Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MUDAHAN CEPAT SEMBUH

Dr Mahathir stabil, perlu berehat: Mukhriz

Mei 18, 11 6:14pm
 
Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini pagi tadi kerana 
batuk kini berada dalam keadaan stabil dan dinasihatkan berehat supaya dapat pulih sepenuhnya.

Anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, doktor menasihatkan bekas Perdana Menteri itu supaya 
berehat yang secukupnya walaupun tidak mengalami sebarang masalah jantung yang serius.

NONE"Tidak ada langsung masalah dengan jantung beliau. Cuma batuk,
maksudnya paru-paru sikit...biasanya kalau dia batuk dia perlukan 
rehat secukupnya di IJN," kata Timbalan Menteri Kementerian 
Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu ketika ditemui di lobi
IJN selepas melawat ayahnya hari ini.

Katanya, ayah beliau kini perlu menjalani rawatan fisioterapi 
seperti biasa, mengambil ubat antibiotik dan rehat yang secukupnya 
supaya sembuh secepat mungkin.

"Susah nak nasihatkan dia... dulu dia dah masuk gear lima, 
dah lama ini nak masuk gear rendah susah, tetapi apa pun dia
sendiri pun tahu kesihatan dia," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, aktiviti luaran Dr Mahathir juga dikurangkan untuk memberinya peluang berehat 
memandangkan keadaan kesihatan ayahnya sekarang ini.

"Emak saya kini berada di sisinya untuk menjaga beliau...kita juga tidak mengalakkan lawatan daripada 
kawan-kawan buat masa ini bagi mengelakkan daripada berlaku jangkitan," katanya.

Dr Mahathir, 85, dimasukkan ke wad biasa pada kira-kira jam 6 pagi tadi selepas mengadu demam 
dan batuk sejak dua hari lalu.

Bagaimanapun, tinjauan Bernama tengah hari tadi mendapati kawalan rapi dijalankan di sekitar 
kawasan wad itu di mana hanya anggota keluarga terdekat sahaja dibenarkan masuk.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Doalah banyak-banyak supaya idola UMNO tu dipanjangkan umur, agar lebih banyak cerita palsu dan buku-buku fitnah dapat disiapkan sebelum ditemuduga oleh Malaikalmaut kelak.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.