Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Lapan pelajar Malaysia cedera kemalangan di Melbourne

July 15, 2011
MELBOURNE, 15 Julai — Lapan pelajar Malaysia mengalami kecederaan apabila van yang mereka naiki terbabas lalu terhumban ke dalam parit di Lebuh Raya Bass dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 6 petang waktu tempatan itu, kesemua pelajar berkenaan dalam perjalanan pulang selepas melawat Philip Island untuk melihat burung penguin.

Polis berkata van yang dinaiki oleh pelajar Malaysia itu terbabas lalu merempuh besi penghadang jalan lalu terhumban ke dalam parit.

Polis berkata sebahagian daripada kenderaan itu ditenggelami air dengan keadaan keempat-empat roda van ke atas.

Pengguna lebuh raya yang mengekori van itu membantu semua mangsa keluar dari van yang remuk itu sebelum anggota kecemasaan tiba di lokasi kejadian.

Mangsa yang tercedera, Aisyah Fadhillah Mahmud Azmi, dibawa ke Alfred Hospital di sini manakala Syafiq Hilimi, Iffat Farain Abdul Halim dan Mohd Fitry Mahayuddin dimasukkan ke Pusat Perubatan Monash, Clayton.

Empat lagi mangsa — Muhammad Rashidul Amin, Helmi Mohd Samat Hani, Wan Hafizunazrin dan Aisyah Mardiah Mahmud Azmi diberi rawatan semalaman di Hospital Dandenong sebelum dibenarkan keluar pagi tadi.Van berkenaan dipandu oleh Rashidul Amin.

Konsul Besar Malaysia di sini, Dr Mohd Rameez Yahaya yang memulakan tugas di Pejabat Konsulat Besar yang baru dibuka di sini, sibuk melawat mangsa di ketiga-ketiga hospital berkenaan.“Kesemua pelajar berkenaan berada di bawah jagaan baik,” katanya.

“Saya sudah bercakap dengan ibu bapa mereka di Malaysia dan memberi jaminan bahawa anak mereka dijaga dengan baik dan semua keadaan terkawal,” katanya.

Dalam kumpulan itu, empat adalah pelajar jurusan perubatan dari Kolej Universiti di Dublin, Ireland, dua dari Monash Sunway dan masing-masing seorang dari Taylors College dan Monash University.

1 orang berkata:

Sandra said...

TEM UMA PESSOINHA BEM ESPECIAL POR AQUI
http://sandraregina7.blogspot.com/
VOU TE EWSPERAR. SEJA BEM VINDA.
FICAREI MUITO FELIZ COM A SUA PRESENÇA.
CARINHOSAMENTE,
SANDRA

" A melhor maneira de alimentar os nossos sentimentos é compartilhá-los com verdadeiros amigos"!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.