Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
PM: Labur di M'sia, dapat seluruh Asia

Mei 18, 11 11:01am

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyenaraikan 10 sebab Malaysia merupakan tempat yang tepat untuk 
melabur, dengan berkata kini masa yang sesuai untuk berbuat demikian memandangkan ekonomi semakin 
meningkat.

Berucap kepada pelabur-pelabur Amerika Syarikat pada Forum "Invest Malaysia New York 2011" yang 
berlangsung di Bursa Saham New York, Perdana Menteri berkata negara mempunyai kekuatan ekonomi 
dalam kepelbagaiannya, dengan rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India.

NONE"Sekiranya kami terus bersaing dalam ekonomi global baru, kami perlu menjadikan sebahagian besar bakat 
di kalangan rakyat kami dan bukan hanya sebahagian daripada mereka...bangsa Melayu, Cina dan India 
adalah sama dan bersatu dalam semangat 1Malaysia bagi membolehkan setiap orang memainkan peranan 
masing-masing.

"Sebagaimana masyarakat pelbagai imigran dengan budaya berbeza di Amerika yang menjadi sumber 
keteguhan, saya yakin terdapat kekuatan dalam kepelbagaian Malaysia," kata beliau pada pelancaran 
berkenaan yang dihadiri 363 bakal pelabur.

Keduanya, Najib merujuk kepada semangat dalam bidang perniagaan yang memacu negara dan berkata 10 
ketua syarikat paling berjaya termasuk Air Asia, syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia, yang 
dibawa bersama dalam misi ke New York itu.

Axiata, kata beliau, mempunyai lebih 150 juta pelanggan mudah alih yang menawarkan perkhidmatan kepada lebih 1.5 bilion orang di 10 negara dan Malayan Banking Bhd serta CIMB Bhd, dua daripada lima kumpulan perbankan utama Asean juga semakin kukuh di rantau berkenaan.

"Mereka hanya beberapa daripada banyak syarikat Malaysia yang kukuh di Asean dan melangkauinya,
" kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Najib juga menjelaskan kepada mereka yang hadir bahawa hubungan sejarah Malaysia dengan China, India 
dan Timur Tengah bermakna negara dapat melibatkan diri dengan pusat pertumbuhan ekonomi baru muncul
itu dan serentak dengan mengadakan jalinan dengan barat.

azlanIni, kata beliau, adalah sebab kenapa lebih 5,000 syarikat 
dari lebih 60 negara menubuhkan pangkalan di Malaysia, 
dan menambah yang negara menjadi lokasi lebih 160 ibu 
pejabat operasi, 209 pusat pemerolehan antarabangsa, 
19 pusat pengedaran serantau dan angka ini bersedia untuk 
berkembang.

"Melabur di Malaysia, anda akan mendapat seluruh Asia," 
kata beliau.

Keempatnya, Najib berkata Malaysia akan terus 
meliberalisasikan perkhidmatan utama selain daripada meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan 
yang diumumkan dua tahun lepas.

Najib berkata beliau menjangka sektor perkhidmatan, tidak termasuk perkhidmatan kerajaan, akan 
berkembang lebih tujuh peratus setahun sehingga 2015, meningkatkan sumbanganya kepada Keluaran 
Dalam Negara Kasar kepada 61 peratus.

Perdana Menteri juga memaklumkan pelabur AS bahawa "kerajaan mengetahui yang terbaik" telah berlalu 
dan menjadi sebab kenapa beliau mengadakan Program Transformasi Kerajaan atau GTP.

azlan"Sasarannya untuk menjadikan penyampaian kerajaan bagi 
perkhidmatan awam lebih efektif dan bagi menggerakkan 
Malaysia ke hadapan untuk menjadikannya maju, bersatu 
dan masyarakat saksama dengan standard kehidupan yang
tinggi untuk semua," kata beliau.

Walaupun bukan mudah, Najib berkata GTP telah 
menunjukkan hasil sebenar, dengan memberi contoh 
laman web My Procurement yang meningkatkan tahap 
ketelusan 
di mana butir-butir pembida yang berjaya bagi 3,500 
kontrak kerajaan kini disenaraikan dalam talian.

Tambahan pula, kata Perdana Menteri, ekonomi juga melalui transformasi dengan memberi menyebut 12 
bidang utama yang telah dikenal pasti untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan mengadakan 131 Projek 
Permulaan (EPP) bagi memulakan pembangunan di seluruh sektor.

Dalam hanya enam bulan, Najib berkata kerajaan telah melancarkan 72 projek dan inisiatif dalam 54 EPP 
berasingan manakala komitmen pelaburan setakat ini berjumlah lebih US$35 bilion dan dijangka mewujudkan hampir 298,000 pekerjaan dalam masa 10 tahun 
akan datang.

Najib berkata alasan ketujuh ialah aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam industri Malaysia
yang mencatatkan rekod, di mana pelaburan asing dalam projek yang diluluskan hampir US$10 bilion, 
kenaikan hampir 32 peratus.

azlanSumber terbesar pelaburan asing ialah Amerika Syarikat dan corak pertumbuhan FDI dilihat berterusan
pada 2011.

Perkara kelapan yang disentuh Najib ialah mengenai peningkatan dana asing dalam pasaran modal Malaysia, dan berkata prestasi hebat Bursa Malaysia pada 7 Jan, 2011, apabila penunjuk pasaran utama, FBM KLCI, mencecah 1,572.21 mata, paras tertinggi sejak 1998.

Najib berkata unjuran oleh Barclays Capital menyatakan peningkatan status pasaran modal Malaysia 
daripada "sekunder" kepada "baru muncul maju", bulan depan, akan menarik sehingga US$3 bilion 
dalam aliran masuk modal baru dan menaikkan kedudukan Malaysia dalam indeks antarabangsa.

Semasa mengulas lanjut, Najib berkata pelabur-pelabur seharusnya memanfaatkan Asean, yang mempunyai 
lebih 600 juta rakyat, manakala pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar dijangka pada purata enam 
peratus setahun.

"Jika Asean merupakan negara tunggal, ia akan bernilai US$2 trilion, dan pada kedudukan ekonomi 
kesembilan terbesar dalam dunia dan ketiga terbesar di Asia.

luxury cars"Saya telah memberikan sembilan alasan yang menarik kenapa Malaysia
merupakan tempat yang tepat untuk melabur. Alasan kesepuluh saya 
agak mudah, sekarang ini - kini peluang anda untuk memulakan usaha 
teroka," kata Najib.

Dengan memberi contoh keputusan radikal usahawan terkenal Henry 
Ford untuk membayar lebih kepada pekerjanya dengan pelbagai kemelut yang ditempuhi syarikat untuk menjadi syarikat 
automobil yang besar, Najib berkata beliau berazam untuk membawa 
perubahan yang diperlukan negara bagi memacu transformasinya.

"Kami berazam untuk membangunkan dan melaksanakan, apabila anda 
melabur dalam program transformasi Malaysia, anda akan memperoleh lebih US$440 bilion dalam peluang," kata Najib.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.