Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ketua Muslimat PAS: Pesaing ‘misteri’, Asiah tak tanding

May 18, 2011
KUALA LUMPUR, 18 Mei — Bakal calon jawatan ketua Muslimat PAS pusat masih kekal teka-teki apabila dua daripada empat nama yang dicalonkan, yang dilihat boleh memberi saingan sengit, mengambil pendirian untuk berdiam diri sementara waktu. Jawatan itu disandang oleh Nuridah Salleh sejak 2007.

Senarai nama yang layak bertanding kesemua jawatan peringkat pusat PAS dikeluarkan semalam.

Selain Nuridah, calon yang layak bertanding ialah timbalannya Siti Zailah Mohd Yusof yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud dan ahli jawatankuasa kerja Muslimat PAS Asiah Ali.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Siti Zailah dan Siti Mariah memilih untuk “berdiam diri” buat sementara manakala Asiah memutuskan untuk tidak bertanding lagi kali ini.

Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan respons daripada Nuridah masih belum berhasil.Tarikh akhir untuk membuat pengesahan bertanding adalah 26 Mei ini.

Menurut Siti Zailah, beliau masih belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu bertanding jawatan itu atau tidak.

Jelas beliau, perkara tersebut akan dibincangkan terlebih dahulu dengan rakan-rakannya sebelum membuat keputusan.

“Sebagai seorang Islam, saya akan meminta petunjuk Allah, selain itu saya juga akan meminta pandangan jemaah dan mengadakan mesyuarat dengan rakan-rakan kerana ia merupakan satu keputusan besar,” katanya.

Jelas Siti Zailah, jawatan bukan matlamat utama beliau kerana ia adalah satu tanggungawab yang besar untuk dilaksanakan.

“Jawatan sebagai ketua Muslimat PAS adalah satu tanggungjawab bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat.

“Saya akan melihat terlebih dahulu berapa pencalonan yang saya dapat dan jika sudah berpuas hati, baru saya akan membuat keputusan,” katanya.

Selain itu beliau juga berharap perwakilan akan membuat keputusan bijak ketika pemilihan nanti.

Siti Mariah berkata, beliau akan membuat beberapa pertimbangan dalam perkara itu sebelum mengumumkan pendirian sama ada mahu bertanding atau tidak.

“Saya akan membuat beberapa pertimbangan terlebih dahulu dan akan memberi jawapan minggu depan sebelum hari terakhir mengantar surat balas kepada ahli jawatankuasa pemilihan,” katanya.

Bagaimanapun Asiah secara rasmi mengumumkan tidak akan bersaing kerana mahu memberi laluan kepada muka baru.

“Saya tidak mahu bertanding walaupun terdapat pencalonan. Saya mahu memberi peluang kepada orang lain.

“Pada pemilihan dulu, saya pernah tercalon dan bertanding tetapi kalah. Kali ini, saya tidak mahu bertanding kerana tidak mahu ada yang kata saya ingin merebut jawatan tersebut,” katanya.

Jelas Asiah, beliau juga mengambil keputusan untuk tidak bertanding mana-mana jawatan lainkerana mahu memberi laluan kepada muka baru.

Beliau turut layak bertanding jawatan timbalan ketua dan naib ketua Dewan Muslimat. “Saya tidak akan bertanding mana-mana jawatan walaupun ada pencalonan,” jawabnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.