Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BN BERTAMBAH PENING KEPALA ...

Apabila ketua pembangkang diaibkan dengan berbagai-bagai tuduhan maksiat maka bertambah pula orang ramai mengunjungi ceramahnya, lagi dicemuh dan diaibkan lagi bertambah rakyat mahu tahu apakah benar Anuar buat kerja maksiat tersebut ?

Di negara ini terlalu ramai para pemimpin yang telah melakukan maksiat cuma cerita mereka dipadamkan kerana rakyat takut memikul dosa kerana memburaikan keaiban orang lain kerana itu cerita mereka menjadi pusaka keturunan dan keluarga mereka, lain pula cerita yang dideritai oleh Anuar ini, semakin dilanyak maka semakin rapat rakyat terhadapnya, inilah yang memeningkan kepala pemimpin BN sekarang ini

Nampaknya rancangan BN untuk mengasingkan rakyat dengan pemimpin PR telah gagal sedangkan pilihanraya umum semakin hampir dan pemimpin BN sangat terdesak sekarang, kerana itu mereka terpaksa melakukan pilihanraya olok-olok pada july ini, andainya pilihanraya olok-olok nanti akan menemui kegagalan maka kita tidak tahu apa lagi yang harus mereka lakukan

Isu agama dan bangsa yang nampaknya telah memakan tuan, nampaknya ia tidak relevan kerana belum lagi semangat agama dan bangsa menjadi membara rahsianya telah terburai dan bocor oleh keadaan semasa, kerana itu ada pandangan yang dinyatakan oleh orang yang berpengalaman ada kemungkinan tangkapan ISA akan berlaku diwaktu yang terdekat ini untuk melemahkan semangat juang rakyat

Rakyat dinegara ini rata-rata mahukan perubahan pemerintah dilakukan, ini kerana tekanan ekonomi semakin mencengkan rakyat, rakyat nampaknya sudah tidak peduli hal buruk laku para pucuk pimpinan parti atau soal pribadi orang lain, apa yang rakyat mahu adalah perubahan itu saja, sebab itu jika kita lihat dimana juga Anuar Ibrahim mengadakan ceramah maka kehadiran rakyat akan bertambah malah orang UMNO lah yang bersama meramaikan ceramah beliau tanpa menyorok-nyorok lagi

Mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap pemimpin BN nampaknya sudah sampai ketahap kritikal, berbagai isu dimainkan nampaknya tiada berkesan dan setiap isu menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap mereka ini kerana mungkin BN dan pemimpinnya sudah lama melakukan kesalahan kemudian mereka terbela dan terlepas begitu sahaja dan rakyat menyaksikan ini dengan penuh teliti dan ber'azam unuk menumbangkan kerajaan BN

Jika kita imbas sepintas lalu kerja buat pemimpin BN terhadap lawannya nyatalah rakyat dapat menilai dengan cepat, kerakusan mereka yang mabuk hendak terus menerus memerintah nampaknya sudah lama berada didalam poket rakyat, kejatuhan negeri Perak dan ketidak telusan kedaulatan undang-undang menampakkan tembelang pemimpin BN semakin terserlah dan rakyat melihatnya

Mari kita membuat penilaian secara kampungan, apa isu yang agaknya boleh menyentuh hati rakyat supaya rakyat boleh terus menyokong pemerintahan BN ? Isu agama, kaum, akhlak, memaki hamun ulama, semuanya telah dilalui dan  ia tidak menjadi sebab rakyat kembali menyokong BN malah rakyat bertambah membenci mereka dan rakyat hanya menunggu sahaja bila pilihanraya akan diadakan


0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.