Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MALANGNYA ORANG YANG TIDAK FAHAM HUKUM

Salam

Sangat malang kepada umat islam yang fakir tidak memahami hukum menerima wang judi/wang dari hasil haram,  yang menjadi pokoknya ialah kita kena melihat suasana negara/negeri yang diperintah oleh mana-mana pemerintah yang sistemnya/dasarnya tidak islamik ataupun islamik, andainya sistem yang dibawa oleh pemerintah itu tidak islamik maka pendapatan negara /negeri itu tentunya bercampur halal dan haram jadi apa-apa yang disedekahkan oleh pemimpin negara dan negeri itu harus saja diterima dan lebih baik tidak usah ditanya sumbernya, terima saja

wang yang berupa kertas ataupun perak ataupun emas ia bersifat netural yang dibulehkan guna pakai selagi ia tidak najis disentuh, apa yang menjadi persoalannya ialah segala halal dan haram itu adalah atas perbuatan atau amalan manusia yang  membuat amalan halal dan haram, disini ada hukum yang perlu diambil kira oleh  manusia terutama pemerintah yang mengendalikan negara ataupun negeri yang mengumpulkan hasil daripada berbagai sumber untuk kebajikan dan tamadun manusia

Berkait dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang yang mana fakir miskin ataupun orang yang berautoriti menerima  hadiah daripada kerajaan negeri saya lihat adalah isu politik kotor UMNO yang sengaja memperbodohkan rakyat yang miskin dan fakir yang muflis hukum , mereka rata-rata dari kalangan orang tua yang senang diperbodohkan untuk kepentingan politik kotor anggota-anggota UMNO yang tidak suka fakir miskin mendapat sedikit rezeki untuk hidup mereka seolah-olah mereka suka untuk mengazabkan lagi kehidupan mereka yang telah tersedia sempit


SELAMATKAN WANG RAKYAT

Salam

Demi perpaduan rakyat saya kira eloklah UMNO tidak payah bertanding di Galas lagipun kerajaan Pas tidak akan tumbang di Kelantan jika hanya kerusi di Galas lainlah jika kerusi Galas adalah penentu hilangnya Kerajaan di Kelantan

Kebiasaannya setiap pilihanraya kecil diadakan maka bayaklah wang digunakan terutama untuk setiap rakyat kerana amalan rasuah ini sudah lama digunakan oleh kerajaan BN/UMNO, itu tidak kira lagi rancangan mee seger untuk memikat hati rakyat

Dijangkakan jika ada pertandingan maka tidak kurang RM 20 juta akan dipergunakan, itu BN/UMNO saja belum lagi Pakatan Rakyat, letih lagi, tapi jika nak bertanding jugapun elok juga sekurang-kurangnya rakyat dapat jalan baru, jambatan baru, mungin kemudahan asas yang lianpun dapat juga

Dalam pilihanraya Galas ini mungkin BN/UMNO akan menang tipis sekiranya diadakan pertandingan dan rasuah dilipatgandakan kepada rakyat

MASALAH BESAR YANG DIHADAPI OLEH UMNO

Salam

SUDAH LEBIH KURANG 1 TAHUN PERKASA BEROPERASI DIA SUDAH MENDAPAT LIPUTAN MELUAS, APA KATA PARTI CINA DIDALAM BN ?

BN/UMNO sekarang didalam masalah besar untuk terus berkuasa, kerana dua parti terbesar cina didalam BN iaitu MCA dan GERAKAN tidak sukan PERKASA sedangkan PERKASA bukanlah satu pertubuhan politik akan tetapi apabila orang parti terlibat didalam PERKASA (Dr Mahadir Muhammad) maka orang cina yang terdapat didalam BN nampak bahawa  PERKASA adalah agen kepada UMNO sebab itu mereka tidak sukakan PERKASA, mula-mula MCA menyatakan pendirian anti PERKASA kemudian GERAKAN pula jadi nampaknya UMNO mahu tidak mahu terpaksalah melupakan PERKASA

Yang menjadi persoalannya sekarang ialah apakah PERKASA akan terbenam tanpa nisan selepas perjumpaan dan himpunannya di Pasir Mas ?  MCA dan GERAKAN sudah faham bahawa PERKASA adalah gerakan bawah tanah bagi parti UMNO kerana terlibatnya ramai ahli UMNO yang menjadi ahli bagi pertubuhan PERKASA ini dan yang menjadi penaungnya pula adalah mantan perdana menteri iaitu Dr Mahadir Muhammad jadi sepantas kilatlah MCA dan GERAKAN mengsyaki bahawa PERKASA ada hubungan intim dengan UMNO dan PERKASA pula begitu cepat mendapat liputan meluas daripada UMNO dan menyokongnya pula

Dengan kenyataan terbaru daripada presiden GERAKAN ini maka kemenangan besarlah pada Nazri Aziz, Khairy Jamaluddin dan juga kepada Tengku Adnan Tengku Mansur yang tidak sukakan kepada PERKASA yang mereka anggap telah banyak mengurangkan undi dan sokongan kepada BN/UMNO jadi kita lihat apa pula perkembangan PERKASA selepas ini, andainya PERKASA terus aktif maka ia akan memusnahkan UMNO lebih cepat sekalipun ia adalah pertubuhan NGO

SPR AKAN TETAPKAN TARIKH

Salam

SPR AKAN MENGADAKAN MESYUARAT KHAS UNTUK MEMBINCANGKAN PILIHANRAYA KECIL GALAS PADA 6 OKTOBER BULAN DEPAN

UJIAN KEPADA PENGUNDI GALAS

Salam

SETIAP DIADAKAN PILIHANRAYA MAKA DISAMA WAJIB ADA RASUAH POLITIK

Penduduk di Galas Kelantan akan diuji sekali lagi dengan rasuah politik, rasuah politik tidak dilihat sebagai rasuah yang salah, ini bererti istilah rasuah ada yang halal dan ada yang haram, ia macam judi juga ada yang haram dan ada yang halal, yang halal ada lesen dan yang haram tidak ada lesen

Memikat hati rakyat dengan kebenaran tidak akan membawa kemenangan melainkan dengan imbuhan dan kebendaan oleh golongan yang mahu menambat hati rakyat supaya menyokong mereka, tanpa kebendaan mereka tidak akan menang namun rakyat yang dapat menilai semua itu dengan mengambil soal dosa dan pahala sebab itu rakyat teruji lagi

Setiap yang dikatakan rasuah tetaplah berdosa walau apapun muslihat disebaliknya, namun apabila rasuah ditafsirkan sebagai berjasa kepada rakyat maka disana kelihatan keperhatian  pemimpin kepada rakyat sekalipun disebabkan adanya pilihanraya barulah ada sikap keperhatian tersebut tanpanya maka ia tidak diperdulikan langsung

Rakyat memahami ini semua namun inilah fitrah zaman dajal al masih yang melanda pemikiran rakyat diakhir zaman, cuma apa yang ada didalam memikiran rakyat tentang istilah rasuah yang tersembunyi racun didalamnya terpulanglah kepada keimanan masing-masing

Dinegara Malaysia khasnya rasuah semacam suatu yang telah halal kerana ia sudah diamalkan pada setiap pilihanraya sama ada pilihanraya umum ataupun kecil dan istilah dan amalan tersebut sudah tidak ada lagi batas sempadan dosa dan pahala, maka dari perbuatan rasuah itulah nantinya akan timbul pertempuran mulut diantara kedua belah pehak yang mana akan menghasilkan perbuatan dosa dan pahala

Rakyat akan menjadi pengadil atas perbuatan rasuah dan pertempuran mulut ini, jika rakyat beriman mereka akan faham siapa yang bakal akan mereka pilih, sebaliknya jika rakyat jahil maka mereka akan memilih rasuah dan menilai apa yang hak dan juga yang batil

Rakyat Galas akan mati semuanya macam wakil rakyat mereka mati dan mereka akan membawa rasuah kedalam kubur jika mereka memilih rasuah sebagai suatu keperluan hidup dan mereka akan selamat jika mereka memilih kebenaran sebagai satu pekerluan hidup yang tidak lama didunia ini, jadi rakyat Galas benar-benar teruji pada pilihanraya kecil nanti

UNGKIT SAMA NAZRI

Salam

MASA SAYA PM SAYA SUAP NASI KAT MULUT DIA TETIBA DIA GIGIT TANGAN SAYA ?

Maka mengungkitlah Dr Mahadir terhadap Nazri Aziz " Dulu sayalah yang ambil dia jadi menteri, letak dia kat JPM sekarang bila saya dah tak jadi PM dia gigit saya ibarat saya suap kat mulut dia masi kemudian dia gigit tangan saya balik orang ini tak patut ada didalam UMNO

Kenyataan Dr Mahadir ini rasanya bukan saja dia perli kat Nazri Aziz tapi terkena kat Ibrahim Ali juga,, macam hendak tembak kuman diseberang laut tapi gajah dekat mata pula yang terkena, inilah yang terdapat didalam kehidupan UMNO. masa Mahadir sebut hal tu di Pasir Mas Kelantan Nazri tak ada disitu tapi yang ada bersama rakyat ialah kepala PERKASA iaitu Ibrahim Ali

Mahadir nak tembak Nazri tetapi Ibrahim Ali pulak yang terkena, bila dia terkena maka dia tidak rasa apa-apa, dia terus tersengeh, apa ceritanye ? Dulu Nik Aziz bagi laluan dengan Ibrahim Ali menjadi calon kat parlimen Pasir Mas  atas tiket Pas kemudian dia jadi bebas, lepas tu dia gigit balik Pas Kelantan sehingga kesa'at ini dia terus gigit, jika orang ada maruah dan ada adab dia tidak gigit tangan orang yang suapkan dia masi, nampaknya Ibrahim Ali lebih jahat dari Nazri Aziz, Mahadir kena betulkan balik fakta sebenar diantara Ibrahim Ali dan Nazri Aziz

Mana lebih bahaya diantara Nazri Aziz dengan Ibrahim Ali ?  Dulu Ibrahim ali semasa didalam UMNO dia puji UMNO kemudian dia gasak UMNO semasa dia berada didalam Semangat 46, kemudian dia jilat balik UMNO lalu dia diberikan jawatan timbalan menteri dijabatan perdana menteri, kemudian dia gigit balik UMNO lalu UMNO buang dia, kemudian Pas kesian kat dia lalu bagi peluang kat dia, lalu dia gigit Pas, kemudian dia berbaik balik dengan UMNO melaui Tun Mahadir

Dia tidak berani nak berbaik dengan UMNO secara terus kerana Nazri Aziz ada kat Jabatan Perdana menteri jadi dia berselindung dulu dengan Tun Mahadir yang sudahpun pencen, harap-harap Mahadir akan bagitahu dengan anaknya yang masih berada di dalam kabinet Najib, jika ini menjadi kenyataan maka Ibrahim Ali akan bernafas lega, tidak lagi dia bernafas didalam lumpur

ADUM GALAS KELANTAN DARI PAS MENINGGAL DUNIA, SATU LAGI PILIHANRAYA KECIL AKAN DIADAKAN

Salam

ADUN GALAS INI TELAH MEMENANGI KERUSI DUN GALAS DARIPADA BN/UMNO PADA PILIHANRAYA LALU DENGAN MAJORITY 646 UNDI

MAHADIR TIDAK PUAS HATI DENGAN PAS

Salam

MAHADIR KATA PAS SANGGUP  BERKAWAN DENGAN DAP DAN TOLAK UMNO SEKALIPUN DAP MENENTANG DASAR PARTI PAS DAN MENENTANG HUDUD

Memanglah benar DAP menentang hukum hudud (Hukuman had) dan pernah berkata langkah mayat Karpal Singh dulu jika mahu tubuhkan negara islam, itu dulu dan itu mungkin suatu yang terpendan didalam hati setiap pemimpin DAP sekarang ini, walau apapun setelah Pas telah berada didalam kumpulan Pakatan Rakyat maka kita tidak mendengar apa-apa reaksi negative  DAP terhadap Pas buat akan datang kita tidak tahu

Memanglah benar juga selain DAP yang menentang hukum Hudud yang dirangka oleh Pas adalah UMNO sendiri siap perli hukum islam lagi, Mahadir berkata jika hukum hudud dilaksanakan maka orang islam hilang tangan, makan sup tangan, pisau blade untuk cukur janggut nabipun dipertikaikan, bukan itu saja siap tentang hukum hudud lagi siap halang dengan tidak mahu pinda perlembagaan lagi, pendek kata yang paling kuat tentang hukum hudud ialah UMNO dukan DAP

