Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kristian-Islam: DAP cabar Razali dedah isi laporan polis dalam 24 jam

May 14, 2011
KUALA LUMPUR, 14 Mei — DAP mencabar seorang ahli partinya, Mohamed Razali Abdul Rahman agar mendedahkan kandungan laporan polis, yang dibuatnya semalam, berhubung pertemuan paderi di Pulau Pinang minggu lalu, didakwa membincangkan agenda menjadikan Kristian agama rasmi negara.

Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi berkata pihaknya memberi tempoh 24 jam kepada Razali agar berbuat demikian sebelum pihaknya boleh menentukan tindakan susulan.

“Saya cabar Mohamad Razali dedahkan apa yang dia katakan kepada polis... jangan berselindung di sebalik laporan polis itu,” kata Ooi (gambar) pada sidang media di sini hari ini.

“Dedahkan apa yang dia katakan kepada polis, kita nak tahu apa yang berlaku sebelum kita boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang,” katanya.

Ooi yang terkejut dengan tindakan Razali itu percaya kemungkinan “dipaksa” untuk membuat laporan polis itu.

“Sebelum ini dia membantah laporan Utusan Malaysia tetapi secara tiba-tiba dia membuat laporan polis.

“Malah sebelum ini Razali yang meminta saya untuk buat laporan polis tapi sekarang selepas seminggu, dia pula yang buat laporan polis.

“Saya agak sedih dan terkejut, mungkin dia dipaksa tapi saya tidak tahu... sebab itu kita mahukan penjelasan itu,” kata beliau lagi.

Semalam, Razali telah membuat laporan polis Balai Polis Jalan Patani, Pulau Pinang berhubung pertemuan 5 Mei itu.

Razali, ahli DAP Jelutong, mengakui dia ada pada pertemuan itu yang diadakan di sebuah hotel di Jalan Macalister.

Dia bagaimanapun tidak mendedahkan kandungan laporan itu kepada media yang mana hanya Utusan Malaysia, RTM dan TV3 yang berada di balai polis itu ketika laporan polis dibuat.

Sambil mengulangi penafian dakwaan wujudnya konspirasi antara DAP dan kumpulan Kristian, Ooi juga mencabar Utusan Malaysia, dua blog pro-Umno memohon maaf kerana mengeluarkan laporan salah dan berunsur fitnah.

Ditanya bagaimana Razali boleh turut serta dalam pertemuan yang rata-rata dihadir paderi dan penganut Kristian, Ooi bagaimana berkata: “Saya tidak tahu, saya ada nampak dia di penghujung majlis.”
“Saya tidak tahu sebab saya terlalu sibuk, dia tidak bersama saya... yang ada bersama saya tiga lagi ahli DAP lain, kami berempat yang berada dalam pertemuan itu.

“Ia adalah program tertutup, lagi satu bagaimana seorang beragama Islam boleh berada dalam pertemuan itu dan ia perlu ditanyakan kepada Mohamed Razali,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.