Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

GHADAFI TERUS SERANG PENENTANGNYA

http://www.csmonitor.com/var/ezflow_site/storage/images/media/images/0320-libyan-war-critics.jpg/9849297-1-eng-US/0320-libyan-war-critics.jpg_full_600.jpg
Askar-askar yang setia kepada Muammar Gaddafi, membedil bandar Misrata semalam, sehari selepas 17 orang terbunuh dalam pembedilan serupa, kata seorang jurucakap kumpulan penentang bersenjata.

Bandar ketiga terbesar di Libya itu - kubu utama terakhir kumpulan bersenjata di barat negara tersebut - diserang askar-askar pro-Gaddafi sejak sekitar tujuh minggu lalu.

Ratusan orang dipercayai terbunuh dan ribuan pekerja asing terkandas di sana dalam keadaan yang sukar. Mereka cuba keluar dari situ melalui kapal-kapal bantuan yang dihantar oleh badan bantuan kemanusiaan.

'Askar-askar Gaddafi membedil Misrata sekarang. Mereka melancarkan roket dan artileri di bahagian timur - Nakl el Theqeel (jalan raya) dan kawasan perumahan sekitarnya,' kata Abdubasset Abu Mzeireq dari bandar tepi itu.

Menurutnya, kira-kira 100 orang, kebanyakannya orang awam, cedera dalam pertempuran kelmarin. Namun agak mustahil mengesahkan maklumat itu secara bebas.

Sebuah kumpulan hak asasi berpangkalan di Amerika Syarikat berkata tentera pemerintah telah melancarkan serangan roket dan mortar bertubi-tubi ke atas kawasan perumahan di Misrata, termasuk satu yang membunuh lapan orang awam yang sedang beratur untuk mendapatkan roti Khamis lalu.

Sekurang-kurangnya 16 orang awam terbunuh dalam serangan sejak 14 April lalu, berdasarkan maklumat saksi dan pemeriksaan ke tempat-tempat yang diserang, kata kumpulan Human Rights Watch (HRW) dalam satu kenyataan dari Misrata.

'Satu lagi serangan, yang dilakukan dengan mortar, kena sebuah klinik perubatan dan mencederakan empat orang,' katanya.

HRW memetik kenyataan para saksi sebagai berkata para penentang tidak kelihatan di kawasan-kawasan tersebut apabila serangan dilakukan.

Sementara itu, di Budapest, Hungary, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Ban Ki-moon, menggesa semalam agar diadakan gencatan senjata segera dan huraian politik bagi konflik di Libya itu.

Beliau juga berkata PBB akan memulakan misi kemanusiaan di Tripoli.

'Kami mempunyai tiga matlamat: pertama, satu gencatan senjata segera dan berkesan; kedua, menyediakan bantuan kemanusiaan kepada yang memerlukan; ketiga, kita harus terus mengadakan dialog politik dan penyelesaian politik bagi isu ini,' kata Encik Ban kepada wartawan semasa lawatan tiga harinya ke Hungary.

'Memandangkan besarnya krisis ini jika pertempuran berterusan, pihak berkuasa Libya amat perlu menghentikan pertempuran dan pembunuhan rakyatnya,' kata beliau lagi.

Dengan usaha mencari penyelesaian politik diteruskan, Encik Ban menggesa agar diadakan satu tindakan antarabangsa yang 'bersepadu dan terselras bersama rakyat Libya'.

'Apabila gencatan senjata itu sudah dicapai, Libya akan memerlukan usaha menyeluruh bagi mencapai keamanan dan pembinaan semula,' ujar beliau sambil menambah bahawa ada puluhan ribu orang memerlukan bantuan kemanusiaan.

'Kita mempunyai masalah serius,' ujarnya, 'khususnya di bandar-bandar terbabit dalam pertempuran itu'.

Encik Ban berkata PBB - yang sudah pun mempunyai pangkalan bantuan kemanusiaan di Benghazi bagi menangani hampir setengah juta penduduk yang lari dari rumah mereka - akan mengadakan juga satu misi di Tripoli dengan Persatuan Palang Merah dan Persatuan Bulan Sabit Merah - Agensi.


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.