Yang menjatuhkan kerajaan Kelantan dulu siapa ? Jawabnya UMNO, Yang huruharakan kerajaan Pas Trengganu dulu Siapa ? Jawabnya UMNO, yang bunuh  anggota Pas dulu siapa ? jawabnya semasa kerajaan UMNO memerintah, yang tendang keluar Pas dari BN dulu siapa ? Jawabnya UMNO Jika nak kira kesalahan UMNO terhadap Pas bukan DAP akan tetapi UMNO

DAP belum lagi tentang Pas secara nyata akan tetapi UMNO telah menentang Pas secara nyata bukan sekadar cakap saja akan tetapi secara fisikal jadi mana lebih jahat diantara DAP dan UMNO ? itu lah UMNO jika nak buat kenyataan fikirlah dua kali jangan asik sedap mulut saja dan jangan buat cerita bodoh, kita dan rakyat semua telah maklum bahawa UMNO  dan pimpinannya memang telah banyak menghina Islam dan Pas

Kita bukan hendak berdendam sangat dengan UMNO ni akan tetapi UMNO lah yang memulakan segala-gala sumber kejahatan terhadap Pas dan melakukan pembohongan yang sangat tegar terhadap rakyat tentang Pas, kemudian sekarang apabila kamu (UMNO) tersepit barulah nak pujuk, barulah ingatkan musuh Pas, sebenarnya semua itu tidak perlu, setiap perangai pimpinan orang UMNO semuanya telah berada didalam poket orang Pas

Orang UMNO sangat jahat dan sangat liat, Nik Aziz pernah bagitahu jika UMNO nak berbaik minta Maaf secara terbuka dulu mengapa dan apa salah Pas maka dulu kamu tendang Pas keluar daripada BN ? Sampai sekarang UMNO tidak berani minta ma'af, sebab apa ? Jawapannya mudah iaitu UMNO sebuah parti EGO

PERKASA MAHU RUNDING ......

Salam

PERKASA KEDAH MAHU RUNDING DENGAN PEMUDA PAS DAN ANKATAN MUDA KEADILAN

Ketua PERKASA Kedah mahu PERKASA berunding dengan pemuda Pas dan Angkatan Muda Keadilan rakyat tentang perpecahan melayu, jiak dipandang dari segi lojiknya perpecahan ini tentunya dicari sebab-sebab melayu mengapa berlaku perpecahan dan cari apakah puncanya

Mengikut kenyataan Mahadir sebab utamanya ialah ada orang yang tidak sabar hendak berkuasa dan menjadi Perdana Menteri, ia tentunya ditujukan kepada Anuar Ibrahim dan PKR dan jika nak tanya kepada Pas pula tentunya Pas akan jawab kerana islam dan setiap sebab tentulah akan bersebab jadi mampukah PERKASA menyelesaikan perkara dari setiap sebab ?

Perlu apakah PERKASA berunding dengan Pemuda Pas dan Angkatan Muda Keadilan ? Bukankah setiap keputusan itu dibuat oleh ketua parti masing-masing, ATAU adakah udang disebalik batu ? Nak runding masalah melayu hanya ada pada  UMNO, nak runding masalah agama hanyalah ada pada Pas, Nak runding berkait dengan bangsa--bangsa dan keadilan  maka rundinglah dengan Keadilan barulah betul

Jika mahu bercakap pasal perpecahan orang melayu maka berundinglah dengan NGO melayu yang lain sebab PERKASA adalah pertubuhan melayu NGO bukan pertubuhan politik sedangkan Pas dan PKR adalah pertubuhan Politik, takkanlah tidak boleh faham

PERKASA TIDAK DIDAFTAR SEBAGAI PARTI POLITIK ...

Salam

Ibrahim Ali Berkata PERKASA tidak didaftarkan sebagai sebuah parti politik sekurang-kurangnya buat sementara waktu diantara 5 hingga 10 tahun akan datang ertinya PERKASA tetap berjalan yang tidak mendapat perhatian kerajaan kerana dia adalah pertubuhan BUKAN KERAJAAN  ertinya PERKASA bukan pertubuhan bercorak politik dari sekarang sehingga 10 tahun akan datang selepas itu mungkin ia akan ditubuhkan secara pertubuhan bercorak politik

Buat masa ini PERKASA mungkin bergerak sebagai pendakwah kepada penyatuan bangsa melayu ertinya mungkin dia akan berkempen supaya konsep 1 Malaysia dibubarkan dan digantikan dengan barisan kebangsaan Malaysia dengan membuangkan 1 pada 1 Malaysia sebab halangannya dilihat kepada perkara 153 dari perlembagaan negara ertinya kita tengoklah nanti tapi dari sekarang apa yang dia cuba buat kita tunggu 10 tahun dari sekarang kah,kah.kah

Dalam pada masa yang sama Mahadir berkata melayu masih tidak sadar ????????????????????? Jawab dari Pak Karamu setelah lebih setengah abad (50 tahun) UMNO memerintah mereka masih gagal menyedarkan orang melayu supaya bersatuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ! MENGAPA  ?????????????????? kemudian nak salahkan orang MELAYU mengapaaaaaaaaa ??????????? tapi kata "Jangan salahkan orang lain ??????????????? nah sekarang UMNO kena pada batang hidung dia sendiri !!!!!!!!

IBRAHIM ALI MINTA KERAJAAN ....

Salam

IBRAHIM ALI MINTA KERAJAAN TERJEMAHKAN PAERKARA 153 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DALAM BENTUK  TINDAKAN DALAM MENGANGKAT ORANG MELAYU KEATAS

DUNIA SUDAH HAMPIR RUNTUH, MELAYU JUGA HAMPIR RUNTUH BARU NAK MINTA  TERJEMAHAN PERKARA 153 ? DULU KETIKA MELAYU BELUM TERSEPIT TAK INGATPUN NAK MINTA TERJEMAH

DULI MASA DIA MENJADI TIMBALAN MENTERI DIJABATAN PERDANA MENTERI, MASA TU DIA SEDANG SENANG LENANG TAK TERFIKIRPUN DIA NAK MINTA TERANGKAN WHY ! WHY ! WHY !

MAHADIR KATA ORANG MELAYU TERBAHAGI TIGA ?

Salam

SIAPA TIGA KUMPULAN MELAYU YANG DIMAKSUDKAN ? PAS  /  UMNO  ?  PKR  ?

Pas bukan kumpulan melayu akan tetapi ia adalah kumpulan islam, sebab Pas didaftarkan sebagai sebuah parti islan yang bukan berasaskan kepada bangsa dan puak jadi Pas bukan kumpulan melayu jika islam yang bermasalah maka tanyalah PAS why ?

UMNO ?  Ya inilah kumpulan melayu yang didaftarkan berasaskan kepada bangsa dan puak, inilah satu-satunya kumpulan melayu yang berjuang atas dasar bangsa, jika  bangsa melayu terhakis, jatuh, lemas maka tanyalah kepada UMNO Why ?

PKR didaftar berasaskan keadilan kepada rakyah yang tidak kira kaum sebab itu jika ada masalah kaum di negara ini maka serahkanlah masalah tersebut kepada PKR jika PKR tidak dapat selesaikan maka tanyalah kepada mereka Why ?

Adapun perkara yang berkait dengan PERKASA maka ia adalah jelas sebagaimana yang disebut oleh mantan Perdana menteri semalam di Pasir Mas " ITU MUNGKIN MENJADI NASIB KIT, APABILA KITA MENJADI ORANG YANG TIDAK ADA KUASA POLITIK SAMA SEKALI, YANG DUDUK DIBAWAH TELUNJUK ORANG LAIN DAN MEREKA TIDAK BOLEH MENCARI PERLINDUNGAN DARIPADA KERAJAAN"

APA ERTI UCAPAN DIATAS ?

Secara terangnya PERKASA tidak boleh berbuat apa-apa untuk bela nelayu selagi ia tidak ada kuasa politik, atau orang boleh juga tafsirkan jika pembangkang menang maka kuasa politik orang melayu akan hilang dan orang melayu tidak boleh buat apa-apa mungkin sebab perlembagaan negara tidak menghalang kaum lain memegang tampuk pemerintahan, perlembagaan ini siapa yang cipta ? Bukankah BN/UMNO yang buat ? Ertinya PERLEMBAGAAN NEGARA MALAYSIA INI BENAR-BENAR NAK HAKISKAN KUASA MELAYU SEMUA INI KENALAH TANYA KEPADA BN/UMNO  JANGAN SALAHKAN KEPADA PAKATAN RAKYAT

Alahai ! kena balik pada batang hidung !!!

PERKASA AKAN MENGATASI BN/UMNO

Salam

Perhimpunan PERKASA di Pasir Mas disifatkan dapat mengatasi semangat BN/UMNO buat masa yang akan datang dan akan menjadi parti lebih hebat dari UMNO dan dapat mengatasi kekuatan BN/UMNO, PERKASA bukan saja dianggotai oleh Melayu mungkin juga dibuka kepada bangsa yang lain seperti PKR, jika ini dilaksanakan mungkin barulah PERKASA tidak dikatakan racist

Ibrahin Ali nampaknya benar-benar menyahut cabaran Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin cabaran ini akan menjadi kenyataan apabila PERKASA benar-benar didaftarkan sebagai sebuah parti politik kemudian barulah kita boleh yakin dengan PERKASA jika setakat badan NGO maka dia tidak akan sampai kemana walaupun perhimpun dihadiri oleh setiap orang rakyat Kelantan

NIK AZIZ DIMINTA MELETAK JAWATAN ?

Salam

Kerana terlalu taksub dengan aginda bangsa UMNO minta Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatannya sebagai menteri besar Kelantan kerana Nik Aziz tidak mengaku melayu akan tetapi dia mengaku islam, kerana mengaku sebagai seorang islam tidak mengaku melayu maka ramailah orang UMNO mempertikaikannya lalu digesa meletakkan jawatannya sebagai menteri besar

Satu ketika dulu Nik Aziz pernah berkata bahawa sesiapa dab tak kira apa bangsa mereka boleh menjadi Perdana Menteri asalkan mereka islan yang baik pandangan ini adalah selaras dengan pandangan agama akan tetapi UMNO tetap juga mencemuhnya sebab semangat bangsa didalam UMNO terlalu tebal  dan mereka menilai melayu lebih mulia daripada islam

DEWAN PENYOKONG PAS BANTU DAKWAH ...

Salam

ORANG UMNO TIDAK SUKA JADI MUALAF (Cenderung dengan Islam)

DEWAN PENYOKONG PAS BANTU TERANGKAN KEADILAN ISLAM !

