Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS tolak utusan

PAS tidak akan menyahut seruan kumpulan pendesak Melayu - PERKASA untuk mempertahankan akhbar Utusan Malaysia yang kononnya ia adalah akhbar orang Melayu.

NONE“Layakkah akhbar Utusan Malaysia mewakili orang Melayu sedangkan etika laporan yang dilaporkan oleh akhbar tersebut tidak menepati ciri-ciri Melayu jauh sekali dengan ajaran Islam?

“Tepatnya akhbar ini ialah Utusan Umno, bukan mewakili suara orang Melayu,” kata Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad (atas, kanan).

Harakahdaily memetik beliau berkata pemberitaan yang dilaporkan Utusan lebih berunsur provokatif dan fitnah.

Tambahnya, terbaru dengan berita yang sensasi kononnya Malaysia akan menjadi negara Kristian seperti yang disiarkan oleh akhbar milik Umno itu pada 7 Mei lalu.

azlan“Menyiarkan berita untuk membangkitkan emosi orang Islam, sekiranya tidak kena gaya negara boleh terbakar tetapi alhamdulillah PAS berjaya menenangkan keadaan umat Islam,” katanya.

Semalam, tidak kurang 100 anggota PERKASA dan Pemuda Umno berkumpul di ibu pejabat Utusan Malaysia di Cheras, dekat Kuala Lumpur bagi mempertahankan akhbar itu yang dibidas pelbagai pihak kerana mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.
Unsur lucah dan fitnah

Sambil memberi amaran, mereka sanggup 'berjihad, mereka turut membawa poster dan kain rentang yang tertera bahawa PERKASA sedia mempertahankan Utusan sehingga titisan darah terakhir.

Pada demonstrasi itu, kira-kira 30 anggota polis juga dikerah mengawal Utusan manakala PERKASA dan Pemuda Umno dibiarkan berhimpun tanpa sebarang gangguan.

NONEMenurut Idris, Utusan beruntung kerana mereka kebal daripada sebarang tindakan undang-undang.

Katanya, rakyat Malaysia tentu masih ingat, Suara Keadilan yang menyiarkan berita Felda bankrap, terus diberi amaran dan permit digantung.

Tegasnya, Utusan Malaysia tidak layak mewakili suara orang Melayu, kerana budaya Melayu tidak menerima unsur lucah dan fitnah.

“Melayu yang dikaitkan mesti beragama Islam, sudah tentu tidak boleh menerima tatacara budaya seperti ini,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.