Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jika dia bakar al quran, bakar dia sekali

Pendakwa mahu mahkamah ‘halang’ Pastor Jones bakar al-Quran

April 19, 2011
Pastor Terry Jones pada satu sidang media 8 September 2010 di Gainesville, Florida ketika bercadang mahu membakar al-Quran. — Foto Reuters
 
DEARBORN, 19 April — Pendakwa raya Wayne County mahu mahkamah membuat satu perintah yang “sukar”, jika pun tidak memutuskannya sebagai haram - bagi pastor yang mengetuai kempen membakar al-Quran bulan lalu, mengadakan protes di masjid terbesar di Amerika Syarikat, Jumaat ini.
Ia diadakan sempena sambutan Good Friday minggu ini.

Pihak pendakwa telah memfailkan satu permohonan Jumaat lalu bahawa rancangan Terry Jones dari Florida untuk mengadakan demonstrasi di Pusat Islam Amerika di sempadan Dearborn/Detroit, kemungkinan akan membawa kepasa “rusuhan bersenjata.”

Jones mahu terbang sejauh 1,400 kilometer ataupun dua jam perjalanan menerusi kapal terbang dari Florida untuk mengadakan protes itu.

Jones sepatutnya hadir di Mahkamah Daerah di Dearborn Khamis ini atas permintaan pendakwa raya dan dikenakan “bon damai”, yang dibayar bagi perlindungan polis.

The Detroit News melaporkan tiada jumlah ditetapkan tetapi Jones mendakwa polis Dearborn telah meminta AS$100,000 (RM303,000) untuk menampung kos lebih masa.

Katanya, usaha untuk mendiamkan dia adalah tindakan “tidak berperlembagaan” dan tiada hasrat untuk membayar wang itu ataupun membatalkan hasratnya.

“Tiada apa-apa yang akan mengubah (pelan). Tiada apa yang akan mengubah,” kata Jones dari Dove World Outreach Center, Gainesville, Florida.“Pastinya kami akan berada di sana,” kata Jones.

Dalam afidavit yang dilampirkan bersama permohonan, Ketua Polis Dearborn Ronald Haddad berkata, beliau bimbang Jones akan melakukan tindakan membakar al-Quran.

“Maklumat risikan membuatkan saya percaya bahawa Pastor Jones akan memudaratkan keselamatan orang ramai dengan melakukan tindakan yang bertentangan dengan orang perseorangan atau harta pihak lain dengan membakar al-Quran,” kata Haddad.

Aduan mendakwa Jones telah menerima 300 ancaman bunuh ekoran tindakannya membakar al-Quran bulan lalu dan menjadi sasaran ganjaran AS$1.2 juta terhadap kematiannya daripada kumpulan pengganas.

Jones memberitahu dia merancang untuk membawa pistol untuk melindungi dirinya ketika demonstrasi di kawasan masjid Ford Road, petang Jumaat ini.

Jones berkata dia akan datang dengan sejumlah pengikut untuk memprotes terhadap kumpulan pelampau Islam dan undang-undang syariah.

Katanya, dia datang ke Dearborn sebab kawasan itu mempunyai ramai orang Arab dan Muslim.
Imam Hassan Qazwini dari Pusat Islam Amerika Syarikat (kiri) pada sidang media membantah protes Pastor Terry Jones Jumaat ini. — Foto ihsan The Detroit News
Masjid itu juga dianggap sebagai yang terbesar di Amerika Syarikat. 

Awal bulan ini, Jones yang disifatkan sebagai pemimpin gereja fundamentalis berkata akan mengadakan protes lebih besar di masjid paling besar di Amerika Syarikat akhir bulan ini.

Rancangan itu dikhuatiri akan memburukkan lagi ketegangan yang dirasakan di beberapa bahagian lain dunia.

Tindakannya membakar al-Quran pada 20 Mac lalu telah membawa kepada rusuhan dan demonstrasi di Afghanistan termasuk tindakan menceroboh pejabat PBB telah menyebabkan hampir 20 orang terbunuh.

Jones, seorang bekas pengurus hotel sebelum tukar kerjaya sebagai pastor, yang mendakwa al-Quran mendorong keganasan berkata, dia akan meneruskan satu protes pada 22 April ini — di pekarangan masjid terbesar iaitu di Dearborn, Michigan.

Sebelum ini, Presiden Barack Obama juga mengecam perbuatan membakar al-Quran tetapi tidak menyebutkan nama Jones.

Beberapa pemimpin Kristian dan Islam di Amerika Syarikat juga mengecam Jones dan gereja kecil Dove World Outreach Center yang mempunyai sekitar 30 ahli.

Jones merancang untuk membakar al-Quran sempena ulang tahun kesembilan peristiwa 11 September tahun lalu tetapi mengubah fikiran.

Pada 20 Mac lalu, Jones mengetuai Hari Antarabangsa Keadilan Al-Quran dan kemudian menyelia pembakaran kitab suci itu yang dihadiri sekitar 50 orang. Program itu berlangsung kira-kira enam jam.

Video yang menunjukkan naskhah-naskhah yang direndam dalam minyak tanah dan kemudian dibakar disiarkan menerusi laman web Dove World Outreach Center. — Reuters

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.