Dewan penyokong PAS ini adalah terdiri dari kaum yang bukan melayu, mereka kebanyakannya terdiri daripada orang cina dan orang India serta Siam, Pas tidak bercadang nak lebarkan dakwah islamnya dengan mengambil orang melayu untuk menjadi penyokong  parti itu kerana ditakuti nanti hasil dakwah  mereka  tidak akan membawa apa-apa makna kerana dikuatiri orang bukan islam tidak faham kerana kebanyakan adat yang terdapat pada orang melayu sudah jadi fahaman agama

Sepatutnya dakwah untuk memberi kefahaman islam ini dilakukan oleh jabatan-jabatan agama islam disetiap negeri di negara ini akan tetapi merekapun tidak berdaya berbuat demikian kerana tiada yang mahu berbakti mengeluarkan belanja untuk mereka berbuat demikian  lagipun mereka  kurang berminat bekerja secara sukarela seperti kelab penyokong Pas oleh itu kelab penyokong Pas yang ada sekarang akan terus bekerja untuk menerangkan keadilan didalam islam

Seorang ahli kelab penyokong Pas berkata diapun sering dimarahi oleh orang melayu akan tetapi orang bukan melayu menyambut baik penerangan daripadanya dan kebanyakan dakwah berlegar perbezaan melayu dan juga islam dan orang bukan islam mula faham, apabila ada  oarang dari masjid dan surau memarahinya maka dia akan berkata " SAYA ADALAH DARI KELAB PENYOKONG PAS DAN SEDANG BERMUALAF DENGAN ISLAM" Kenyataannya berbaksud dia sedang cenderong dengan islam

MAHADZIR YANG PATUT KITA CONTOH

Salam

Apabila bekas perdana menteri Malaysia sebut orang melayu akan hilang kuasa jika Pembangkang memerintah Malaysia maka tentulah orang cina yang pegang kuasa ATAU orang cina pakat-pakat dengan orang India berkongsi kuasa sementara orang melayu terus jadi kuli kepada orang cina seperti sekarang ini, sebab itu dimana-mana juga negeri didalam negara ini ramai orang melayu bekerja dengan orang cina, BN/UMNO telah lama memerintah di negara ini akan tetapi mereka tidak dapat mengubah nasib bangsanya sendiri

Jika Dr Mahadzir kata orang melayu akan hilang kuasa maka sepatutnya orang melayu kenalah cuba sama ada benar atau tidaknya orang melayu akan hilang kuasa apabila Pakatan Rakyat memerintah di negara ini, kita juga hendak tahu dan hendak rasa sama ada benar orang melayu akan bertambah susah macam sekarang ini apabila Pakatan Rakyat memerintah nanti, buat masa sekarang ramai orang melayu menjadi hamba abdi kepada orang bukan melayu, ini jangan hendak nafikan dan inilah hasil pemerintahan BN/UMNO sejak UMNO memerintah

Tujuan Mahadzir bercakap demikian adalah kerana pucuk pimpinan sekarang sudah tidak lagi dipedulikan oleh rakyat dinegara ini sebab itu ada arahan kepada pimpinan yang lebih tua bercakap tentang hal orang melayu yang akan hilang kuasa sekiranya orang melayu tidak mahu bersatu, rasanya  adalah lebih baik dan terbaik juga Dr Mahadzir bercakap begitu mungkin untuk menyedarkan kita DAN orang melayu kenalah bangun dari sekarang, dan bila kita bangun kita hendak pergi kemana ? jika hendak bersatu pergilah bersatu supaya orang melayu terus memerintah dan mengekalkan kemiskinan orang melayu


MAHADZIR MULA MAIN API ...

Salam

APABILA MAHADZIR MAIN API PERKAUMAN DAN HASUTAN MAKA TIADA PEHAK YANG BERANI HALANG DIA SEBAB YANG BERKUASA ADALAH ORANG BN UMNO ?

Mahadzir sebut jika pembangkang menang melayu hilang kuasa, Pas hanya tunggangan orang Cina semasa Nizar jadi MB ?  PKR dan DAP hanya pentingkan  parti dan jawatan masing-masing ?  Pembangkang hanya hendak tunaikan aginda seorang  sahaja iaitu mahu Menaikkan Anuar jadi Perdana Menteri Malaysia

Jika 20 tahun dulu kenyataan ini mungkin orang melayu boleh terpengaruh akan tetapi zaman sekarang kenyataan ini mungkin orang yang membuat kenyataan ini patut dimasukkan kedalam tong sampah, andainya orang melayu teringin sangat terus memerintah maka coba-cobalah panjangkan kata-katan orang nyanyuk ini supaya pegaduhan kaum cepat berlaku dinegara ini

Mahadzir kata di negara ini tiada undang-undang yang menghalang orang cina dan India menjadi Perdana menteri, undang-undang sekarang siapa yang cipta ? Pas ? Dap ? Pkr ? ATAU BN/UMNO yang buat, undang-undang ini sebenarnya BN/UMNO yang buat supaya ia dapat menakutkan orang melayu, tujuannya supaya melayu bersatu, sebab itu jika PR memerintah maka ia perlu dibakul sampahkan

Pembangkang dikatakan bercita-cita tajam ertinya pembangkang bujur lalu melintang patah, apa jadipun mereka mahu memerintah seolah-olah pembangkang ini berhati singa, bernafsukan macam hitler, jika demikian tidak payahlah adakan sistem demokrasi lebih baik kita bersultan dimata beraja dihati, siapa kuat dia berkuasa, undang-undang pakai undang-undang rimba

Dalam masa yang sama pandai pula mereka berkata kekuasaan itu diatas kuasa majority, nanti apabila PRU 13 nanti BN/UMNO kalah disebabkan majority jangan pulak nak cipta huru hara kemudian arahkan pasukkan keselamatan mengambil alih kuasa, saya nampak ini akan berlaku jika suara sumbang UMNO sudah mulakan hasutan sebegini, mereka tidak sedar bahawa merekapunn sekarang adaalah telah dan sedang menjadi WAKIL TOKEH


Melayu Akan MatiJika PR memerintah

Salam

MELAYU AKAN HILANG KUASA JIKA PR BERKUASA KATA MAHADZIR MUHAMMAD BUKANKAH MEMANG PENCIPTAAN NAMA MALAYSIA ITU  MEMANG UNTUK  MEMAKAN DIRI ORANG MELAYU ? KEMUDIAN NAK  SALAHKAN ORANG LAIN ADILKAH ? NAMA MALAYSIA ITU MAKSUDNYA MELAYU MATI  KATA ORANG CINA, SO SIAPA YANG MENCIPTA NAMA BUMI MELAYU INI SEBAGAI MALAYSIA ? BUKANKAH UMNO/BN ? NAH SEKARANG MENGAPA PULA TAKUT MELAYU HILANG KUASA ? NAMPAKNYA APA SAJA YANG UMNO/BN LAKUKAN SEMUANYA MEMAKAN DIRI SENDIRI KEMUDIAN MEREKA HENDAK SALAHKAN ORANG LAIN, SEPATUTNYA UMNO KENA TANYA DIRI MEREKA DULU SEBELUM SALAHKAN ORANG LAIN

Melayu Akan Layu Jika UMNO Terus Berkuasa

Salam

ORANG MELAYU AKAN HILANG  SEGALA-GALA JIKA BN/UMNO TERUS BERKUASA

Pak Karamu tidak suka sebut perkara yang berbaur perkauman sebab Najibpun sudah sebut dan amalkan 1 Malaysia dan Pas sudah amalkan "Pas for all "  ok la tu akan tetapi apabila mantan Perdana Menteri TUN DR MAHADZIR sebut "JIKA PAKATAN TAKYAT MEMERINTAH MELAYU  AKAN HILANG KUASA" maka kenyataan ini adalah merupakan kenyataan menghasut dan menakut-nakutkan orang melayu, erti kenyataan ini supaya melayu bersatu, (Bukan Islam)  dalam masa yang sama maka bangsa lainpun akan turut bersatu mengikut kaumnya jadi apa akan jadi pada negara ?

Rakyat Malaysia adalah masyarakat majmuk sebagaimana juga masyarakat Madinah dizaman nabi , namun dizaman nabi islam dapat mengatasi semua masalah kaum kerana Allah dapat menjamin dasar yang diperkenalkanNya akan tetapi di negara ini masalah kaum belum lagi dapat diatasi kerana dasar kaum tidak dapat diselesaikan kerana dasar kaum ini bercanggah dengan kaedah jaminan daripada Allah dan rasulnya kerana itu kenyataan mantan Perdana Menteri itu adalah satu pendustaan

Apa yang kita tahu dan seluruh rakyat tahu selama BN/UMNO memerintah maka terlalu banyak hak negara telah tergadai oleh pemerintahan BN/UMNO kerana itu Dr Mahadzir kena jawab dalam masa pemerintahan siapa Singapura hilang ? Dalam masa sipa yang memerintah Pulau Batu Putih hilang kepada Singapura ? Dalam masa siapa memerintah Pulau Pinang diterajui oleh bukan melayu ? Dalam masa sipa yang memerintah telaga minyak negara hilang kepada Brunei ? Lagi ? Dalam masa siapa memerintah gas Kelantan dinaikkan ke Thailand sehinggakan rakyat Kelantan hilang peluan pekerjaan ? Dalam masa siapa memerintah banyak hilangnya emuniti raja-raja ? Jika nak kira banyak lagi persoalan yang hendak disebut akan tetapi cukuplah semua pertanyaan diatas untuk renungan orang melayu

Berkait dengan masyarakat majmuk dan islam pula dalam masa siapakah yang memerintah dinegara ini yang menghalang hukum hudud islam dihalang dari dilaksanakan ? Adapun konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan dalam masa siapakah yang memerintah dasar kebangsaan melayu ditukar kepada 1 Malaysia sehinggakan ujud PERKASA yang dasarnya untuk membela melayu semuanya adalah kerana UMNO yang punya angkara kerana itu UMNO sudah tidak lagi relevan untuk terus berkuasa

RM 4 billion cerita atas angin

Salam

Kerana  kontrovesi yang agak top maka projek RM 313 Billion di Kelantan dibatalkan oleh syarikat I'DA World, katanya wangpun belum ada lagi dan kerajaan Kelantanpun dikatakan tak tahu menahu berhubung dengan RM 4 Billion itu jadi replika RM 4 Billion itupun bukannya berbentuk cash sebagaimana dakwaan UMNO jadi syarikat I'DA World mungkin telah merajuk dan terus batalkan

Apa yang kita nampak ialah jika di katakan pembatalan ini disebabkan kontrovesi maka UMNO lah yang buat kontrovesi bukannya Pas dan syarikat ini pula macam budak-budakpun ada sebab sepatutnya janganlah heboh-hebohkan nak bagi replika cek RM 4 Billion dengan Pas dan yang menerimanya pula sepatutnya MB Kelantan akan tetapi MB Kelantanpun tidak tau menahu macam ada rahsia pulak

Apa yang terbaik ialah lebih baik cerita ini ditutup sahaja dan lebih baik lagi jika nak bagi bagilah belakang-belakang jangan bagitahu UMNO nanti merekapun nak juga, I'DA World sebuah syarikat yang bukannya asing dengan UMNO saja-saja sahaja UMNO buat-buat tak tahu sebab mereka dengki kepada syarikat ini hendak bantu Pas dan kerajaan Kelantan

Pandang Pak Karamu lebih baiklah Kerajaan Kelantan berusha sendiri untuk bangunkan Kelantan, tidak payahlah harapkan I'DA World ini sebab syarikat inipun bersemangat lemah dan ada yang dia takut ertinya dia kurang ikhlas

APABILA PAS DAPAT DUIT BANYAK

Salam

UMNO TERLEBIH CERDIK SAMPAI NAIK BENGONG !

Apabila Pas dapat duit banyak maka UMNO suruh Pas perjelaskan kepada rakyat mengapa Pas dapat duit banyak dan UMNO juga suruh SPRM,Polis dan entah apa lagi supaya menyiasat Pas , adakah itu merupakan rasuah atau ada apa-apa cerita disebalik cerita yang tersirat

UMNO bukannya ragu tapi takut Pas beli orang semasa pilihanraya macam UMNO buat, samalah juga dengan PERKASA budak suruhan UMNO, jika mereka cerdik maka mereka tidak suruh SPRM dan POLIS siasat tapi sepatutnya mereka suruhlah SPRM dan POLIS siasat syarikat yang bagi derma kepada PAS daripada mana syarikat itu dapat duit, mereka menyamunkah atau merompak

UMNO pasal sebut pasal duit matipun dia tidak apa itu sebab cemburunya pada Pas sangat tinggi. I'DA WORLD sebuah syarikat yang dikatan menderma kepada Pas Kelantan tentunya boleh disiasat oleh POLIS tetapi mengapa pula dengan SPRM adakah syarikat yang mendermakan wangnya melakukan rasuah dan adakah laporan polis telah dibuatTentang bermotif apakah syarikat itu boleh menderma kepada Pas begitu banyak dan untuk ap ? Itu syarikat punya pasal yang UMNO mengelabah dan bising buat apa ?


UMNO SEDANG CARI DUIT ?

Salam

BENA  KASINO DI SABAH ? HENDAK BAGI ORANG SABAH MAKAN WANG HARAM ?

