Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ISLAM TERLALU BANYAK MUSUH !

 SEJARAH AWALNYA MEMANG MENGINGATKAN KITA DEMIKIAN, APA YANG BERLAKU DAHULU BAKAL AKAN BERLAKU PADA HARI KEMUDIAN

Islam hanya selamat pada zaman Rasullullah saw dan zaman para sahabat sahaja, tentunya zaman tersebut tiada fahaman bermazhab-mazhab, selepas zaman khulafa Ar Rashidin maka bermulalah fahaman islam ini menjadi bermacam-macam serta taksub dengan fahaman masing-masing dan zaman islam berkembang musuh islam hanyalah golongan munafik sahaja iaitu golongan musuh dalam selimut dan yang berfahaman selain dari islam

Apa yang berlaku di zaman dahulu maka akan berlaku juga pada zaman sekarang malah ia bertambah teruk dan merbahaya kerana terlalu banyaknya fahaman yang perlu ditangkis sama ada fahaman tersebut ada yang secara nyata bercanggah dengan islam atau bersifat musuh dalam selimut yang perlu juga diperangi secara berhemah atau secara tegas 

PAS satu-satunya jama'ah islam di negara ini perlu melihat perkembangan dasar partinya dengan dasar parti-parti yang lain dari sudut akidah dan budaya, berbudaya jangan sampai akidah tergadai dan beragama juga jangan sampai akidah turut tergadai kerana orang-orang yang beragama itu tidak semestinya akidah mereka benar dan selamat

PAS yang merasakan parti mereka mengikut lunas-lunas islam perlu melihat dan sentiasa menilai rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat kerana ada diantara mereka yang  mudah mempertikaikan dasar kemuliaan islam kerana mengutamakan kemaksiatan dan keduniaan yang berlebihan dan dalam masa yang sama PAS perlu melihat apa yang ada diluar Pakatan seperti apa yang terdapat didalam BN yang sentiasa memerangi mereka setiap masa

Didalam Pakatan Rakyat PAS dan DAP boleh dikatakan kumpulan yang terus berkembang, PAS terus berkembang mungkin ramainya ahli UMNO yang menyertai parti tersebut atau dari parti PKR sementara DAP berkembang kerana kemasukkan ahli MCA dan GERAKAN kedalam parti tersebut, dengan adanya suara cina didalam PAKATAN RAKYAT maka  dikuatiri suara cina yang melompat kedalam DAP itulah ditakuti mendalangi DAP  dan merekalah mungkin menjadi perosak yang banyak mempertikaikan pantang larang islam

Ada kemungkinan Cina MCA dan Cina GERAKAN menghantar wakilnya kedalam DAP  dan diarahkan menjadi ahli parti tersebut untuk merosakan PAKATAN RAKYAT dan mungkin juga mereka ini adalah atas arahan  BN bagi menyerang PAS dan dasarnya kerana hanya dasar PAS sahaja yang nampak berlainan dari dasar-dasar parti yang lainnya didalam PAKATAN RAKYAT

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.