Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LUPAKAN MELAYU ?

Salam

LUPAKAN KETURUNAN JIKA 1 MALAYSIA MAHU BERJAYA !!!

Tamparan hebat kepada PERKASA apabila Presiden PKR menempelak kepimpinan melayu yang hanya mahu melayu menjadi tuan, nampaknya pandangan Presiden PKR ini mendapat sokongan daripada bekas Presiden UMNO iaitu Tun Mahadzir Muhammad, yang mana beliau berkata LUPAKAN KETURUNAN JIKA 1 MALAYSIA MAHU BERJAYA

Sebenarnya kenyataan Mahadzir ini adalah tamparan yang paling hebat terhadap PERKASA dan juga kepada  orang UMNO yang karat hijau, apa yang diutarakan oleh Wan Azizah, Dr Mahadzir adalah menepati rancangan Dato' Najib Tun Razak dengan memperkenalkan 1 Malaysia, akan tetapi kenyataan Tun Mahadzirlah yang agak memeritkan hati PERKASA kerana bukan saja dia suruh lupakan bangsa akan tetapi KETURUNAN

Orang UMNO khususnya yang berjuang berasaskan semangat bangsa tentunya merasa keciwa dengan kenyataan pemimpin diatas akan tetapi sebenarnya itulah kenyataan yang tepat buat masa sekarang iaitu melupakan ketuanan melayu dan keturunan kerana dasar bangsa yang dibawa oleh bangsa melayu dinegara ini belum lagi menampakkan keadilannya kepada bangsa melayu itu sendiri

Orang Pas dan Pkr tentunya sudah merasakan keperitan akibat perbuatan ketuanan melayu yang dibawa oleh UMNO sedikit masa lalu, mereka dipulau diasingkan dalam masalah ekonomi wa imma persidangan menteri besarpun mereka pernah dipinggirkan ini menunjukkan bahawa semangat melayu tidak boleh pakai langsung kerana semangat melayu adalah semangat hipokrit

UMNO menyedari bahawa semangat melayu tidak akan sampai kemana-mana, memekiklah sampai bila-bilapun maka semangat itu akan luntur dengan sendirinya sebab itulah Dato' Najib memilih 1 Malaysia untuk aginda perjuangan dasar perjuangannya, disamping mahu mengambil hati dia juga mahu terus mengekalkan kuasa yang ada akan tetapi sampai bila ?


SERONOK SEMBANG DENGAN UMNO

Salam

Dalam UMNO jika mereka dari golongan Dato dan Tan Sri yang sudah tidak lagi jadi wakil rakyat maka mereka akan diberikan peluang berniaga, ada yang telungkup dan ada yang berjaya yang telungkup biasanya tidak dapat sambung kontrak perniagaan, alasannya ? Mereka kata persaingan terlalu hebat, yang hebat itu biasanya ada duit lebih bagi derma pada parti dan parti akan ushakan kontrak yang lain, sambung kontrak ...

Kadangkala golongan yang tidak dapat kontrak call kita sembang-sembang politik, kadangkala dua tiga orang dato' berkumpul dengan yang tidak dato' dan sambil minum sambil sembang, sambil itu panggil lagi dato' join sama, kembarkan meja kat restoran tu, akhirnya ramailah mereka berborak politik, kita dari bulan ni kadangkala terasa janggal juga dengan puak-puak ni kerana kebanyakan mereka bercakap pasal politik hentam sesama sendiri, bila mereka agak tegang kita tolong setel jika ada bab hukum ditanya

Dato'
Pak Karamu, betulkah niat orang Pas mahu memperjuangkan islam ?

Pak Karamu
Mengikut dasar parti itu memanglah betul, saya rasa hal tersebut adalah maklum

Dato' 1
Tapi sudah sekian lama Pas memperjuangkan islam akan tetapi tidak nampakpun islam yang diperjuangkan

Pak Karamu
Dato' mahu islam yang macam mana yang Dato' hendak lihat Pas lakukan sehingga Dato' berpuas hati ?

Dato' 1
Islam yang semua orang boleh terima, jika boleh semua kaum boleh terima, barulah islam itu dihormati !

Pak Karamu
Apa yang menjadi masalahnya Dato' ialah orang ramai hanya boleh menerima islam jika kehendak mereka dituruti, sedangkan islam ada batas sempadan halal dan haramnya, kerana islam ada panduan untuk di ikut

Dato'
Bila agaknya Pas mahu laksanakan hukum hudud, barulah nampak Pas memperjuangkan islam tulin

Pak Karamu
Jika kebanyakan umat islam membantu Pas untuk melaksanakan hukum hudud  mungkin  boleh berjaya kerana  Pas memerlukan ramai wakilnya di Parlimen sedangkan ramai wakilnya kalah di tangan Bn, pun begitu Pas memang pernah meminta kerajaan pusat meminda perlembagaan negara bagi membolehkan Pas melaksanakan hudud sekurang-kurangnya di Kelantan akan tetapi UMNO bantah, malah hendak ambil tindakan undang-undang keatas Pas

Dato 1
UMNO tidak bantah jika sekiranya hudud yang Pas bawa benar-benar Hudud islam, apa yang UMNO lihat hudud itu macam hudud yang Pas cipta sendiri !

Pak Karamu
Boleh Dato' terangkan tentang mana macam hudud Pas itu ? Sedangkan hudud yang disediakan Pas dulu dibantu oleh Prof Ibrahim dari UIA, takkanlah ia dicipta mengikut acuan dan kehendak Pas, hudud adalah hududullah (hukum had dari Allah) yang susahnya kita suka ikut cakap orang yang tidak faham
Dato'
Ok lah, ok lah ! saya setuju dengan Pak Karamu, memang hudud itu betul tapi mungkin ia ditolak sebab takutkan orang bukan islam tidak mahu terima dan mereka akan menjauhkan diri dari UMNO dan akan hilang sokongan, sebab itu kerajaan tolak

Pak Karamu
Itulah yang sebenarnya ! Sebab ada kepentingan politik disitu, lalu UMNO tolak, sedangkan Allah bagi tahu "jangan takutkan manusia akan tetapi takutlah kepada KU"

Dato' 1
Jadi nampaknya Pas sia-sia sahaja memperjuangkan islam kerana Pas tidak akan berjaya sampai bila-bila, bukankah lebih baik Pas menyertai UMNO 

Pak Karamu
Jika Pas menyertai UMNO islam semakin jauh di hati orang islam kerana sekian lama UMNO memerintah di negara ini mereka tidak langsung mahu bercakap tentang hudud (hukum Tuhan) yang mereka war-warkan hanyalah syi'ar islam yang tidak membawa kepada akidah, sebab itu kita lihat sekarang kebanyakan orang islam telah rosak akidah terutama orang melayu yang menganut agama islam

Dato'
Betul tu ! Eh ! akidah tu apa yang sebenarnya ?

Pak Karamu
Akidah itu ilmu yang berhubung dengan manusia dan Tuhan iaitu perhubungan diantara manusia dan Tuhan, Tuhan sebagai tuan kita, sementara kita ini adalah hambaNya jadi kita kenalah ikut arahan Tuan kita, jika tidak kita ini hamba apa namanya ?

Dato' 1
Oklah ! Yang orang melayu  marah pada Pas ni ialah kerana Pas berkawan dengan DAP yang terang-terang menolak islam, jadi kita minta Pas elok keluar dari Pakatan Rakyat

Pak Karamu
Oooooo ! mungkin inilah yang sebenarnya tujuan kita bercakap petang nih, Ok lah mari kita buka dengan terbuka minda kita dan kita fikirkan secara ikhlas, bagaimana jika saya katakan  UMNO sendiri tidak mahu kepada islam ? Sebab jika UMNO berminat dengan agamanya sudah tentu mereka laksanakan atau sekurang-kurangnya mereka tukar perlembagaan parti mereka kepada berlandaskan islam yang berpandukan al quran dan hadis, sementara orang bukan islam tak payahlah kita sebut kerana sudah maklum

Dato'
Oklah, Pak Karamu ada kuliah malan ni, nanti kita sambung ........





CUBALAH PELAJARI ISLAM SECARA JUJUR

Salam

Ada pemimpin UMNO bagi tahu pak karamu "Kami memperjuangkan islam juga akan tetapi berdasarkan kepada semangat bangsa ! PAS juga katanya memperjuangkan islam akan tetapi derdasarkan islam ! "

Pak Karamu lihat lama-lama muka pemimpin UMNO ini nampaknya seperti dia hendak menegakkan benang yang basah yang tidak mungkin tegak, Pak Karamu bagitahu dia "Berdasarkan panduan apa dato sebut begitu ? Dalam agama tidak sebut begitu malah dilarang berbuat demikian "

Dato ini berkata " Pokoknya bukankah kita sama-sama memperjuangkan islam ? Saya jawab " Setiap kita mahu memperjuangkan satu-satu dasar tentulah ada konsepnya, konep bangsa adalah terlarang, dan agama kita suruh kita tegakkan islam berdasarkan agama islam (Ia itu La Illaha Illallah  Muhammadarrasulullah)  itu sendiri kerana ada jaminan daripada Allah berbuat demikian dan Pak Karamu kata "tidak ada kaum dari kumpulan islam sejak dari zaman nabi hinggalah sekarang yang memperjuangkan islam berdasarkan kepada semangat bangsa melainkan UMNO"

Dato ini bingkas macam nak marah ! 

Dato'
Habisss ! tak betulkah kami memperjuangkan islam berdasarkan kepada bangsa ?

Pak Karamu
Tak betul,  kerana tidak terdapat didalam agama islam yang membenarkan berbuat demikian

Dato'
Akan tetapi kami banyak mendirikan masjid dan surau dan pusat islam yang telah diakui oleh negara islam diluar negara dan mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam morden !

Pak Karamu
Tentang membena masjid, surau dan pusat islam dan sebagainya itu adalah syi'ar islam BUKAN agama islam, sementara yang di iktiraf oleh kebanyakan pemimpin negara islam dari luar negara sebenarnya mereka juga jahil islam kerana Malaysia bukan negara islam sebenar akan tetapi negara umay islam

Dato'
Jadi Malaysia bukan negara islam ?

Pak Karamu
Bukan ! Kerana umat islam belom lagi mengislamkan negara Malaysia, dengan menanggalkan perkara yang terlarang yang berada diatasnya 

Dato'
Jika demikian islam UMNO dan PAS berlainan ?

Pak Karamu
Ketidak fahaman itulah sebenarnya kita berlainan, jadi eloklah Dato' rujuk kepada quran dan hadis, jangan main ikut-ikut kata orang, nanti Dato' diketawakan oleh orang yang faham hukum

Dato'
Merungut %^&$#*&(%$#^% Tak guna punya ustaz UMNO

PKR GESA TINGGALKAN KETUANAN MELAYU

Tuan

Ketuann melayu maksudnya melayu jadi tuan di negara melayu, ok, ok ! tak apalah jika negeri ini melayu yang punya akan tetapi negara ini bukan lagi melayu yang punya, kerana sudah dijual ke bangsa Malaysia jadi tidak ada haklah melayu untuk menjadi tuan, mungkin Wan Azizah mahukan ketuanan Malaysia dan pandangan Wan Azizah ini mungkin sama dengan pandangan Dato Najib iaitu 1 Malaysia bukan 1 Melayu

Daripada tanah melayu menjadi persekutuan tanah melayu, dari persekutuan tanah melayu menjadi Malaysia, Ishhhh ! Tak payahlah nak ingatkan ketuanan melayu sebab semua rakyat sudah tahu bahawa ketuanan melayu memang dah tak ada, yang ada sekarangpun cuma kebetulan sahaja sampai masa jatuhlah dia

APABILA ZAHID TUBUH PARTI BARU

Salam

APABILA ZZAHID AKAN TUBUH PARTI BARU MAKA ADA  KEMUNGKINAN DIA MENYERTAI BN/UMNO DAN JIKA BERLAKU DEMIKIAN MAKA PARTI ITU AKAN CEPAT TERHAKIS, ANDAINYA DIA MENYERTAI PAKATAN RAKYAT MAKA MUNGKIN DIA DAPAT SEKADAR BERTAHAN, JIKA DIA TIDAK MENYERTAI APA-APA PAKATAN MAKA PARTI ITU AKAN MENYAINGI HEBAT PKR TAPI MENGAMBIL MASA UNTUK KOKOH

Kerana Nak Demokratik ?

Salam

PKR Kerana dikatakan nak sangat demokratik sehinggakan maruah parti menjadi hina dimata rakyat, malangnya nama demokrasi yang dilaungkan itu akhirnya terbongkar amalan zalim oleh  Tok dalang  parti terhadap pimpinannya, ini jangan hendak dinafikan, persoalannya mengapa terjadi demikian ? adakah mereka berbuat demikian terhadap pimpinan tertentu kerana pimpinan tersebut masih ada link dengan orang tertentu  UMNO ?