Hampir PRU 13 ini BN/UMNO sedang cari sumber kewangan yang banyak untuk memenangi pilihanraya, salah satu sumber kewangannya ialah dengan membina Kasino di Sabah, Kasino tersebut dikatakan akan dibina di KARABUNAI  yang melibatkan tanah seluas 500 ekar atas nama Program Transformasi Ekonomi dan dinamakan juga sebagai Pelancungan Hijau

Sudah tentu projek ini sebelum diluluskan  akan ada wang pendahuluan sekurang-kurangnya 200 juta, apabila lulus maka ia akan menjadi ratus-ratus juta untuk rakyat Sabah, kasi semua wang ini samak rakyat Sabah biar otak rakyat Sabah menjadi biul kerana makan wang haram lepas tuk rakyat Sabah jadi bengong dan senang kasi buli oleh BN/UMNO

Rakyat Sabah dan ulama mereka tidak berani bantahkah ? mufti Sabah mauk katak apa ? Kamuk sudah jadik ulama bisuk kah ? Orang islam Sabah diam sajak kah ? kamu tidak ada telurkah ? Kamuk  sukak makan wang haram ?

APABILA PAS BANYAK DUIT .....

Salam

APABILA PAS TETIBA BANYAK DUIT SIAPA YANG SUSAH HATI ?

UMNO memang susah hati apabila mendengar Pas banya dapat duit sebab mereka ingat Pas akan gunakan untuk merasuah pengundi semasa pilihanraya umum tidak berapa lama lagi sebab itu ada diantara ahli UMNO yang mula pening kepala, apa yang kita tahu Pas memang sudah mula mengumpul duit untuk persediaan pilihanraya umum nanti

UMNO tidak ada sebab hendak merasa keciwa dengan PAS kerana banyak duit sebab Pas tidak makan duit  tersebut berseorangan mereka nak taburkan duit itu kepada rakyat kerana kebajikan macam UMNO telah buat bertahun-tahun merasuah rakyat sebab itu BN/UMNO dapat bertahan memerintan sekian tahun namun sekarang UMNO sudah tidak ada duit

UMNO sekarang sedang berusha juga hendak cari duit banyak-banyak dengan menjual hartanah dengan cara menipu atas nama kebajikan seperti menjualbeli hartanah  yang bernilai RM 400 juta akan tetapi dikatakan hanya RM 50 juta sahaja untuk KTM, itu yang kita tahu, yang kita tidak tahu mungkin berlambak lagi sebab itu kita tolong sarankan kepada Pas yang banyak duit membeli saja tanah tersebut bagi KTM untung banyak sikit dan kita kena lawan dengan harga yang UMNO buat, apa sangatlah dengan RM400 juta bukankah kita ada RM 4 billion ?

UMNO memang tidak boleh tidur malam apabila mendengar PAS banyak duit, kalau boleh kita beli bangunan UMNO tu sekali biar mereka tidak ada tempat untuk berhimpun baru mereka tauuu !



PERDANA MENTERI MINTA RAKYAT TIDAK BERSIFAT PERKAUMAN

Salam

Apabila Perdana menteri meminta rakyat di negara ini supaya tidak bersifat perkauman maka rasanya tidak kena  dia bercakap demikian melainkan dia dan UMNO perlu mengubah dasar parti tersebut kepada dasar 1 Malaysia seperti Parti Keadilan Rakyat sekalipun dia sudah memperkenalkan 1 Malaysia tetapi UMNO tetap juga dengan dasar kebangsaannya

Dasar 1 Malaysia yang diperkenalkan adalah ibarat dia menjual semangat ahli UMNO  kepada dasar 1 Malaysia, mungkin inilah yang menyebabkan PERKASA akan menubuhkan parti PERKASA untuk menggantikan UMNO bagi meneruskan perjuangan melayu, dalam masa yang sama ada berita dari veteran UMNO yang menyatakan bahawa PERKASA tidak mungkin akan mendaftarkan PERKASA kepada sebuah parti politik kerana dia dianggap merosakkan perjuangan YMNO

Nazri AZIZ telahpun mencabar Ibrahim Ali supaya mendaftarkan PERKASA sebagai sebuah badan  politik , mengikut veteran UMNO itu tidak mungkin Ibrahim Ali berani menyahut cabaran daripada Nazri Aziz kerana Ibrahin Ali sebenarnya mahu menggertak UMNO supaya melupakan 1 Malaysia ertinya kenyataan Ibrahim itu hanyalah gimik politik murahan dan dijangka perkasa akan lesu dengan  pertubuhan NGO nya

SYAMSUL ISKANDAR KETUA AMK ELOKLAH JUMPA POLIS BERI KERJASAMA NANTI SEBOK PEMILIHAN KENA TANGKAP PLAK LAGI SUSAH, CERITAKANLAH APA YANG PATUT

SIAPA IBRAHIM ALI ....

Salam

IBRAHIM ALI DENGAN PERKASANYA AKAN MENYELAMATKAN AHLI UMNO YANG BERSEMANGAT KEBANGSAAN  TEGAR

Pak Karamu bergaul dengan Ibrahim Ali sejak dia bersama-sama dengan APU (Angkatan Perpaduan Ummah) dia adalah ahli semangat 46 parti yang ditubuhkan oleh Tengu Razaligh Hamzah anak keturunan raja Kelantan yang mahukan dasar memperjuangkan bangsa diteruskan mengikut semangat orang melayu pada tahun tersebut yang berkuap-kuap setelah UMNO nampaknya sudah mulai menyeleweng dari dasar membela orang melayu

Masa itu yang boleh dikatakan agak active berkempen untuk Semangat 46 ialah Dato Rais Yatim, Zainal Abidin Zain orang Bagan Serai, Ibrahim Ali, Sabri Chik dan beberapa orang lagi yang bertaraf menteri akan tetapi seingat Pak Karamu Ibrahim Alilah singa mereka. Semasa Pak Karamu bertanding kerusi Parlimen Bagan Datok Ibrahim Ali sempat memberikan pandangannya kepada Pak Karamu dan ternyata ada benarnya namun tidak boleh pakai semua

Ibrahim Ali pada bila-bila masa sahaja boleh menjadi katak, buaya atau ular apabila dia nampak sesuatu dasar perjuangan itu sudah lari dari membela bangsa dan dia cepat menghidu, Ibrahim Ali  ini sesuai mentertai apa parti sekalipun asalkan dasarnya adalah kebangsaan melayu tulin ertinya dia hanya sesuai dengan dasar UMNO asal, ketika mana UMNO terumbang ambing kerana ujudnya semangat 46 maka Tengku Razali melihat orang melayu semakin hilang kuasa maka Tengku Razali menyertai UMNO kembali dan diikuti oleh Ibrahim Ali

Maka hiduplah Ibtahim Ali dengan UMNO pada ketika itu sehinggakan ketaraf jawatan timbalan menteri dijabatan perdana menteri dan akhirnya dia sudah nampak bahawa perjuangan UMNO sudah menyeleweng balik lalu dia mengkritik pedas pucuk pimpinan UMNO sehinggalah dia dipecat daripada parti itu, kemudian mula berbaik-baik dengan Pas dan memuji melambung  dasar Pas kemudian dia diberikan bertanding atas tiket Pas di Parlimen Pasir Mas dan menang namun dia tetap bebas kerana dia tidak sesuai dengan perjuangan islam

Pendirian Ibrahim Ali sukar hendak dibaca oleh sesetengah ahli politik sebab dia jenis orang yang boleh bawa orang masuk tinggal didalam poket baju dia apabila orang itu baik dengannya tapi dia boleh gigit balik orang itu sekelip mata saja, maki hamunnya satu senpun tak guna namun apabila seseorang itu bersemangat kebangsaan yang tegar maka itulah saudaranya dan dia berhabispun tidak mengapa pendek kata dia akan mati dengan semangat kebangsaannya

Dulu semangatnya dapat juga dipujuk dan dinasihat oleh beberapa orang  tertentu supaya berlembut sedikit terutama Tengku Razaligh Hamzah namun sekarang dia berpendirian yang sukar lagi dipujuk apabila dia nampak dasar kebangsaan yang dibawa oleh UMNO sudah rosak, terkejut besar dia apabila Najib mengalih dasar kepada 1 Malaysia lalu dia mengintai peluang didalam UMNO dan ahlinya supaya dapat bersamanya didalam NGO PERKASA akan tetapi ahli UMNO nampak ia kurang berkesan selagi PERKASA tidak didaftarkan sebagai sebuah parti politik

Sekarang angin sudah bertiup kencang yang dia mahukan PERKASA didaftarkan kepada badan politik dan sambutan dikalangan orang melayu sangat menggalakan ini bererti UMNO akan bungkus tidak berapa lama lagi oleh PERKASA dan tidak mustahil anggota PKR dan Pas juga akan lebih berminat dengan PERKASA ini, ini kerana orang melayu sudah nampak bahawa negara sudah semakin hilang kuasa dan aset dari tangan orang bukan melayu dan tanahpun sudah semakin terhakis, jadi Ibrahim Ali mungkin dikatakan sebagai penyelamat maruah politik melayu dan aset negara

Andainya Ibrahim Ali gagal mendaftarkan PERKASA sebagai satu wadah perjuangannya maka TERKUBURlah PERKASA dan pejuang melayu

Maklumat Terkini Berita Perkasa

Salam

MAKLUMAT DARI KELANTAN DAN PAHANG DARI SUMBER AHLI UMNO BERKAIT DENGAN PERKASA

Walaupun PERKASA mendapat tentangan daripada Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin akan tetapi dikatakan bahawa Nazri dan Jamaluddin ada kemungkinan akan tergugur daripada menjadi orang penting UMNO sedikit masa lagi kerana sikap mereka menentang PERKASA dan sekarangpun sudah bermula kempen membenci mereka hanya menunggu masa saja bagi mereka angkat kaki kemudian selamat jalan

Sekarang nama Ibrahim Ali agak melambung oleh kebanyakan orang UMNO kerana niat Ibrahim Ali memang murni untuk membela nasib orang melayu setelah UMNO telah gagal membela bangsa melayu dan negara, dengan semangat baru yang menggalakan dari orang UMNO sendiri maka PERKASA mempunyai masa depan yang sangat cerah untuk menggantikan UMNO yang kian malap tambahan lagi jika sekiranya jika perkasa beralih kepada aliran berparti dan politik

PERKASA mungkin mendapat sokongan yang kuat dari kalangan raja terutama dari perak, Selangor dan Johor cuma dikatakan  mereka tidak mahu menonjol secara agrasive dan dari kalangan menteri UMNO juga sudah ada yang menunjukkan minatnya cuna tidak ditojolkan sahaja mungkin belum sampai masa sahaja, mereka berpandangan PERKASA tidak susah untuk mencanangkan cita-cita perjuangannya kerana utusan Malaysia dikatakan bersedia untuk bekerjasama sekalipun mereka sedang dan akan diugut oleh Nazri Aziz namun itu semua adalah hal yang kecil

Dengan perkembangan ini dikatakan bahawa UMNO yang dipimpin oleh Dato Najib jangalah dikacau dulu kerana konsep 1 Malaysia yang diperkenalkannya hanyalah untuk menyedapkan hati orang bukan melayu sahaja kerana kesan keputusan PRI 12  lalu tidak menyebelahi mereka nanun itu tidak menghalang orang melayu bersatu pada akhirnya ertinya 1 Malaysia adalah konsep politik sahaja, ditanya sama ada PERKASA akan menghadapi masalah sekiranya didaftarkan kepada pertubuhan politik ? Mereka menjawab itu perkara kecil sahaja, apa yang penting ialah mengembalikan hak dan semangat melayu

Ditanya lagi apa pandangan mereka tentang pandang MCA yang tidak senang dengan PERKASA, mereka menjawab MCA tiada hak untuk masuk campur dalam urusan orang melayu dan orang melayupun tidak pernah mengganggu kaum cina dinegara ini melainkan DAP yang mereka lihat sebagai menjalankan dasar PAP dari Singapura, demikian berita terkini berhubung dengan pandangan kebnyakan orang melayu terutama golongan veteran terhadap PERKASA


KETUA PEMUDA UMNO SELANGOR PULAU MAJLIS

Salam

KETUA PEMUDA UMNO SELANGOR DENGAN EMPAT RAKANNYA YANG LAIN DAN DIKATAKAN ORANG KHAIRY JAMALUDDIN JUGA KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA TELAH MEMULAUKAN MAJLIS PERJUMPAAN HARI RAYA ANJURAN UMNO SELANGOTR DI SEKSYEN 20 SHAH ALAM, MAJLIS YANG DIHADIRI OLEH PERDANA MENTERI INI SEOLAH-OLAH TIDAK DIHORMATI OLEH MEREKA YANG DIANGGAP KURANG AJAR DAN PATUT DIBUNUH

HUH ! SUSAHNYA ORANG YANG BERJAWATAN DIDALAM UMNO ! APABILA ADA JAWATAN DAN TIDAK HADIR KEMAJLIS SHORU MAKA IA DIANGGAP KURANG AJAR DAN PATUT DIBUNUH ! MAK EH KEJAM NYA UMNO !

