Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Amnesty International desak Britain tekan Najib

Posted on Thursday, July 14 @ 08:28:35 PDT by paktam

KUALA LUMPUR: Amnesty International mendesak Britain memberi tekanan ke atas Perdana Menteri Dato' Seri Najihttp://transcurrents.com/tc/Amnesty_logotc0924.jpgb Razak kerana menghalang Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu lalu, yang menyaksikan tindakan keras pihak berkuasa ke atas peserta perhimpunan.
 
Timbalan Pengarah Asia Pasifik Amnesty International Donna Guest berkata, selain menahan peserta perhimpunan pihak keselamatan turut melepaskan gas pemedih mata secara terus kepada perhimpunan dan dalam kawasan hospital sebagai usaha menggagalkan perarakan ke Stadium Merdeka.


Seorang peserta, Baharuddin Ahmad, 56, jatuh pengsan berhampiran Menara Petronas dan didapati meninggal dunia di hospital kemudiannya.

Dalam kenyataannya, Guest berkata ramai peserta perhimpunan telah dikasari oleh pihak keselamatan."Terdapat rakaman video di YouTube menunjukkan anggota polis berpakaian preman menendang seorang peserta yang terbaring di atas jalan sementara polis yang berpakaian seragam hanya melihat.

"Pihak keselamatan juga menembak gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan termasuk Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim yang telah tercedera dan Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) yang turut mengalami kecederaan," katanya.

Justeru kata Guest, kerajaan Britain pimpinan David Cameron harus campur tangan dengan menasihatkan pentadbiran Najib berhubung keganasan pihak keselamatan ke atas peserta Himpunan Bersih 2.0.

"Kerajaan Britain tidak harus memberi ganjaran terhadap keganasan ini dengan menghamparkan permaidani merah untuk Perdana Menteri Malaysia.

"David Cameron harus memberitahu Perdana Menteri Malaysia bahawa ia adalah pencabulan ke atas peserta perhimpunan aman dan ia tidak boleh diterima,” katanya.

Selain itu, kata Guest, beliau juga berharap Vatican dapat memberi tekanan kepada Najib supaya menghormati hak asasi manusia ketika pemimpin nombor satu Malaysia itu melawat ke Rom minggu ini.

"Kerajaan Perdana Menteri Najib telah bertindak keras ke atas ribuan rakyat Malaysia yang mempunyai hak untuk berkumpul secara aman.

"Keganasan yang dilakukan pihak berkuasa bertentangan dengan hak asasi manusia dan ia tidak boleh dibiarkan. Mana-mana perhimpunan selepas ini patut dibenarkan dan pihak berkuasa harus menghormatinya," katanya dalam satu kenyataan.

Justeru tegas Guest, pihaknya menuntut pentadbiran Najib menyiasat kegagalan pihak keselamatan memberi bantuan segera kepada Baharuddin sebelum dia menemui meninggal dunia.

"Ia termasuk dakwaan mengatakan ambulans tiba di tempat kejadian satu setengah jam selepas Baharuddin jatuh pengsan," katanya.

Lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Pakatan Rakyat ditahan.

Bagaimanapun kesemua peserta yang ditahan dilepaskan dengan jaminan polis dan Peguam Negara akan menentukan tindakan ke atas mereka.

"Penggunaan keganasan oleh pihak keselamatan secara berlebihan ini sepatutnya tidak perlu kerana ia akan menakutkan rakyat," kata Guest lagi.

Kira-kira 40 orang yang ditangkap menjelang perhimpunan tersebut masih berhadapan dengan pendakwaan. Kebanyakannya didakwa di bawah Seksyen 40 Akta Pertubuhan kerana memiliki risalah haram termasuk baju-T Bersih.

Enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan dibawah Ordinan Darurat sejak 2 Julai lalu. Salah seorang daripada mereka Ahli Parlimen, Dr Jeyakumar dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung selepas disoal siasat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.