Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kes liwat: Saiful syukur keputusan hari ini

May 16, 2011
KUALA LUMPUR, 16 Mei — Mohd Saiful Bukhari Azlan mengucapkan terima kasih dan bersyukur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar membela diri atas tuduhan meliwatnya tiga tahun lalu. 

Dalam reaksi segera berhubung keputusan Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah pagi tadi, Saiful yang merupakan pengadu dan saksi utama berkata, dia berharap perbicaraan peringkat seterusnya akan berjalan dengan lancar.

“Syukur dengan keputusan pada hari ini. Diharap peringkat perbicaraan seterusnya berjalan dengan lancar. Akan terus berdoa, istiqamah sabar,” katanya dalam mesej menerusi Twitter sebentar tadi.

Mohd Zabidin memutuskan bahawa ada kes prima facie terhadap Anwar, 63, Ketua Umum Pakatan Rakyat, yang berhadapan dengan kes liwat keduanya dalam tempoh 13 tahun.

Dalam satu lagi mesej lagi, Saiful berkata, “pembelaan bermula (dari) 6 hingga 30 Jun (ini). Mereka akan tampilkan saksi-saksi alibi untuk melemahkan kes pendakwaan.” “Semoga berjalan dengan lancar,” kata bekas pembantu Anwar ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.