Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BENARKAH DAKWAAN UMNO INI ?

Pas Hanya Untungkan DAP Untuk Pecah Belahkan Orang Melayu


KOTA BHARU, 18 April – Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Dali Hussin berkata Pas sepatutnya sedar bahawa realiti politik masa kini memperlihatkan parti itu tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada pakatan pembangkang yang disertainya melainkan hanya menguntung DAP bagi memecahbelahkan orang Melayu.

Selain beberapa siri kekalahan Pas pada pilihanraya kecil lalu tegasnya keputusan pilihanraya negeri Sarawak yang berlangsung Sabtu lalu juga membuktikan Pas tidak lebih sekadar alat tunggangan pakatan pembangkang terutama DAP.

“Saya rasa Pas secara amnya sedar bahawa mereka hanya dimanipulasi oleh rakan sekutunya tetapi Pas tidak mahu menerima kenyataan ini. Mungkin niat Pas itu betul berjuang dan berkorban untuk rakan sekutu mereka tetapi adakah mereka sedar, kebaikan mereka ini membuatkan PKR dan DAP mengambil kesempatan.

“DAP terutamanya memperalatkan kelemahan Pas demi kepentingan politik mereka. Di Sarawak Pas hanya diberi lima kerusi sekadar ambil syarat. Mereka tahu Pas tidak akan menang jadi cukup sekadar Pas berjaya memecahbelahkan undi”, katanya kepada UMNO-Online di sini.

Justeru katanya Pas tidak boleh menolak hakikat betapa mereka hanyalah keldai tunggangan DAP yang setakat ini tidak memberi apa-apa keuntungan kepada mereka.

“Yang mendapat banyak manfaat adalah DAP. Pas juga hilang ramai penyokong dan sebilangan ahlinya juga mula tawar hati sejak menyertai pakatan pembangkang.


“Mereka gadaikan perjuangan mereka selama ini yang kononnya untuk memperjuangkan Islam sedangkan DAP tetap seperti DAP yang dulu… tidak pernah berubah malah dapat keuntungan besar hasil kedangkalan Pas yang terlalu mengejar kuasa,” ujarnya.

Dali yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa mahu rakyat terutama orang Melayu melihat akan senario ini bagaimana gagalnya Pas dan berjayanya DAP mengaut keuntungan.

“Rakyat Sarawak dapat melihat dengan jelas bahawa Pas tidak akan mampu membawa sebarang kebaikan untuk rakyat malah Pas tiada pendirian. Seharusnya rakyat di Semenanjung juga kena menolak Pas kerana Pas sudah lari dari pendirian mereka dan bukanlah berdiri atas kaki mereka sendiri.

“Perjuangan Pas kini semata-mata ingin menjatuhkan UMNO dan BN sekaligus tindakan mereka ini memecahbelahkan umat Islam”, katanya.

Sejak menyertai pakatan tambah beliau lagi Pas sentiasa akur kepada semua kehendak DAP  walaupun ianya bercanggah dengan prinsip perjuangan mereka sendiri.

Beliau turut menjelaskan, di Kelantan sendiri semakin ramai telah mula sedar akan kepincangan yang wujud dalam parti Pas.

“Sebab itu, setiap program yang kita jalankan di Kelantan semakin mendapat sambutan orang ramai. Rakyat tidak mahu parti yang tiada pendirian untuk menjadi pemimpin,” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.