Orang ramai yang ada akal tidak kesah sangat dengan perangai orang politik, akan tetapi orang ramai yang pakai otak  mereka suka dengar dan ambil tahu tentang politik kotor dan orang politik yang pakai otak pula akan menggunakan segala kemahiran tipunya untuk melaga-lagakan supaya orang ramai tahu bahawa parti tertentu dinilai buruk oleh rakyat demikian apa yang terjadi didalam PKR

80% orang ramai bila ditanya tentang PKR mereka berkata PKR sebenarnya parti untuk Anuar, ini bererti mereka tidak suka dengan Anuar BUKAN tidak suka kepada PKR, sementara itu orang ramai juga mengeluarkan pandangan bahawa Presiden Parti sepatutnta bersuara terhadap kepincangan pemilihan PKR bukan berdiam diri tentang apa yang berlaku

Orang ramai juga cukup merasa malu tentang kes Anuar yang hina dengan kes yang dihadapinya, mereka berkata "tidak mengapa jika Anuar merompak,menyamun dan sebagainya akan tetapi jika hal liwat di ketengahkan maka ia tiada ma'af kerana Allahpun murka dengan kerja kotor ini seperti zaman nabi Allah Luth dan sekalipun dia hanyalah satu tuduhan, yang hat dulupun begitu juga

Sepatutnya bila kes dulu dia dilepaskan pada sa'at akhir sepatutnya dia buat saman malu tapi dia tak buat apa-apa untuk bersihkan nama dia tu tanda dia ..........  DEMIKIAN TANGGAPAN ORANG RAMAI TERUTAMA ORANG PKR DAN PAS SENDIRI TERUTAMA ORANG YANG DISEBELAH UTARA

BERSELAWAT ATAS ALLAH ? Bujang susah .....

Salam

GELI HATI SUNGGUH !

NAK KATA BANGANG DIA IMAM, NAK KATA BODOH DAN BANGANG DIA ADA TAULIAH KOT, TAPI DIA MEMANG BANGANG LAGI BODOH

Apa yang kita tahu Allah dan para Malaikatnya berselawat atas Nabi dan juga orang-orang yang beriman dituntut berselawat atas nabi tapi di Sabah ada imam yang suruh berselawat atas Allah ? la ! Apa dah jadi dengan Imam UMNO ? demikian yang berlaku di Sabah semasa pilihanraya Batu Sapi - Berita bujang susah

Perkara ini mungkin dipandang remeh temeh akan tetapi ia boleh merosakkan akidah sebab ada Imam yang menyamakan Allah dengan makhluk, apakah imam ini menyangka bahawa Allah ini bersifat lemah yang perlu diberikan solawat ? Aduuuus ! Sakit kepala dibuatnya, mengapa terjadi perkara yang terbalik ? Apakah nanti makhluk akan mengakui dirinya sebagai Tuhan ? Nak jadi Firaun ke ?

Walaupun berita ini terlewat atau baru tersedar namun ia perlu diperbetulkan macam kes mata lebam pula kes ini, mungkin kes ni macam mahu memperbodohkan orang islam di Sabah yang bergelut dengan pengembangan agama kristian yang Tuhan itu ada anak , bapa dan ibu, sebenarnya banyak perkara yang boleh dikaitkan dengan kes yang berlaku dari sudut akidah, orang Sabah boleh faham ?

HAKIM DIPERTIKAI ?

Salam

AKAN HILANGKAH KEDAULATAN UNDANG-UNDANG DI NEGARA INI ?

Sesuatu yang tidak diduga terhadap kesucian dan kebebasan undang-undang di negara ini telah berlaku apabila Peguambela Dato Sri Anuar Ibrahin (Karpal Singh) membuat tuduhan bahawa Hakim telah melakukan sikap berat sebelah dengan ketara serta membuat ugutan penghinaan Mahkamah terhadap peguam tersebut dan meminta Hakim tersebut menarik diri secara terhormat, demikian hujah undang-undang yang telah dikemukakan oleh Karpal Singh di Mahkamah Tingg hari ini

Hujahan maklum balas daripada Peguam kanan peguamcara negara II Dato Mohd Yusuf Zainal Abiden akan didengar esok kerana beliau dikatakan tidak sihat pada hari ini

Kita tidak tahu apa yang sedang berlaku di Mahkamah tentang penghinaan mahkamah yang dikatakan oleh Karpal Singh, mereka yang tahu membaca bahasa undang-undang yang dicipta oleh manusia dan yang menjadi amalan kepada mereka, namun apa yang jelas kepada pandangan mata rakyat umum mahkamah telahpun dicemar kedaulatannya ekoran dari tindakan Karpal Singh yang melihat kedaulatan undang-undang telahpun dicabul secara terangan dan dia sebagai pengamal undang-undang tentunya faham bahasa undang-undang


MATA LEBAM ANUAR TIMBUL BALIK ?

Salam

KES 12 TAHUN LALU TIMBUL BALIK ATAS ARAHAN KABINET DATO' NAJIB, KITA LIHAT SIAPA YANG KENA !

Dua orang menteri diarah untuk menanyakan kepada peguam negara tentang mata lebam Anuar yang ditumbuk oleh ketua polis negara masa itu iaitu Rahim Nor, mungkin ada yang tidak kena dengan kes tersebut, perkara ini terbongkar apabila Dato' Md Zain Ibrahim mendakwa mempunyai maklumat terbaru berkait dengan mata lebam tersebut yang melibatkan Ghani Patail

Menteri yang terlibat ialah Dato' Nazri Aziz dan juga Dato' Rais Yatim yang sekarang ini sedang berada di Makkah menunaikan ibadat haji, persoalannya mengapa kes yang telah berlalu 12 tahun dulu timbul kembali sedangkan orang yang menumbuknya telahpun menjalani hukuman, Apakah kes ini akan  menjadi lebih kecoh lagi jika ada kes penginayaan berlaku dan mungkinkah perkara ini akan kembali ke Mahkamah ?

Kes ini pasti ada rahsia disebaliknya jika tidak masakan ia ditimbulkan kembali dan tentunya ada yang tidak berpuas hati yang mahukan kes mata lebam ini diketahui oleh orang ramai yang menunjukkan ada perancangan jahat yang mereka-mereka lakukan, jika ianya bernar ada perangcangan jahat maka sudah tentu kes ini akan melibatkan orang tertentu dan mereka mungkin akan disiasat dan mungkin akan menghadapai hukuman apabila kes ini terbongkar kelak dan diadili, KITA LIHAT SIAPA YANG KENA ?

MAHKAMAH BENARKAN ANUAR ...

Salam

SELEPAS PUAS BERENTAP UNTUK MENDAPATKAN LAPORAN PERUBATAN SAIFUT DARI HOSPITAL AKHIRNYA ANUAR DIBENARKAN MENDAPATKANNYA, KITA LIHAT SAMA ADA LAPORAN PERUBATAN INI BOLEH MENYELAMATKANNYA DARI DISUMBAT KE PENJARA SUNGAI BULUH

TENTU BANYAK SOAL JAWAB TENTANG LAPORAN PERUBATAN INI, IA SESUSAH UNTUK MENDAPATKANNYA, MAKA BERPELUH KUNINGLAH DOKTOR UNTUK MENJAWABNYA, SILAP-SILAP DOKTOR PULA AKAN MENANGGUNG RESIKONYA

TERLALU SUKAR UNTUK MENDAPATKANNYA, MAKA TERLALU SUKAR UNTUK MENJAWAB SOALAN DARI KARPAL SINGH, MUNGKIN TERDAPAT RAHSIA DIDALAMNYA, JIKA TIDAK MASAKAN TERLALU SUKAR UNTUK MENDAPATKANNYA, NAMUN JIKA IANYA MUDAH DAN TIADA RAHSIA BESAR DIDALAMNYA MENGAPA IA SUKAR UNTUK DIPEROLEHI SEHINGGAKAN  TIMBUL PERSOALAN MENGHINA MAHKAMAH BARU IA DIBENARKAN


KEMPEN PRU 13 BERMULA

Salam

TEMBELANG SUDAH PECAH !

TANDA PRU HAMPIR, PENGHULU TELAH DIBERIKAN TAKLIMAT, KEMUDIAN PENGETUA DAN GURU KEMUDIAN MUNGKIN PEGAWAI KERAJAAN

Kempen keselamatan negara di Cameron Highland oleh kerajaan BN/UMNO bertukar menjadi kempen memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat, mereka memburukkan pemimpin Pakatan Rakyat terutama Dato Sri Anuar Ibrahim, DAP dan membuat tuduhan Dato Sri Mohd Nizar adalah Boneka kepada DAP

Diberitakan bahawa BN/UMNO juga akan mengumpulkan Pengetua dan guru-guru sekolah  dan pegawai-pegawai kerajaan untuk taklimat keselamatan yang pasti akan bertukar menjadi kempen BN/UMNO, ini semua pertanda PRU 13 sudahpun bermula dan didahului dengan negeri Perak kemudian di negeri lain

Kempen memburukkan Pakatan Rakyat dengan mengatakan jika Pakatan Rakyat memerintah maka negara akan menjadi huruhara ?  membuktikan perancangan yang jahat sudah diatur inilah yang ada didalam minda Pak Karamu kerana jika Pakatan Rakyat menang nanti maka akan ada perancangan untuk menghuruharakan negara dan mageran akan diistiharkan dan terbantutlah kerajaan Pakatan Rakyat, 

Kemungkin ini telah dirancang dan sudah tentu mereka mempergunakan polis dan tentera kerana badan tersebut adalah dibawah kuasa pentadbiran kerajaan pusat jadi sebelum Pakatan Rakyat berkuasa nanti maka huruhara akan dicipta dan mageran akan diumumkan kemudian tentera/Polis akan berkuasa sementara untuk mengawal keselamatan negara, nampaknya jika andaian ini benar-benar akan berlaku maka demokrasi mati dahulu kemudian negara akan menghadapi kecelakaan dan mati kemudian

Semua perancangan ini MUNGKIN membantutkan Pakatan Rakyat menuju ke Putera Jaya 


SYABAS VS KERAJAAN SELANGOR

Salam

TUNJUKKAN KUASA YANG MANA LEBIH BERKUASA

Syabas ! Mahu lawan dengan kerajaan Selangor ? Mahu dibatalkan Lesen ? Atau mahu meneruskan  kutipan tabung Budi yang dijana oleh Kerajaan Selangor, mana anda mahu ? Sementara itu kerajaan Selangor memberi notis 14 hari kepada Syabas untuk membuat pengumuman didalam akhbar utama dan Kerajaan Selangor tentang pengumuman pemberhentian kutipan tersebut jika tidak Syabas akan merasa pahit dalam perniagaan air di Selangor

Isu ini sebenarnya adalah isu besar dan isu politik yang mana Syabas tidak begitu gemar Kerajaan Selangor memberikan air sabsidi kepada rakyat Selangor kerana takutkan rakyat menyokong kerajaan Pakatan Rakyat kerana kesannya tersangat besar dalam usha kerajaan Barisan Nasional mahu mengambil alih kerajaan yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dan kebanyakan Syabas tentunya ada dalang dibelakang mereka

Syabas ditubuhkan sebelum kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Selangor jadi sudah tentu anggota pengarahnya adalah dari ahli-ahli UMNO yang menjadikan isu air subsidi ini sebagai mensabotaj kerajaan Pakatan Rakyat dan waktu terakhir ini masing-masing nak tunjuk kuasa jadi tunjukkanlah kuasa jika ada yang berani berbuat demikian

Apa yang terbaiknya untuk kepentingan rakyat kerajaan Selangor perlulah menamatkan Sybas dengan mengambil alih kosesi air di Selangor tersebut biar mereka faham erti kuasa kepada kerajaan negeri yang memerintah, jika tidak mereka akan terus menggunakan isu air sebagai isu politik dan merampas kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor

SIAPA BERBOHONG ?

Salam

TUNJUKKAN BUKTI PERMOHONAN !

PENGARAH PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA (ROC) DATO MOHD ALIAS KHALIL BERKATA PEHAKNYA MASIH BELUM MENERIMA PERMOHONAN PR

Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri dari parti-parti PAS,DAP dan PKR telah memohon pendaftaran sebagai sebuah parti komponen masih lagi belum mendapat kelulusan dari pendaftar pertubuhan tersebut sedangkan pilihanraya umum ke 13 DAN PILIHANRAYA SARAWAK semakin hampir

Sementara menteri dalam negeri Dato Hishamuddin berkata PR sebenarnya tidak setabil sebagai sebuah parti komponen, dan pengarah pertubuhan Dato Mohd Alias Khalil pula menafikan ada menerima permohonan daripada Pakatan Rakyat sedangkan dikhabarkan permohonan tersebut sudah lama dihantar, jadi siapa  yang berbohong ?

Rakyat rata-rata mahu perubahan didalam negara ini dan mahukan Pakatan Rakyat memerintah terutama kalangan muda, mereka mahu bersama-sama Pakatan Rakyat  bergabung menjadi sebuah parti sepertimana Barisan Nasional terutama menghadapai pilihanraya negeri Sarawak

Rakyat negeri Sarawak mahukan Pakatan Rakyat menjadi sebuah parti untuk menyaingi Barisan Nasional demikian juga rakyat di Malaysia Barat, dan Pakatan Rakyat jika benar mereka telah membuat pendaftaran maka mereka perlu membuktikannya sekurang-kurangnya salinan permohonan tersebut perlulah disiarkan sebagai bukti bagi membongkar  pembohongan daripada Pengarah Pendaftaran Pertubuhan (ROC) andainya salinan permohonan tersebut tidak ada maka sahlah Pakatan Rakyat yang berbohong

Tinjauan yang dibuat menunjukkan orang ramai mahukan Pakatan Rakyat didaftar sebagai sebuah parti dan mungkin juga BN/UMNO telah meneroka pandangan orang ramai dan mendapati rata-rata rakyat mahukan perubahan dengan memilih parti gabungan dibuat, agaknya sebab itu menteri dalam negeri berdolak dalih membuat kenyataan, demikian juga dengan Pengarah Pendaftaran Pertubuhan tersebut sebab BN akan hancur dan hilang kuasa apabila Pakatan rakyat bertanding dibawah satu lambang parti

MENGAPA ANUAR BERANG ?