UMNO, PERKASA DAN PKR

Salam

NAJIB MUNGKIN MASUK PKR ? SESUATU YANG MUSTAHIL ?

Satu perjumpaan besar besaran PERKASA akan diadakan di Pasir Mas Kelantan yang akan dihadiri oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahadir Muhammad, perjumpaan tersebut nanti mungkin akan dirundingkan bersama sama ada PERKASA akan mendaftar sebagai sebuah parti politik ataupun tidak, andainya PERKASA didaftarkan sebagai sebuah parti politik maka  perjuangan untuk memertabatkan bangsa melayu sesuai dengan perlembagaan 153 akan bertukar tangan daripada UMNO kepada PERKASA kerana UMNO dan pucuk pimpinannya sudah beralih kepada memperjuangkan 1 Malaysia

Nampaknya kecerahan Ibrahin Ali untuk mengepalai perjuangan membela melayu akan berhasil dengan cemerlang tambahan lagi orang-orang yang telah melompat dari PKR sudah menjadi  kekuatan kepada Ibrahim Ali di Parlimen dan mungkin mereka akan menyertai PERKASA kerana tiada sudahnya mereka berjuang dengan hanya tinggal atas nama parti bebas, ramai dikalangan orang melayu yang terdiri daripada ahli UMNO sudah mula memuji-muji PERKASA kerana konsep 1 Malaysia yang dibawa oleh Najib dan kroninya menambahkan ketidak yakinnya mereka kepada  perjuangan UMNO sekarang

Nampaknya Ibrahim Ali sudah mula dinilai sebagai wira melayu baru kepada bangsa melayu yang mana UMNO sendiri sudah dilihat sebagai gagal untuk memperjuangkan bangsanya. Najib dan rakan 1 Malaysianya mungkin akan kehilangan sokongan dan kuasa melainkan dia serta rakan yang lain akan menyertai PKR untuk meneruskan konsep 1 Malaysianya dan mungkin MCA juga akan berbuat demikian kerana tidak mungkin MCA terus terpinggir oleh masyarakat cina dan sebagai yang dimaklum MCA memang anti PERKASA dan anti juga kepada islam sebagaimana yang telah diluahkannya

Apa yang kita lihat andainya PERKASA akan mendaftarkan NGO nya kepada badan politik maka ia sudah pasti akan menyertai BN/UMNO inilah niat awalnya namun tidak mungkin  majlis BN/UMNO akan membenarkannya kerana  nanti BN/UMNO akan kehilangan MCA ini menyebabkan BN/UMNO akan bertambah parah dan ada juga suara ghaib yang mengatakan bahawa MIC juga akan menyertai PR kerana Hindraf akan menjadi halangan besar kepada MIC jadi MIC terpaksalah vepat-cepat menyelamatkan diri mereka untuk menyertai Pakatan rakyat sebelum Hindraf di pandang mulia, hindraf ini samalah kedudukannya denga PERKASA, sama-sama samseng

LALUAN TERLALU SUKAR UNTUK BN/UMNO

Salam

TERLALU SUKAR UNTUK BN/UMNO UNTUK TERUS MEMERINTAH NEGARA INI

Rata-rata rakyat di negara ini apabila ditanya peluang BN/UMNO untuk terus memerintah negara ini berpendapat adalah terlalu sukar bagi BN/UMNO untuk terus berkuasa kerana suasana politik dan kesedaran rakyat sekarang sudah banyak berubah, mereka banyak berpegang kepada dua faktor iaitu kesedaran rakyat dan suasana politik yang tidak menentu

Ditanya tentang kesedaran rakyat yang bagaimana dinilai ? Mereka menyatakan  kerana pemimpin BN/UMNO sudah  terlalu banyak melakukan kesilapan moral dan mengabaikan kebajikan rakyat dan melakukan ketidak adilan serta memilih bulu untuk memberikan bantuan kepada rakyat,mereka hanya memilih kroni mereka sahaja segala keperluan kehidupan

Kerajaan BN/UMNO juga dikatakan tidak bersifat demokratik terhadap parti pembangkang dinegara ini dan mereka terlalu membuli para pimpinan pembangkang sedangkan mereka bebas melakukan apa saja yang mereka inginkan seolah-olah mereka kebal dengan undang-undang yang mereka cipta sendiri, satu perkara lagi yang disuarakan ialah tentang kelakuan para pemimpin BN/UMNO yang apabila bercakap di kaca TV serta laporan akhbar yang tidak sama dengan amalan mereka

Ditanya tentang politik pula mereka mengatakan bahawa politik didalam BN/UMNO sekarang begitu tidak teratur, sudah menjadi rojak dan tidak dapat hendak dipegang  kerana sudah berubah-ubah sebab takut hilang pengaruh dan kuasa, UMNO sendiripun sudah begitu tidak yakin dengan perjuangannya kerana itulah pimpinan UMNO sudah lari dari perjuangan asalnya dan memperkenalkan 1 Malaysia pulak dalam waktu yang sama bumi Malaysia sedikit demi sedikit telah diserahkan kepada negara jiran

Di Tanjung Karang seorang veteran UMNO begitu cemas dengan keadaan politik mainan BN/UMNO sekarang katanya dalam keadaan sudah merdekapun mereka tidak boleh menjaga hanya sebuah pulau yang kecil seperti Batu Putih, nah sekarang PM kita pergi lagi ke Singapura katanya nak serahkan pula tanah milik negara di Tanjung Pagar, veteran UMNO ini sangat kesal dengan penyerahan pulau Singapura kepada pemerintah disana oleh UMNO dan sekarang mereka dah jadi macam belanda, nak lagi,nak lagi ! kemudian bagi lagi, ketika ditanya Wak ni PKR ke atau apa ? jawapannya Ye UMNO !

Beliau menambah didalam UMNO sekarangpun sudah tidak sehaluan asik masing-masing nak buat harta tapi akhirnya terkena diri sendiri, sebenarnya di Selangor ini mereka sudah kikis habis harta rakyat kemudian mereka tuduh orang lain lepas itu makan diri sendiri, ketika disarankan mereka supaya menyertai parti lain Wak ini berkata tegas Wak tetap UMNO wak nak cantas dari dalam, beliau menambah kepala pimpinan UMNo sekarang macam naga kepala tujuh jika satu kepala dapat makan maka yang enam kepala lagi nak rebut sama makanan tersebut sedangkan makanan itu bukannya banyak sangat

Apabila dinilai suasana politik yang ada dengan pandangan rakyat sekarang maka kita dapati kebayakan dari mereka yang veteran  sudah merasa keciwa sementara golongan yang muda terus mengasingkan diri dari BN/UMNO dan mereka lebih selesa dengan Pakatan Rakyat dan mereka mahu mencuba  sama ada Pakatan Rakyat  boleh memberikan yang lebih selesa daripada pemerintahan BN/UMNO

PEMBUNUHAN SOSILAWATI

Salam


PEMBUNUHAN SOSILAWATI BUKANLAH KERANA ISU PERKAUMAN AKAN TETAPI IA ADALAH ISU JENAYAH KEJAM,, PEHAK POLIS TELAH ISTIHARKAN BAHAWA PEMBUNUHAN TERSEBUT BUKAN ISU PERKAUMAN TETIBA UTUSAN MAINKAN ISU PERKAUMAN, BLOGGER UMNOPUN KATA DEMIKIAN, TETIBA APABILA ISU TERSEBUT MELIBATKAN TERLIBATNYA ANGGOTA DATO UMNO MAKA BLOGGER UMNOLAH YANG BUKA CERITA, APA SUDAH JADI DENGAN PERPADUAN DIDALAM UMNO?

NAMPAKNYA ORANG UMNO AMBIL KESEMBATAN BEDAL DENGAN ORANGNYA SENDIRI KERANA DENDAM MENGUMPUL HARTA MAKAN SORANG

HEBAT BETUL MENTERI UMNO YE !

Salam

RUMAH TERBUKA MENTERI UMNO KAT PAHANG DENGAN MENARI TERINJAK-INJAK

Apakah menteri UMNO tidak faham atau memang mereka hendak mencemarkan perayaan islam yang dikurniakan oleh Allah sebagai hari kemenangan  bagi mereka yang berjaya berpuasa dibulan Ramadan ! Salah seorang menteri UMNO telah mengadakan rumah terbuka semperna dengan menyambut hari raya 'Idul fitri baru-baru ini telah juga mengadakan majlis itu  dengan tarian barat oleh golongan anak-anak muda yang terinjak-injak, begitukah yang Allah perintahkan ?

Untuk pengetahuan menteri UMNO itu bahawa Allah hanya mengurniakan hari perayaan islam hanya dengan  dua perayaan sahaja iaitu perayaan 'Idul fitri setelah umat islam telah berjaya melaksanakan puasa  dan perayaan kedua ialah dengan mengurniakan 'Idul Adha setelah umat islam berjaya mengerjakan ibadat haji, kedua-dua ibadat tersebut adalah kurniaan Tuhan kepada umat islam tetiba kamu cemarkan perayaan tersebut dengan tarian berbentuk maksiat, hebat menteri UMNO ini, itulah masa kecil tak mahu belajar sudah besar menderhaka pula dengan Tuhan

Sepatutnya umat islam merayakan majlis agama ini dengan menghayati maksud takbir yang mereka laungkan pada malamnya menjelang solat sunah hari raya kemudian mereka hayati selepas solat dengan mengisi perayaan tersebut dengan majlis kesyukuran berpandukan kepada maksud takbir hari raya, namun apa yang berlaku kebanyakan manusia mengisi penghayatan takbir itu dengan nyanyian dan tarian barat bolehkah ? bukankah hukumnya haram ? Ulama UMNO tak pernah tegur ke ? Ataupun ulama UMNO pun tumpang sekaki ?

Rumah terbuka itu tidaklah salah tapi pengisian hari perayaan agama itulah yang menyebabkan kebanyakan orang melayu yang mengaku islam terperangkap dengan berbagai dosa, tulah mengaku islam tapi islampun tak faham, main bedal saja

NIK AZIZ ADA SEBAB DIA TIDAK SUKA MELAYU

Salam

TENTU ADA SEBA MENGAPA NIK AZIZ TIDAK SUKA KEPADA MELAYU SEKALIPUN DIA MELAYU

Jika Nik Abdul Aziz Nik Mat bagitahu bahawa dia tidak suka kepada melayu sebab dia nampak dasar perjuangan orang melayu adalah zalim dan memilih bulu sebab itu dia kata dia adalah islam, salahkah dia berkata demikian ? Dasar melayu banyak memberikannya susah untuk mentadbir di negeri Kelantan, siapa diantara orang melayu dikalangan UMNO yang dapat nafikan ?

Sebagai contoh apakah faedah yang diperolehi oleh kerajaannya di Kelantan apabila hasil gas di negeri tersebut dihangkut kenegara jiran dengan menafikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan yang berbangsa melayu ? Bukankah semua ini dilakukan oleh manusia yang bergelar melayu ? Siapakah yang banyak membuat sabotaj kerajaan Kelantan, bukankah ini semua kerja melayu ?

Bukankah dengan mengujudkan pegawai persekutuan di negeri Kelantan itu sebenarnya menafikan kesahan kuasa kerajaan negeri Kelantan yang diperintah oleh orang melayu yang berdasarkan islam di negeri itu sebenarnya adalah kerja orang melayu yang menjadikan dasar melayu itu sebenarnya menampakkan kehuduhan perangai melayu ? Bukankah sudah banyak kali para pemimpin kerajaan negeri Kelantan telah di inaya oleh orang melayu daripada pusat dan Kelantan ?

Jika hendak diceritakan penginayaan orang melayu terhadap kerajaan Kelantang yang banyaknya berlambak-lambak tidak dapat hendak diceritakan, itulah sebab Nik Aziz tidak sukakan dengan dasar orang melayu lalu dia kata dia adalah islam dan sukakan kepada dasar islam dan dia adalah orang islam bukan melayu sekalipun dia orang melayu, rasanya orang melayu yang memperjuangkan melayu boleh faham bukan ? Perangai orang melayu yang agak tulin bolehlah tengok perangai Ibrahim Ali dan PERKASA bagaimana Niz Aziz bagi dia bunga akan tetapi dia balas dengan najis pada Nik Aziz, Adakah anda setuju ?

