Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAKKAN NAK BERTINDAK DENGAN SUKU SAKAT DIA

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menuntut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein mengambil tindakan segera pada ADUN Kuang Abdul Shukor Idrus atas kesalahan memiliki dan mengedarkan akhbar haram Selangor Terkini.

NONEMenurut pejabat menteri besar, Khalid telah menulis surat berhubung perkara itu kepada Hishammudin di mana kementerian itu kerana didakwa melanggar Seksyen 5(1) dan Seksyen (2) Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984.

Menteri besar juga melalui suratnya bertarikh 13 Mei lalu menyatakan kekesalannya kerana Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Hishammuddin tidak berbuat apa-apa walaupun laporan polis sudah dibuat.

Kegagalan bertindak juga menyebabkan Peguam Negara tidak boleh mendakwa Abdul Shukor yang juga ketua penerangan Umno Selangor, kata kenyataan itu.

azlan“Kegagalan KDN dan Hishammuddin bertindak secara efisyen menyebabkan akhbar haram ini dicetak dan diedar di Selangor tanpa sebarang sekatan.

"Saya percaya ia didalangi orang yang sama kerana muka ADUN Kuang terpampang di muka depan akhbar haram ini,” kata Khalid.

Khalid juga mendakwa terdapat juga laporan pada 6 Mei lalu dibuat terhadap Selangor Terkini selepas dua individu ditangkap ketika mengedarkan akhbar secara terbuka.

“Saya mengesa Hishammuddin memainkan peranan sebagai menteri dalam negeri dengan lebih berkesan, amanah, bertanggungjawab dan menjangkaui ideologi politik supaya keadilan dapat ditegakkan dan pihak yang didapati bersalah menerima hukuman setimpal,” kata Khalid lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.