Salam

PEGUAM NEGARA II BERKATA " KAU TIDAK FAHAM UNDANG-UNDANG !

Apa sudah jadi ?

Penilaian orang kampung yang tidak tahu undang-undang atau buta dengan undang-undang tentunya fahan tentang kata yang diluahkan oleh peguam negara II Dato Muhd Yusuf yang meluahkan kata-kata "KAU TIDAK FAHAM UNDANG-UNDANG !   kata-kata ini tentunya ditujukan kepada Dato Sri Anuar Ibrahim sesudah Anuar Ibrahim berkata "PENDAKWA MENYARING SEMUA BUKTI ?  Tentunya kenyataan Anuar Ibrahim ini bermaksud kerana dia gagal mendapatkan laporan perubatan dari HKL ekoran itu berlakulah pertikamam lidah diantara Anuar dengan pendakwa raya ini

Dalam kes ini tentunya bukan sahaja Anuar saja yang tidak faham dengan undang-undang akan tetapi hakim juga tidak faham dengan undang-undang terutama bacaan pada sek 45 akta keterangan tahun 1950 yang menyatakan  syarat seseorang pakar perlu mengemukakan dokumen bagi menyokong hujah yang dikemukakan di Mahkamah,  seksyen inilah yang menyebabkan Karpal Singh membuat permohonan agar hakim dilicutkan kelayakannya dari menghakimkan kes Dato Sri Anuar Ibrahim dalam kes liwatnya, Anuar Ibrahim bukanlah seorang peguam kerana itu memang dia tidak faham dan sebab itu dia melantik peguam untuk membelanya, jadi memanglah Anuar tidak faham akan tetapi perlukah pendakwa raya berkata "KAU TIDAK FAHAM UNDANG-UNDANG ?

Karpal Singh memang pengamal undang-undang dan dia tentunya tahu selok belok undang-undang kerana itu dia melihat sikap hakim macam tidak faham undang-undang kerana itu dia tidak berpuas hati dengan hakim lalu dia mahu hakim ditukarkan dan rasanya hakim dan pendakwa rayapun adalah orang yang pandai undang-undang akan tetapi mengapa berlaku ketidakpuasannya hati Karpal Singh ? Apakah bacaan hakim dan pendakwa raya tidak menepati kepada kefahaman Karpal Singh sehinggakan Karpal menjadi tidak faham tentang sek 45/1950  tersebut ? Atau siapakah yang sebenarnya yang tidak faham ?

Walau apapun pandangan mereka yang menjadi pengamal undang-undang di negara ini nampaknya orang kampung nampak pandangan Karpal Singh ini lebih demokratik dari pegawai undang-undang mahkamah yang membicarakan kes Dato Sri Anuar Ibrahim ini sementara pengamal undang-undang dari mahkamah nampak semacam menekan dan tidak demokratik, namapknya ada yang ditakuti oleh mahkamah dan pendakwa rayanya tentang apa yang dipohon oleh Anuar Ibrahim kerana itu permohonan Anuar tidak diluluskan jadi dimana fungsi Sek 45/1950 kepada pembela ? Adakah ia hanya untuk kegunaan mahkamah sahaja ?

MAHKAMAH TEGANG ?

Salam

MENGAPA MAHKAMAH TEGANG ? PENDAKWA MENYARING SEMUA BUKTI ? HAKIM DIMINTA LUCUTKAN KELAYAKAN ?

Apabila hakim sudah tidak dipercayai ! Apabila pendakwa raya sudah dipertikaikan ! Apabila mahkamah sudah tercenar dan dicemar ! Apa lagi yang dapat diharapkan, semuanya gara-gara gagal mematuhi peraturan yang dicipta sendiri iaitu akta kenyataan sek 45 tahun 1950, nampaknya akta ini memakan diri sendiri, seolah-olah menahan jerat kemudian terkena tengkok sendiri, inilah dia ciptaan undang-undang sendiri yang dikatakan keluhuran undang-undang yang termasuk didalam rukun negara

Mahkamah yang membicarakan kes liwat Dato Sri Anuar Ibrahim menjadi kecoh kerana undang-undang akta 45/1950 ini, memakan tuan rupanya undang-undang ini, Anuar pagi ini sudah hilang pertimbangan kerana dia rasa pada akta inilah dia akan menjadi timbul ataupun tenggelam, apabila Karpal bertanya kepada doktor yang berkaitan maka doktor itu banyak menjawab tidak ingat ? Apakah doktor ini fikir kes ini main-main ? sementara pendakwa raya pula menjawab secara tidak demokrasi dengan menuduh Anuar tidak faham undang-undang ?

Rasanya pemikiran orang kampungpun faham perangkap yang dipasang oleh Mahkamah tentang akta keterangan Sek 45/1950 ini yang menunjukkan keluhuran undang-undang dan demokrasi tertutup rapat terhadap orang yang kena tuduh, mungkinkah didalam pemikiran orang kampung mengsyakki bahawa dokumen perubatan yang dipinta sebenarnya adalah kepunyaan orang lain ? Demikian syak orang kampung terhadap kes Dato Sri Anuar Ibrahim ini, ini menunjukkan mahkamah sudah tidak berwibawa sebab itulah juga Karpal Singh akan membuat permohonan supaya hakim ditukar besok

Orang kampung tentunya merasa malu dengan permohonan Karpal ini kerana apa yang telah jelas ialah mahkamah telah menjadi buruk imejnya dimata orang kampung dan antara bangsa, keluhuran undang-undang telah tercemar kerana pengamal undang-undang telah dipertikaikan kewibawaannya diwaktu yang sama keluhuran undang-undang negara tetap juga disuruh rakyat menghormatinya, ini menunjukkan undang-undang negara sudah menjadi undang-undang rimba sekali gus menampakkan pemerintah negara turut menjadi lemah dan tidak boleh dipercayai lagi kerana perlantikan pegawai undang-undang merekalah yang melantiknya

ANUAR HAMPIT KE PENJARA ?

Salam

PEMIKIRAN KAMPUNGAN NAMPAK BERLAKU KETIDAK ADILAN !

Orang kampung tidak banyak faham tentang sepak terajang undang-undang, orang kampung juga tidak banyak faham tentang putar belit undang-undang, akan tetapi orang kampung faham tentang muslihat keadilan kerana orang kampung sudah masak dan selalu menjadi mangsa keadilan oleh muslihat orang yang berkuasa yang sentiasa hendak mengena dan tidak suka terkena konon untuk demokrasi, menghormati dan keadilan, soalnya adakah soal menghormari, demokrasi, keadilan itu dapat menghormati dan mengatasi  undang-undang ?

Dalam kes Dato Sri Anuar Ibrahim pehak peguam bela telah gagal untuk mendapatkan nota perubatan HKL untuk didengar dan dibahaskan demi keadilan semua pehak, menyerahkan nota perubatan  yang dipinta untuk mendapatkan keadilan dalam  memberikan keadilan sesuai dengan akta keterangan sek 45 akta keterangan 1950 dilihat sebagai demokrasi dan perlu diamalkan demi untuk memuaskan hati semua pehak dan tidak timbul soal saksi tidak mahu melihatnya kerana di Mahkamah adalah untuk mencari penyelesaian yang adil, jika mahkamah menghadkan demokrasi berhujah demi keadilan maka fungsi mahkamah dilihat sebagai berat sebelah dan kepercayaan orang ramai terhadap mahkamah akan luntur

Apakah sebenarnya yang berlaku di mahkamah ? Adakah dengan menyerahkan nota perubatan kepada pehak peguam bela dilihat sebagai menyukarkan pehak pendakwaan untuk menjawab segala soalan dari pehak pembelaan atau ada muslihat lain untuk menzalimi tertuduh ? Demikianlah kira-kira yang ada didalam pemikiran orang kampung yang tidak arif tentang undang-undang dan orang kampung hanya nampatk secara jelas hujah yang kelihatan dengan ketidak adilan didalam kes Dato Sri Anuar Ibrahim ini apabila dia dinafikan untuk mendapatkan nota perubatan daripada HKL sedangkan mungkin dengan nota ini maka akan terbongkar satu muslihat untuk menghukum orang yang tertuduh tanpa keadilan

Orang kampung tidak mempersoalkan tentang ujudnya mahkamah untuk seseorang mendapatkan keadilan akan tetapi orang kampung mungkin dapat menilai keupayaan pegawai mahkamah yang kurang mampu berhujah untuk mendapatkan keadilan sejagat apabila menapikan hak keadilan terhadap orang yang kena tuduh untuk mendapatkan bukti bagi mempertahankan dirinya yang dia rasa ada muslihat untuk menginaya dirinya, tentunya dia merasa keciwa apabila haknya dinafikan dan orang kampung pula nampak ketempangan mahkamah yang tidak bersifat demokratik berlaku pada badan bebas itu, justru janganlah bercita-cita untuk menghukum orang yang kita tidak suka kepadanya semata-mata untuk memuaskan hati orang lain






JANGAN TIDUR PRU 13 HAMPIR !

Salam

KEMUNGKINAN BESAR PILIHANRAYA UMUM PADA PERTENGAHAN TAHUN DEPAN BUKAN AKHIR TAHUN !

Perkemas jentera parti, perkukuhkan kerjasama, jangan banyak kerenah tentang dasar parti didalam komponen Pakatan Rakyat, jangan sentuh isu sensitip yang boleh dijadikan modal oleh BN/UMNO yang boleh melunturkan kepercayaan rakyat, jangan keluarkan isu yang membuatkan rakyat menjadi serba salah

Berita PRU 13 umpama ada sesuatu didalam lipatan pimpinan UMNO yang perlu diketahui oleh Pakatan Rakyat, tanda-tanda jelas menunjukkan pilihanraya akan diadakan secepat mungkin sebelum kepercayaan rakyat terhadap BN/UMNO meluntur, salah satu tanda yang jelas ialah pembatalan rombakan kabinet yang sepatutnya memang berlaku disamping perjumpaan agong parti-parti didalam BN yang membuka keahlian kepada ahli dikalangan mereka menunjukkan untuk kelancaran memilih calon pada PRU 13 tersebut

Bertambahnya kos sara hidup yang akan terus melambung menyebabkan BN/UMNO tiada jalan lain selain mempercepatkan pilihanraya untuk mendapatkan  mandat daripada rakyat sementara harga usha tani yang agak menyenangkan orang kampung sekarang ini menunjukkan gula pilihanraya sangat hampir akan diadakan, justru kepada parti-parti didalam Pakatan Rakyat mesti bergerak daripada sekarang

PARTI BARU TIDAK AKAN KEMANA

Salam

JIKA ZAID IBRAHIM MENUBUHKAN PARTI BARU MAKA IA AKAN TERSUNGKUR LEBIH AWAL

Andainya Zai Ibrahim menubuhkan parti baru maka kita mahu tahu apakah dasar perjuangan yang dia bawa, dan keahliannya adakah terbuka untuk rakyat Malaysia ataupun tidak, andainya parti yang baru itu berdasarkan keadilan dan kebenaran maka ia terlalu sukar untuk rakyat untuk mempercayainya kerana politik dan rakyat dinegara ini perlukan berbagai-bagai muslihat dan berbagai-bagai muslihat tersebut memaksanya untuk tidak bersifat lurus, inilah realiti pemikiran  yang terdapat didalam benak rakyat melainkan dasar parti itu mengambil kira soal dosa dan pahala

Membuka keahlian kepada berbagai-bagai kaum mungkin relevan namun sudah ada parti yang berbuat demikian, contohnya PKR,DAP dan PAS dan disini hanya PAS sahaja yang dasarnya adalah islam sementara didalam BN/UMNO juga terdapat parti berbilang kaum akan tetapi ia dikemudi didalam satu ikatan yang agak besar yang diberikan nama Barisan Nasional yang berasaskan menjaga kaum-kaum didalamnya, jadi jika parti baru akan didaftarkan maka rakyat mungkin tidak berminat untuk menyertai parti baru kerana dasar parti-parti dinegara ini sudah cukup untuk menjadi pilihan rakyat

Adalah lebih baik Dato Zaid tidak menubuhkan parti yang baru dinegara ini kerana ia adalah sia-sia sahaja melainkan dia lebih relevan menyertai mana-mana parti yang sedia ada di negara ini serta mengukuhkannya

BERKORBAN UNTUK BERSATU ?

Salam

DR MOHD REDHUAN TEE MEMINTA PAS BERKORBAN UNTUK BERSATU ?