Orang yang bersemangat dengan bangsa ini samalah dengan Abu Thalib bapa saudara Nabi yang sampai mati tidak mahu mengucap dua kalimah shahadat, itulah yang berlaku dizamannya namun zaman ini ada sedikit perubahan yang mana orang yang sayangkan kepada bangsa dan memperjuangkannya mahu mengucapkan kalimah shahadat akan tetapi mereka  terus menolak dasar islam kerana mereka tidak faham maksud  dua kalimah tersebut, bila diberitahu mereka menyombongkan diri, balik-balik kepada semangat yang zalim itu juga macam anjing yang biasa makan taik jika dia tak makan maka dia tetap suka menciumnya

Ramai dikalangan orang melayu yang terdiri daripada petubuhan UMNO mengakui bahawa islam itu adalah lebih tinggi dan lebih baik daripada dasar bangsa dan puak akan tetapi mereka tidak pula mahu melakukan yang terbaik dengan melaksanakan islam yang baik dan adil Apakah yang berlaku kepada mereka sebenarnya ? Hati mereka telah tertutup, telinga dan matanya pekak dan buta ? Lidahnya telah kelu ? Adakah Allah telah tambah penyakit didalam hati mereka ? Atau telah  mempeteri hati mereka ?

Inilah akibatnya jika orang melayu sendiri tidak faham bahawa dasar bangsa dan puak itu sebenarnya tiada rukun yang hendak dijadikan panduan untuk hidup sebagai makhluk yang sempurna mereka hanya suka mengikutkan hawa nafsunya saja, bercakap dan membuat kerja hanya mengikut hawa nafsu yang jahat serta menzalimi sesama manusia sekalipun sesama bangsa dan puak itu sendiri

UMNO TAKUT HILANG KUASA ....

Salam

KETAKUTAN UMNO MENUKAR DASAR KEPADA ISLAM KERANA MEREKA TAKUTKAN KEHILANGAN KUASA

UMNO menjangkakan sekiranya mereka menukar dasar perjuangannya kepada islam maka mereka akan kehilangan kuasa kerana orang bukan islam tidak akan menyokong mereka, pandangan ini masih menebal didalam pemikiran pemimpin UMNO sedangkan Pas yang dasarnya adalah islam tidak langsung merasa takut kerana mereka beriman kepada Allah yang berjanji akan memberikan kemenangan kepada islam akhirnya dan sekarang sudah ternyata orang bukan islam sudah boleh bersama dengan perjuangan Pas dengan menubuhkan kelab penyokong Pas

Orang bukan beragama islam sekarang sudah boleh menilai tentang kehidupan dan perjuangan yang dibawa oleh Pas yang serba adil dan jujur dalam menilai keadilan dan kehidupan yang harmoni diantara puak kaum dinegara ini, mereka tidak lagi takutkan islam dan dasarnya kerana mereka telah melihat bagaimana sederhananya kehidupan pucuk pimpinan Pas dan tidak melakukan rasuah dan pembaziran wang rakyat jika dibandingkan dengan pimpinan UMNO

Sebenarnya jika kita imbas kembali punca  mengapa orang bukan islam takutnya islam ialah kerana orang UMNO sendiri yang menakutkan mereka dengan membayangkan bahawa islam itu terlalu kejam dan hodoh semata-mata kerana mereka mahukan orang bukan beragama islam mejauhkan diri dari Pas, buat masa yang lalu mereka telah berjaya memesongkan pemikirang orang bukan islam tersebut namun sekarang mereka sudah tidak berjaya berbuat demikian

Di Malaysia orang DAP lebih pandai dari orang melayu yang sering membuat kenyataan yang bercanggah dengan hukum islam sebab itulah isu orang kafir memasuki masjid telah menyedarkan orang UMNO tentang hukum islam yang di momokkan sebelumnya akan tetapi sekarang mereka sudah celik akibat DAP telah menyedarkan mereka tentang hukum boleh ataupun tidaknya memasuki masjid, jika tidak kerana cina DAP maka sampai sekarang orang UMNO buta dengan agama mereka sendiri

Orang UMNO dijangkakan akan memainkan lagi isu agama untuk menyatupadukan orang melayu yang beragama islam namun setakat ini rasanya mereka akan tetap gagal kerana  orang DAP lebih pandai daripada mereka, orang UMNO sekarang apabila kita tegur mereka akan melenting dan akan berhujah secara adat dan budaya dan kemudian adat dan budaya itulah ditekankan sebagai agama, mereka sebenarnya sudah muflis tentang hukum

Benarlah kata Allah bahawa orang-orang yang yang degil dengan kesombongan dan kebongkakan itu akan tetap menuduh  setiap kebenaran itu sebagai pandangan yang bodoh sebenarnya merekalah yang bodoh sebagaimana firman Allah yang menyatakan didalam surah Al Baqarah ayat 13 FirmanNya

وأذا قيل لهم ءا منوا كما ء ا من الناس قالو اأ نؤ من كما ء ا من الشفهاء ألا أنهم هم السفها ء ولكن لا يعلمون

Maksudnya: Dan apabila dikatakan kepada mereka "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman, mereka menjawab " Patutkah kami ini beriman sebagaimana orang-orang yang bodoh itu ? Ketahuilah sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh akan tetapi mereka tidak mengetahui (akan hakikat sebenar)




UMNO SEDANG MELAWAN ARUS ....

Salam

UMNO SEDANG MELAWAN ARUS SEBELUM HANYUT TANPA DIKENANG !

Sekuat manapun UMNO sekarang maka mereka tetap akan hanyut selagi mereka tidak kembali kepada dasar perjuangan yang telah ditetapkan oleh Allah iaitu  melaksanakan Deen of Islam, ini semua Allah yang mahu dan Allahlah yang tetapkan, mari kita nilai firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 3

اليوم اكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتى ورضيت لكم الأسلم دينا  

Maksudnya:  Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama (cara hidup) kamu, dan Aku telah cukupkan bagi kamu nikmatKu, dan Aku telah redha akan islam itu menjadi agama (cara hidup) kamu

Ayat diatas rasanya orang UMNO boleh faham buakan ? Tuhan bagi tahu bahawa cara hidup kamu adalah islam dan Tuhan telah bagi nikmatnya, Apakah orang UMNO tidak merasakan nikmat yang Allah telah bagikan kepada mereka ? Apakah mereka tidak merasakan nikmat memimpin sebuah negara seperti Malaysia ini dengan banyak mengumpul berbagai-bagai harta, UMNO mahu nafikan ?

Minggu ini dijangka UMNO akan mengulangi balik semangat bersatu mengikut bangsa dan kaum, mereka tetap akan bercakap tentang semangat melayu mesti bersatu, maklum saja sama-sama makan belacan, budu dan cencaluk, inilah dia wajah UMNO bila mereka nak bersatu mereka tidak mahu sebut islam sebagai dasar tapi mereka sebut belacan, budu dan cencaluk, siapa yang nak ikut mereka ?

Didalam Al Quran Allah berfirman lagi bagi mengingat dan memberikan amaran kepada manusia termasuklah UMNO, Firman Allah didalam Al Quran surah Ali Imran ayat 85


ومن يبتغ غيرالأسلم دينا فلن يقبل منه وهو فى الأخرة من الخسرين

Maksudnya:  Dan sesiapa yang mencari agama (Cara hidup) selain dari islam maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi

Ayat yang diatas sudah cukup jelas bahawa Allah tidak akan terima selain dari cara hidup islam nanti di akhirat kelak kamu akan rugi kata Allah, nah sekarang bila lagi UMNO mahu menukar dasarnya kepada islam ? Orang UMNO tersangat rajin pergi buat umrah  di Makkah malah bawa orang lain pergi sama sebab UMNO banyak duit tapi sebenarnya mereka jangan haraplah nak dapat pahala SEBAB cara hidup yang mereka perjuangkan adalah yang dimurkai oleh Allah dan RasulNya, kalau makan angin ok lah !

Orang UMNO jangan marah pulak sebab sudah banyak kali kita terangkan bab ini tuntuk perpaduan dalam islam tapi sehingga sekarang pintu hati mereka tertutup rapat sebab dalam hati mereka ada penyakit hendak kembali kepada islam lalu Allah tambah penyakitnya sepertimana Allah sebut dalam surah Al Baqarah ayat 10 nah sekarang UMNO sedang sakit ditambah lagi sakit tersebut oleh salah laku PERKASA lalu mereka bercakaran sesama sendiri, Hendak nafikan ?

Dunia masih belum lagi kiamat , harapan mereka hendak kembali kepangkal jalan masih ada sebelum 'azab daripada Allah menimpa mereka,bukti yang tersangat nyata ialah apabila mereka begitu menggila mahukan perpaduan bangsa melayu dengan memainkan sentimen bangsa dan agama berakhir dengan memakan diri dan mereka tersungkur, kemudian bangun balik dengan nada yang sama, Apakah mereka mahu tersungkur dengan tidak bangun-bangun ?

Orang UMNO yang ada sedikit pengetahuan agama turut memainkan hujah mereka dengan berfirman dan berhadis namun semuanya itu kelihatan tempang ibarat patah sayap terbang jua kerana mereka tidak mensesuaikan firman dengan jurus akidah yang betul, mereka hanya mengambil sejarah sirah Rasullullah semata-mata kerana hendak menegakkan benang yang basah tanpa melihat suasana masyarakat dizaman nabi dan zaman sekarang akhirnya mereka tersungkur lagi, sampai bila mereka mahu terus tersungkur ?

Mereka tidak boleh terus melawan arus yang deras sekarang ini sebab mereka sudah banyak kehilangan tenaga yang Allah telah hakiskan perlahan-lahan daripada mereka kerana terlalu degil dan berbangga dengan puak dan bangsa mereka manun mereka masih lagi belun sedar-sedar

ZAHID HAMIDI MULA MERAPU SELEPAS RAYA

Salam

MAKA BERMIMPILAH ZAHID HAMIDI "PRU 13 BN AKAN RAMPAS PULAU PINANG !!!

Ekoran konsep 1 Mlaysia katanya rakyat sudah dapat menerima konsep tersebut dan Pulau Pinang akan jatuh ketangan Barisan Nasional, rasanya kenyataan Zahid Hamidi ini cuma hendak memujuk hati GERAKAN yang menyatakan bahawa Pulau Pinang sukar untuk diambil daripada DAP

Orang cina sekarang sudah begitu selesa dengan DAP dan Pakatan Rakyat dimana juga di Malaysia ini sebab itu dikatakan bahawa Johor, Negeri Sembilan Trengganu dan Pahang dalam keadaan bahaya dan mungkin akan terlepas ketangan Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti

Sebenarnya konsep 1 Malaysia telahpun gagal kerana itulah mantan PM Tun Dr Mahadir berkata 1 Malaysia telah gagal dan dia tidak Faham konsep tersebut malah Najib sendiri tidak konfiden dengan 1 Malaysia yang ditajanya tambahan pula PERKASA memberi nafas yang baru kepada orang melayu supaya memulihkan semangat bangsa supaya 1 Malaysia tersungkur dan ternyata dia telah berjaya sedikit sebanyak menggoyangkan kedudukan Najib didalam UMNO

Sepatutnya Zahid Hamidi menumpukan kerja-kerja di Kementeriannya yang banya melakukan pembaziran di KEMENTAH terutama pada bulan Ramadan dengan majlis berbuka puasa kerana banyak menjemput ketering daripada luar sedangkan tukang masak tentera begitu ramai di KEMENTAH, selain daripada itu peruntukan pakaian tentera wataniah yang di ambil dari peruntukan ATM cukup menyusahkan anggota tentera kerana dipindahkan kepada tentera wataniah

Pulau pinang tidak mungkin terlepas kepada BN sementara Perak pasti akan jatuh balik ketangan Pakatan rakyat pada PRU 13 nanti jadi BN/UMNO terpaksa menabur fitnah sebanyak mungkin untuk membaik pulihkan semangatnya dengan banyak membuat fitnah, dalam masa yang sama segala fitnah yang telah ditaburkan oleh BN/UMNO semuanya memakan diri, ini semua telah difahami oleh rakyat di negara ini

KAWAN SOSILAWATI GANTUNG DIRI

Salam

SARENA JA'AFAR 43 TAHUN MENGGANTUNG DIRI KERANA TERLALU SEDIH ATAS KEMATIAN DATO SOSILAWATI  SUATU YANG TIDAK MASUK AKAL, ORANG KAFIRPUN RAMAI YANG SUSAH HATI TAPI TIDAK SAMPAI GANTUNG DIRI ATAU ADA APA-APAKAH DENGAN KES SOSILAWATI ?

