bagi makan, tanggung la yop oi, undilah BN/UMNO hu hu hu

Sultan Johor Mangkat - Al Fatihah

Salam

Sultan Johor telah mangkat pada jam 7.08 malam juma'at pengganti beliau ialah Tengku Ibrahin Ismail Iskandar telahpun mengangkat sumpah sebagai pemangku sultan, majlis di saksikan tengku Bendahara Johor

Menteri Tak Faham Tolong Diam

Salam

Menteri Yang Tak Faham Undang-undang pasal Royalty Minyak Tolong Tutup Mulut

Tun Salleh Abbas telah beri amaran mana-mana menteri yang tak faham tentang undang-undang royalti minyak di Malaysia ini tolong tutup mulut, selama ni apabila heboh di perkatakan tentang royalty minyak maka menteripun nafikan dengan seribu alasan, maka rakyat menyangka menteri benar, nah sekarang bila bekas ketua hakim negara yang sama terlibat dengan undang-undang tentang royalty minyak masuk campur dan berikan amarannya, bukalah lagi mulut tu luas-luas, hmmmm ! tau takut ! nak tipu rakyat konon, tak habis-habis nak tipu rakyat sehingga kelubang kubur ke ?

Huh ! selama ni Tun Salleh Abbas diam je bila menteri banyak membuat kenyataan untuk kelentong rakyat, hari ni bersuara pula orang undang-undang ni, nah sekarang kelentong la lagi, dengan kenyataan amaran Tun Salleh Abbas ini maka rakyat Malaysia sudah buka mata kenyataan siapakah yang benar dan salahnya, tipu la lagi ! rakyat buta mata hatinya undilah lagi BN/UMNO tu

Awas ! Isu Pecah Belah

Salam

ISU PECAHBELAH DAN PARINTAH ADALAH ISU ANTARA BANGSA YANG DI TAJA OLEH SYAITAN LAKNATULLAH

Orang melayu mudah lupa, orang islampun mudah lupa, orang berdarah sejukpun mudah lupa dan penyakit lupa ini di warisi daripada Adam a.s sehingga dia terkeluar daripada syurga kerana terlupa, penduduk di negara ini semuanya mudah lupa sebab mereka dari keturunan Adam yang satu, sebab itu ubat jangan lupa ialah apabila kita ingat dan lihat UMNO/BN maka cepat-cepatlah kita berwaspada sebab mereka ini adalah musuh politik nombor satu yang membawa malapetaka

Semua orang tahu bahawa tektik barat untuk membunuh umat islam adalah dengan melaga-lagakan di antara umat islam yang berakhir dengan berbunuh-bunuhan sesama sendiri, waktu kebelakangan ini terlalu banyak isu yang di rekacipta oleh UMNO menjurus kepada mahu memecah belahkan perpaduan PR dengan harapan supaya PR berpecahbelah sesama sendiri dengan mengutarakan isu perpaduan mengikut kaedah semangat bangsa dan agama serta perkara halal dan haram yang sengaja di buat-buat untuk membolehkan mereka menanggok di air yang keruh

BN/UMNO tersangat aktif mencari punca pantang dan larang melalui agama serta adat dan resam di negara ini dengan tujuan untuk memecahbelahkan perpaduan di dalam sesuatu kumpulan supaya perpaduan pada kumpulan itu menjadi huru hara, merekalah sebenarnya pakar mencipta dan juara huruhara, UMNO/BN tidak sahaja mengerahkan ahlinya berbuat demikian malah mereka menggunakan agensi-agensi kerajaan sebagai alat kepada kehendak mereka sekalipun mereka mengetahui perbuatan mereka itu haram dan tidak bertamadun, pada mereka haram itu menjadi halal dan halal itu menjadi haram

Orang BN/UMNO dan agen-agennya sangat pandai mencipta berbagai-bagai provokasi supaya musuhnya cepat naik darah dan naik angin, mereka tidak mudah kalah dan menyerah diri sehingga tipudaya mereka berjaya sementara orang PR yang rata-rata serba lemah dan tidak berada sangat mudah terpengaruh dengan pujukan mereka, mereka tuba dengan senyum, mereka tuba dengan berbudi-budi, dengan wang ringgit dan berbagai-bagai lagi akhirnya musuh mereka terlupa perjuangan yang mereka pikul, maka benarlah melayu mudah lupa, islam mudah lupa dan keturunan Adam yang tidak berpegang dengan agama mudah lupa


Seminar Dedah Dakwaan RM100 Billion

Salam,

Satu seminar akan di adakan di Kelantan dedah dakwaan Barry Wain terhadap mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Muhammad selama 22 tahun sebanyak RM100 Billion wang rakyat Malaysia

Pendedahan dakwaan yang di tulis oleh Barry Wain bekas pengarang "URUSAN ASIAN WALL STREET JOURNAL" ini membolehkan rakyat Malaysia memahami kemana wang mereka telah di selewengkan atau di tadbir

KDN di beritakan sedang mengkaji buku karang Barry Wain sama ada boleh di edarkan di Malaysia ataupun tidak untuk tatapan rakyat Malaysia, buku setebal 363 muka surat itu di jangka laris jika di benarkan edarannya di Malaysia

