Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ISH, ISH !!!

Sabtu, 16 Julai 2011

Kita Bukan Bermusuh Dengan Polis..Kita Nak Lawan Umno..kah3

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau mendapat layanan baik dari pihak polis semasa ditahan kerana menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai lalu. 

Katanya, beliau tidak tahu apa yang berlaku kepada yang lain kerana beliau berseorangan semasa ditahan dan dibawa dengan lori ke balai polis Jinjang.

"Saya dilayan dengan baik, ada juga (polis) yang datang bersalam dengan saya. Konsepnya kita (PAS) tak bermusuh dengan polis, kita nak lawan Barisan Nasional (BN).

"Saya tak tahu mengenai yang lain kerana saya keseorangan pada masa tu (ditangkap), yang lain saya tak tahu," katanya kepada pemberita di sini.

Abdul Hadi diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang mendakwa Presiden PAS itu dikasari polis ketika ditahan kerana menyertai perhimpunan itu.

Hadi berkata tidak semua polis menunjukkan kekasaran pada hari berkenaan, malah ada yang berlembut dengan tahanan termasuk beliau.

"Kita tak boleh kata semua baik, gas pemedih mata tak baik sebab buat kita sesak nafas. Naik lori tak baiklah, panjat atas lori tapi apa yang saya nak sebut ada yang tunjuk kekasaran, ada juga yang tunjuk sifat lembut," katanya.

Katanya, PAS juga akan menyokong sekiranya perhimpunan Bersih diadakan lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.