NAMPAKNYA KES KEMATIAN SOSILAWATI INI BERKAIT DAN BERKEMBANG TERHADAP ORANG LAIN, WALAU APAPUN KES GANTUNG DIRI INI SUDAH JELAS MATI KATAKNYA

UMNO DALAM KEADAAN TERDESAK SEKARANG

Salam

Apabila ada kes yang buruk dan jahat maka UMNO dan kumpulan Bloggernya cepat-cepat tuding jari kepada Pakatan Rakyat seolah-olah Pakatan rakyat ni jahat sangat akhirnya setiap kes yang dimainkan akhirnya terkena pada batang hidung sendiri, sejauh ini setiap kes yang busuk yang berlaku di negara ini akhirnya UMNO juga yang terkena sehinggakan kita tidak percaya akan tetapi itulah yang berlaku

Main isu perkauman, UMNO juga yang terkena balik, main isu agama UMNO juga yang terkena balik, Isu mengambil  hatra kerajaan mereka mainkan bagaikan pecah telinga mendengarnya akhirnya UMNO juga yang kena, Isu Raja UMNO juga yang terkena, Isu pembunuhan yang terbaru UMNO juga yang didapati bersekongkol, lagi apa ? Isu Rasuah akhirnya UMNO juga yang kena, Isu fitnah UMNO juga yang terkena

Nampaknya UMNO ini suka sangat membuat cerita murah dan tiada kualiti, mereka suka menabur fitnah yang sangat murah dan mungkin mereka menjangka rakyat di negara ini macam rakyat tahun 50 an, sekarang sudah ada satu trend yang mana apabila ada saja kes buruk yang berlaku maka rakyat cepat-cepat bertanya Dato mana pula yang buat ? Orang kaya mana pula yang buat ?

GILIRAN UMNO DAN MIC MASUK MASJID

Salam

APA HUKUM ORANG KAFIR MASUK MASJID ! JAWAPANNYA BOLEEEH ! TAK SALAH APAPUN, BERPOLITIK ? IKUT HUKUM TAK JUGA SALAN SEBAB NABI MEMULAKAN POLITIK DARI DALAM MASJID, ADAPUN DALAM MASA TERTENTU SEDIKIT MASA LEPAS MUFTI BELUM FAHAM, UMNO JUGA BELUM FAHAM SULTAN JUGA BELUM FAHAM JAIS JUGA DEMIKIAN, LA NI BARU MEREKA FAHAN SEBAB DAP  YANG MULA BAGI MULA DEPA NI FAHAM JIKA DAP TAK BAGI MULA MASUK MASJID MAKA SAMPAI LA NI DEPA KATA HARAM, NAJIS, KOTOQ, MAKSIAT DAN BERBAGAI-BAGAI LAGI, SO SEPATUTNYA DEPA KENA BELAJAQ DENGAN DAP

DUGAAN PAHIT BAGI KETUA POLIS YANG BARU

Salam

SELAMAT BERTUGAS

SEBAIK MEMEGANG JAWATAN KETUA POLIS YANG BARU, MAKA BELIAU DIUJI DENGAN KES PEMBUNUHAN KEJAM, INILAH UJIAN YANG MESTI DIPIKUL DENGAN BERBAGAI KERNAH DAN LIKU DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

BERMULA DARI MELAKA NEGERI PANDAI PANTUN

Salam

DARI DATO ALI RUSTAM KEPADA MAJLIS PEGUAM, DARI MAJLIS PEGUAM KEPADA POLIS, KITA LIHAT SIAPA YANG KENA..... !!!

Nampaknya kes pembunuhan Sosilawati ini akan mendedahkan lebih ramai yang dijangka terlibat dalam berurusan dengan suspek hasil maklumat yang terbocor dari sumber mulut kemulut dan diikuti dengan kenyataan orang yang tertentu dari kalangan orang yang banyak wang dan kuasa
Ali Rustam minta majlis peguan mengambil tindakan terhadap peguam-peguam yang melakukan salah laku yang banyak melakukan kesalahan supaya didedahkan kepada umum, tujuan Ali Rustam ini adalah baik kerana majlis peguam jangan tidur, teguran Ali Rustam ini seolah-olah majlis peguan selama ini terlena dalam tidurnya

Hasilnya majlis peguampun terjaga, presiden majlis peguampun membuat kenyataan bahawa setiap tahum majlis itu telah mengambil tindakan wajar terhadap peguam-peguam yang salah laku seramai 30 hingga 40 kepada pehak polis akan tetapi tiada tindakan yang diambil sejauh ini pehak polis belum lagi membuat kenyataan apa-apa

Dalam kes Sosilawati ini sekurang-kurangnya sudah terdedah nama dato-dato dan ketua UMNO Selangor yang berjenama dan banyak duit dilibatkan atas urusan pembelian tanah yang dikaitkan dengan urusan pembelian tanah yang sama diutara tanah air yang berakhir dengan trajidi pembunuhan kejam Sosilawati dan rakannya yang lain

kita intai apa seterusnya !




M. RAJULI SAH KEMBALI KERAHMATULLAH JAM 10 MALAM INI , AL FATIHAH !

DUA DATO UMNO TERLIBAT ?

Salam

INI KES DATO-DATO PUNYA CERITA

MULA-MULA APABILA KES PEMBUNUHAN DATO SOSILAWATI DIUMUMKAN MAKA SUSPEK DIKATAKAN AHLI DAP BERGELAR DATO OLEH UMNO, TETIBA KELUAR PULA CERITA DUA DATO UMNO PULA YANG DIKAITKAN DENGAN URUSNIAGA PEMBELIAN TANAH YANG SAMA DI UTARA TANAH AIR DATO TERSEBUT DIKATAKAN ORANG KUAT KJ DAN DIKAITKAN PULA DENGAN RAHMAN PALIL DAN SUHAIMI IBRAHIM, KEPADA YANG TERLIBAT BERURUS NIAGA ITU TOLONGLAH NAFIKAN, NAMPAKNYA UMNO JUGA YANG KENA

House Of Perak dan Dunia Cacamerba

RALAT BERHUBUNG DENGAN M. RAJULI

Salam

M.Rajuli yang dikatakan telah meninggal dunia oleh Zuan Melodi TV3 sebenarnya dalam keadaan kritikal di hospital Ampang dan dia sedang diberikan bantuan pernafasan, mudah-mudahan dia segera sembuh

RAMAI JUGA DIKATAKAN ADUN UMNO TERLIBAT URUSNIAGA DENGAN DATUK PALSU YANG BUNUH SOSILAWATI, HMMMM APA LAGI NAFIKAN ATAU IA KAN

Sumber Dunia cacamarba

M. RAJULI KEMBALI KERAHMATULLAH

Salam

M. RAJULI PELAKUN POPULAR DRAMA TELAH MENINGGAL DUNIA, AL FATIHAH !!!

APA SUDAH JADI DENGAN LAPORAN POLIS ?

Salam

APA SUDAH JADI DENGAN LAPORAN POLIS YANG DIBUAT OLEH MAJLIS PEGUAM ?

Presiden majlis peguam telah membuat laporan polis terhadap peguam-peguan yang salah laku akan tetapi mengikutnya tiada tindakan yang diambil, menurutnya seramai 30 hingga 40 orang setiap tahun dilaporkan kepada polis akan tetapi tiada tindakan yang diambil, sambil menyatakan bahawa majlis Peguam sedia bekerjasama dengan polis diharap polis kenalah bertindak, kenyataan presiden majlis peguam ini adalah ekoran dari kenyataan Ali Rustam yang mahukan Majlis Peguan bertindak tegas  keatas peguam-peguam yang telah melakukan salah laku

Andainya laporan polis telah dilakukan dan tindakan polis masih tidak berjalan maka Ali Rustam kenalah gunakan pengaruhnya kepada saluran politik pula, jika mengikut Presiden Majlis Peguam kadar setahun antara 30 hingga 40 orang yang diambil tindakan dengan melaporkannya kepada polis maka jumlahnya tentulah sudah begitu ramai, orang ramaipun  hendak tahu juga siapakah mereka itu sebab setiap pengamal undang-undang sendiri yang melanggar undang-undang apa lagilah orang yang tidak arif dengan undang-undang, agaknya termasuklah speaker Perak

BAKARAN DI DUNIA DAN BAKARAN DI AKHIRAT

Salam

KENYATAAN JAHILIYAH YANG MENGATAKAN "NERAKAPUN TIDAK TERIMA PENJENAYAH YANG BUNUH SOSILAWATI ?

Apakah maksud Neraka ?
Dalam bahasa arab Neraka itu sisebut Nar iaitu satu tempat untuk menyiksa manusia yang melanggar perintah dan menderhaka kepadaNya, didalam Neraka terdapat berbagai-bagai 'azab yang pedih, ada binatang buas untuk menyiksa manusia, ada sungai yang tersedia bagi manusia yang jatuh kedalamnya dan lemas namun tidak mati, di Neraka disediakan berbagai-bagai alat penyiksaan daripada Allah yang tidak ada tolok bandingnya dengan penyiksaan di dunia ini, semua alat penyiksaan ini di perbuat dari api yang kekuatan panasnya ratusan kali ganda dari api dunia, orang kafir dan munafik akan kekal didalam Neraka tersebut

Demikian sifat Neraka yang Allah sediakan untuk manusia dan juga Jin, adapun Sosilawati yang telah di bunuh dan dibakar yang dilihat sebagai terlalu kejam sehinggakan nerakapun tidak terima penjenayah yang bunuh Sosilawati baru-baru ini adalah menunjukkan kelemahan Allah menyediakan tempat balasan untuk manusia yang melanggar dan menderhaka kepadaNya  sebagai balasan, kenyataan ini adalah kenyataan seolah-olah Allah kena sediakan tempat yang lebih 'azab daripada itu sedangkan manusia yang buat kenyataan tersebut belum lagi memahami dan merasakannya

Di dalam Neraka ada sungai daripada api, Ada haiwan ganas, ada alat untuk cangkok manusia untuk menghumban mereka kedalam tempat penyiksaan sementara Sosilawati dibunuh oleh manusia bertaraf binatang, kemudian dibakar, kemudian dicampak kedalam sungai, Adakah semua itu sama dengan sungai Neraka ? Adakah bakarannya sama dengan bakaran api Neraka ? Kenyataan yang Nerakapun tidak terima penjenayah yang bunuh Sosilawati itu eloklah belajar agama baik-baik jangan ikut sedap mulut hendak bercakap yang menunjukkan sifat Neraka Allah itu bersifat lemah


INGATAN KEPADA YANG HIDUP

Salam

MENILAI TAHAP PEMIKIRAN MANUSIA DALAM MENGHADAPI TKDIR TUHAN UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN

Apabila berlakunya sesuatu pembunuhan kejam terhadap manusia maka kebanyakan daripada kita menilai secara imosi masing-masing akan tetapi tidak ramai dikalangan manusia yang menilai fitrah takdir yang bersebab dari atas perbuatan sendiri yang mungkin daripadanya tertimpa segala takdir yang setimpal yang ditetapkan oleh Allah kerana setiap sesuatu itu datangnya daripada Allah belaka

Manusia ditetapkan oleh Allah dengan berbagai perangai yang baik ataupun yang buruk, dalam waktu yang sama manusia juga boleh mengubah perangai masing-masing dari yang buruk kepada yang baik dan daripada yang baik kepada yang buruk atas kesedaran masing-masing dengan memohon kepada Allah kejalan mana yang mereka hendak pilih, ada jalan yang Allah izin akan tetapi Dia tidak redha dan ada jalan yang Dia  izin akan tetapi Dia tidak redha

