Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SIAP SEDIA PRU 13



ALOR SETAR,  – Semua UMNO bahagian di Kedah diarah memberi tumpuan memantapkan parti ke arah menghadapi pilihan raya umum ke-13 dalam mesyuaratnya bermula 14 Mei ini dan berakhir 15 Jun.
Sehubungan itu, Badan Perhubungan UMNO Kedah akan memantau semua mesyuarat terutama bahagian yang berkemungkinan berlaku kekecohan, kata Pengerusinya Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata perkembangan terkini dalam UMNO  Kedah amat positif dan yakin mesyuarat bahagian termasuk Pemuda, Wanita dan Puteri berjalan lancar.

“Masa semakin suntuk. Perkara yang boleh menggagalkan segala usaha kita memulihkan parti dan memenangi hati rakyat harus dibiarkan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat badan itu di sini, hari ini.

Ahmad Bashah berkata peraturan baru mesyuarat yang diluluskan akan melihat bilangan perwakilan ke mesyuarat kali ini bertambah sekali ganda.

Mengenai pengundi baru, beliau berkata seramai 4,500 orang golongan muda mewakili semua 15 bahagian di Kedah mula diberi kursus secara berperingkat.

“Mereka merupakan barisan hadapan untuk menarik pengundi baru dan golongan muda. Kita sediakan mereka dengan kekuatan mental dan rohani untuk menghadap iserangan lawan,” katanya.

Mengikut jadual Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang  juga Timbalan Presiden UMNO bakal merasmikan mesyuarat UMNO  bahagian Baling pada sebelah pagi dan Padang Terap sebelah petang pada 20 Mei ini manakala Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan mesyuarat bahagian yang pertama, bahagian Pokok Sena pada 14 Mei.

Mengenai kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya Sarawak, beliau berkata keyakinan rakyat terhadap pucuk pimpinan parti menjadi faktor penentu walaupun di kawasan bandar BN tewas beberapa kerusi

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.