Dr Redhuan Tee mungkin bersikap jujur apabila mengulas ajakan daripada ketua penerangan UMNO kepada PAS supaya menyertai Barisan Nasional katanya untuk perpaduan islam ? Permintan ketua penerangan UMNO itu telah ditolak oleh ketua penerangan PAS (Idris Ahmad) mentah-mentah dan dikatakan juga Presiden PAS telah meminta UMNO mengundurkan diri jika kalah dalam PRU 13 nanti dilihat oleh Redhuan Tee sebagai pandangan yang angkuh dan sombong

Redhuan mungkin juga ikhlas membuat pandangannya akan tetapi Redhuan tidak berada di dalam PAS  sebab itu dia minta PAS berkorban demi bersatu, andainya Redhuan berada didalam jama'ah PAS dia juga tidak sanggup berkorban untuk bersatu didalam BN kerana PAS sudah melakukan yang terbaik bersatu didalam BN selepas May 13 69 dan akhirnya PAS telah dikorbankan oleh BN dengan menendang keluar dari BN ,, Redhuan tahu atau tidak cerita ini ?

Redhuan tidak banyak tahu bagaimana sakitnya PAS ketika masa itu dan atas perbuatan UMNO itu PAS hanya minta UMNO memohon ma'af atas perbuatannya akan tetapi UMNO tidak pernah merasa bersalah atas perbuatan kejamnya, jika Redhuan Tee nampak PAS sebagai sombong dan angkuh akan tetapi Redhuan tidak nampak yang UMNO bersikap KEJAM  mengapa ? Apakah Reduan ini seorang UMNO yang baik ?

Ulasan Dr Redhuan Tee nampak cantik didalam ulasannya pada harian mingguan Malaysia hari ini, dan dalam ulasannya  orang bodohpun faham bahawa dia agak berat sebelah UMNO ketika membuat ulasan, Pak Karamu rasa dia bukan orang yang layak bercakap tentang pengobanan untuk bersatu, dia perlu faham banyak hal tentang perangai orang UMNO dan kehendak islam terhadap manusia kemudian barulah dia boleh membuka mulutnya untuk bercakap

Apa yang Dr Redhuan Tee perlu faham ialah bahasa UMNO dan baunya sangat berbisa, yang Redhuan faham hanyalah bahasa Idris Ahmad dan Haji Hadi Awang sahaja jika redhuan tak tahu adalah lebih baik Reduan tutup mulut sekalipun pandangan kamu adalah sikap pribadi dan jangan bercita-cita hendak menjadi agen UMNO pulak

Istimewa Untuk Mu: Happy Brithday Along

Istimewa Untuk Mu: Happy Brithday Along

ADA SEBAB UNDI TIDAK SERENTAK

Salam

ADA SEBAB TERTENTU MENGAPA PKR TIDAK ADAKAN UNDI SERENTAK !

Mungkin ada sebab mengapa PKR tidak adakan pengundian serentak pada pemilihan parti, sebabnya faham-faham sajalah ! Apa yang orang ramai mahu faham ? Mengikut anggota PKR sendiri orang kampung sebelah boleh mengundi pada kampung sebelah ini semua untuk menambahkan jumlah bilangan undi dan sokongan, andainya diadakan pengundian serentak maka mungkin sistem 1 ahli satu undi dapat dilaksanakan jika tidak maka penipuan tetaplah berlaku apa yang ditakutkan ialah anggota parti ada 300 ribu, keluar mengundi 500 ribu



MASA UNTUK UMNO PECAHBELAHKAN PKR

Salam

ADA KEMUNGKINAN UMNO AMBIL KESEMPATAN UNTUK HANCURKAN PKR ?

Menjelang pilihanraya Umum Ke 13 yang tidak berapa lama lagi mungkin UMNO mengambil kesempatan untuk mengeruhkan perpaduan didalam parti PKR dengan memuji dan melambong anggota parti PKR yang tidak berpuas hati terhadap sistem pemilihan didalam  parti PKR dengan tujuan supaya anggota yang tidak berpuas hati tersebut mengikut Zaid didalam parti baru sekali gus bertujuan supaya  PKR menjadi lemah

Mengikut pandangan Pak Karamu sekalipun Zaid Ibrahim menubuhkan parti yang baru  namun penyokong PKR yang terdiri dari kalangan muda tetap akan menyokong Pakatan Rakyat kerana mereka mahukan perubahan didalam negara dan mahukan BN/UMNO berehat dari memerintah di negara ini, andainya UMNO terus memperhebatkan kempen pecah belahkan PKR maka ia tidak menjejaskan Pakatan Rakyat

Kelemahan PKR yang mungkin dinilai oleh UMNO akan menjejaskan kekuatan PR adalah tidak tepat sekalipun kempen untuk pecah belahkan PKR ini menghasilkan beberapa orang pimpinan diperingkat bahagian dan cawangan yang  mungkin menyertai UMNO ataupun menyertai parti baru Zaid Ibrahim ini kerana kepercayaan rakyat masih mengharapkan kepada kekukuhan PAS dan DAP yang kelihatan tidak banyak ragam didalam parti masing-masing


PERISTIWA YANG MENYAYAT HATI DIKENANG KEMBALI

Salam

ORANG UMNO KENA BACA SECARA IKHLAS N 3 INI JANGAN BODOH SOMBONG !

PERISTIWA MEMALI MEMUASKAN HATI PEMERINTAH KETIKA ITU, 3,000 ORANG POLIS DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN APA ? AKHIRNYA 14 ORANG DIBUNUH 

Jika kita ambil kenyataan daripada Presiden PAS atas peristiwa Memali maka ia berpunca dari ketidak puasan hati orang UMNO dan pucuk pimpinan UMNO pada waktu itu yang menuduh PAS kafirkan orang UMNO, lalu debat diminta sebagai jalan penyelesaian atas tuduhan tersebut sama ada UMNO benar-benar kafir (mengikut akidah) ataupun tidak, lalu UMNO bersetuju berdebat akan tetapi  dengan syarat iaitu UMNO tentukan tajuk debat dan UMNO juga yang menjadi Pengurusi debat

Peristiwa pada tahun 85 ini menyaksikan bahawa kesungguhan PAS untuk  menentukan siapa yang kafir ataupun tidak akhirnya dihalang oleh majlis raja-raja,  agak hairan juga pada waktu tersebut majlis raja sangat prihatin terhadap perselisihan orang-orang melayu berhubung dengan  masalah kafir, akhirnya debat batal, sehinggalah pada zaman ini  masalah akidah tidak pernah selesai dan rakyat  tidak pernah tahu apakah batas-batas keimanan dan kekufuran yang berlaku didalan masyarakat melayu

Apabila debat batal maka untuk puaskan hati pemerintah pada waktu tersebut maka mereka mencari jalan lain untuk balas dendam terhadap PAS yang pada waktu tersebut PAS dinegeri Kedah tersangat aktif beroperasi terutama di Baling Kedah yang mana pasukan Polis dipergunakan seramai 3,000 orang yang lengkap dengan berbagai jenis senjata untuk tujuan melakukan operasai di Perkampungan Memali yang kebanyakannya didiami oleh orang islam yang berketurunan melayu Kedah dan membunuh 14 orang termasuklah Ibrahim Libya

Peristiwa ini Pak Karamu tidak mahu nak ceritakan secara terperinci nanti ada yang sesak nafas atau  ada pehak yang berbangga kerana orang PAS berjaya dibunuh, walau apapun peristiwa yang berlaku sebaik saja Pak Karamu telah bersara SATU TAHUN DARI TENTERA baru peristiwa ini berlaku, dan pada hari ini peristiwa di Baling Memali  ini dikenang kembali oleh parti PAS mungkin untuk difikirkan oleh manusia sama ada peristiwa ini wajar berlaku ataupun tidak, apa yang jelas peristiwa ini adalah dibawah pimpinan kerajaan BN/UMNO dan polis dipergunakan

SEBENARNYA UNTUK APA PERISTIWA INI DIKENANG ?

*  Hendak bagitahu rakyat dulu UMNO yang memerintah dan sekarangpun UMNO memerintah dan terus mempergunakan polis untuk kepentingan parti mereka ?

*  Hendak menyedarkan  ahli PAS bahawa perjuangan mereka perlukan pengorbanan yang lebih banyak berkorban ? ATAU  bersedia terkorban ?

*  Atau hendak bagitahu rakyat bahawa parti PAS sentiasa dimusuhi dan di intip pergerakan mereka oleh UMNO dan Polis ?

*  Nak bagi tahu rakyat  hanya orang islam saja yang berani menyokong PAS sementara orang melayu mungkin memusuhi PAS

*  Nak bagi tahu orang PAS bahawa mereka mesti berani menghadapi sebagaimana yang dihadapai oleh orang PAS di Memali kerana peristiwa ini telah terbukti ada contoh terbaik

DAN BANYAK LAGI JIKA MAHU DICERITAKAN HANGPA FIKIR SENDIRILAH, APA YANG JELAS IALAH ILMU KAFIR MENGKAFIR TIDAK PERNAH SELESAI, MARI ADAKAN DEBAT UNTUK  TENTUKAN KAFIR ATAU ISLAMNYA SESEORANG TERSEBUT, ADAKAN SECARA TERBUKA, BUATLAH SYARAT YANG SAMA YANG MACAM MANA YANG UMNO MAHUKAN, DIA TETAPKAN TAJUK DAN DIA MENJADI PENGURUSI DEBAT, PAK KARAMU CABAR ULAMA MUDA  BUKA MULUT








ANDAINYA BERLAKU ROMBAKAN KABINET

Salam

MENTERI PELAJARAN JANGAN SUSAHKAN IBU BAPA DENGAN BUKU TEK YANG BARU YANG TERPAKSA DIBELI OLEH IBU BAPA UNTUK ANAK-ANAK MEREKA DAN JANGAN HANYA MAHU MENGAUT KEUNTUNGAN DENGAN  MENUKAR  SISTEM PEMBELAJARAN    UNTUK MENDAPATKAN  KOMISYEN DARI PERCETAKAN BUKU-BUKU BARU TERSEBUT

Presiden MCA Persoal Kedai Tutup Di Kelantan

Salam

SOI LEK PERSOAL MENGAPA HARI PERAYAAN 'IDUL ADHA DI KELANTAN KEDAI TUTUP ?

Hariraya 'Idul Adha di Kelantan memang dari dulu disambut secara meriah dan lebih diutamakan daripada hariraya 'Idul Fitri, masyarakat di negara ini semuanya lebih maklum dan ia bukan suatu yang baru namun ia adalah suatu yang baru pula bagi Presiden MCA yang tidak faham tentang status perayaan tersebut didalam islam, kerana itu adalah lebih baik Presiden MCA itu MENUTUP MULUTNYA

Perayaan 'Idul Adha adalah perayaan agama bagi umat islam diseluruh bumi dunia, Allah telah memberikan hanya dua perayaan bagi umat islam iaitu 'Idul Fitri dan 'Idul Adha, itulah perayaan yang di iktiraf oleh Allah sebagai hari perayaan agama bagi umat islam setelah umat islam mendahulukan dengan melakukan ibadat yang diperintahkanNya iaitu ibadat puasa bagi mendapatkan perayaan 'Idul fitri dan menunaikan ibadat haji bagi mendapatkan perayaan 'Idul Adha

Orang bukan islam dan orang islam sendiripun perlu faham tentang perkara ini, diantara dua perayaan ini maka jika mengikut agama islam maka perayaan 'Idul Adhalah yang paling top jika hendak dibandingkan dengan perayaan 'Idul Fitri kerana perayaan 'Idul Adha ini melibatkan pengertian  PENGORBANAN DAN PERJUANGAN yang meluas didalam islam, tidak sepertimana maksud hari perayaan 'Idul Fitri yang hanya untuk berkorban  memfitrahkan (membersihkan) diri individu semata-mata

Apabila Presiden MCA mempersoalkan mengapa bersemperna dengan 'Idul Adha kedai di Kelantan semuanya tutup maka Presiden MCA itu telah mempersoalkan urusan agama umat islam kerana kejahilannya  ATAU dia sengaja mahu MENCARI PASAL dengan umat islam tentang fitrah agama islam dan dia mungkin secara jahil menegur kedai di Kelantang semuanya tutup

Apa yang penting bagi Presiden MCA itu ialah memahami sesuatu yang terdapat pada agama islam terlebih dahulu sebelum membuat teguran atau dia sengaja hendak menyakitkan hati orang islam dan orang melayu yang menganut agama islam di negara ini, mungkin dia melihat perayaan 'Idul Adha mengikut acuan UMNO yang mengutamakan hari raya 'Idul Fitri dari 'Idul Adha lalu dia menegur secara yang sumbang dan bodoh ATAU UMNO telah gagal melakukan dakwah terhadap rakan komponennya tentang agama dan perayaan

Sebelum kenyataan ini dibuat sudah beberapa kali dia telah melakukan penghinaan terhadap agama islam akan tetapi mungkin dia tidak diajar oleh UMNO tentang pantang larang kenyataan yang berbentuk sensitif orang islam dan melayu yang beragama islam namun kita tidak pernah mendengar orang UMNO yang membuat teguran terhadap dirinya mungkin mereka sama-sama jahil tentang agama sekalipun UMNO mempunyai ulama dan Ulama mudanya

 


PEMILIHAN CALON BAGI PRU 13

Salam

PRESIDEN-PRESIDEN PARTI DALAM BN MERUNGUT KEPADA KUASA PRESIDEN BN

Agak mengeciwakan Presiden-presiden 13 parti didalam BN apabila Presiden BN diberikan kuasa mutlak untuk menentukan nama calon-calon bagi PRU 13 nanti seolah-olah kuasa presiden parti-parti didalam BN tiada kuasa mutlak untuk menetapkan nama calon daripada parti mereka, agak ramai juga yang tidak bersetuju Presiden BN diberikan kuasa yang mutlak dalam perkara pemilihan calon kerana seolah-olah kuasa presiden parti-parti didalam BN hanya disifatkan sebagai dalang saja sedangkan kuasa terhadap parti mereka dirampas dan dimonopoli orang

