Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO DI IBARATKAN SEBAGAI PENGEDAR CANDU KEPADA RAKYAT

Ibarat parti UMNO ini sebagai pengedar candu kepada rakyat sehinggakan rakyat menjadi ketagih candu, apabila Perdana Menteri sendiri membuat tuduhan tersebut dalam mengagihkan berbagai-bagai subsidi untuk mengikat hati rakyar supaya terus menyokong kerajaan, tuduhan ini pula didedahkan secara terbuka dan ia tentunya suatu penghinaan terhadap rakyatnya sendiri, Perdana Menteri perlu ingat bahawa bukan bantuan subsidi saja sebagai candu akan tetapi rasuah pilihanraya juga sebagai candu yang tersangat bahaya

BN/UMNO telahpun mengamalkan kerja mengedar candu ini daripada zaman dahulu lagi iaitu zaman perdana menteri pertama hinggalah zaman Najib sendiri menjadi Perdana Menteri, zaman bermewah-mewah rakyat diasuh dengan ketagih candu subsidi sehinggakan orang melayu dituduh sebagai bangsa subsidi, orang melayu boleh ingat ini semua ? Sekarang BN/UMNO sudah hampir muflis ongkos untuk memberikan rakyat candu lalu Perdana Menteri menghina rakyat sebagai ketagih subsidi yang disifatkannya sebagai candu

Sekarang pengedar candu sudah hampir lumpuh kerana kekurangan ongkos untuk nak bagi rakyat candu sedangkan rakyat terus dilanda penyakit ketagihan, sepatutnya Najib tidak patut salahkan rakyat, dia sepatutnya salahkan perangai pemimpin UMNO yang suka menyogok rakyat, mereka yang mengajar rakyat terutama bangsa melayu diberikan berbagai subsidi sehinggakan bangsa melayu dikenali sebagai bangsa yang tidak bermaruah kerana dilebelkan sebagai bangsa subsidi, semua ini UMNO yang mengajarnya sehinggakan ahli UMNO ada yang tidak sedarkan diri mendabik dada mengatakan pemimpin mereka bijak,pandai menjaga hati, pembela bangsa, pembela agama, negara dan macam-macam lagi

Setelah kerajaan pimpinan UMNO ketandusan candu maka rakyat pula yang dipersalahkan dan dihina sedemikian rupa, Najib dan kerajaannya selalu di ingatkan dengan berbagai projek membazir oleh pembangkang akan tetapi mereka memekakkan telinga, segala projek yang diberikan oleh UMNO adalah dari kementerian mereka sendiri untuk memikat hati rakyat yang mana projek tersebut kadangkala adalah suatu pembaziran, namun disebabkan mahu menjadi juara rakyat mereka teruskan juga dan sekarang segala kerja buat juara rakyat menjadi memakandiri sendiri






0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.