Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADA KEMUNGKINAN PKR AKAN DIHARAMKAN ?

PKR berisiko diharamkan

Mei 19, 11 10:24am
 
PKR kini berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftarannya dan ia dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lalu.

pkr keadilan agm 2006 050906 stageTV Selangor yang memetik sumber melaporkan parti itu juga difahamkan telah menerima surat berhubung pembatalan berkenaan daripada Pendaftar Pertubuhan awal bulan ini.

“Saya dimaklumkan RoS (Pendaftar Pertubuhan) sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran, surat diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya,” kata sumber itu.

Menurut beliau berdasarkan surat daripada Pendaftar Pertubuhan itu, PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan parti tersebut, yang ditubuhkan pada April 1999.

pkr congress pc 271110 saifuddin nasutionBagaimanapun katanya, PKR mempunyai alasan kukuh yang parti itu tidak melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaannya.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dijadualkan mengadakan sidang media mengenai isu itu tengah hari ini.

“Kami tak terkejut dengan tindakan RoS ini, tunggu sidang media nanti,” katanya lagi.

PKR, yang awalnya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditukar nama semasa selepas proses penggabungan empat tahun kemudian.

Ia mengadakan pemilihan secara langsung peringkat pusat menggunakan kaedah satu ahli satu undi, yang turut menyaksikan pelbagai masalah dan aduan.

NONESejak pilihan raya umum 2008 PKR tidak kesunyian daripada kritikan daripada pesaingnya termasuk ada pihak yang menggesa Pendaftar Pertubuhan mengambil tindakan ke atas parti itu.

PKR yang menyaksikan prestasi terbaik pada pilihan raya umum itu menerusi kerjasama dengan PAS dan DAP turut berhadapan dengan tindakan beberapa wakil rakyat, di kedua-dua peringkat parlimen dan dewan undangan negeri yang berpaling tadah.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.