Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MANA-MANA PARTI PERKAUMAN TETAP BERSIKAP PERKAUMAN

DAP Sarawak: Tun M ‘tidak sedar apa beliau kata’

http://exopolitics.blogs.com/.a/6a00d8341c73dd53ef014e8708d8c4970d-pi
April 19, 2011
KUCHING, 19 April — DAP Sarawak hari ini menolak dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti itu telah menyuntik “virus perkauman” di negeri itu, yang mana menurut bekas perdana menteri itu pendekatan sedemikian akan memecahkan negara kepada dua puak.

“Ia (pandangan) sampah (semata-mata). Ini menunjukkan Dr M (Mahathir) sudah nyanyuk dan tidak sedar apa yang beliau kata. Semasa semua ceramah ketika berkempen, kami hanya bertanya soal kesamarataan kaum dan ia ada dalam manifesto kami,” kata Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng. Rakannya, Violet Yong, turut memberikan pandangan yang serupa.

“Saya tidak bersetuju dengan apa yang Dr Mahathir katakan sebab DAP adalah parti berbilang kaum.
“Bagi beliau yang pernah menjadi perdana menteri bertahun-tahun dan kata begitu, beliau sedikit nyanyuk,” kata Bendahari DAP ini kepada The Malaysian Insider.

Tetapi Yong, wakil rakyat dua penggal bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pending menghargai sumbangan Dr Mahathir yang pernah berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun.

Justeru, beliau juga mengingatkan Dr Mahathir yang sudah mencecah 85 tahun bahawa sebenarnya Barisan Nasional (BN) yang mengamalkan politik perkauman.

Yong merujuk kepada tiga parti utama dalam 13 perikatan BN yang masih dipisahkan mengikut kaum.

“Anda lihat MIC, hanya untuk kaum India. MCA, hanya kaum Cina boleh masuk. Umno, hanya untuk Melayu dan Bumiputera Islam Melanau sahaja. Jadi siapa yang mengamalkan perkauman,” katanya.

“Beliau (Dr Mahathir) hanya bercakap dari luar sahaja,” katanya. Dr Mahathir juga bekas presiden Umno dan bekas pengerusi BN.

Peguam itu turut menggesa pemimpin veteren tersebut agar mengambil langkah untuk menyertai DAP.

“Kenapa tidak sertai DAP dan lihat sama ada kami lakukan perkara yang sama seperti beliau,” cadangkan Yong.

Sehubungan itu beliau juga mengakui kemenangan 12 kerusi DAP pada pilihan raya negeri Sabtu lalu adalah kerana kelamahan polisi BN yang tidak adil dan berat sebelah.

“Kenapa kaum Cina di sini menyertai DAP? Kerana mereka rasa diketepikan, jadi mereka memberikan mesej ini,” katanya.

Dalam tulisan di blognya semalam, Dr Mahathir mendakwa masyarakat Cina Sarawak turut dijangkiti “virus rasisme Cina” yang menjadi prinsip perjuangan DAP, komponen Pakatan Rakyat (PR), yang memperoleh kerusi terbanyak dan menggandakan kawasan dimenangi mereka negeri itu.

Bekas perdana menteri itu menuduh DAP memusnahkan formula kongsi-kuasa yang telah diamalkan BN sejak sekian lama.

Dalam nada sindir, Dr Mahathir menulis, “saya mengucapkan tahniah kepada DAP yang membawa masuk politik rasis ke Sarawak.”

“Sebelum ini kesemua kaum bekerjasama antara satu sama lain bagi kebaikan Sarawak. Sekarang, kita boleh lihat dengan jelas bahawa komuniti Cina telah menolak multirasialisme,” katanya.“Mereka telah dijangkiti virus rasisme Cina yang menjadi prinsip DAP,” kata Dr Mahathir.

BN kekal berkuasa di Sarawak dengan majoriti lebih dua pertiga tetapi jumlah kerusi dimenangi menurun daripada 62 pada 2006 kepada 55 kali ini dengan undi popular pun mengalami penurunan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.