Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAK JADI MUALAP ISLAM BUKAN MUDAH

Syed Mu'az
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhTqQEG_p23V_u3RzV12VcOh5JbFLKiifP43wx2KJ3KT6LHOPAFS-uNJOQ28tt9JLB-9VGAwxN-2PkPNKc5cyx2h8ks33D-9xUwC6aKZrPnhw7FVZSsxAzX-GIaai-XSer2czHGyqf1VSM/s1600/Hadi_dan_Aziz_Bari.jpg
KUALA LUMPUR, 19 April — PAS akan tetap bertanding merebut kerusi Parlimen di Sarawak pada pilihan raya umum ke-13 walaupun gagal memenangi sebarang kerusi semasa pilihan raya negeri Sarawak, Sabtu lalu  PAS akan tetap tanding di Sarawak PRU-13, kata Hadi

 Tegas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar), walaupun parti Islam itu tidak menang di kelima-lima kerusi yang ditandingi namun sokongan kuat pengundi Sarawak menunjukkan parti itu mula diterima.

“Sokongan yang kuat diterima oleh mereka, maka ini petunjuk PAS diterima di Sarawak, namun kekuatan yang ada tidak mampu memberi kemenangan buat masa ini. 

“Bagaimanapun kita yakin dengan penerusan gerak kerja yang akan kita lakukan untuk mengembangkan PAS di Sarawak sejurus tamat pilihan raya (negeri Sarawak). 

“Malah sudah ada negeri-negeri yang mengambil inisiatif menjadikan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dibantu sebagai DUN angkat, untuk digerakkan PAS di Sarawak dan kita akan bertanding dalam pilihan raya yang akan datang,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini PAS bertanding lima kerusi iaitu Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro namun tewas di kesemua kawasan.

Walaupun tiada kerusi dimenangi tetapi undi popular diterima parti itu meningkat kali, kemungkinan antara lain kerana jumlah kerusi ditandingi kali ini. 

Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerajaan negeri Sarawak dalam persaingan paling sengit dengan memperoleh 55 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala Pakatan Rakyat, yang pertama kali bertanding di bawah perikatan tiga parti pula mendapat 15 kerusi dan Bebas satu. DAP menyumbangkan 12 kemenangan manakala PKR tiga kerusi. 

Tambah Hadi, walaupun masih baru bertapak di Sarawak, namun undi parti itu pada pilihan raya negeri itu meningkat dan ia bukti pengundi mula menerima dasar perjuangan parti Islam itu.

“PAS parti yang baru di Sarawak, walaupun tidak memenangi sebarang kerusi, undi PAS meningkat tinggi di Beting Maro dan bertambah melebihi 100 peratus di beberapa DUN lain yang  ditandingi. 

“Walaupun kali pertama bertanding di empat DUN yang baru, kita tidak hilang wang pertaruhan. Malah ada banyak peti undi yang kita menang dalam DUN tersebut termasuklah rumah panjang didiami kaum Iban,” katanya.

Jelas Ahli Parlimen Marang itu, PAS akan meneruskan gerak kerja dan Sarawak bagi memperkukuhkan parti itu dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Walaupun masih baru di Sarawak, dalam tempoh dua minggu kempen pilihan raya, kita berjaya menubuhkan cawangan-cawangan baru PAS di setiap DUN termasuk Muara Tuang yang mana kita berjaya menubuhkan tujuh cawangan baru di kalangan anak anak tempatan.

“Keahlian PAS juga bertambah sepanjang tempoh pilihan raya . . . ini isyarat PAS diterima dan sedia untuk dikembangkan di Sarawak,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.