Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SENGSARA LAGIKAH RAKYAT JIKA KENAIKAN RON 95 ?


Kerajaan sekali lagi dilihat mahu perbodohkan rakyat negara ini dengan kajian rasionalisasi subsidi minyak yang dijalankan dan berkemungkinan menaikan harga petrol RON95.Menurut Mohd Anuar Mohd Tahir, Pengerusi Lajnah Buruh & Setinggan PAS, Kerajaan dilihat mahu mencabar rakyat dan menguji kesabaran rakyat dengan mahu menaikkan harga minyak sekali lagi.


"Selepas menaikkan harga gula dan minyak petrol RON97 sekian ini, tidak sampai sebulan pun masih lagi mahu menaikan harga minyak petrol RON95 pula.

"Pekara ini dilihat menyeksakan rakyat dan terus membebankan rakyat yang berpendapatan sederhana, tambahan lagi kita semakin hampir mendekati bulan Ramadan seterusnya menyambut Syawal tiba.

"Hal ini tidak patut dilakukan oleh kerajaan pusat yang dilihat tidak bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan rakyat," jelas beliau yang sedikit terkejut dengan tindakan kerajaan itu.

Beliau sewaktu dihubungi tengah hari tadi dengan lantang dan keras menegaskan bahawa kerajaan tidak usah terus memperbodohkan rakyat dan membohongi lagi rakyat.

"Kita adalah antara negara pengeluar minyak terbesar dunia, mana mungkin harga minyak boleh dinaikan dengan sewenang-wenangnya.

"Kerajaan jelas nampak membohongi rakyat dengan membandingkan harga minyak negara dengan harga minyak negara serantau seperti Thailand, Singapura dan Filipina.

"Sedangkan negara-negara tersebut bukanlah negara pengeluar minyak seperti Malaysia, kerajaan dilihat sengaja membutakan mata rakyat untuk kita tidak membandingkan harga minyak dengan negara pengeluar minyak terbesar dunia yang lain.

"Negara-negara pengeluar minyak yang lain seperti Arab Saudi dan Venezuela yang mencatatkan harga minyak paling rendah berbanding Malaysia.

"Malah contoh yang paling dekat yang dapat dilihat ialah negara Brunei yang jauh lebih rendah harga minyak berbanding negara kita tapi tidak dibandingkan oleh kerajaan, atau sengaja dibutakan mata dipekakkan telinga oleh mereka," kata Anuar (gambar) yang penuh bersemangat dengan pekara ini.

Beliau yang sebelum ini adalah bekas Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menambah kerajaan dilihat gagal memainkan peranannya dalam menguruskan perbelanjaan negara dan memberi anologi terhadap kerajaan yang dipimpin oleh Umno itu sebagai "buruk siku"

"Kerajaan memberi subsidi kepada rakyat kemudian menarik balik subsidi tersebut atas dasar-dasar untuk menampungi perbelanjaan boros yang dilakukan oleh kerajaan seperti projek-projek "kosmestik" atau "projek solekan" yang diutamakan oleh kerajaan atau Umno ini dilihat banyak membazir duit negara.

Pekara ini dilihat kerajaan pimpinan Umno ini gagal mengimbangi perbelanjaan negara, sebagai contohnya menambah kos infrasruktur di ibu negara tanpa melihat kos pembaikannya pada masa yang sama.

Pekara ini dipetik dari laporan Bernama di Putrajaya semalam, di mana Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memaklumkan kemungkinan akan berlaku kenaikan harga petrol RON95.

Beliau mejelaskan lagi kemungkinan kenaikkan harga minyak tersebut berdasarkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi yang dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

Justeru itu, beliau meminta rakyat bersedia dan tidak terkejut dengan kenaikan harga minyak nanti.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

Tiga hari lalu, Ismail berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa harga minyak petrol RON95 tidak akan dinaikkan buat masa ini.

1 orang berkata:

Anonymous said...

apa rakyat boleh buat. Naik harga minyak bayor je le. Tak cukup duit Najib boleh bagi. Minta je le.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.