Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ahmad Maslan hanya nampak Melayu, Islam tak nampak

WarkahDaily – Pelik betul la puak-puak Umno ni. Siang malam hanya memikirkan Melayu aje. Islam depa nak letak kat mana? Sekarang ni, kerana bangsa Melayu, belum dapat dipastikan lagi apakah Islam jugak terjamin. Jadi, atas nama Islam, Ahmad Maslan perlu lebih memikirkan yang lebih utama dan kewajipan manusia yang memang dipertanggungjawabkan oleh Allah ke atas hambanya agar menjulang Islam, bukannya bangsa.

Tapi si Ahmad Maslan lebih memikirkan Melayu berbanding Islam yang menjadi tanggungjawab setiap manusia yang mengaku Islam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah.

Sedangkan Nabi Muhammad SAW pun berjuang atas nama Islam bukannya bangsa Arab. Islam bukan milik bangsa tetapi milik semua tidak kira warna kulit hitam, putih atau coklat, tidak kira bertutur Arab, Melayu, Inggeris, Cina, Tamil atau sebagainya, semuanya ada hak untuk Islam.

Namun, puak-puak Umno cuba memisahkan perkara itu semua. Mereka lebih suka kepada kasta bangsa berbanding atas nama Islam. Islam hanya sekadar hiasan di dinding rumah, pada nama dan perkara nikah kahwin semata-mata. Mereka tidak mahu Islam itu dilihat lebih universal dan syumul. Padahal Islam itu cukup sempurna seperti ayat yang diturun Allah kepada Rasulullah SAW dalam peristiwa Hujjatul Wida`. Memberi petunjuk yang Islam itu sudah sempurna dan cukup bagi manusia untuk mengamalnya.

Para cerdik pandai, ilmuan agama dalam Umno semakin membisu malahan juga senada dengan pemimpin-pemimpin Umno yang jahil berkaitan agama turut mengajak bersama atas nama bangsa Melayu.

Petikan Harakahdaily hari ini menyebut, Datuk Ahmad Maslan sekali lagi membuat pelawaan dan mengundang PAS untuk berbincang atas nama kesatuan Melayu.

Bagi beliau, Umno telah menggunakan kaedah dan pelawaan ini beberapa kali dalam waktu yang lalu, bagi membuktikan bahawa mereka serius tentang isu ini dan PASlah yang enggan dan dipaparkan oleh media Umno-BN sebagai sombong dan angkuh. Baca selebihnya di sini.

Padahal mereka ini diam membisu bila PAS mengajak atas dasar yang lebih tinggi dan mulia iaitu berteraskan Islam. Mereka bukannya jujur untuk berbincang atau bersepadu tetapi mempunyai niat buruk terhadap PAS. Mereka hanya mahu memporak-peranda PAS dan ahli PAS bersama rakan Pakatan Rakyat (PR).

Dalam masa yang lain mahu menangguk di air keruh konon PAS telah berkompromi dengan bangsa lain mahu menindas kaum Melayu, padahal itu semua sangkaan meleset juak-juak Umno yang begitu takut kehilangan pengikut Melayu menjelang pilihanraya umum yang semakin dekat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.