Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AHLI UMNO DIMINTA FOCUS PRU 13

Semua ahli Umno diminta supaya memberi fokus (keutamaan) terhadap persediaan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan datang.

shafie apdal and mps no defection pc 280808 04Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sebab itulah Umno menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan dengan tujuan supaya ahli Umno tidak memikirkan tentang pemilihan atau pun perebutan jawatan di peringkat bahagian.

"Oleh itu, kita mahu jentera pilihan raya parti di semua peringkat (Wanita, Pemuda dan Puteri) supaya memberi tumpuan khusus kepada PRU ke-13 kerana kita sedar dan tahu bahawa pilihan raya umum kali ini bukanlah satu pilihan raya yang kita harus ambil ringan," katanya kepada pemberita di Bahau, hari ini.

Beliau sebelum itu merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Jempol 2011. Turut hadir ialah Ketua Umno Bahagian Jempol yang juga Anggota Parlimen Jempol Datuk Lilah Yassin.

Sehubungan itu, Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata ahli parti (Umno) harus bergerak bagi memastikan supaya kekuatan parti yang ada dapat dipertingkatkan.

NONEKatanya jentera pilihan raya Umno sebenarnya telah bersiap sedia, jika berdasarkan kepada beberapa pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini.

"Contohnya, mana mungkin kita boleh mendapat kejayaan dalam pilihan raya kecil di Tenang, Kerdau, Merlimau, Galas, Bagan Pinang dan juga pilihan raya peringkat negeri Sarawak jika kita tidak bersedia.

"Itu merupakan ujian kekuatan jentera pilihan raya parti kita," katanya.

Bagaimanapun, beliau mahu jentera pilihan raya parti dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa.

NONEMohd Shafie juga meminta semua ahli Umno supaya bekerja keras kerana keadaan pilihan raya umum berbeza dengan pilihan raya kecil.

"Oleh itu, parti perlu kuat dan begitu juga dengan pimpinan semua peringkat, baik di peringkat nasional, perhubungan negeri dan bahagian perlu kuat dan berpadu teguh," katanya.

- Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.