Dalam blog Dr Mahathir Muhammad menyatakan kerugian bukan 100 billion akan tetapi mencecah 10 billion sahaja, dan beliau mempertikaikan mengapa Barry Wain begitu berani dan bersungguh-sungguh untuk mendedahkan cerita tentang pemimpin Malaysia

Bagi Pak Karamu jika tak selewengkan RM100 billion oleh pucuk pimpinannyapun Rm 10 billionpun tak mengapa asalkan dia boleh jawab kemana wang rakyat tersebut telah dia gunakan

Dalam seminar yang akan di adakan di Kelantan nanti ada kemungkinan Barry Wain akan di jempt sama, di sana orang UMNO akan faham bagaimana pucuk pimpinan mereka menyelewengkan wang rakyat negara ini dan apakah tindakan susulan seterusnya yang bakal akan di ambil, nampaknya pimpinan UMNO memang telah banyak membuat silap, yang terbaru pula kes penjualan pasir ke Singapore meletup lagi, dulu bukan main lagi pemuda UMNO marahkan Singapore, sekarang apa macam ! bersuaralah lagi !

8 Orang Bakar Gereja Di Tahan ...

Salam,

8 Orang yang di syaki membakar Gereja telah di tahan untuk membantu siasatan polis, mereka ada harapan lepas sebab mereka hanya untuk membantu siasatan polis sahaja kerana itu mereka boleh lepas jika pandai menjawab soalan polis, andainya mereka ini tak pandai jawab maka mereka akan di tahan sekalipun mereka tidak melakukannya, ertinya jawapan mereka di ragui

Apa yang penting bagi mereka ialah bercakap benar sekalipun mereka menjawab soalan polis dalam keadaan tergagap-gagap, biasanya orang gagap ini akan berpeluh kuning dulu baru boleh jawab atau kena sergah dulu baru boleh jawab, so lain kali jika sesiapa yang gagap janganlah masuk campur dengan budak-budak nakal, diam saja kat rumah adalah lebih baik dan yang paling selamat ialah budak bisu

Jika nanti 8 orang yang di tangkap ini membongkar rahsia atau nak bagi dedah orang yang sebenarnya mengarahkan mereka membakar gereja maka adalah yang sukar untuk tidur malam tambahan lagi jika mereka yang membakar itu atas dasar upah, takutnya jika mat rempit yang bakar atau mat pit yang bakar kerana hendakkan sedikit perbelanjaan, orang bijak rasanya mereka tidak akan buat kerja tersebut melainkan jika mereka benar-benar anti agama lain itupun mungkin dengan mengupah budak-budak hampeh

Yang paling takut ialah jika di antara mereka yang di tahan ini membuat cerita atau mereka cerita ada parti tertentu yang upah mereka, jika ini berlaku maka ia sudah menjadi isu yang besar dan rumit


Bocor Maklumat Membawa Padah

Salam

KHABARNYA:

Kerajaan Amerika yang di terajui oleh Obama telah meminta penjelasan daripada kerajaan Malaysia mengapa Engine F 5E buatan Amerika hilang sedangkan alat tersebut adalah alat kekuatan rahsia pertahanan Malaysia dan teknologi Amerika, Malaysia telah membeli alat pertahanan tersebut daripada kerajaan Amerika untuk pertahanannya, sekalipun alat tersebut telah menjadi hak mutlak kerajaan Malaysia namun ia masih lagi merupakan rahsia pertahanan bersama dan ia menjadi pantang larang jika alat tersebut dapat di ketahui oleh musuh dari negara yang bukan sekutu atau pro Amerika

Persoalan yang paling besar dari segi rahsia pertahanan SIAPA yang mula-mula menghebahkan kecurian ini adalah mereka yang tidak tahu rahsia keselamatan ATAU sengaja mahu semua dunia tahu tentang kelemahan pentadbiran Perdana Menteri sesbuah negara seperti Malaysia atau ada yang hendak menjatuhkan maruahnya sebagai Perdana menteri ATAU sengaja hendak menyusahkan kerajaan dan rakyat di negara ini apabila ada ura-ura Amerika mahu melakukan sekatan ekonomi

KABARNYA:

Kerajaan Amerika juga mahu tahu tentang serangan ke atas gereja katolik, siapa yang melakukannya dan apa mula puncanya, nampaknya isu ini sudah menjadi besar dan perlu di tangani dengan baik kerana ia sudah menjadi isu dunia dan antarabangsa

KABARNYA:

Berlaku arahan daripada orang tertentu supaya ada golongan di negeri ini yang di arahkan membuat kad pengenalan baru bagi mereka dapat mengundi dua kali pada pilihanraya PRU 13 terutama di negeri Perak, siapakah yang membocorkan rahsia ini ? Adakah dia dari orang dalam ? Dan semua pehak perlu menyiasat perkara ini dan siasat juga tentang pendaftaran pengundi yang baru

Pilihanraya Perak Beku ?

Salam

ALAHAI NEGARAKU YANG KAYA RAYA !

Pilihanraya Perak Beku, Keputusan Kes Nizar Beku, Pembangunan Negara Beku Sebab Kekeringan Fulus ! Mana perginya Fulus Wal Mampus ?

