Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
'Rogol' amah: Polis siasat Tenaganita

Kuek Ser Kuang Keng
Mei 19, 11
6:14pm

Empat bulan selepas pembantu rumah Indonesia menafikan beliau dirogol oleh Menteri Penerangan,
Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, polis kini menyiasat NGO Tenaganita kerana 
menyiarkan semula kenyataan berkaitan dakwaan itu.

NONEMinggu lalu, ibu pejabat polis daerah Ampang 
menghantar 
faksimili kepada Irene Fernandez, -- pengarah eksekutif 
NGO hak pekerja asing itu -- supaya kenyataannya 
dirakamkan.

Irene kemudian bersetuju menemui polis di pejabat 
Tenaganita pada 3 petang ini. Bagaimanapun pegawai 
terbabit tidak muncul.

Menurut surat yang ditandatangani pegawai peyiasat 
jenayah kanan ASP Norfidawati Othman, polis diarahan oleh Pejabat Peguam Negara untuk merakamkan
kenyataan Irene ekoran penyiaran semula kenyataan NGO Indonesia Migrant Care.

NONESurat itu, yang ditunjukkan Irend dalam sidang media di pejabatnya hari ini, mendakwa Tenaganita 
menyiarkan semula kenyataan itu pada 26 Disember atahun lalu selepas Wikileaks mendedahkan 
dokumen siasatannya.

Ia juga menyifatkan dakwaan terhadap Rais sebagai tohmahan.

Irene mengaku Tenaganita terliabt mengeluarkan semula kenyataan itu dalam laman rasminya tetapi 
menafikan ia dimuat pada tarikh yang dinyatakan.

Kenyataan Migrant Care bertarikh 1 Ogos 2007 menggesa siasatan dijalankan terhadap dakwaan
rogol itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.