Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

GERAKAN ISLAM BERHADAPAN DENGAN FITNAH

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/uhthimat.jpgMARANG – “Gerakan Islam hari ini berhadapan ujian fitnah. Fitnah menjadi senjata tajam merobek dan menghancurkan jemaah jika berjaya mempengaruhi sebahagian ahli jemaah,” kata Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Harun Taib.

Menurutnya, hanya dengan perpaduan kukuh sesama ahli, wala’ dan siqah kepada jemaah dan pemimpin menjadi sekukuh-kukuh perisai dalam ujian fitnah.

“Dalam Pakatan Rakyat (PR) kita dididik supaya bekerjasama dalam melaksanakan Amal Maaruf Nahi Mungkar, kita bersama-sama dengan parti dalam pakatan untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang telah melakukan fitnah dan menzalimi rakyat di Terengganu khususnya.

“Di atas dasar Islam kita sama-sama berhimpun pada hari ini. Dengan falsafah inilah insya Allah Pas akan dapat menggantikan UMNO yang sudah sampai kemuncak kezaliman dan kemungkaran,” katanya pada Himpunan Muslimat (Himat) peringkat negeri di Masjid Rusila di sini.

Hadir bagi merasmikan Himat ialah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Turut hadir, Ketua Dewan Muslimat Pas negeri, Safinah Jusoh.

Harun sebelum itu, ketika berucap turut mengucapkan tahniah kepada Muslimat negeri kerana telah berjaya mengadakan perhimpunan Himat yang menjadi salah satu program melengkapkan agenda Pas Ganti UMNO kerana perhimpunan Himat dapat dijayakan dengan baik.

Menurutnya, tenaga Muslimat sangat penting dan ia perlu digembleng dengan bersungguh-sungguh.

“Kita tahu lebih daripada separuh pengundi di Malaysia terdiri daripada wanita. Tugas Muslimat sangat besar, ianya akan menghadapi cabaran dan mehnah yang tidak akan mampu dipikul melainkan kepada mereka yang diberi hidayah dan pegangan kukuh oleh Allah,” katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, Muslimat Pas perlu bersedia mengisi kekosongan itu dengan ilmu dan tarbiyyah termasuk mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal- SH

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.