Semuanya akan di bekukan sebab negara tidak ada wang, Wang negara cukup setakat nak bayar gaji sahaja, ramalan cola juga akan di potong, elaun juga sudah tak ada jika adapun mana jabatan atau jawatan yang penting saja, rakyat tak perlu nak protes sebab kebanyakan wang sudah banyak di gunakan untuk projek membazir dan peruntukan 2010 telah banyak di gunakan pada pembangunan 2009 atau sebelumnya

Syarikat banyak yang gulung tikar, pelancungan akan berkurangan dan telahpun kurang, harga barang mula naik melambung, anak-anak yang tinggal di asrama kabarnya pada hari sabtu dan ahad kena balik kampung sebab peruntukan makanan untuk dua hari itu sudah tidak ada, sekarang kerajaan sudah tidak mampu lagi untuk mengawal barang-barang dari naik melambung, persoalannya mengapa negara jadi begini ?

Malaysia sebuah negara yang banyak hasil akan tetapi mata wangnya begitu rendah jika di bandingkan dengan dolar Singapore yang hasil negaranya yang tidak seberapa, Singapore jika hendak di bandingkan dengan negara kita maka Malaysia lebih hebat dari segi ekonomi tapi negara tidak mempunyai wang untuk membangunkan negara dan rakyatnya, mungkinkah negara kita terlampau pemurah dan penyayang dengan negara luar ? atau dah tak tahu nak tadbir?

Ada di kalangan sahabat tolan memberitahu Pak Karamu bahawa setiap rancangan kerajaan yang di laksanakan separuh dari kosnya akan masuk ke dalam poket orang-orang tertentu sebab itu harga pembangunan itu sentiasa berubah dengan berbagai alasan yang berubah-ubah pula demi untuk mengaut untung dari wang rakyat yang sentiasa membayar berbagai cukai dan kenaikan barangan seharian, terkini kabarnya gula akan di naikan juga bagi kali yang kedua sebab itu gula sukar di perolehi terutama di Sabah




MENTERI KOPERASI BELOM PANDAI BERCAKAP PASAL EKONOMI, BELAJAR LA DLU, BUAT MALU JE

Dua Kosong Satu Kosong Tahun Lumpuh

Salam

Ramalan Pak Karamu pada 31 Dis 2009 hampir tepat, iaitu tahun Dua Kosong Satu Kosong adalah tahun penuh dengan kesakitan ekononi, suasana politik tidak menentu, Jenayah bertambah, pemberontakan mental bertambah, kekalutan politik berlaku, ini semua adalah ujian kepada Perdana Menteri Najib Razak serta menteri kabinetnya

Di kalangan orang awam ramai yang bertanya mengapa ekonomi negara begtu teruk sekali sedangkan negara memiliki hasil yang baik berbanding Singapore, Pak Karamu rasa ini semua mungkin nilai mata wang kita telah di permainkan oleh kuasa luar yang kit sendiri tidak mengambil tahu atau mungkin kita merestuinya atau ada pap-apa ?

PM kita sebuk pergi cari wang, timbalannya juga sebok cari wang dengan istilah mencari pelabur untuk kesenangan rakyatnya entanh berhutang entah megemis kita tak tahu, apa yang kita tahu ketua negara kita tu dah macam burung helang terbang sana terbang sini cari makan, dapat makanan dia bagi pada anak dia, lepas anak dia di beri makan nanti dia terbang lagi sebab keperluan kewangan negara di tahap kritikal

Tetiba Sabah Akan Tingkat Kawalan ....

Salam


AIK ! TETIBA SAJA SABAH AKAN TINGKATKAN KAWALAN KESELAMATAN !

Ekoran amaran dari kedutaan Amerika yang mengatakan pulau dan perairan di sekitar Sabah ada kemungkinan akan di serang oleh pengganas dan pelampau adalah suatu berita yang melucukan, Adakah kedutaan asing lebih mengetahui keselamatan di Sabah berbanding Kerajaan Malaysia ? sehinggakan pasokan keselamatan Malaysia akan meningkatkan kawalan keselamatan ? Adakah Malaysia di bawah telunjuk Amerika ?

Apa yang kita ketahui PR akan memperhebatkan serangan politinya di Sabah ekoran sokongan rakyat di negeri itu terhadap PR berhubung isu kalimah Allah dan menteri kanan yang buat hal, memang program tersebut atas permintaan PR di Sabah dan PR semenanjung sudah tentu akan membantu dengan mengirimkan pemidatu politiknya di anggap perkara biasa sahaja, apa yang Pak Karamu nampak ialah alasan Sabah akan di serang oleh perompak dan pengganas adalah helah politik untuk menakutkan rakyat dan PR sahaja, alahai ! katakan saja yang menyerang Sabah dan pulau di sekitarnya adalah PR

Apakah nanti apabila Sabah dan sekitar pulau dan pantainya di katakan akan di serang maka rakyat Sabah akan takut keluar untuk mendengar ceramah PR ? Huh ! ini politik semua ada dalam poket PR, rasanya lakonan ini kurang tepat kerana PR cepat dapat menghidunya, kasihan mereka ya !