Apakah motif sebenar peraturan ini dibuat ? Mungkinkah kerana hendak mengelakkan berlakunya pilih kasih didalam parti-parti atau mahu mengelakkan berlakunya kroni-kroni didalam parti-parti ? ATAU BN mahukan konsep satu parti didalam BN dengan membubarkan parti-parti didalam BN secara muslihat untuk  menjayakan 1 Malaysia dilaksanakan ? Walau apapun jika niat ini menjurus kepada cita-cita tersebut maka ada kemungkinan cita-cita tersebut akan ditentang kerana semangat parti-parti masih kuat kepada cita-cita dasar perjuangan masing-masing kerana terdapat hak keistimewaan orang melayu sebagai duri didalam daging kepada perjuangan 1 Malaysia dan satu kuasa mutlak kepada Presiden BN


OPERASI SEPI SUNYI

Salam

ANDAINYA PARTI BARU DIDAFTARKAN PADA MASA TERDEKAT MAKA OPERASI SUNYI SEPI AKAN BERJALAN DENGAN LANCAR DAN DIKHABARKAN BAHAWA HAMPIR SETENGAH DARI AHLI PARTI PKR TELAH BERSETUJU  DENGAN ZAID, HANYA MENUNGGU LAMPU HIJAU SAHAJA

ZAHID MUNGKIN AKAN TUBUH PARTI BARU

Salam

JUMPA LAGI

ZAHID IBRAHIM YANG KELUAR DARI PKR MUNGKIN AKAN TUBUH PARTI BARU, TAPI TAK SUKA BISING

Dalam politik macam-macam boleh jadi, kawan boleh jadi lawan, lawan boleh jadi kawan, yang hendak diburu hanyalah kemenangan untuk mendapat tiket berkuasa , dalam politik  wajib berbohong, wajib ada duit, wajib ada kroni, wajib tikam belakang,wajib tipu daya, andainya ada yang hendak melakukan kelurusan dan kebenaran maka ia perlu dilupakan sebab ia tidak akan sampai kemana-mana

Politik memang bersih selagi penerajunya ikhlas, yang kotor adalah dari kalangan mereka yang memang berketurunan kotor lagi jijik menyertai politik, namun semua itu dapat dilindungi dengan pakaian pisikal mereka yang kemas dipakai setiap hari, bahasa mereka lunak, janji mereka meyakinkan, adab mereka  bolehlah tahan namun itu hanya dihadapan akan tetapi apabila dibelakang rupa-rupanya mereka adalah binatang ganas

SIKAP MUNAFIK PERLU ADA, DAN MEREKA AKAN BERKATA "WALAUPUN MULUT SAYA BERKATA IA TAPI HATI SAYA KATA TIDAAAAAAAAAAAK!!!!

JIKA DIPECAT TUBUH PARTI BARU ?

Salam

JIKA ZAID IBRAHIM DIPECAT DARIPADA PKR MAKA DIA AKAN TUBUH PARTI BARU

ANALISA PAK KARAMU:

Ekoran pemilihan didalam PKR yang kecoh menampakkan parti tersebut belum lagi culup kuat untuk bergerak sebagai sebuah parti politik sekalipun PKR dianggotai oleh orang politik yang berpengalaman  dan sekalipun mereka mahukan perubahan didalam negara daripada tidak baik kepada yang terbaik untuk rakyat

Pada hemat saya apa yang berlaku pada parti PKR adalah kerana tiada tarbiyah yang betul atau mereka mengabaikan tarbiyah terhadap ahlinya sebagai pejuang keadilan untuk membela rakyat, sepatutnya PKR wajib melihat kepada perjalanan parti dan pimpinannya terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa aktiviti parti

Adalah tidak dinafikan bahawa rakyat di negara ini mahukan perubahan dan mereka rata-rata mengharapkan PKR dapat berjalan dengan baik malangnya parti tersebut telah dilanda dengan berbagai-bagai kerenah dan masalah bermula dari pucuk pimpinan sehinggalah kepada golongan bawahan yang sentiasa bermasalah

Penarikan diri calon-calonnya (melompat parti) cukup mengeciwakan rakyat seolah-olah parti PKR ini tiada berpendirian dan berbeza dengan perjuangan yang dibawa oleh UMNO, masalah kroni masih tiada  menebal  dan tiada berbeza dengan perjuangan UMNO masing-masing mahu naik keatas tanpa menyedari kelayakan diri mereka untuk dinilai oleh rakyat

Sepatutnya PKR perlu membezakan perjuangan mereka dengan BN/UMNO yang kelihatan masih kuat dan mempunyai kuasa sekalipun mereka  kalah di negeri yang tertentu jadi PKR tidak boleh mengikut rentak perjalanan mereka apa yang penting mereka hendaklah sentiasa mengingatkan bahawa mereka sentiasa mencari ruang bekerja keras dan kuat dalam satu team untuk menegakkan keadilan

Pak Karamu tidak fikir Zahid Ibrahim akan dipecat daripada PKR kerana menyalahkan bosnya dalam perkara pentadbiran parti yang dianggapnya lemah, andainya nanti dia benar-benar dipecat kerana dianggap sebagai duri didalam daging maka PKR akan jadi arang kerana pengikut Zaid Ibrahimpun bukannya sedikit malahan dia mampu menubuhkan parti baru Keadilan dan menarik sebahagian daripada anggota parti PKR yang ada kerana dia mampu berbuat demikian dan mempunyai wang yang mencukupi untuk berbuat demikian

Ambil yang jernih buang yang keruh, perbetulkan akhlak anggota parti dan bimbing mereka untuk memperkokohkan parti, tanamkan semangat setiakawan dan lihat dimana kelemahan diri masing-masing

CINA DAN INDIA KURANG PETRIOTISMA ?

Salam

ZAHID HAMIDI MENERANGKAN DIDEWAN RAKYAT KAUM CINA DAN INDIA KURANG PATRIOTISMA  YANG TINGGI UNTUK MENYERTAI TENTERA MALAYSIA

Ucapan Najib di Dewan Rakyat itu mendapat kecaman daripada Presiden MCA dan menteri Sumber Manusia Dr Subramaniam yang melihat kenyataan Dato Najib itu sebagai tidak wajar malah ia seolah-olah dua puak kaum itu tidak memperlihatkan kesetiaan mereka terhadap negara ini

Kenyataan Dato Zahid Hamidi itu mungkin ada kebenarannya jika dilihat dari segi ketaatan dan kesetiaan kaum lain terhadap negara ini mungkin kurang mantap kerana itu semasa di interview dua puak ini memang fizikal patriotisma mereka terhadap negara ini  kurang kerana semangat sayangkan bangsa mengatasi semangat partriotisma kepada negara  demikian juga dengan orang melayu yang lebih kepada bangsa dari negara

Memang tidak dapat dinafikan selain dari masalah tiada semangat patriotisma masalah ganjaran dan kenaikankan pangkat juga menjadi masalah kerana didalam ATM juga ada kroni yang agak berat, ramai yang bekerja bermuka-muka, yang bekerja macam gajahpun ada, yang macam semutpun ada, yang bekerja ikhlas akan ketinggalan dalam kenaikan pangkat, yang pandai bodek dan tak tahu bekerja terus melambung pangkatnya inilah pengelaman Pak Karamu semasa didalam tentera


MASYARAKAT PINCANG

Salam

APABILA MANUSIA HILANG ETIKA HIDUP MAKA AKAN HANCURLAH MORAL DAN TUMBANGLAH AKIDAH

Terlalu ramai manusia yang lupa dengan tujuan hidup berjama'ah dan berbaik sangka diantara mereka kerana leka dengan peraturan hidup yang mereka cipta sendiri seolah-olah mereka lebih bijak daripada Tuhan, mengimbas kembali tujuan manusia yang Allah jadikan dan panduan yang telah disediakanNya memungkinkan manusia akan merasa insaf dan kembali kepangkal jalan dan memesyuarahkan sesuatu masalah secara bijak dengan berpandukan kepada panduan yang dicipta oleh Tuhan

Allah menjadikan manusia dan makhluk yang lain supaya mereka memerlukan diantara satu dengan yang lainnya, Allah dengan sifat pengasih dan penyayangnya tidak mahu kepada manusia bersusah payah untuk mencipta peraturan selain daripadaNya lalu Dia menyediakan peraturan hidup tersebut secara sempurna dan mendapat jaminan daripadaNya, andainya manusia kurang faham dan jelas tentang peraturan yang telah disediakanNya maka Dia utuskan pula Nabi dan Rasul untuk menerangkannya akan tetapi manusia terus berdegil, akhirnya manusia hanyut dengan perpecahan dan kehancuran

BAPA YANG ZALIN TERHADAP ANAKNYA

Salam

DIDALAM PKR MUNGKIN ADA YANG DIANGGAP SEBAGAI ANAK TIRI

Jika seorang bapa tidak boleh berlaku adil kepada anak-anaknya maka tunggulah kehancuran rumah tangga tersebut, anak-anak akan menghancurkan rumah tangga yang didirikan oleh bapa dan Ibunya sendiri, dan jiran akan memandang dengan penuh minat terhadap rumah tangga yang dibena dan berwaspada kerana takutkan tempiasnya  akan mengundang mala petaka

Apa yang jelas sekarang parti PKR sedang diperhatikan oleh jirannya dari PAS dan DAP sementara BN/UMNO sedang berusha dengan caranya sendiri untuk merobohkan PKR walau dengan apa cara sekalipun kerana musuh ketat mereka adalah pimpinan PKR yang telah banyak membuat kerosakan kepada parti mereka sehinggakan berpecahbelahnya sokongan orang melayu kepada UMNO sekalipun ianya bersebab

Apabila seorang bapa sudah tidak boleh dipercayai oleh anak-anaknya sendiri apakah yang akan berlaku ? anak-anak memang sudah maklum tentang peranagi bapa masing-masing kerana mereka makan sepinggan, tidur sekelambu dan mandi sepancur, sudah faham bau dan rasa yang tidak perlu ditapis dan diragui lagi

Persoalan yang timbul apakah anggota rumah yang telah pincang itu akan diperbetulkan supaya ia mendapat kepercayaan daripada jirannya supaya rumah tangga tersebut terus mendapat kepercayaan daripada jiran mereka ? Terpulanglah kepada PKR sama ada mahu berlaku adil terhadap seisi keluarganya atau jiran akan hilang pepercayaan terhadap mereka kerana tidak berlaku adil terhadap keluarganya sendiri

Bagi PAS dan DAP mungkin mereka akan melihat dan menilai kiranya PKR sendiri tidak boleh berlaku adil terhadap keluarganya apa lagi yang diharapkan oleh PAS dan DAP terhadap parti tersebut

FIKIR-FIKIRLAH !

APA TERJADI PADA PKR ?

Salam

DALAM MASA ANUAR MENENTUKAN NASIB TIMBUL TENGGELAMNYA PKR PULA DIAMBANG KEHANCURAN ?

Dari awal berita pemilihan parti PKR Pak Karamu nampak perjalanan parti itu agak sumbang perjalanannya, rata-rata pucuk pimpinannya  seolah-olah kapal yang tiada bernakhoda masing-masing dengan kepandaian sendiri untuk menyelamatkan diri dari tertimbus oleh alun dan badai

Pak Karamu bukan nak masuk campur dalam urusan parti PKR akan tetapi ada sedikit kaitan parti tersebut didalam Pakatan Rakyat maka suara perlu diketengahkan  jika ada ubat penawar yang boleh dipergunakan untuk memulih penyakit yang semakin ketara yang mungkin akan membiak

Didalam Pakatan Rakyat PAS dan DAP tentunya pucuk pimpinan mereka masih mengharapkan kepada PKR untuk menerajui Pakatan Rakyat kerana adanya Anuar Ibrahin di dalam Pakatan Rakyat/PKR malangnya ketika mana dia sebuk menghadapi masalah berat pribadinya berlaku pula ketidak setabilan didalam partinya oleh angkara anak buah didiknya, masing-masing menggunakan kepakaran sendiri untuk berkuasa didalam paerti tersebut tanpa memikirkan maruah parti yang mungkin akan tenggelam

Kita akui bahawa pengikut PKR agak ramai dari kalangan anak-anak muda dan kita juga mengakui bahawa parti tersebut ada potensi besar untuk berkuasa bersama DAP dan juga PAS akan tetapi jika anggota parti tersebut tidak menunjukkan moral yang baik dan berhemah tinggi maka cita-cita  untuk menggantikan Barisan Nasional tentunya akan menjadi tidak bermakna langsung sekali gus akan mengecewakan kawan-kawan mereka didalam PAS dan DAP

Nampaknya kes pribadi Anuar ini semakin tidak dapat dipertahankan lagi apabila ada suara-suara daripada luar yang mahukan beliau bersara daripada politik kerana pandangan peribadi masing-masing dan tidak kurang juga daripada pucuk pimpinan yang sengaja tidak mahu bersuara tentang masalah pribadinya demi menjaga aib beliau namun sampai bila mereka terpaksa berdiam ?

