Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Penduduk bawa ular sawa jumpa MB Perak

Mei 20, 11 9:54am
 
Dukacita dengan kerajaan negeri Perak yang meremehkan masalah mereka, wakil penduduk Kampung 
DBI di Ipoh membawa seekor ular sawa ke pejabat menteri besar Datuk Seri Zambry Kadir.

Menurut TV Selangor, tindakan itu bagi menyerlahkan masalah ular yang berkeliaran di perkampungan 
setinggan itu.

“Kita bawa ular sawa supaya menteri besar sendiri boleh tengok masalah macam mana yang 
kita hadapi,” kata wakil penduduk S Subramaniam.

squaters in perak took ular sawa to meet  MB ZambryBuntu dengan nasib diri, penduduk terbabit 
mengambil keputusan menangkap seekor ular 
sawa untuk diserahkan bersama surat aduan
kepada pejabat menteri besar semalam.

Bagaimanapun mereka hanya berjaya menyerahkan
surat aduan itu kepada Pegawai Khas Zambry, 
Zulkefli Abdullah manakala ular itu diambil oleh 
sepasukan anggota bomba.

Penduduk mendakwa ular sering memasuki 
kawasan rumah mereka dan ramai daripada 
mereka menjadi mangsa patukan.

Mereka juga mendakwa seorang penduduk 
dilaporkan mati akibat dipatuk ular.

Sehubungan itu, penduduk kampung harap kerajaan negeri mengambil tindakan segera sebelum 
sesuatu yang lebih buruk berlaku.

Mereka juga meluahkan rasa tidak puas hati berhubung kegagalan kerajaan Umno-BN bagi 
menunaikan janji untuk menawarkan lot perumahan baru yang dibuat 14 tahun lalu.

Penduduk berkenaan yang sebahagian besar terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan 
ramai antara mereka juga tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berkeluarga besar.

Dihimpit dengan sara hidup tinggi, mereka merungut kerana kini berdepan pula dengan soal 
keselamatan kerana masalah ular yang berkeliaran sekian lama.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.