Katakkan saja, Heiiii! rakyat Sabah jangan kamu kaluar dari rumah nantik kamuk aqan di tangkap oleh pangganas dari Semenanjung ! hu hu hu


BN/UMNO Sabah Akan Tumbang

Salam

Sebagaimana yang saya telah ramalkan bahawa tahun 2010 adalah tahun terlalu banyak musibah dan kemelut politik negara, ini berikutan peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalam negara yang tidak bijak di tangani dengan baik, sepatutnya peristiwa yang berlaku di dalam negara mesti di kaitkan dengan suasana sentimen anutan kaum dan ekonomi negara yang mana ia akan menjadi isu panas dan pantang larang rakyat di negara yang penduduknya berbilang kaum dan anutan

Peristiwa kalimah ALLAH adalah peristiwa yang sangat memeritkan kerajaan BN/UMNO terutama di negara di bawah bayu iaitu Sabah yang penduduknya ramai yang menganut agama kristian katholik dan tambah memeritkan lagi apabila ada menteri kanan yang telah mengundang kemarahan rakyat kerana akhlaknya yang terlalu rendah dengan skandal yang di ciptanya sendiri. Sekarang di Sabah BN/UMNO bagaikan duduk di dalam bara api kerana isu negara terkini menguntungkan PR

Sejarah politik Sabah yang telah menukar kerajaan negerinya beberapa kali dengan berbagai parti menunjukkan BN/UMNO terlalu takut dengan suasana tersebut, sikap rakyat Sabah yang di anggap pandai mencari cita rasa politik demi masa depan mereka dengan menukar kerajaan di anggap peluang yang lebih baik bagi PR untuk mermpas Sabah dari tangan BN/UMNO kerana itu tidak hairanlah mengapa PR akan menyerang Sabah sebelum Sarawak yang juga ramai penganut yang beragama kristian

Orang islam di Sabah dan Sarawak tidak begitu kuat dengan kerja dakwah islamnya di sana menyebabkan pengaroh kristian berkembang biak di sana, mubaligh kristian sanggup sampai di pendalaman berdakwah dengan tidak mengira halangan dan rintangan menyebabkan agama kristian berkembang dengan baik di sana, inilah yang Pak Karamu lihat semasa berkhidmat di Sabah dan Sarawak pada tahun 60 dan 70 an semasa berkhidmat dengan tentera Malaysia dulu

Apa yang tersangat malangnya ialah apabila pendakwah islam yang telah ramai mengislamkan orang-orang bukan islam di Sabah dan Sarawak gagal membuat susulan dan mengasuh mereka ke jalan islam kerana pendakwah islam tidak sanggup menempuh rintangan apa lagi untuk pergi ke pendalaman yang akhirnya kebanyakan mereka yang di islamkan itu kembali kepada agama asal mereka, kesannya dapat di lihat sekarang yang mana jumlah penganut kristian telah mengatasi jumlah umat islam




Serangan ke atas Kelantan Tidak Berkesan

Salam

Berbagai helah dan olah yang dilakukan oleh BN/UMNO dan agensi-agensinya terhadap Kelantan dan Menteri Besarnya tidak langsung berkesan malah mendapat sokongan penuh dari rakyat berbilang kaum di negara ini malah apabila kita berjumpa kaum tionghua dari MCA dan Gerakan yang kita cuka menyingkap pandangan mereka rata-rata mengatakan " Itu olang tua ha banyak baik lia selalu bikin tokong manyak kuat sapapun ha tak boleh lawan !

Kelantan di bedal dari segenap penjuru dari TV, Radio, Blogger-blogger UMNO/BN dan di kalangan mereka yang hendak menjatuhkan Kelantan nampaknya menemui kegagalan dan nampaknya Nik Aziz dan Kelantan bertambah kuat dan simpati rakyat bertambah-tambah, dalam peristiwa kaliamah Allah dan kebakaran gereja nampaknya Nik Aziz mendapat simpati yang besar dari rakyat, hampa lagi la nampaknya BN/UMNO macam melantunnya bola, bertambah banyak Kelantan dan Nik Aziz di serang maka bertambah pula sokongan yang di perolehi

الحمد لله رب العلمين

Salam

Al Fatihah ayat 1 bermaksud "Segala pujian hanya bagi Allah yang menjadikan sekalian alam"

Pada ayat ini Allah menjelaskan bahawa segala pujian hanya bagi Allah yang menajdikan sekalian alam, ertinya Allahlah yang menjadikan sekalian makhlunNya kerana 'alam itu maksudnya setiap apa yang dijadikan oleh Tuhan baik alam yang nyata ataupun 'alam yang ghaib, apabila Allah menetapkan demikian maka tiada shak lagi Tuhan yang bernama Allah itulah Tuhan bagi sekalian makhlukNya

Apabila Allah sudah memutuskan demikian maka yang menghairankan kita ada juga diantara makhlukNya yang menafikan Allah itu Tuhan bagi orang islam saja, orang lain sebutlah dengan nama yang lain mengikut bahasa suku kaum tersebut, tidak terfikirkah kita bahawa bahasa quran itu adalah bahasa arab yang wajib di gunakan oleh semua kaum di atas muka bumi ini ? Berapa lama umat yang mengaku islam terus membodohkan diri mereka ? Sesungguhnya mereka yang mengatakan kalimah Allah itu untuk orang islam sahaja adalah golongan jahiliyah

Orang islam membaca 17 kali sehari semalam ayat al fatihah akan tetapi tidak sedikitpun apa yang mereka baca itu mereka fahami, main bedal sajalah !

