Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAH BERSERABUTPUUUUUUN !!! APA SBB EXCO PAS SERU UMNO DAN PERKASA ?

Ahad, 17 Julai 2011

Apa Hal Lu Nak Sokong Pas..??

UMNO Kedah menyokong Kerajaan Negeri melaksanakan enakmen yang melarang operasi pusat hiburan sepanjang Ramadan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (gambar) bagaimanapun berkata, langkah penguatkuasaan undang-undang itu harus seiring dengan budi bicara demi menjaga hati dan kepentingan masyarakat bukan Islam.

“Saya sokong pelaksanaan enakmen 1997 itu tapi perlu ada budi bicara. Saya nampak, tindakan ini akan makan diri mereka (Kerajaan Pakatan Rakyat) sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Bashah berkata, Pas tidak sepatutnya mempolitikkan tuntutan orang bukan Islam di negeri ini semata-mata untuk melaga-lagakan parti komponen BN.

Menurutnya, tindakan Pemuda Pas Pusat mengecam UMNO yang berdiam diri ditenggelami ‘kelantangan’ MCA dan Gerakan memperlihatkan muslihat sebenar parti itu menggunakan Enakmen 1997 untuk memecahbelahkan BN.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.