Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO SABAH PERLU BERPECAH BARU RAKYAT AMAN


RAMAI yang nampak, tetapi tiada siapa yang berani mengesahkannya! Nampak, pertelingkahan di khalayak ramai antara Ketua Menteri Sabah, Dato’ Seri Musa Aman dengan Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Shafie Afdal. 

Di mana terjadi pertelingkahan ini? Menurut cerita mereka yang nampak apa yang berlaku dan dengar sikit-sikit apa yang diperkatakan ini, di lobi Ibu Pejabat Umno, 29 April lalu dan turut disaksikan beberapa orang Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.


Apa isunya? Ini yang menarik untuk ditulis dan dianalisis. Tentulah, isu projek pembangunan dan pengagihan projek mengikut siapa yang dapat dan kroni siapa yang layak!

Ops! Betul ke ni atau ia fitnah… hingga kedua-dua mereka ini, Musa dan Shafie, meluru ke arah Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak untuk mengadu dan salah menyalah antara satu sama lain.

Jadi, apa kata Najib? Apa kesudahannya? Najib sambil tersenyum, seolah-olah amat faham pertelingkahan antara Musa dan Shafie ini dipetik sebagai berkata, "hmm, perkara kecil aje ni. Berbincanglah…" sambil meninggalkan kedua-dua mereka yang tidak cerdik ini.

Ketika mereka berdua saling tuding-menuding, kelihatan sama ada di sekitar Ibu Pejabat Umno ialah kesemua Ketua-ketua Bahagian Umno dari Sabah termasuk Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan, Dato’ Seri Mohd Salleh Said.

Salleh dilihat memainkan peranan penting menghentikan pertelingkahan dan tuding-menuding itu kerana malu dilihat orang.

Dari sini, ramai yang mengakui, hanya ada dua ketua bahagian sahaja yang menyokong Shafie manakala yang lain-lain, semuanya adalah orang kuat Musa.

Yang pasti, mereka ini sedang menanti ketika yang sesuai untuk membenamkan Shafie di dalam selut, apabila sampai tarikh pemilihan Umno di peringkat Pusat.

"Shafie tak layak kekal sebagai Naib Presiden Umno," kata salah seorang dari ketua bahagian dari Sabah yang mengakui, Shafie tidak pernah menjejakkan kaki ke Pejabat Ketua Menteri Sabah, sebagai tanda hormat kepimpinan Musa di peringkat negeri.

Barangkali, Shafie beranggapan dia lebih besar dari Musa dan tidak ada sebab mengapa dia harus "menyembah" Musa apabila berada di Kota Kinabalu.

Kembali kepada perbincangan, isu apa yang menyebabkan Musa dan Shafie berbalah… Menurut yang membawa cerita ini, Musa tidak membenarkan semua projek pembangunan yang Shafie mahu bawa balik ke Sabah, diberikan secara terus dari Kementerian Luar Bandar dan Wilayah sebaliknya mesti melalui Pejabat Ketua Menteri.

Ini berkait rapat dengan kedua-duanya merasakan mereka lebih berkuasa dari seseorang yang lain.

Musa yang memang cukup berkuasa di Sabah mahu memberitahu Shafie bahawa dia lebih besar kuasanya dari Shafie tetapi Shafie pula didakwa sudah memberitahu penyokong-penyokongnya, dia adalah orang nombor lima dalam hirerki Umno dan bila-bila pun layak untuk dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Tiada siapa di Sabah, yang mempunyai kepercayaan bahawa Shafie Apdal akan kekal sebagai Naib Presiden Umno dalam pemilihan akan datang.

Lebih dahsyat lagi, mereka ini mahu memastikan Musa diletakkan sebagai Naib Presiden Umno selepas ini bagi mewakili suara orang-orang Sabah.

Menurut mereka, Shafie tidak banyak membawa perubahan di Sabah termasuk di kawasan Semporna yang diwakilinya jika dibandingkan dengan Musa.

Kata mereka, Shafie juga tidak dihormati di Sabah, termasuk di kawasannya sendiri hingga apa-apa sahaja program yang diadakan di situ, tidak dihadiri Adun-Adun di bawah Parlimen Semporna, termasuk daripada kalangan kepimpinan Umno dalam Bahagian Semporna sendiri.

Apakah pertelingkahan ini tidak memberi kesan kepada perpaduan Umno dan sokongan pengundi di Sabah terhadap BN?

Bukankah lebih baik Umno memperbetulkan semua ini bagi mencari kemenangan daripada mereka sibuk menjaja video lucah yang dikatakan melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim hingga menimbulkan "isu moral" di kalangan anak-anak muda?

Umno boleh menang pilihan raya jika mereka bersatu! Ini keyakinan mereka selama ini tetapi, bagi pemanis mulut, biasanya apabila sokongan mereka merosot dan mereka tewas, mulalah mereka menyalahkan parti pembangkang dan dakwaan kononnya rakyat telah dikelirukan oleh kempen pembangkang.

Jika apa yang berlaku di Umno Bahagian Tenggara antara ketuanya, Dato’ Baderi Dasuki dengan timbalannya, Dr. Adham Baba tidak sampai ke telinga Najib, mustahil pertelingkahan antara Musa dengan Shafie tidak diketahui Najib.

Jika sudah tahu, bila lagi Najib mahu selesaikannya? Apakah menunggu sampai BN di Sabah tumbang dalam PRU 13 akan datang atau memecat Musa dari kedudukannya sebagai Ketua Menteri bagi menyokong Shafie membolot semua kuasa yang Musa pegang untuk diserahkan kepada Shafie.

Jika tidak, mereka yang dilihat tidak bersama Musa akan dicop sebagai orang Shafie manakala, mereka yang tidak bersama Shafie dalam majlis-majlis yang Shafie hadiri akan dicop sebagai orang Musa.

Lantas, masing-masing yang mengelilingi Musa akan cuba membolot projek yang tentunya di bawah kuasa Musa manakala, mereka yang mengelilingi Shafie sedaya upaya mencuba untuk mendapatkan projek-projek yang diberi atas nama kementerian yang Shafie wakili.

Dari segi moralnya, kepimpinan Umno Sabah ini sudah hilang integriti. Mereka bukan mengambil kira kepentingan rakyat dan pencapaian sebaliknya mereka mengejar dan bertelingkah kerana mengejak habuan dan projek.

Dari segi rekodnya, Shafie sebenarnya banyak bergantung nyawa politiknya di tangan Najib. Dia menang kerusi Naib Presiden Umno, buat pertama kalinya wakil Sabah boleh menduduki tempat itu, hanyalah kerana ihsan Najib.

Dia bukannya seorang menteri yang berpengaruh tetapi disebabkan Najib mahu rakyat Sabah tidak terasa hati, maka Najib membariskan beberapa nama dari Sabah sebagai orang yang kononnya diberikan jawatan penting.

Namun, ujian Najib terhadap Shafie, dengan melantiknya menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah tetapi berakhir dengan kegagalan hingga menyebabkan seorang perwakilan Pemuda dari Kedah mendesak Shafie digugurkan dan Presiden Umno perlu melantik orang Kedah mengantikan Shafie.

Najib tahu Shafie tidak mampu mengemudikan Umno Kedah. Najib terpaksa menggugurkan Shafie dan digantikan dengan Dato’ Paduka Ahmad Basha Md Hanipa yang juga dikatakan dua kali lima dengan kemampuan Shafie.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.