Sekarang PKR ternyata sudah mula retak dengan tindakan Zaid Ibrahim yang telah membuat keputusannya untuk meletakkan semua jawatannya didalam parti dan menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR menunjukkan PKR akan bakal dilanda huruhara dan akan menyebabkan anggotanya akan kembali kepada parti asal mereka iaitu UMNO atau mereka mungkin akan menyertai PAS

KITA TUNGGU APA SETERUSNYA ....

ZAID IBRAHIM TARIK DIRI

Salam

ZAID IBRAHIM TARIK DIRI DARI BERTANDING TIMBALAN PRESIDEN PKR SEKALI GUS MELETAKKAN SEMUA JAWATANGNYA DARIPADA PKR ? APADAH JADI DENGAN PKR NI !!!

KALAH MENANG PILIHANRAYA

Salam

MENGAPA PAS KALAH PILIHANRAYA ? JAWABNYA MUDAH SEBAB PAS TIDAK MENANG, MENGAPA UMNO MENANG PILHANRAYA ? JAWAPANNYA JUGA MUDAH SEBAB UMNO TIDAK KALAH

JIKA MENANG NANTI ORANG KATA UMNO RASUAH, JIKA KALAH NANTI ORANG KATA TIDAK BAGI RASUAH, POKOKNYA BUKAN RASUAH AKAN TETAPI KALAH DAN MENANG ITU ADALAH YANG DICARI

PAS ADA ALASAN JAWAB MENGAPA MEREKA KALAH, UMNO JUGA ADA ALASAN JAWAB MENGAPA MEREKA MENANG, POKOKNYA JAWAB, SELAGI JAWAPAN TERSEBUT ORANG BOLEH FAHAM, SOAL SALAH BENAR TIDAK TIMBUL

PAS KATA UMNO TIPU, UMNO KATA PAS TIPU, RAKYAT TAHU UMNO TIPU, RAKYAT TAHU PAS JUGA TIPU YANG TAHU BENAR-BENAR TIPU ADALAH ALLAH, MAKA ALLAHLAH NANTI KASI BAKAR ORANG YANG TIPU

ORANG UMNO KATA RASAKAN PAS KALAH, ORANG PAS KATA PAS BELUM MENANG SEBAB ITU MEREKA KALAH,  KALAH DAN MENANG ITU BIASA DALAM PENIPUAN DAN KEBENARAN

PAS KATA PERJUANGAN DIA BETUL, UMNOPUN KATA MEREKA BETUL, PAS TUNJUK DALIL QURAN, UMNO TUNJUK  KEPUTUSAN UNDI, REALITYNYA UMNO TETAP MENANG PAS TETAP KALAH, JADITUNGGU NANTI TUHAN KASI ADIL MANA YANG BETUL

YANG MENAG TUHAN KASI MENANG, YANG KALAH TUHAN KASI KALAH, SEBAB ITU PAS DAN UMNO WAJIB LAWAN SEHINGGA MENANG DAN KALAH TAK APA BIAR SAMPAI MATA LEBAM

RAMAI YANG SURUH KAJI PERHUBUNGAN PAS DGN PKR DAN DAP

Salam

MEREKA SEOLAH SAYANG KEPADA PAS, LALU MENEGUR PAS BERKAWAN DENGAN DAP DAN PKR SEOLAH PAS SUDAH TERPERANGKAP DAN SUKAR UNTUK BANGUN

Alkesah maka tersebutlah cerita bahawa PAS telah kalah di DUN Galas Kelantan adalah kerana rakyat kononnya telah menolak PAS kerana berkawan dengan DAP dan PKR, maka sebab itulah PAS kalah teruk di Galas Kelantan, kemudian dari itu maka berkatalah sekalian jembalang-jembalang dari veteran UMNO termasuk Mahadzir A/L Muhammad, Nakhaie A/L Ahmad yang meninggalkan PAS, dan yang lainnya semuanya menyalahkan PAS yang kalah kerana PAS berkawan dengan PKR dan DAP

Alkesah ! Alkesahnye ! Maka tersebutlah kesah terkenang-kenang akan wajah PAS yang membantu BN/UMNO selepas 13 May 69 yang mana PAS menyokong UMNO ketika itu hampir pupus dan runtuh maka dihulurkanlah tangan PAS untuk menyelamatkan UMNO dengan menyertai BN, maka selamatlah BN/UMNO pada ketika itu, akhirnya PAS hilanglah kuasanya di negeri Kelantan dan diterajang pula daripada BN, maka tersungkurlah PAS dan membawalah dia akan dirinya tanpa  siapa kesian

Maka tersebutlah alkesahnya apabila PAS sudah hilang kuasa dan ditendang pula daripada BN maka membawa dirilah dia tanpa siapapun yang menasihatkan akan dia, kemudian berazamlah PAS untuk bangun kembali dengan berbagai usha dan rintangan telah dilalui  disamping mengadu kepada Allah akan perbuatan BN/UMNO kepada mereka, maka didengarlah oleh ALLAS akan rintihan PAS kemudian lalu Allah memberikan kemenangan terhadapnye dengan bantuan daripada kekawan mereka dari PKR dan DAP

Al kesah apabila PAS telah menang bersama DAP dan PKR atas nama Pakatan Rakyat maka ramailah pula orang UMNO yang melompat dan menyokong PAS,DAP dan PKR, maka dengan kemenangan tersebut maka gerhanalah UMNO dengan sungul sekali sehingga kehilanganlah mereka itu akan kuasa, lalu mereka merayu kepada PAS supaya menubuhkan kerjasama dengan menubuhkan UG (United Govermen) dan pada masa yang sama mereka cuba memisahkan PAS dari DAP dan juga PKR

Syahdan maka tersebutlah kesah pengalaman hitam dan pahit yang telah dilalui oleh PAS dulu ketika mereka bersama UMNO maka tangan yang dihulur oleh UMNO telah ditolak oleh PAS takut pisang berbuah dua kali yang membawa  celaka badan, maka dimakilah oleh UMNO akan  PAS terutama NIK Aziz, maka berkatalah UMNO Nik Aziz sesat, Nik Aziz kafir, Nik Aziz haramjadah, Nik Aziz Najis, Nik Aziz celako Nik Aziz Syaitan dan berbagai lagi, maka pilulah hati orang tua tu, lalu dia tidak peduli dengan nasihat siapapun kecuali dia akan melihat akan kebenaran saja setelah UMNO memberikannya pelajaran


DAH KALAH TU DAHLAH !

Salam

ADA BERITA MENYATAKAN BAHAWA SETIAP PENGUNDI GALAS DARI UNDI ORANG UMNO YANG TIDAK DAPAT MENGUNDI KERANA SAKIT ATAU TUA ATAU UZUR, ATAU TIDAK DAPAT PULANG TELAH DIGANTIKAN OLEH ORANG YANG LAIN DENGAN TIDAK DIPANTAU OLEH SESIAPA SEMASA PENGGANTI TERSEBUT MEMBUANG UNDI SEBENARNYA UNTUK ORANG YANG LAIN SEBAB ITU BN/UMNO TELAH YAKIN MENANG SEBELUM MENGUNDI DAN SEBELUM TAMAT TEMPUH MEMBUANG UNDI TAMAT

APA HENDAK JADI DENGAN MAHKAMAH ?

Salam

KES PEMBUNUHAN ALTANTUYA SEGAR KEMBALI !

BALASUBRAMANIAM SEORANG PENYIASATAN PERSENDIRIAN MENGAKUI TELAH MEMBUAT SURAT AKUAN BERSUMPAH PALSU DIA MEMINTA KES PEMBUNYHAN ITU DIBUKA SEMULA, DALAM KES TERSEBUT DUA ANGGOTA POLIS TELAH DIJATUHKAN HUKUMAN BUNUH SEMENTARA YANG LAIN LEPAS, NAMPAKNYA MAHKAMAH DINEGARA INI TERSANGAT MUDAH UNTUK DITIPU

MAJORITY UMNO DAPAT ISYARAT PR AKAN KECUNDANG !

Salam

Ramai orang berkata JIKA PILIHANRAYA  diadakan pada tahun hadapan, ada kemungkinan PAKATAN RAKYAT akan hilang kuasa di negeri yang mereka kuasai dan Kelantan akan dipancung oleh UMNO nyawa mereka

Bisik-bisik bersuara kecang kaum cina tidak akan membantu PAS pada pilihanraya umum nanti kerana kaum cina sudah kembali kepada menyokong BN/UMNO kerana satu Malaysia menunjukkan dasar sama rata dan sama rasa

Orang bukan islam yakin bahawa dasar satu Malaysia akan dilaksanakan di negara ini dengan meminda perlembagaan 153 dan seterusnya menghilangkan dasar keistimewaan kepada orang melayu dan Satu Malaysia akan dilaksanakan dengan sepenuhnya

APA JEFRY BOLKIAH TELAH BUAT ?

Salam

ABANG JADI SULTAN ADIK JADI SYAITAN

JEFRY BOLKIAH ADIK SULTAN BRUNRI DITELANJANGKAN MARUAHNYA, SUNGGUH MEMALUKAN RAKYAT BRUNEI

Apabila Allah berikan  kesenangan dan kemewahan hasil dari bumi Tuhan maka jika manusia gunakan kejalan maksiat dan pembaziran dengan tidak melakukan keadilan terhadap rezeki daripada Allah tersebut maka kamu tunggulah seksa daripada Allah, kamu bleh tunjukkan kekayaan kamu, kamu boleh bersikap takabur apabila berbicara, kamu boleh tunjukan  sikap  riak dan sombong, kamu boleh angkuh, namun ingat, segala kemewahan hidup yang kamu gunakan adalah hak Allah semuanya

Adik sultan Brunei baru-baru ini meminta mahkamah di Amerika supaya tidak mendedahkan patung sek zinanya bersama perempuan diluar negara menyebabkan berita buruknya disiarkan diseluruh dunia, inilah perangai syaitan yang memelukan abangnya sebagai Sultan Brunei dan rakyat Brunei sendiri, diwaktu yang sama aruah ayahnya terseksa dialam Barzah kerana atas perbuatan anaknya sendiri

PENGARUH KULI LEBIH DARI NIK AZIZ ?

Salam

NIK AZIZ PANDAI AGAMA, KULI PANDAI HUKUM BANGSA, RAKYAT JADI CACAMERBA

Seorang memperjuangkan islam, seorang memperjuangkan bangsa, apabila rakyat membuat pengadilan maka yang memperjuangkan islam kalah dan yang memperjuangkan bangsa menang bergaya, ini menunjukkan tugas memperkenalkan islam di Gua Musang belum lagi berjaya sekalipun  Dato Nik Aziz memerintah Kelantan

Tengku Razali Hamzah  seorang anak keturunan raja yang telah berkuasa di Gua Musang  sekian tahun lamanya tanpa dapat dikalahkan oleh sesiapapun dari kalangan orang PAS tempat tersebut adalah  kawasan istananya jika Pas hendak rampas kawasan tersebut mungkin sukar melainkan dia sudah mati atau mematikan diri

Pilihanraya Galas ini nampaknya menguatkan kembali empayer Tengku Razali gi Gua Musang, ini bererti parlimen Gua Musang dan tanah jajahannya (Tiga DUN) adalah ditangan KULI disinilah lubuk pejuang melayu yang yang mempertahankan semangat kebangsaan yang tegar yang sukar untuk diganggu gugat, disini tiada semangat hijau, yang ada hanya merah

Orang yang bukan melayu MCA dan MIC  disini juga bersemangat merah sebab itu PAS kalah di Galas

PAKATAN RAKYAT KALAH TERUK

Salam

CARI SEBAB-SEBAB MENGAPA RAKYAT MENOLAK PAKATAN RAKYAT

Segala keputusan adalah ditangan Tuhan, Tuhan mendorong rakyat menolak Pakatan Rakyat dan Tuhan juga memberi kemenangan kepada Barisan Nasional, memujuk hati supaya bertenang supaya yang mengalami kekalahan tidak bercakap sendirian ! Dan kepada yang menang jangan mendabik dada, fitrah hidup ada kalanya senang ada kalanya susah, ketawa bukan semestinya sudah selesai masalah dan menangis bukan semestinya dalam kekusutan, apa yang penting  ialah serahkan semua takdir itu kepada Tuhan

Mencari sebab kekalahan bagi kumpulan yang mereka anggap memperjuangkan keadilan untuk membela rakyat perlu melihat kelemahan sendiri sebelum menang sorak kampung tergadai, melihat kedalam diri dimana cacatnya diri tersebut sebelum kita melihat kedalam diri orang lain, jangan cepat menuding jari kepada orang lain sebelum diri kita dibersihkan terlebih dahulu sama ada Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat

Bercakaran sesama sendiri sebelum mahu mencakar orang lain perlu difikirkan, apa yang kita nampak kesilapan Pakatan Rakyat ialah apabila mereka bercakaran sesama sendiri kemudian terlalu mudah menghebahkannya kepada khalayak umum tanpa memikirkan bahawa hebahan tersebut sebenarnya adalah senjata memakan tuan sekalipun ia dinamakan demokrasi dan bersikap terbuka namun ia sebenarnya adalah aib

LIHATLAH KEMALUAN DIRI SENDIRI SEBELUM KITA MEMBUKA KEMALUAN ORANG LAIN

PAKATAN RAKYAT BERSIAP SEDIA .....

Salam

CONGRTULATION UMNO !

