Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERSAINGAN BIARLAH SIHAT

No 2 PAS: Tumpuan beralih pada Tuan Ibrahim

Jimadie Shah Othman
Mei 18, 11
4:39pm

Tumpuan untuk perebutan jawatan nombor dua dalam PAS kini beralih kepada naib presidennya Datuk 
Tuan Ibrahim Tuan Man pula apabila ulama popular itu dilihat sebagai penentu kemenangan calon-calon 
yang bertanding.

Ditambah kelebihan sebagai anak saudara Datuk Nik Aziz Nik Mat dan penceramah yang sering muncul
di kaca televisyen sebelum ini, sebarang keputusan lanjut Tuan Ibrahim akan menentukan nasib dua lagi 
calon -- Nasharudin Mat Isa dan Mohamad Sabu.

Pemerhati politik berpendapat, sekalipun Tuan Ibrahim terus menolak hasrat akar umbi PAS untuk 
bertanding, beliau masih mempunyai pengaruh dalam pemilihan parti yang akan diadakan pada 3 hingga 5 
Jun ini. Ini kerana, ketika beliau berterusan menepis pujukan dan desakan,

Tuan Ibrahim tetap beroleh jumlah pencalonan ketiga terbesar berbanding Nasharudin dan Mohamad. 
Ketiga-tiga mereka bersaing rapat dengan perbezaan tidak sampai sepuluh undi.

Walaupun jawatankuasa pemilihan PAS membuat keputusan tidak mendedahkan jumlah pencalonan yang 
diterima setiap pihak, Malaysiakini difahamkan Mohamad mendepani dengan pencalonan daripada sekitar 
47 kawasan, diikuti Nasharudin (43) dan Tuan Ibrahim (39).

Turut layak untuk bersaing Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak, Naib Presiden Salahuddin Ayob 
dan bekas naib presiden Husam Musa.

Ketiga-tiga mereka bagaimanapun difahamkan mendapat pencalonan tidak sampai daripada sepuluh 
kawasan dan dipercayai tidak akan turut sama bersaing.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.