Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERKASA ITU UMNO DAN UMNO ITU PERKASA

MRT: Perkasa dakwa Najib ‘dengar’ suara kami

May 20, 2011
KUALA LUMPUR, 20 Mei — Perkasa memuji Datuk Seri Najib Razak sambil berkata disebabkan perdana menteri Syarikat Prasarana Negara Bhd (SPNB) melonggarkan kriteria bagi kontrak-kontrak projek Transit Rapid Massa (MRT) Lembah Klang.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini, Pengarah ekonomi Perkasa Dr Zubir Harun berkata, Najib telah “mendengar” keprihatinan yang dibangkitkan pihaknya bahawa kontraktor-kontraktor Bumiputera telah ‘dinafikan’ peluang kontrak projek MRT.

“Perdana Menteri mendengar Perkasa dan bertindak secara positif. Sekarang, terima kasih kepada Perdana Menteri yang memberi perhatian ke atas permintaan kami, SPNB sedikit sebanyak telah cuba untuk memastikan bahawa kesemua kontraktor — Bumiputera dan bukan Bumiputera boleh terlibat dalam MRT dan berkongsi kek,” katanya.

Zubir mendakwa ketika program tinjauan beliau awal bulan ini, Najib telah memaklumkan kumpulan itu bahawa beliau menerima kebimbangan mereka dan SPNB akan mengkaji semula syarat-syarat yang digariskan.

“Ramai orang mendengar apa yang beliau katakan. Anda boleh memetik yang ini. Ia diumumkan oleh Perdana Menteri sendiri,” katanya lagi.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, SPNB mengumumkan kajian semula kriteria prakelayakan kontrak kerja-kerja membina MRT Lembah Klang, yang membolehkan kontraktor-kontraktor berminat membentuk usaha sama (JV) atau konsortium dengan syarikat-syarikat tempatan.

Langkah itu dilihat akan membuka laluan kepada lebih ramai kontraktor bermodal kecil khususnya Bumiputera menyertai kerja-kerja pembinaan projek tersebut.

Bulan lalu, Perkasa meminta SPNB mengkaji semula syarat-syarat yang didakwa ketat dan menghalang penyertaan kontraktor Bumiputera.

Kriteria baru ini melibatkan kerja-kerja sivil bertingkat, stesen dan pembinaan depot, kata SPNB.
Selain itu, SPNB juga mengumumkan bahawa ia akan mempamerkan kajian semula prakelayakan selama lapan hari mulai esok dan menetapkan bahawa kesemua permohonan mesti dikemukakan sebelum 6 Jun.

“Prasarana telah memutuskan kajian semula tender prakelayakan bagi Kategori Terbuka (PKK ‘A’ / CIDB G7) dan Kategori Bumiputera (PKK ‘A’ Bumiputera / CIDB G7).

“Di bawah kriteria prakelayakan baru, kontraktor-kontraktor yang berminat boleh membentuk JV atau konsortium di kalangan syarikat tempatan,” kata SPNB.

Bagaimanapun SPNB yang merupakan pemilik MRT menekankan, komposisi JV atau konsortium tidak seharusnya melebihi tiga syarikat.

“Dalam memastikan perkongsian yang berkualiti dan cekap, setiap kontraktor hanya dibenarkan mengemukakan maksimum dua permohonan JV atau konsortium,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.