Segala perangai manusia datangnya daripada ransangan hawa kepada nafsunya dan hawa nafsu pula ada yang baik dan ada yang tidak baik, hawa nafsu ini berkawan baik pula dengan fungsi akal setiap manusia jika akal di isi dengan ilmu yang hak maka insyaAllah perangai manusia boleh menjadi baik akan tetapi jika akal di isi dengan ilmu yang batil maka manusia boleh menjadi jahat dan kejam sekalipun manusia itu kelihatan baik dan sopan

MENILAI PERISTIWA SOSILAWATI

Manusia yang melakukan pembunuhan itu sudah tentu mereka yang berhawa nafsukan SUBU'IYAH iaitu hawa nafsu kebinatangan buas yang sentiasa mengganas dan suka melakukan penginayaan terhadap orang ramai, golongan ini akan berbuat apa saja perbuatan yang luar biasa yang bersifat kejam yang diluar sifat peri kemanusiaan dan diluar jangka, golongan ini juga dikenali sebagai haiwanul natik (binatang yang pandai bercakap) Golongan ini juga tidak pandai merancang akan tetapi pandai bertindak secara kejam

Ada lagi satu jenis hawa nafsu yang dinamakan SYAITANIYAH iaitu mereka dari golongan yang sentiasa menggunakan kecerdikan dan keilmuan yang ada pada mereka untuk tujuan menipu dan memperdaya orang lain sehingga mereka berjumpa dengan mangsanya dan terus mengorbankan mereka tanpa ada perasaan belas kasihan demi untuk kepentingan diri mereka dan kumpulan mereka, kedua-dua jenis hawa nafsu diatas telah disebut oleh Allah untuk menjadi ingatan kepada umat manusia khususnya orang islam

Pak Karamu tidak mahu menyentuh soal apa yang sedang diushakan oleh pehak polis dalam menjalankan tugas mereka bagi menyiasat kejadian pembunuhan kejam dari dua golongan manusia yang berhawa nafsukan diatas, biarkan mereka menjalankan tugas mereka dengan kepakaran yang ada cuma apa yang Pak Karamu nak sebut disini ialah sikap manusia berhawa nafsu diatas perlu diperhatikan setiap masa untuk dijadikan panduan supaya manusia sentiasa berhati-hati

ADUUUYAI PENING !

Salam

NERAKAPUN TAK TERIMA PENJENAYAH YANG BUNUH SOSILAWATI ?

Aduh peningnya kepala nak fahamkan kata-kata luahan menteri wanita Sahrizad, sepening orang yang kepalanya dipukul, cari punya cari dari dunia hinggalah keakhirat tak jumpa nahu ilmu neraka yang tak mahu terima orang yang bunuh kejam Sosilawati tuh

Apa yang manusia tahu sepedih-pedih hukuman Tuhan ialah memasukkan orang yang engkar kedalam bakaran api neraka akan tetapi jika orang yang bunuh Sosilawati dilihat sebagai terlalu kejam sampai api nerakapun tidak mahu terima mereka masuk kedalamnya nak hantar mereka kat mana ?

Orang munafik akan dimasukkan kedalam neraka Allah yang paling bawah dari neraka orang-orang kafir, mungkin yang bunuh Sosilawati itu orang kafir, tidak payah bunuhpun mereka akan masuk juga kedalam api neraka, akan tetapi apabila mereka membunuh secara yang paling kejam tetiba neraka tak mahu terima mereka, aduuuyai nak sumbat mereka kat mana ni

Itulah pasal umat islam memang disuruh menutup aurat barulah betul cakap, jika pakai tudung kepala tapi masih jambul keluar maka akibatnya akan tidak diterima pula oleh neraka jadi hangpa nak tinggal kat mana ? Tu la sebab jika nak bercakap pasal agama belajarlah baik-baik jangan belajar sekerat-sekerat nanti neraka tak terima, lainlah jika neraka tak terima maka akan masuk kedalam syurga


PARTI PERKASA ?

Salam

ANDAINYA PERKASA DIDAFTARKAN SEBAGAI SEBUAH PARTI POLITIK ?

Ibrahim Ali sebelum menubuhkan PERKASA   mungkin telah mencongak kedudukan  orang melayu didalam UMNO yang dilihatnya semakin menjauhkan diri  daripada parti tersebut lalu ia menubuhkan PERKASA sebagai ganti untuk meneruskan perjuangan bangsa melayu setelah UMNO  gagal membela bangsa melayu secara keseluruhannya mengikut perlembagaan negara lalu ia menubuhkan NGO PERKASA sebagai tindakan beradab terhadap UMNO namun lama kelamaan PERKASA nampak bahawa UMNO terus juga gagal lalu mereka berura-ura untuk mendaftarkan PERKASA sebagai sebuah parti politik untuk menyaingi UMNO yang dianggap sudah tidak relevan kepada bangsa melayu

Tengku Razaligh Hamzah telahpun maklum terhadap PERKASA yang berura-ura untuk menubuhkan badan NGO ini kepada pertubuhan politik akan tetapi atas kajiannya ia tidak akan mendatangkan keuntungan kepada orang melayu malah akan memecahbelahkan bangsa melayu sendiri namun mungkin Ibrahim Ali ada bcaannya sendiri, andainya PERKASA benar-benar didaftarkan sebagai sebuah parti politik mungkin UMNO akan bertambah layu kerana halatuju parti itu sudah berubah daripada semangat kebangsaan kepada semangat 1 Malaysia, jadi untuk menyelamatkan semangat bangsa maka terpaksalah PERKASA didaftarkan sebagai sebuah badan politik kemudian mereka akan menyertai BN kemudiannya

Orang UMNO mungkin melihat percaturan hendak memperkokohkan bangsa melayu ini ada baiknya PERKASA menceburkan badan NGO ini kepada badan politik namun Apakah dengan adanya Partai PERKASA maka politik orang melayu akan bertambah kuat sedangkan kebanyakan ahli PERKASA adalah juga ahli UMNO jadi dimana untungnya  dan dimana kuatnya, tambahan pula jika hendak menempatkan calon bagi merebut kerusi parlimen ataupun DUN tidak dapat tidak mereka akan  bergaduh sudahnya kerana kerusi UMNO mungkin akan berkurangan

Seperkara lagi andainya parti PERKASA didaftarkan sebagai sebuah parti politik dan mereka menyertai BN tentunya diantara ahli parti komponen ada yang tidak berpuas hati terutama dari MCA yang sememangnya tidak bersetuju dengan PERKASA kerana dasar extremnya yang dianggap melampau batas kerukuman dalam keharmonian kaum dan mungkin juga MCA akan memikirkan kembali kedudukannya didalam BN yang akhirnya kewujudan PERKASA tidak langsung menguntungkan malah bertambah rugi

DR SYED HUSAIN ALI TIDAK BERTANDING

Salam

SENATOR DR SYED HUSAIN ALI MENGESAHKAN TIDAK MEMPERTAHANKAN JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PKR

Timbalan presiden parti Pkr Senator Dr Syed  Husain Ali mengesahkan bahawa dia tidak akan mempertahankan jawatan timbalan Presiden PKR kerana mahu menumpukan kepada penulisan dan keluarga tambahan pula umurnya telah meningkat 71 tahun dan memberikan kepada orang yang lebih muda dan bertenaga

Pada mulanya dia berhasrat untuk memegang jawatan tersebut selama dua penggal namun hasratnya tidak kesampaian dan dia bersifat terbuka untuk tidak lagi mempertahankan jawatannya itu, dia semacam keciwapun ada namun dia tidak dapat menafikan keupayaannya sudah tidak lagi sesuai dengan keadaan umurnya yang ada

NAJIB TERTEKAN

Salam

Najib tentunya merasa tertekan apabila dua pandangan yang salah satunya terpaksa diikut, jika Najib mengikut nasihat Tun Mahadzir supaya berbaik dengan PERKASA nanti MCA pula akan merasa keciwa kerana MCA memang anti PERKASA dan ada kemungkinan MCA akan lari dari menyokong  UMNO, jika Najib menyokong dan mengikut nasihat MCA maka melayu yang telah tawar hati dengan UMNO akan terus lari tidak mahu menyokong UMNO pula sebaliknya akan menyokong Pakatan Rakyat jadi apa pilihan yang akan diambil oleh Najib dan rakannya daripada UMNO ?

Sekarang Umno sudah ujud dua musuh dalaman iaitu orang melayu dan MCA selain daripada Pakatan rakyat jadi apakah usha yang bakal akan diambil untuk menstabilkan UMNO khasnya dan BN/UMNO amnya bagi menghadapi PRU 13 nanti ?

APA MAHADZIR MAU DAN MCA MAU ?

Salam

MAHADZIR MAU UMNO BERBAIK DENGAN PERKASA, MCA MAHU UMNO JAUHKAN DIRI DARI PERKASA, UMNO BOLEH PILIH SENDIRI

Apa yang  UMNO mahu ialah semua orang melayu kembali kepada UMNO bagi memperjuangkan nasib orang melayu yang dikatakan telah jauh ketinggalan kebelakang, tidak pula disebut kebelakang sejauh mana jika dibandingkan dengan bangsa yang lain, soalnya bolehkah lagi diharapkan kepada UMNO untuk memperjuangkan nasib orang melayu setelah pucuk pimpinannya beralih kepada gagasan 1 Mlaysia 

Tun Mahadzir bekas perdana menteri nampak UMNO tidak boleh pinggirkan PERKASA setelah ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin nampak PERKASA tidak memberi untung kepada UMNO malah menambah parahkan  sokongan melayu kepada UMNO, nada Khairy ini mirip dengan pandangan MCA yang mahukan UMNO jangan berbaik dengan PERKASA kerana dikatakan merugikan perjuangan UMNO

Mungkin pandangan Khairy dan MCA ini ada benarnya kerana setiap terbukanya mulut PERKASA maka orang melayu telah meluat dengan PERKASA kerana sikap PERKASA yang sangat ektrem dan terlalu mengambil berat kepada hak istimewa  orang-orang melayu namun hak istimewa itu sebenarnya hanya dapat dinekmati oleh golongan orang melayu tertentu sahaja iaitu golongan ahli UMNO sahaja selain itu mereka menggigit jari

MCA mungkin ada alasan yang tersendiri mengapa mereka tidak mahu UMNO berbaik-baik dengan PERKASA, mungkin salah satu sebabnya ialah kerana mereka takut konsef 1 Malaysia akan menjadi gagal dilaksanakan kerana mereka sendiripun faham tentang rakusnya PERKASA untuk memiliki hazanah negara tertentu dipulangkan kepada bangsa melayu yang sedikit demi sedikit telah hilang kerana kerakusan mencari untung kumpulan  kroni bagi menimbun kekayaan

Tun Dr Mahadzir juga ada alasan yang tersendiri mengapa dia mahukan UMNO berkerjasama erat dengan PERKASA, mungkin dia nampak melalui perkasa orang melayu akan bersatu kembali sedangkan PERKASA sudah tidak diperdulikan oleh kebanyakan orang melayu sekalipun ada dakwaan orang melayu sukakan PERKASA, semua ini adalah tidak benar terutama orang melayu dari Pas dan juga PKR yang bertambah meluat dengan PERKASA kerana PERKASA berjuang hanya untuk memulihkan melayu UMNO sahaja


RAKYAT KELANTAN WAJIB BERBANGGA DENGAN SULTANNYA

Salam

Rakyat di negeri Kelantan wajib merasa bangga dengan Sultannya kerana kedudukan Sultan mereka menepati apa yang telah ditentukan oleh agama islam, inilah satu-satunya Sultan di negara ini yang cenderung kepada mengemaskan syarat dirinya sebagai seorang pemimpin bagi umat islam terutama di negeri Kelantan sendiri dan tidak mustahil apabila baginda memegang jawatan Yang Dipertuan Agong disatu hari nanti agama islam dinegara ini akan menjadi lebih baik kedudukannya dibawah pentadbiran baginda

Sebarang diingatkan kepada rakyat dinegara ini bahawa setiap yang terbaik pasti ada resikonya dan resiko itulah yang menguatkan lagi perjuangan baginda untuk mengukuhkan islam dirantau ini dengan syarat rakyat mestilah bersama baginda dan baginda mestilah juga bersama-sama dengan rakyat ibarat aur dengan tebing, insya Allah Kelantan akan lebih maju dan aman
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.