Operasi Juara Rakyat Oleh UMNO

Salam

UMNO/BN telah memulakan program JUARA RAKYAT bermula di BUKIT BERUNTUNG semperna dengan nama tempat tersebut maka JUARA RAKYAT akan memperoleh BERUNTUNG yang sangat banyak untuk semua lapisan masyarakat di negara ini, semua agency kerajaan akan di naikkan gaji atau elaun, pekerja swasta akan di gesa supaya majikan masing-masing naikkan gaji atau ujudkan elaun khas dan harga barang akan turun 2% menjelang pilihanraya

Semua menteri akan masuk kampung bersama wakil rakyat, dan wakil rakyat dari sekarang (tanpa tangguh) kena lapor pada menteri apa keperluan rakyat di tempatnya, mahu anak lembu ? Kambing ? Bela Ikan ? Ternak ayam ? Pinjaman amanah ikhtiar atau tambah pinjaman ? Semuanya akan di rangcang, semua jalan berlopak akan di tar, yang tak naik taraf akan di naik taraf. hasil kampung kelapa sawit, kelapa, getah, padi dan lainnya akan naik, kemudahan asas akan di beri

Buat masa sekarang harga gula dah naik dan akan naik lagi, harga minya akan naik, tol akan nak lagi, nanti apabila hampir pilihanraya maka semua itu akan turun balik, nah sekarang UMNO/BN benar-benar menjadi JUARA RAKYAT, kes Sabah tentang akhlak menterik tuk kamudian kirak, ituk masalah pribadik yang tak ada kenak mengenak dengan partik BN, duluk Malakak boleh bikin tak kan Sabah tak boleh bikin

Pilihanraya Sarawak

Salam

Melihatkan suasana sekarang ada kawan dari Sarawak bagitahu rakyat Sarawak akan buat perubahan secara drastik pada pilihanraya kali ini, jika benar ia akan menjangkit ke Sabah pula, ini sangat menakutkan UMNO/BN

Di Taping dan Miri Sarawak ada cubaan hendak membakar gereja

UMNO Bukan Parti Perkauman ?

Salam

UMNO (United Malay Nasional Org ) ATAU Pekembar ( Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) di katakan sebuah parti bukan perkauman walaupun nama parti sahaja sudah mnunjukkan parti itu adalah sebuah parti perkauman dan dasar partipun sudah memperjelaskan lagi hala tuju parti tersebut iaitu 'SEMANGAT KEBANGSAAN" Melayu

Hanya baru-baru ini sahaja pucuk pimpinan parti memperkenalkan dasar pejuangan kebangsaan 1Malaysia terhadap negara ini akan tetapi itu bukan dasar kepada UMNO tetapi kepada negara UMNO tetap juga dengan dasar kebangsaannya kerana itu ramai orang bijak pandai dan para pensyarah mengatakan "AGINDA MELAYU TETAP AKAN DI TERUSKAN "

Pemimpin negara cakap lain orang bijak dalam UMNO cakap lain termasuklah ahli koperat, mereka ini terpaksa berkelakuan MUNAFIK sebab rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap mereka sebab itu di depan mereka cakap lain akan tetapi di belakang mereka bercakap lain dan rakyat semua sudah faham dan tahu perangai mereka dan hasilnya mereka akan di adili rakyat pada pilihanraya umum ke 13 nanti


SURAU DI LEMPAR BATU DAN NAJIS

Di samping itu dalam peristiwa bakar gereja kita belum lagi tahu angkara siapa yang memulakannya dan dari punca apa, akan tetapi apa yang kita ramalkan telahpun berlaku, yang mana sebuah surau sudah di baling dengan batu yang memecahkan cermin dan air najis di lepar masuk ke dalam kawasan surau

Sana Sini Bakar Akhirnya ?

Salam

Mula-mula bakar semangat ! lepas tu bakar gereja, lepas tu hang tunggu polis tangkap hang, lepas tu hang akan di bakar ! ketua polis negara kata jangan tunjuk perasaan ! tapi hangpa tak peduli, depa kata alah ! takkan la polis nak kacau sebab kami bukan nak kacau, tapi kami hanya nak tunjuk perasaan je dan kami bukan parti pembangkang macam hangpa

Itulah keistimewaan orang sebelah sana, ternyata betoi ! tapi si pembakar gereja tu walau apapun mesti di tangkap dan hukumnya mestilah juga di bakar, ikat dia di simpang jalan kemudian di lempar dengan moltop juga sebab dia memulakan pembakaran semangat membakar yang mungkin akan melarat pula ke masjid-masjid orang islam

Sebelum bakar dapatkan maklumat dulu ! apa sebab kamu bakar gereja ? Siapa suruh bakar gereja ? Di mana kamu dapat duit beli alat buat moltop ? Adakah kamu terlibat dengan tunjuk perasaan ? Siapa memulakan tunjuk perasaan ? Apa pasai hang ikut ? Depa tu dari kumpulan mana ? Semua tu kena tanya

Mantan Menteri Besar Perak Kemalangan ...

