Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Perdana Menteri ada kes untuk diselesaikan ?

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita47/lancardunmanir%20017.jpgHULU TERENGGANU - PAS tetap dengan pendirian tegasnya mahukan kes melibatkan pertuduhan liwat terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dihadapkan dengan hukum Islam.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sepatutnya menggunakan ‘kuasa’ bagi menyelesaikan masalah dengan hukum Islam.

“PAS tetap mengatakan supaya selesaikan dengan Islam. Kes ini tidak boleh selesai melainkan dengan hukum Islam. Barisan Nasional ada kuasa, sepatutnya menggunakan kuasa untuk menyelesaikan masalah dengan hukum Islam.

“Ini bukan sahaja kes Dato’ Seri Anwar. Bahkan, termasuk kes Najib (Dato’ Seri Najib Tun Razak) mesti ada empat orang saksi ikut cara Islam.

“Kes (itu) sama sahaja, jika kes Anwar kena empat orang saksi begitu juga dengan kes Najib pun perlukan saksi juga. Termasuklah tuduhan demi tuduhan yang dibuat oleh semua pihak,” tegasnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Peringkat  Dewan Undangan Negeri (Dun) Manir, di Markaz Tarbiyyah PAS Kubang lembek, Manir, 16 Mei lalu.

Menurutnya, bukan sahaja kes Anwar tetapi jika tuduhan terhadap Perdana Menteri juga perlukan saksi yang ‘adil’ mengikut cara Islam.

Sehubungan itu, Dato’ Seri Abdul Hadi menyifatkan perundangan negara telah ‘bercelaru’ serta tidak mempunyai asas yang betul khususnya bagi orang Islam.

“Nampaknya kita (rakyat) sudah bercelaru dan sudah tidak mempunyai asas yang betul khususnya kepada orang Islam.

“Mereka sepatutnya menunjukkan satu contoh yang baik. Contoh yang baik ialah kembali kepada Islam yang ada dalam al-Quran dan diajar oleh Nabi kita Muhamad SAW,” ujarnya.

Justeru itu, katanya barulah dapat memulihkan imej Islam dan orang bukan Islam kepada pandangan semua pihak.

Pada 16 Mei lalu, Hakim Dato’ Mohamad Zabidin Mohd Diah memerintahkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari.

Dalam penghakiman lebih dua jam itu, Hakim Zabidin berkata beliau mendapati keterangan Mohd Saiful boleh dipercayai, kejadian liwat itu benar-benar berlaku dan tiada apa yang disoal ketika soal balas boleh menunjukkan bahawa dakwaan liwat tidak boleh dibuktikan.

“Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri,” ujarnya.

Hadir sama pada sidang media tersebut Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Harun Taib, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Terengganu, Ariffin Deraman dan Timbalan Yang Dipertua PAS Hulu Terengganu, Ismail Osman.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.