Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kes liwat: Nik Aziz nasihat Anwar banyak sabar

May 16, 2011
KUALA LUMPUR, 16 Mei — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pagi tadi diperintah bela diri berhubung tuduhan meliwat agar banyak bersabar sambil berkata “kezaliman akan kalah juga akhirnya.”

“Saya nasihatkan supaya DSAI (Anwar) banyakkan bersabar, kezaliman akan kalah jua akhirnya,” kata Nik Aziz dalam mesej Twitter hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyatakan demikian sebagai respons terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Saya diberitahu tentang keputusan mahkamah yang memerintahkan DSAI membela diri dalam kes liwat II.

“Nampak sangat bahawa DSAI cuba disabitkan bersalah dalam apa jua keadaan sekalipun,” tulis Nik Aziz lagi.

Dalam keputusannya pagi tadi, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, berdasarkan bukti beliau mendapati ada kes prima facie sekali gus mengarahkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang membela diri.

Anwar, 63, dituduh meliwat Saiful 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.