Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KILANG SENJATA KAT BATU ARANG TU DAH JADI REBAN AYAM

Cadang pengeluaran raifal M4 projek perintis ADIC

20/05/2011 5:12pm

JAKARTA 20 Mei - Malaysia mencadangkan supaya pengeluaran raifal tempur Colt M4 Carbine dijadikan sebagai sebagai projek perintis dalam program Kolaborasi Industri Pertahanan Asean (ADIC) bersama Indonesia dan Thailand.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana sebuah syarikat besar di Malaysia sudahpun diberikan lesen pengeluaran senjata tempur M4 itu dengan 85 peratus komponen dalamnya menggunakan komponen tempatan.

Katanya, beliau mencadangkan agar projek perintis dalam ADIC itu dilaksanakan dengan menawarkan dalam bentuk equiti saham atau kolaborasi dengan Indonesia dan Thailand.

"Saya juga mengadakan perbincangan dengan menteri-menteri pertahanan negara anggota ASEAN yang lain, dan mereka tidak menolak kerjasama ini sebagai projek perintis,” katanya pada satu persidangan media di sini hari ini.

Ahmad Zahid berada di sini bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) kelima, dan semalam mesyuarat itu dilaporkan menerima pakai kertas konsep berhubung penubuhan ADIC, yang disediakan oleh Malaysia. - Bernama

Ulasan
Zaid Hamidi tak payah mimpi siang hari, Amerika takkan benarkan dan kilang batu Arang tu pun sudah lusuh,

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.