Salam

NIZAR KEMALANGAN JALAN RAYA

Mantan Menteri Baesar Perak terlibat dalam kemalangan jalan raya di Ipoh jam 9.30 padi tadi, beliau yang mendapat cedera ringan setelah ke empat-tayar keretanya menadah langit, beliau kini berada di Hospital Ipoh

Nik Aziz Lakukan Rasuah ?

Salam

BERITA PANAS !

DALAM BLOG ABANG TUAH SIARKAN NIK AZIZ RASUAH !

Jika benar sebagai di kata maka Pak karamu minta Nik Aziz bersihkan namanya bersama Exco yang di tuduh, walau apapun nama Nik Aziz sudah di cemar namanya dengan kerja terkutuk oleh blog ini, harapkan ianya tak benar dan para blogger di minta bertanggungjawab tentang sumber daripada mana ianya di petik

Ulasan Akhir Kalimah Allah

Salam

ORANG CERDIK DALAM AGAMA ADALAH ORANG YANG MENJAGA AKIDAH

ALLAH adalah nama Tuhan Yang Maha Esa yang pengertiannya meliputi seluruh pengertian yang terkandung dalan seluruh nama-namaNya yang mempunyai maksud segala sifat kesempurnaan bagi DiriNya, nama ALLAH adalah mengatasi segala nama-namaNya kerana ia meliputi ilmu yang merangkumi ZatNya, AsmakNya,SifatNya dan juga Af'alNya

Dialah ALLAH tiada Tuhan melainkan Dia yang wajib di sembah, di patuhi, di sanjung dan juga di puji oleh segala makhluk ciptaanNya, Dialah ALLAH yang Rabbul 'Alamin ! (Yang menjadikan sekalian makhlukNya) tiada Dia beranak dan di peranakan dan tiada sekutu bagiNya dengan yang lain dan Dialah yang menamakan DiriNya ALLAH dan Dialah yang memerintahkan sekalian makhluk ciptaanNya dengan panggilan ALLAH

Apakah maksud ZatNya AsmakNya, SifatNya dan Juga Af'alNya ? Yang ini kena belajar dengar guru yang arif dalam ilmuNya rengkasnya bolehlah Pak Karamu terangkan begini, Zat bagi diriNya ialah Diri Tuhan itu, Asmak bagi Tuhan itu ialah Nama-namaNya yang menunjukkan sifat kebesaranNya, sifat bagi Tuhan itu menunjukkan makhluk ciptaanNya dan Af'al bagi diriNya adalah tengkah lakuNya ertinya kalimah ALLAH itu merangkumi ilmu Rububiyah dan Uluhiyah yang meliputu seluruh alam

Manusia kena belajar apa itu tauhidul Zat, tauhidul Asmak, tauhidul sifat dan juga tauhidul Af'al, di sinilah nanti kita akan mengetahui mana satu kerja Tuhan dan mana satu kerja kamu yang kamu dakwa selama ini, ertinya manusia sentiasa melakukan syirik kepada ALLAH setiap hari selagi mereka tidak mengetahui ilmu tauhidul Zat,Asmak,Sifat dan juga Af'alNya, itu sebab orang tua-tua dulu suruh belajar sifat 20, namun sayang ilmu itu sudah di tanam oleh fahaman sekular dan fahaman Wahabi

Pak Karamu dari awal lagi mempertahankan kalimah ini boleh di gunakan oleh sekalian makhluk Allah bukan setakat manusia tapi segala makhluk ciptaan ALLAH walaupun ada di antara yang bergelar ulama menyanggahnya yang tidak ulama tambah lagilah ! maka selamatlah orang yang mendiamkan dirinya dulu kerana tak tahu sebagaimana yang Pak Karamu sarankan dalan posting yang lepas

Ilmu sifat 20 adalah ilmu yang merangkumi ilmu tamadun manusia yang menjurus kepada ilmu ketuhanan,kehambaan yang membawa kepada cabang ilmu sain dan teknologi yang semuanya membawa kepada akhlak kepada Tuhan dan sesama manusia, segala ilmunya merangkumi kalimah LA ILLAHA ILLALLAH MUHAMMADARRASULLULLAH dalam kontek kehidupan dan peribadatan kepada ALLAH yang maha Esa

Apabila kita memahami maksud kalimah ini maka berhaklah kita mempertahankan kalimah ALLAH ini dari di cemari oleh sesiapa juga di antara makhlukNya terutama manusia umpamanya jika ada nanti orang berkata bahawa ALLAH mempunyai anak,emak ataupun bapa maka berhaklah kita berjihad untuk mempertahankannya sekalipun nyawa sebagai gantinya inilah kerja hamba kepada ALLAH yang sebenarnya


Wahai Orang Yang Sesat ...