NAMPAKNYA ADA KEMUNGKINAN PRU 13 DI SEGERAKAN KERANA UMNO SUDAH PULIH, CARIK PITIH BANYAK SIKIT LAWAN NGAN PITIH PULOK DOH, KALO TAK DO PITIH JANGAN HARAP LA PR NAK MENANG

BN/UMNO SUDAH PULIH

Salam

SIAPA MENYANGKA ? DALAM KEADAAN BN/UMNO MENGHARAPKAN KEPADA PAS SUPAYA BERSATU KERANA UNTUK KUATKAN BANGSA MELAYU UMNO DIKATAKAN SUDAH LEMAH DAN HAMPIR PUPUS RUPA-RUPANYA MEREKA BERTAMBAH KUAT DAN BERTAMBAH KUKUH, BERTAMBAH DIPERCAYAI OLEH RAKYAT, KERANA ITU TIDAK TIMBUL LAGI PERSOALAN BAHAWA UMNO MENGHARAPKAN KEPADA PERPADUAN MELAYU

ORANG MELAYU TERUTAMANYA DIDALAM PAS SEMAKIN TIDAK DIPERCAYAI OLEH ORANG MELAYU MALAHAN ORANG CINA SEKALIPUN YANG DIBANGGA-BANGGAKAN OLEH PAS SEBAGAI KAWAN YANG AKAN MEMBANTUNYA RUPA-RUPANYA TIDAK LANGSUNG BOLEH DIPERCAYAI, ORANG ASLI LAGILAH TIDAK BOLEH DIPERCAYAI, SOAL RASUAH YANG MEREKA TERIMA TIDAK TIMBUL LANGSUNG DALAM SOAL MENANG DAN KALAH ATAU FAKTOR KULI SENDIRIPUN TIDAK TIMBUL

KEPUTUSAN DUN GALAS BN/UMNO 5324, PAS 4134 MAJORITY 1190 BN/UMNO MENANG KERUSI GALAS

SETENGAH JAM LAGI TEMPAT MENGUNDI TUTUP

Salam

BERITA GALAS

SETENGAH JAM LAGI PUSAT MEMBUANG UNDI DITUTUP, PERATUSAN MENGUNDI DI GALAS HAMPIR 80% PAS DIJANGKA MEMENANGI PILIHANRAYA GALAS

MUSLIMAH PAS KENA PANDAI BERLAKON

Salam

MUSLIHAT DAN PANDAI BERLAKON UNTUK MENDAPATKAN SIMPATI RAKYAT

ORANG PAS KENA PANDAI BERLAKON MACAM UMNO BUAT SUPAYA DAPAT SIMPATI DARI PENGUNDI, MUSLIMAT KENA PAKAI MACAM PUTERI UMNO KEMUDIAN SERANG MUSLIMAT PAS KEMUDIAN BUAT-BUAT PENGSAN ATAU MUSLIMINPUN KENA BUAT DEMIKIAN JUGA, KEMUDIAN BUAT-BUAT PENGSAN LEPAS TU BANDAGE BESAR-BESAR  KEMUDIAN DUDUK DIPONDOK PANAS, TULIS BESAR-BESAR MUSLIMAH INI WANITA UMNO PUKUL BARULAH PENGUNDI SIMPATI

MUSLIMAH PAS SERANG PUTERI UMNO

Salam

MUSLIMAH PAS DIKATAKAN TELAH MENYERANG PUTERI UMNO ? ERTINYA PUTERI UMNO ITU TIDAK KUAT MANA, TU SEBAB PAK KARAMU KATA SIAPA KUAT DIA MENANG ! INI SEMUA GARA-GARA RASUAH YANG PAS TIDAK BOLEH TAHAN DENGAN SIKAP BN/UMNO KERANA BN/UMNO KAYA ! SIAPA PANDAI ? DIA JUGA BOLEH MEMERINTAH, DAN YANG MEMERINTAH MAKA MEREKA BOLEH JADIKAN RAKYAT BODOH SEBAB SENANG BULI, JIKA SPR BERAT TELOR SEBELAHPUN BOLEH MENDATANGKAN KETIDAK ADILAN MAKA PASPUN KENA BUAT TELUR BESAR SEBELAH SUPAYA SAMA-SAMA SENGET SAMA-SAMA TIDAK ADIL KERANA UNDANG-UNDANG TIDAK DIJALANKAN DENGAN ADIL, BIAR HURUHARA SEMUANYA

SIAPA BANYAK WANG DIA MEMERINTAH DAN ....

Salam

KITA LIHAT APA PULA TINDAKAN PAS TENTANG RASUAH INI, JIKA PAS DIAM MAKA TIDAK PAYAHLAH MEMERINTAH ! KERANA ZAMAN INI NAMPAKNYA SIAPA BAYAK WANG DIA MEMERINTAH ! SIAPA KUAT DIA MEMERINTAH ! SIAPA MEMEGANG UNDANG-UNDANG DIA MEMERINTAH, SIAPA YANG BERPENGARUH DAJAL DENGAN HARTANYA DIALAH YANG MEMERINTAH SUDAH BALIK KEZAMAN PURBA

AGAKNYA ITULAH SEBABNYA BN/UMNO TIDAK BERGERAK SANGAT DI TEMPAT PILIHANRAYA TU SEBAB MEREKA ADA SENJATA FITIH YANG LEBIH AMPUH, BAGI PAS MENYELINAP BEKERJA KERAS MACAM GAJAH UNTUK MENAWAN HATI RAKYAT TAPI RAKYAT TERPAUT DENGAN BN/UMNO KERANA BANYAK PITIH, DIBERITAKAN LAGI ADA KERTAS UNDI YANG TIDAK TERDAPAT NAMA CALON DAN LAMBANG ! INI APA PULA HALNYA ? ADUUUUUH ! MACAM-MACAM PENIPUAN BERLAKU


SETAKAT INI SUDAH 78% KELUAR MENGUNDI DI GALAS

Salam

ELOKLAH PILIHANRAYA DIBATALKAN 


PILIHANRAYA DI GALAS DAN BATU SAPI ELOKLAH BIBATALKAN KERANA RASUAH BERLAKU SECARA TERANG-TERANGAN MENGAPA SPR TIDAK BERTINDAK ? KATA SALAH KEMUDIAN SPR PULA KATA MENGAPA TIDAK LAPOR POLIS ! MASALAHNYA APABILA BERLAKU DIDEPAN MATA RASANYA SPR BOLEH TAHAN TAPI TIDAK MENJADI KENYATAAN ! HAMPEEEH !!!!

SELEPAS MENGUNDI BN/UMNO BERI RM 250

Salam

SAH DAN BENAR ! SERAMAI 300 ORANG BERATUR SELEPAS MEMBUANG UNDI DIBENARKAN MASUK KEMARKAS BN UNTUK MENGAMBIL RASUAH POLITIK, MEREKA BERATUR MASUK DAN KELUAR DENGAN ENVELOPE BERWARNA COKLAT DITANGAN DAN DIDALAMNYA ADA RM 250.00 DAN DITEMPAT YANG LAIN  PULA DIBERIKAN RM 100.00

TENGKU RAZALI HAMZAH ENGGAN MENGULAS BERITA TERSEBUT SO APA PAS MESTI BUAT ? DAN APA SPR MESTI BUAT ? MENGIKUT SEORANG PEGAWAI SPR JIKA ADA BUKTI BUATLAH LAPORAN POLIS !

PERATUSAN PENGUNDI BUKAN ISLAN ,,,,

Salam

PERATUSAN PENGUNDI BUKAN ISLAM YANG MENGUNDI PAS DI GALAS DIJANGKA MENINGKAT 3-4 PERATUS DAN PENGUNDI DARIPADA UMNO YANG MENYOKONG PAS 2 PERATUS EKORAN PUTERI UMNO YANG MENYERTAI PAS NURMILINA MUHAMMAD BESERTA RAKAN-RAKANNYA DAN KELUARGA

SEHINGGA INI SUDAH HAMPIR 50% TELAH KELUAR MENGUNDI

Salam

Cuaca di Galas sudah beransur cerah, adalah dijangkakan pengundi yang belum lagi mengundi akan keluar mengundi pada waktu selepas zuhur, ramalam awal mengatakan bahawa Pas telah mendahului UMNO sebanyak 3% berdasarkan pengecaman penduduk yang telah membuang undi, sementara orang asli telah diarahkan supaya memakai baju merah pertanda mereka mengundi UMNO

BANJIR SEMAKIN BURUK ANGKA MANGSA BANJIR MENINGKAT SERAMAI 41,000 ORANG

RAMALAN DARI KAUM ...... PAS MENANG

Salam

RAMALAN DARI KAUM .........(Jangan sebut dulu) MENYATAKAN PAS MENANG AGAK SELESA DI GALAS, PAK kARAMU BERKECUALI DULU WALAUPUN HATI BERAT MENGATAKAN BAHAWA PAS MEMANG AKAN MENANG TAKUT NANTI ADA HANTU YANG MENGUNDI MENGGANTIKAN ORANG YANG TIDAK KELUAR MENGUNDI ATAS ARAHAN JANGAN KELUAR

* SEMALAM UMNO KANTOI LAGI DENGAN PENYERTAAN PUTERI UMNO NURMILIA KEDALAM JAMA'AH PAS DARI SUNGAI TEKA GUA MUSANG, TAKBIIIIIIIIIIIIR !!!

TERBAKAR

Salam

PEJABAT AGONG PAS DI JALAN RAJA LAUT TERBAKAR DI TINGKAT SATU MELARAT HINGGA KEBAWAH, PETUGAS PAS BERTUBGKUS LUMUS MEMADAMKANNYA BUTIR LANJUT SEDANG DIUSHAKAN

BANJIR DI KEDAH,KELANTAN DAN PERLIS

Salam

AKIBAT BANJIR YANG MELANDA 3 BUAH NEGERI KEDAH,KELANTAN DAN PERLIS SEKARANG SUDAH 36,000 MANGSA TELAH DIPINDAHKAN KETEMPAT YANG LEBIH SELAMAT

KEHADIRAN PENYOKONG PAS MEMBANGGAKAN

Salam

Disemua pusat mengundi nampaknya penyokong Pas adalah membanggakan, perayu undi nampaknya belum lagi menunjukkan aktif merayu undi buat sa'at  terakhir ini, perang mulut yang dimulai oleh UMNO berjaya dipantau dan ditenangkan oleh pehak polis, apa-apapun UMNO juga yang mulakan, sementara itu kumpulan yang mengangkut pengundi kepusat mengundi berjalan  lancar

DISEMUA PUSAT MENGUNDI BERJALAN LANCAR

Salam

Cuaca agak mendung, pengundian agak lancar tapi belum lagi ramai yang keluar mengundi, penyokong Pas nampaknya lebih ramai dari penyokong UMNO tapi provokasi lebih dimulai oleh penyokong UMNO, calon mula melawat setiap pusat membuang undi, ada kemungkinan cuaca akan lebih lembab pada waktu petang nanti sebab itu PAS menggesa rakyat Galas cepat keluar membuang undi

JANGAN LAYAN KERENAH SPR, BUAT KERJA MASING-MASING

Salam

SPR bukan badan agama sebab itu dia tidak faham hukum agama islam dan dia juga adalah sebahagian daripada orang yang memerintah kerajaan pusat, biasalah jika dia memehak kepada kerajaan BN/UMNO, jika dia kata rasuah maka itu ikut undang-undang dia, jangan kaitkan dengan islam, sebab istilah tidak ada dalam kamus SPR ! BUAT KERJA, KEKALAHAN UMNO ADALAH JUGA KEKALAHAN SPR

HARI INI MENGUNDI DI GALAS, PENDUDUK GALAS MAHU UNDI PAS ATAU UMNO

SUASANA PAGI, WARUNG MAKAN PENUH, RAMAI YANG MUNDAR MANDIR, PERAYU UNDI MASING-MASING BERSIAP SEDIA MENUNGGU PENGUNDI, PASUKAN KESELAMATAN YANG MEMAKAI SERAGAM DAN AWAM JUGA BERSIAP SEDIA, PUSAT MENGUNDI JUGA  MENUNGGU KEDATANGAN PENGUNDI, AGAK TENANG DI GALAS

SETERUSNYA ?

TIDAK ADA SEBAB PAS KALAH DI GALAS !

Salam

PAS WAJIB MENANG DI GALAS, HARAM PAS KALAH DI GALAS, DOSA KEKALAHAN PAS DI GALAS WAJIB DITANGGUNG OLEH RAKYAT GALAS KERANA PAS BERJUANG ATAS DASAR ISLAM YANG ALLAH TUNTUT PAS DAN ORANG-ORANG ISLAM YANG BERIMAN MELAKSANAKANNYA, INI BERERTI SEKIRANYA ORANG GALAS MENOLAH PARTI ISLAM MAKA DOSA MEREKA AKAN DITUTTUT OLEH ALLAH DI AKHIRAT

PERLEMBAGAAN PAS ADALAH MENEPATI HUKUM YANG ALLAH KEHENDAKI SEMENTARA UMNO DASARNYA TIDAK MENEPATI YANG ALLAH PERINTAHKAN, NANTI ALLAH AKAN BERTANYA KEPADA UMAT ISLAM DI GALAS "MENGAPA KAMU MENOLAK PAS SEDANGKAN ORANG BUKAN ISLAMPUN MENYOKONG PAS ? NANTI ORANG UMNO HENDAK JAWAB APA ? LALU ALLAH BERKATA NYAH ENGKAU KEDALAM KAWAH NERAKAKU, ORANG GALAS MAHU MASUK NERAKA ?

