Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DEMOKRASI DI NEGARA INI DAH PADAM DAH !


TAK PERLU LAYAN PANDANGAN FAHAMAN KEBANGSAAN, JIKA FAHAMAN INI BENAR MAKA TAK TIMBUL PERKATAAN RASIS

Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Lim Guan Eng, semalam mendakwa gesaan sebuah akhbar Kumpulan Utusan agar Barisan Nasional (BN) menghukum pengundi Cina yang tidak menyokong perikatan itu pada pilihan raya negeri Sarawak Sabtu lalu sebagai rasis dan tidak demokratik.

Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu juga mengecam Umno, pemilik akhbar berkenaan, kerana membolehkan pendirian sedemikian dikeluarkan, serta mempersoalkan sama ada ia konsisten dengan slogan '1Malaysia' Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN.

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/guanengkempensarawak.jpg'Gesaan terbuka Mingguan Malaysia bukan sahaja rasis, malah bertentangan dengan amalan demokrasi,' kata Encik Lim.
(Gambar; Guan Eng ketika berkempen dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini)
 
Beliau, yang juga Ahli Parlimen (AP) Bagan, berkata jika BN mengambil tindakan tegas yang disarankan akhbar Mingguan Malaysia terhadap pengundi bandar dan sesiapa yang menggunakan hak demokrasi, maka apa gunanya diadakan pilihan raya.

Sebuah lagi akhbar milik Umno, Berita Harian, dalam ruangan editorialnya semalam berkata 'sudah tiba masanya BN meneliti senario kenapa pengundi Cina menolak BN, bukan saja di Sarawak, malah di kebanyakan pilihan raya kecil lalu'.

'Persoalannya, adakah kerana BN tidak cukup membantu kaum Cina atau ia sekadar keyakinan mereka bahawa pembangkang mampu membentuk kerajaan negeri seperti dilakukan DAP di Pulau Pinang dan Selangor dengan kerjasama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS (Parti Islam SeMalaysia),' kata Encik Lim.

Kelmarin, Mingguan Malaysia menggesa perikatan itu supaya tidak terlalu bersikap 'pemurah' dalam melayan kedudukan masyarakat Cina dalam kabinet negeri yang bakal dibentuk, berikutan keputusan pilihan raya Sarawak Sabtu lalu.

Mingguan Malaysia berkata majoriti pengundi Cina memihak kepada kempen Pakatan Rakyat (PR) sedangkan masyarakat Bumiputera tetap teguh bersama BN.

BN Sarawak, yang dipimpin Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, memperolehi 55 kerusi dewan negeri, manakala PR memenangi 15 kerusi dan satu lagi kerusi dimenangi calon bebas.

Walaupun BN memperoleh majoriti lebih dua pertiga, ia mengalami penurunan kerusi kali ini. Undian popular yang diraih BN juga jatuh daripada 63 peratus kepada 55 peratus.

Dalam kenyataannya, Encik Lim berkata Mingguan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bersifat 'rasis dan ekstremis' dan 'apa yang mengejutkan ialah Umno terus membenarkan pendekatan rasis' itu di Semenanjung dan Timur Malaysia.

Sementara itu, para pengamat perniagaan menjangkakan pilihan raya umum Malaysia ke-13 diadakan menjelang akhir tahun ini berikutan kemenangan BN di Sarawak dengan firma OSK Research berpendapat BN mampu memenangi semula beberapa kerusi yang ia kalah di Semenanjung Malaysia. -- Agensi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.