Salam

وماكان لموءمن ولآموءمنة أذا قضى الله ورسوله امرا أن يكون لهم الخيرة من امرهم ومن يعص الله ورسوله فقد ضل ضللا مبينا

Maksudnya: Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan Rasulnya telah menetapkan keputusan bagi sesuatu perkara, maka mereka pula ada pilihan yang sendiri untuk urusan mereka, dan sesiapa yang tidak ta'at kepada hukum Allah dan rasulNya, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata
( Al Ahzab 36)

الم يعلمواأنه من يحاددالله ورسوله فأن له نار جهنم خلدافيها

Maksudnya: Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya maka sesungguhnya adalah baginya neraka Jhannam, serta ia kekal di dalamnya, balasan yang demikian ialah kehinaan yang besar
(At Taubah 63)

Hangpa ulama kan ! la ni hangpa jawab la atau lawan la firman Allah nih ! ALLAH mahu semua manusia panggil Dia ALLAH, kemudian kita pulak kata Daaaak ! depa tak boleh panggil ALLAH depa kena panggil God,Taw,Ratu Adil,Tuhan,Son of God, Mother of God, Father of God dan sebagainya, nampaknya kita ni lebih bijak dari ALLAH Yang Maha Esa

Kemudian Hadis qudsi pula sebut:

أني اناالله لآاله الاانا

Maksudnya: Akulah ALLAH tiada Tuhan sebenarnya melainkan Aku

Berhubung dengan kerja khianat puak-puak tu jika mereka berniat tak baik dengan menggunakan kalimah ALLAH maka masa nilah kita gunakan berbagai akta yang ada dalam negara kita, bukan menidakkan apa yang telah di tetapkan oleh Allah


Bertambah Hebat Isu ALLAH

Salam

Bertambah hebat Isu ALLAH ini sampai ada ulama keluarkan fatwa pujangga, katanya jika sokong orang keritian guna perkataan Allah boleh Syirik atau kufur, ini bererti di Malaysia ada dua majlis fatwa satu majlis fatwa kebangsaan dan satu lagi Haron Din, Pak Karamu bukan nak sanggah mereka tapi mengapa majlis fatwa membisu sehingga Haron Din keluarkan fatwa ? Apakah mereka nanti akan bertemu dengan ayat al quran yang membolehkan orang bukan islam boleh gunakan perkataan ALLAH ?

Memang orang yang beragama islam ada asas kokoh takutkan akhbar itu memutarbelitkan kalimah ALLAH untuk tujuan mensabotaj agama islam seperti Indonesia, atau memburuk-burukkan agama islam dengan penggunaan kalimah ALLAH tersebut akan tetapi jika berlaku demikian adakah umat islam sanggup berpelok tubuh saja ? Apakah mereka tak sanggup membakar segala yang mencacatkan agama islam ? Mengapa begitu rapuh iman umat islam jika hanya di pengaruhi hanya dengan kalimah ALLA yang Allah benarkan untuk mereka ?

Pak Karamu nampak para ulama sebenarnya telah gagal membimbing orang melayu islam ke jalan akidah di negara ini yang sepatutnya ini semua kerja mereka, Apakah mereka nak lepas tangan lalu mereka terpaksa akor dengan sesitiviti UMNO ? Bukankah di negara ini ada akta mesin cetak untuk bertindak ? Apakah takut dengan bayang-bayang ATAU ada motif yang lain ? Ayohhhh ! kita hapuskan mereka jika mereka cuba gunakan kalimah ALLAH untuk melemahkan atau mensabotaj agama islam

Persoalannya hujah Pak Karamu berpandukan al Quran, jika kita nak tolak ketentuan Allah lagilah boleh jadi kafir yang nyata

Orang Kuat Umno Bagitahu ....

Salam

PERKATAAN ALLAH ADALAH ISU POLITIK MEMERANGKAP ORANG PAS YANG BODOH

Setelah berbagai risikan gagal, setelah kerajaan perpaduan gagal, namun UMNO tak putus asa nak bagi boleh bagaimana nak cangkok PAS bersatu dalam UMNO atau bersatu dalam BN ini kerana UMNO tak mahu PAS bersama-sama dengan DAP dan KEADILAN, UMNO lihat dengan kemasukan PAS dalam UMNO atau BN maka BN atau UMNO jadi kuat dan sihat dan setakat ini nampaknya PAS masih waras kerana Nik Aziz suruh UMNO keluar BN dan masuk PAS pula

UMNO sentiasa cari jalan bagaimana nak satukan melayu atau nak satukan islam tapi tak jumpa sehinggalah kes mahkamah bagi laluan dengan majalah kristian gunakan perkataan ALLAH, nah ! di sinilah peluang UMNO nak bakar semangat melayu dan islam supaya bersatu tapi bagi Pak Karamu isu ALLAH ni tersangat kecil kerana jika kita perlu bersatu dengan isu kecl maka bersatu itu tak penting kerana ianya bukan sebab agama tapi sebab politik saja

Dalam PAS memang ada pemimpin yang telah terperangkap dengan semangat yang di tiupkan oleh orang UMNO tapi mereka ini di anggap orang yang tidak penting sekalipun mereka ini ada jawatan tinggi dalam parti kerana kenyataan mereka bercanggah dengan kehendak Allah dalam quran dan mereka ini eloklah keluar saja dari PAS dan masuk UMNO sekurang-kurangnya mereka ini dapat di jadikan oleh UMNO ulama mereka yang masih kosong