ADUN UMNO RASUAH !

Salam

ADUN UMNO RASUAH DIMINTA MEMBELA DIRI

ADUN UMNO dari Lenggeng  MUSTAFA SALIM diminta membela diri oleh Mahkamah Tinggi kerana mengamalkan amalan rasuah, rasuah tersebut bukanlah banyak sangat dalam lingkungan RM 3,000 dan RM 2,000 sahaja kerana memberikan sokongan untuk dapatkan permit pasir, BAGI UMNO SEJUMLAH ITUPUN JADIIIK ! JANJI WANG ! Koman bebeno la pulak ADUN UMNO NIH ! ADUN buat habihkan bogheh jo ! Buat malu ughang Nogoghi joo ! Hampeh botol UMNO nih !

KURANG 4 JAM KEMPEM DI GALAS TAMAT

Salam

Kurang 4 jam kempen pilihanraya kecil Galas akan tamat suasana orang ramai di Galas masih mundar mandir, yang geli hatinya ramai yang mundar mandir mencari seseorang kerana hendak klim wang gantung poster yang belum lagi beres,selain itu ramau yang mencari seseorang untuk klim wang minya kerana mengangkut pengundi esok akan tetapi yang pegang wang belum lagi muncul-muncul ada yang tidak boleh tahan tunggu lama-lama lalu balik dengan maki hamun, yang ini sah tidak keluar mengundi atau beri undi pada Pas atau dia rosakkan undi


Orang Galas terutama UMNO cerdik cari fitih, mereka bawa kereta yang buruk dan rosak ataupun motosikal yang rosak ataupun dirosakkan supaya dapat peruntukan fitih lebih kerana hendak bembela kereta ataupun motor yang anihnya ada yang  rosakkan kereta mereka dengan melonggarka spark plug kereta mereka tak kurang juga yang tukar tayar  kereta yang bunganya sudah habis, macam-macam cara nak cari pitih dengan UMNO

Sebenarnya UMNO semakin lesu di Galas, nak bekerja untuk partipun dianggap buang masa kerana pitih tidak cukup, yang  menjadi orang tengah bagi membahagi-bahagikan pitih juga macam orang ramai nak repair itu dan ini yang kenderaan yang kuat hanya mereka yang akan membawa envelope pada malam ini

PAS BERI AMARAN KEPADA SPR

Salam

SPR JANGAN BUAT PILIHANRAYA KEDUA DIGALAS

PAS BERI AMARAN KEPADA SPR SUPAYA MENGIRA UNDI TERLEBIH DAHULU DIPUSAT MENGUNDI SEBELUM MEMBAWANYA KEPUSAT MEMBILANG UNDI, TINDAKAN MAHKAMAH AKAN DIBUAT SEKIRANYA SPR ENGGAN MENGIRA TERLEBIH DAHULU DIPUSAT MEMBUANG UNDI, INI KERANA SIKAP SPR YANG TIDAK MESRA KEPADA PAKATAN RAKYAT TERUTAMA PAS YANG SEDANG BERTANDING DI DUN GALAS DAN BANYAK KENYATAAN SPR YANG MENUNJUKKAN MEREKA MENYEBELAHI BN/UMNO

KETUA PERKASA KELANTAN BUAT ADUAN POLIS

Salam

KETUA PERKASA KELANTAN JUGA BEKAS ADUN TENDONG BUAT ADUAN RASUAH POLITIK TERHADAP MENTERI BESAR KELANTAN

Tuan Guru Menteri Besar Kelantan Dato Abdul Aziz Nik Mat telah diadukan sebagai seorang yang telah memberikan rasuah politik kepada 3 orang mualaf dari orang asal (Orang Asli) Alahai bangangnya UMNO nih ! dah tak ada modal ke ? Carilah modal lain yang lebih menesabah ! Bukankah islam menetapkan bahawa orang Mualaf (Cenderung kepada islam) itu berhak menerima zakat ! Bukankah mereka juga termasuk pada kumpulan asnaf yang 8 ! dan memberi zakat kepada mereka adalah wajib ! TU LE MASA KECIL TAK MAHU BELAJAR AGAMA, SUDAH BESAR MENYUSAHKAN ORANG ! HU HU HU buat apa tunjukkan bodoh hukum kepada orang ramai ! SIMPANLAH KEBODOHAM TUH !

Islam tidak menetapkan masa dan waktu untuk memberikan zakatnya BOLEH FAHAM ? Bangang macam telorrrrr dalam seluar tuh !

BANGUNAN MCA SANDAKAN BAGAIKAN JAMBAN

Salam

TERKINI DI SANDAKAN

BN/UMNO dikatakan sedang mengagihkan wang rasuah pilihanraya RM 100 setiap orang, kebanyakan yang hadir adalah golongan wanita dan warga tua, disebabkan barisan beratur terlalu lama dan dicuaca yang panas maka terdapat  warga tua yang pengsan, amalan ini tentunya tidak salah bukan ? Sebab BN/UMNO yang buat, wang rasuah ini diedarkan oleh calon BN sendiri, sehingga jam 3 petang wang telah habis namun kehadiran orang ramai masih lagi ramai datang berlegar-legar disekitar bangunan MCA Sandakan tapi fulus tidak cukup !

CINTA TIGA SEGI

Salam

CINTA TIGA SEGI DIANTARA PAS, UMNO DAN DAP, SIAPAKAH YANG MENJADI MUKA BERSEGI-SEGI ?

Apabila UMNO marah kepada PAS sebab berkawan dengan DAP sebenarnya UMNO sayangkan kepada PAS sangat-sangat, cinta bebeno kata orang perak tapi apakan daya sebab walaupun UMNO sayangkan kepada PAS maka cinta berahinya terbantut kerana UMNO selalu maki hamun dengan PAS, dia kata PAS kafirlah, zalimlah, haramjadahlah, dan berbagai-bagai lagi, dulu UMNO tendang (Piunnnnnnng !) kat bontot PAS lalu PAS tertungging lalu merajuklah PAS membawa diri hu hu hu hik hik hik tapi tak apalah ! Sabo je !

Sekarang PAS dah sedar dirinya, lalu dia makeup drinya dengan sendayu tinggi Huhhh ! Sekarang PAS sudah jelita, pancaran wajahnya bersino-sino, jalannyapun sudah berubah macam cat walk ! Lalu terliurlah UMNO melihat PAS meleleh air liurnya wa cakap luuuu ! Lalu mereka datang meminang ! tapi PAS kata kami dah ada kawan special la bang ! Terkejut beruk UMNO mendengarkan PAS dah ada spcial fren ! huk,huk,huk, Siapakah gerang jantan pilihanmu itu ? Maka PAS jawab rengkas DAP Haaaaaaa ! DAP ?

HUWAAAAAAA !!!! Bukankah mereka itu kafir !!! Tak apo la abeeee ! laaa nih UMNO pong tuduh kami kafir ! Ehh ! tak laaaa ! Sumpaaaaah ! Tak po la abe kami doh adooo kawee ! Lagi pong DAP dah kesiang denge kami sebak UMNO selalu dok maki ayoh kami, (Nik Aziz) lalu DAP kesiang ! Ooooo ! celako nate nih ! DAP kenci tok basoh pong demo dok kawe jugog, Tak po le abeee ! mu gi la jauh-jauh nanti abe DAP nampok

Cilako sungguh PAS nih, dia tingga bangso sendiri kemudiang demo kawang denge kafir tak sunak ! Tak po la abee ! Mu lagi jahak dari segalo yang jahak hu hu hu

LIM KIT SIANG SAMAN BERITA HARIAN DAN ALI RUSTAM

Salam

FITNAH UMNO KAFIR ! LIM KIT SIANG SAMAN BERITA HARIAN DAN ALI RUSTAM

Lim Kit Siang dari DAP mengarahkan peguamnya menyaman Berita Harian dan Ketua Menteri Melaka Ali Rustam kerana membuat tuduhan terhadap Lim Kit Siang yang menuduh UMNO SEBAGAI KAFIR sedangkan dia tidak berada pada ceramah yang dihadiri oleh Tuan Guru Nik Aziz dan DS Anuar Ibrahim pada pilihanraya kecil Galas

Ada juga berita yang menyatakan bahawa berita fitnah itu sengaja dirancang oleh UMNO untuk mengenakan Berita Harian dan Ali Rustam kerana akhbar tersebut banyak membuat fitnah pada masa akhir ini untuk menyaingi Utusan Malaysia akhirnya dia terperangkap dan diperangkap, sementara Ali Rustam telah membuat kenyataan pembohongan tentang kebersihan negeri Melaka yang telah di iktiraf oleh badan antara bangsa pada hal berita tersebut adalah berita palsu

Akibat terlalu ghairah hendak membuat fitnah maka mereka mungkin akan kerugian besar kerana membayar kos fitnah sekurang-kurangnya RM 1 juta

KEDAH DAN KELANTAN DILANDA BANJIR

Salam

MAKLUMAT RENGKAS


Di Kedah lebih 15,000 dipndahkan, di Rantau Panjang Kelantan pula baru 452 orang dipindahkan akibat limpahan air Sungai Golok, kedua-dua negeri ini adalah dikuasai oleh pemerintahan PAS

KAMI TETAP SOKONG PARTI BAPAK (BN/UMNO)

Salam

KESETIAAN MEREKA BAGAIKAN CERITA PENDEKAR BUJANG LAPOK !!!

Penduduk setinggan (pendatang haran yang sudah dihalalkan) di perkampungan Mangkalinau Sandakan Sabah tetap akan mengundi BN/UMNO sekalipun mereka dinafikan kebajikan dan kemudahan asas, rata-rata mereka buta huruf dan anak-anak mereka bersepah tidak bersekolah, kebanyakan mereka bekerja sebagai nelayan dan rumah mereka dibuat dari bahan buangan yang masih boleh diperlukan

"Apa jadipun kami tetap setia dengan parti bapak (BN?UMNO) "  demikian cerita sekumpulan pendatag asing yang telah dihalalkan semasa pemerintahan Tun Dr Mahadzir dizaman PBS memerintah Sabah, mereka tentunya diugut supaya menyokong BN/UMNO jika tidak mereka mungkin akan dihalau keluar daripada Sabah, sudah tentu mereka akan menghadapi kesusahan jika dihalau keluar dari Sabah

Kesukaran yang begitu menyiksakan mereka tentulah pada adatnya mereka akan menyokong pembangkang akan tetapi mungkin mereka tiada pilihan untuk meneruskan kehidupan kerana pembangkangpun tidak pernah menemui mereka, hanya apabila hendak pilihanraya sahaja barulah mereka dikunjungi, inilah masalahnya di Sabah ini, jika kita ambil contoh Allahyarhamah Rosyatimah yang dilarikan oleh geng Ahmad Nespu maka tentulah penduduk setinggan ini berfikir dua kali untuk menyokong BN/UMNO kerana itu Pakatan Rakyat Sabah kena melakukan sesuatu untuk menghadapi pilihanraya umum nanti yang dijangkakan tidak berapa lama lagi




RASUAH PILIHANRAYA SUKAR UNTUK DIBUKTIKAN

Salam

INI KENYATAAN DARI SPR TENTANG ISTILAH RASUAH DAN CUACA BURUK

* PENGIRAAN UNDI DITEMPAT MENGUNDI AKAN DITUKARKAN KEPADA PUSAT PENGIRAAN UNDI, ERTINYA SELEPAS HABIS TEMPUH MEMBUANG UNDI MAKA KOTAK UNDI AKAN TERUS DIBAWA KEPUSAT PENGIRAAN UNDI, ALASAN ? TAKUT NANTI KEPUTUSAN AWAL MENYEBABKAN ADA MANUSIA YANG HILANG KEPALA KERANA DARAH TINGGI

* BERHUBUNG RASUAH POLITIK, ADALAH SUKAR UNTUK MEMBUKTIKAN MEREKA MEMBERI RASUAH WALAUPUN KITA ADA BANYAK MENDENGARNYA AKAN TETAPI SUKAR UNTUK DIBUKTIKAN, SUKAR UNTUK DIBUKTIKAN ? BAGI BASIKAL, BAGI LAP TOP, BAGI FITIH, BAGI BUNGKUSAN, ENTAH APA LAGI ITU BUKAN RASUAH POLITIK ? JAWAPAN SUKAR UNTUK DIBUKTIKAN LAGUPUN SEKARANG JIKA DIBAWA KE MAHKAMAH NANTI PEGUAM BANYAK PUTAR BELIT, JADI SUSAAAAAAH ! JADI YANG PAS NAK BAGI WANG TAMBANG UNTUK BALIK MENGUNDI ? HAAAA ! ITU TERANG RASUAH ! SEBAB MEREKA DAH CAKAP ! HI HI HI 

MENGGUNAKAN HELIKOPTER UNTUK MEMBAWA PETI UNDI DARI PENEMPATAN ORANG ASLI ? JAWABNYA SEBAB CUACA BURUK ! DAN PAS JANGAN LA BIMBANG ! HU HU MAUNYA TAK BIMBANG BUATNYA HELI JATUH ? NANTI KERTAS UNDI HILANG ? HAAA ! ORANGNYA NAK MATI TU TAK PE LA !  YANG PENTING KERTAS UNDI
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.