Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ALHAMDULLILLAH

PANAS!! TERKINI!! LANGSUNG PILIHANRAYA DUN SARAWAK: N 15 BETING MARO SEMAKIN HAMPIR DIMENANGI PAKATAN RAKYAT!!

 TERKINI!! N 15 BETING MARO: TAKBIR!!! Keputusan Borang 14 Rumah Panjang Blok Debak [tutup jam 11am] PAS : 50 , BN : 34 / rekod 2006 . PAS : 3 , BN 73.!!

N 068 BUKIT ASSEK - PETUGAS PR MENGESAN PETUGAS SPR BARUA UMNO-APCO MENGEDARKAN DUA KERTAS UNDI KEPADA SEORANG PENGUNDI! SPR BARUA UMNO-APCO!!

N44 Machan:
Petugas PKR menangkap kes pengundian 2 kali. Bantahan di buat kepada SPR tapi pegawai X mu tandatangan borang bantahan. SPR SAH BARUA UMNO-APCO!!

LAGI LAPORAN MENYUSUL!!


1135am: Beting Maro - Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, beliau yakin PAS berpotensi besar menang di Beting Maro dan dua lagi DUN.

"Kalau tak menang, paling kurang pun undi akan meningkat (pada kita)," katanya ketika ditemui di Kampung Hilir, Pusa.

Turut ditemui ialah calon PAS Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus yang mengunjungi SJKC Chung Hua - pusat pengundian terbesar di DUN ini dengan lebih 1,000 pengundi di DUN ini.

Ketika ditemui pemberita, beliau kelihatan yakin selepas menemui sebahagian penduduk di Beladin – daerah mengundi terbesar dalam Beting Maro.


"Tidak kisahlah berapa majoriti, asal menang sudah," kata nya yang sering disapa isyarat "peace" (nombor 2).


Abang Ahmad merupakan calon nombor dua di kertas undi.


11.25am: Padungan (Kuching) - Kontroversi kecil berlaku di Sekolah Rendah Song Kheng Hai apabila pengundi mendakwa terdapat tandatangan di kertas undi. Mereka bimbang ini akan dianggap sebagai undi rosak.


Petugas DAP, Johnny Ng berkata isu berkenaan telah diselesaikan dengan pegawai pilihan raya silap menandatangani di kertas undi berkenaan.
 
"Dia ikut peraturan lama. Peraturan baru sekarang tidak perlu sebarang tandatangan,” kata Ng.

Menurutnya, pegawai berkenaan juga memberi jaminan bahawa sebarang bantahan berhubung perkara itu semasa pengiraan undi akan ditolak.


Sekolah ini adalah pusat pengundian bagi kerusi Padungan yang menyaksikan pertandingan antara penyandangnya Dominique Ng (Bebas), Wong King Wei (DAP) dan Sim Kiang Chion (BN).


11.05am: Beting Maro - Kebanyakan pusat pengundian sibuk sejak awal pagi ini kerana ramai menjangkakan hujan pada sebelah petang.


Tiada kakitangan atau pekerja parti yang kelihatan berkempen. Keadaan dilaporkan tenang dan lancar.


10.56am: Simanggang - DAP membuat laporan kepada polis dan SPR bahawa BN terus mendirikan 'pondok panas' di dalam kawasan pusat pengundian di SK Sri Aman Kampung Muhibbah manakala kain rentang BN juga dipasang dalam lingkungan 50 meter.

Pemimpin DAP, Teresa Kok yang membuat aduan itu berkata selepas mereka membantah BN bersetuju memindahkan 'pondok panas' mereka di luar kawasan larangan dan menurunkan kain rentang.

Simanggang adalah kerusi majoriti penggundi Iban yang menyaksikan pertandingan antara calon DAP Leon Donald dan calon SUPP Francis Harden.

Ia dianggap kerusi kelabu bagi BN yang terletak di pekan kecil Sri Aman ini.
 
 10.48am: Dudong (Sibu) - Calon DAP bagi kerusi Dudong Yap Hoi Liong mengundi di SK Bandaran Sibu No 2.

Bila ditanya siapa yang dia undi, secara berseloroh Yap berkata, "Undi saya adalah rahsia, anda pun tahu. Dengan bertanya demikian, anda sudah melakukan kesalahan pilihan raya."


Beberapa pengundi memakai baju merah sebagai tanda sokongan kepada DAP.


Ketika hendak keluar, Yap terserempak dengan pencabarnya dari SUPP, Tiong Thai King, yang ahli parlimen Lanang.


Ketika ditemui, Tiong enggan bercakap dengan pemberita Malaysiakini.


10.40pm:
Satok (Kuching) - Di Satok, kerusi yang ditandingi pemimpin PBB Datuk Abang Johari Abang Openg, menentang muka baru dari PKR, Ahmad Nazib Johari, seorang pengundi yang hanya mahu dikenali sebagai Rowena berkata:

"Saya rasa ia baiknya jika ada beberapa wakil rakyat pembangkang, jika tidak kerajaan akan buat apa saja yang mereka mahu.


"Nazib mempunyai idea-idea baru tetapi jika dia menang, dia tidak ada dana untuk membangunkan Satok, jadi undi adalah untuk Abang Johari," katanya.


Katanya, dia juga bimbang untuk mengundi Pakatan kerana dia takut tanah asal di Satok akan diambil seperti yang berlaku di Kampung Buah Pala di Pulau Pinang.


"Bagaimanapun, jika kita asyik menukar kerajaan, maka kita tidak ada kesinambungan. Sarawak membangun dengan baik, dan saya tidak rasa pembangkang boleh lakukan yang lebih baik," katanya selepas mengundi di SK Merpati Jepang.


Yang lainnya, ketika ditemui, berkata mereka tidak ada persaingan bagi kerusi tersebut.


"Kami sudah tahu siapa yang akan menang," seorang seorang daripadanya, tetapi enggan mengulas lanjut.


10.05am:
Sibu - Ketika proses pengundian berjalan lancar, banyak jalan utama di sekitar bandar Sibu mulai sesak dengan kenderaan.

Tetapi ketika pusat pengundian di Bawang Assan sibuk dengan kehadiran ramai pengundi, keadaan pusat pengundian di Dudong di SMK Chung Hua agak sunyi dengan hanya calon DAP Yap Hoi Liong kelihatan merayu undi.


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tiba tidak lama kemudian di pusat pengundian tersebut.


Bila meminta mengenai peluangnya, Yap kata "50-50". Semuanya bergantung kepada peratusan yang mengundi," katanya kepada Malaysiakini.


Di sini, Yap berdepan dengan orang kuat SUPP dan saudara kepada hartawan Rimbunan Hijau, Tiong Raja King, dalam perlawanan satu lawan satu.


Dengan majoriti pengundi Iban di sini dan strategik BN yang berkempen dari rumah ke rumah, maka DAP berdepan dengan tugas berat di kerusi tersebut.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.