Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Laaaaaaaaaaaaaa ! berlakon lagi ulag kepala dua nih !

RON95: Zahid juga minta k'jaan kaji beban rakyat

Mei 17, 11 4:50pm

Kerajaan diminta menjalankan kajian secara mendalam sebelum membuat keputusan menaikkan harga petrol 
RON95, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kerajaan perlu mencari satu mekanisme lain bagi menjimatkan pemberian subsidi untuk bahan 
bakar itu.

"Saya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai mekanisme lain yang boleh 
digunakan bagi menampung subsidi dan kenaikan harga minyak tersebut.

NONE"Kerajaan juga boleh menggunakan pelbagai sumber cukai untuk 
menampung subsidi tersebut," katanya kepada pemberita selepas 
menutup program gotong-royong Perdana Mukim Bangau anjuran 
bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sungai 
Gau dan Angkatan Tentera Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir Anggota Parlimen Temerloh Datuk Saifuddin Abdullah, 
yang juga timbalan menteri pengajian tinggi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika 
diminta mengulas kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia 
Khairy Jamaluddin semalam yang meminta kerajaan tidak menaikkan 
harga petrol RON95 bagi menjamin kebajikan rakyat.

"Bagaimanapun, kerajaan dalam keadaan serba salah jika harga minyak 
tidak dinaikkan, kerana ia akan meningkatkan defisit kerajaan," katanya
yang bersetuju kenaikan RON95 membebankan rakyat kerana harga barangan lain akan turut meningkat.

Mengenai program gotong royong itu, beliau berkata program 'tentera masuk kampung' akan diteruskan 
bagi meningkatkan hubungan baik antara rakyat dan tentera.

Ahmad Zahid berkata program sedemikian sebenarnya telah dilaksanakan sejak sekian lama dan dilihat 
memberi banyak manafaat kepada semua pihak.

Di majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM20,000 kepada Masjid kampung 
Sungai Gau.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.