Orang UMNO sentiasa mencari sebab untuk menyatukan orang melayu atau orang islam bagi mengokohkan parti mereka yang di ibaratkan bagaikan kayu yang telah di makan anai-anai yang menunggu rebah ke bumi

Orang UMNO marah Orang PAS Tak Marah

Salam

HANGAT TERKINI DI MALAYSIA

SURUH MENGAJI TAK MAHU LEPAS TU BERLAGAK MACAM ORANG PANDAI HU HU HU

Orang UMNO marah orang kristian guna perkataan ALLAH orang PAS Tak Marah sebab orang PAS takut kepada ALLAH yang menyatakan bahawa orang Yahudi menyatakan 'Uzair Ibnullah dan Al Masikh ibnullah ertinya dua agama ini iaitu Yahudi dan Nasrani telah mengenal Tuhan mereka ialah ALLAH, ini zaman nabi Muhammad belum lagi ada dan kitapun belum lagi ada

Tetiba orang melayu dan cengkadak-cengkadak UMNO nak marah pula orang beragama kristian menggunakan perkataan ALLAH boleh kah ? Atau cakap orang sekarang relavankah ? ai ! Tuhan dah kata lagu tu kita pula nak tahan apa kita lebih pandai dari Tuhan ? hangpa baca la At Taubah ayat 30 tu sebab tu saya slalu kata rajin-rajin la berwirid dengan quran, jangan islam mahu tapi quran tak mahu

Di mana silapnya hangpa nih ! Tuhan sendiri hangpa nak tempelak kedua undang-undang negara yang di kendalikan oleh hakim yang hangpa pilih sendiri hangpa nak langgar, di mana kedaulatan undang-undang kalau keputusan mahkamahpun hangpa nak lawan, tu pasai la orang suruh balik pada islam hangpa tak mau, tetiba macam la hangpa ni pejuang islam hu hu hu

Persoalannya apa ? Bagi Pak Karamu persoalannya ialah orang melayu takut orang kristian berdakwah mempengaruhi orang melayu masuk kristian kan begitu ? sebenarnya itulah yang di takuti oleh orang melayu, jika demikian mengapa kerajaan yang ada tidak asuh ilmu akidah pada orang melayu, salah siapa ? tanggungjawab siapa ? Jawapannya salah pemerintah yang hangpa pilih kerana tak peka dengan ilmu akidah dan la ni ilmu akidah sudah di kuburkan, tu yang tak kenai diri dan Tuhan

Orang kristian nampak mereka memang boleh pengaruhi orang melayu, tapi orang islam mungkin sukar sikit, sebab orang kristian banyak wang untuk membeli orang melayu macam yang terjadi di Indonesia dan macam di negara ini juga ada wang semua boleh jadi, nak memerintah lamapun ok tak ada masalah, persoalannya banyak wang hu hu hu ! boleh beli orang macam zaman firaun

ATAU kita buangkan sajalah ayat al quran yang Allah menyatakan orang Yahudi dan Nasrani mmaggil Dia ALLAH, oleh itu orang melayu lawanlah firman tu dulu lepas tu kita lawan keputusan mahkamah pulakkkkkk ! namun pada orang islam hangpa dok diam dulu no !


Perkataan Allah Apa Masalahnya ?

Salam

IKHLAS DARI PAK KARAMU

Apa masalahnya orang bukan islam menggunakan perkataan ALLAH ? Bukankah perkataan ALLAH itu ZatNya yang maha agong yang tetapkan dengan nama tersebut, dan bukankah Allah sendiri yang mahukan hambanya memanggil dirinya sebagai Allah ? Apabila ALLAH menurunkan kalamNya maka perkataan ALLAH itu di perintahkanNya supaya di seru untuk bagi diriNya dan untuk semua bangsa tak kira agama, cubalah baca Al Fatihah ayat satu yang menunjukkan Allah sendiri yang tetapkan RububiyahNya

Perlu di ingat bahawa semua bangsa dalam dunia ini percaya kepada Tauhid Rububiyah yang mengakui ALLAH sebagai Tuhan mereka akan tetapi yang mereka tak percaya ialah Uluhiyah sahaja sebagaimana mereka tidak percaya kepada kitab yang menetapkan cara beruluhiyah, kalau nak kira orang melayu juga tak boleh gunakan perkataan ALLAH, yang mereka boleh gunakan ialah perkataan TUHAN sahaja kecuali mereka yang beragama islam

Dalam masalah Rububiyah ini ahli kitablah yang dahulu menggunakan perkataan Allah dalam kitab taurat,zabur dan Injil, saya masih ingat lagi semasa sekolah inggeris di Assumption dahulu (Fathernya bernama Key orang Burma) dia menerangkan terjemahan Al Fatihah dengan terus menggunakan perkataan ALLAH mulanya saya berasa janggal juga akan tetapi apabila di selidiki maka fahamlah saya bahawa rupanya agama dia yang pakai perkataan itu dulu, masa tu saya memang bangang macam bangangnya UMNO sekarang juga
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.