Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SIAPA YANG MEMBENAM DASAR ISLAM DI EGARA INI ?


http://buletinonline.net/images/stories/berita46/jamalolaiNGV.JPG
Parti islam SeMalaysia (PAS) mengucap tahniah kepada syarikat  NGV Tech Sdn Bhd (NGV Tech) kerana meneroka bidang pembuatan kapal hingga berjaya menembusi pasaran dunia dan meraih tempahan bernilai RM3 bilion sepanjang lima tahun lalu.

Ini menunjukkan bahawa syarikat yang dimiliki  oleh orang melayu mampu untuk mencipta suatu teknologi yang tinggi  jika diberi peluang tanpa campur tangan politik. Selama ini kita tidak pernah dengar syarikat NGV Tech yang hebat dan mampu bersaing dengan syarikat antarabangsa.

Tun Dr Mahathir sendiri tidak percaya ada syarikat Melayu mampu membina kapal laut berteknologi tinggi kerana  kebiasaan  dibuat oleh negara maju, katanya pada majlis pelancaran kapal tunda Mariner 1 kepada Marine Services Private Ltd (Arab Saudi) yang disempurnakan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di limbungan Sijangkang Banting.

(Gambar - Pengarah Urusan NGV Tech Sdn Bhd, Jamalolail Mohd Yatim (berkupiah) ketika menandatangani suatu MoU dengan UMW Corp Bhd)
Kenyataan beliau menunjukkan itulah mentaliti yang ada kepada pemimpin negara kita sejak dahulu sampai sekarang.

Suatu ketika dahulu kita sering melihat di paparan media mengenai kehebatan Zulkifli Haron yang mendahului  zaman dalam penciptaan teknologi yang canggih, sehingga beliau  digelar sebagai McGyber Malaysia.  Bermula dengan kereta parkir sendiri, rumah pintar, kuasa solar, ternak ikan laut di tengah bandar. Beliau sudah terlibat dalam  ikon reka cipta  lebih daripada 20 tahun tetapi malangnya khidmatnya kurang dimanfaatkan oleh negara, sebaliknya lebih bangga dengan ciptaan negara luar.
Sekiranya Zulkifli Haron ini rakyat  Jepun atau Amerika Syarikat, beliau akan menjadi jutawan sepeti bill gates, malang sekali Saudara Zulkifli Haron ialah anak Melayu yang tinggal di Malaysia.

PAS memandang penting modal insan dan kepakaran yang Allah berikan kepada manusia,  yang perlu di bangunkan dengan baik. Persoalannya kenapa modal insan ini diketepikan begitu sahaja tanpa pembelaan dengan baik.

PAS yakin jika diberi kepercayaan orang Melayu tanpa unsur pilih kasih dan penindasan, orang Melayu mampu untuk membina kapal selam yang boleh menyelam. Tetapi selagi dasar pilih kasih yang dijalankan oleh pemimpin Umno selagi itulah Melayu tidak boleh maju walaupun mempunyai inovasi yang tinggi.

Sebenarnya banyak kajian-kajian dan penemuan baru yang dibuat di Pusat Pengajian Tinggi  di Malaysia, malangnya ia hanya menjadi kajian  ilmiah sahaja. Sedangkan penemuan-penemuan mereka adalah kontemporari. Perkara ini berlaku kerana pemimpin negara ini hanya memandang hebat apa yang datang daripada luar. Sebab itu Datuk Seri Najib sendiri pun mengambil APCO sebagai penasihat walaupun membazir wang rakyat sebanyak RM77 juta setahun. Pada hal  khidmat ini boleh didapati di dalam negara ini oleh rakyat kita sendiri tanpa perlu wang negara mengalir keluar.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.