Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pegawai kastam dakwa dipaksa buat pengakuan terima rasuah

July 14, 2011
KUALA LUMPUR, 14 Julai — Seorang pegawai Kastam yang merupakan antara mereka ditahan bersama Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed berkata, dia dipukul ketika berada di bawah tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan telah dipaksa membuat pengakuan ada menerima rasuah.

Abdul Rahim Abdul Kadir, 41, ditahan oleh SPRM dari 1 hingga 5 April lalu.

“Pegawai-pegawai (SPRM) bercakap dengan suara yang tinggi dan menengking ke arah saya, malah mengugut saya agar saya boleh membuat pengakuan,” katanya pada inkues kematian Allahyarham Sarbaini.

Abdul Rahim berkata, dia dipukul di kepala ketika disoal siasat pada 4 April dan tidak dibenarkan menunaikan solat.

Menurut saksi-saksi dipanggil ke inkues, dia memberitahu mereka bahawa dia telah dipaksa membuat pengakuan.

Abdul Rahim juga memberitahu mahkamah koroner bahawa dia telah mengalami cirit-birit dan sakit kepala pada 4 April lalu dan telah dibawa ke klinik. Selepas itu ketika disoal siasat, seorang pegawai telah memukulnya di belakang kepala.

“Saya tidak boleh ingat bila, tetapi ada (kedengaran) jeritan dan bunyi kuat di bilik sebelah ketika mereka merakamkan kenyataan saya sehingga saya tidak boleh dengar (apa-apa),” katanya lagi.

Peguam SPRM Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah telah meminta saksi itu supaya membawa laporan polis esok sebelum beliau boleh mengemukakan soalan balas.

Seorang lagi pegawai kanan Kastam Zamzam Mohd Yusop berkata, Allahyarham Sarbaini rasa tertekan apabila dipaksa pegawai SPRM supaya  mengaku ada menerima rasuah. Saksi ke-21 itu berkata Sarbaini rasa tekanan apabila disoal pegawai SPRM.

Katanya, Sarbaini terpaksa mengaku kerana tekanan.“Dia (Sarbaini) tidak boleh tahan tekanan,” katanya.

Zamzam, dalam keterangannya memberitahu, Sarbaini juga ada mengatakan bahawa dia bertanya pegawai SPRM ketika disoal siasat apa implikasi jika mengaku ada menerima rasuah.

Sarbaini menceritakan perkara itu pada petang 5 April lalu di gelanggang selepas bermain tenis, bersebelahan pejabat Wisma Kastam Pelabuhan Barat.

Zamzam juga berkata, Sarbaini menceritakan pengalamannya di lokap. “Sarbaini beritahu, di lokap susah makan, minum, buang air, solat macam neraka dunia,”katanya yang mengenali Sarbaini selama tiga tahun melalui permainan tenis.

Sementara itu, saksi inkues ke-22, Siti Sarina Shamsuddin, 33, turut bersetuju dengan Zamzam bahawa Sarbaini dipaksa mengaku ada menerima rasuah.

“Saya jumpa Sarbaini pada pukul 5.30 petang, sehari sebelum dia (Sarbaini) meninggal dunia.“Dia beritahu, dia dituduh kononnya menerima wang sogokan daripada ejen,” katanya ketika menjawab Shafee.

Sarina yang turut disoal siasat SPRM berkata, dia mendapat waran tangkap untuk menggeledah kereta dan rumahnya.

Katanya, ketika sarat mengandung lapan bulan pada waktu itu, mereka memeriksa beg tangan, kereta, rumah dan hanya dibenarkan pulang pada pukul 3 pagi, 2 April selepas keterangan diambil.

Saksi-23, ketua pegawai Kastam, Mohd Khairul Hisyam Mohd Ghazali, 29, pula memberitahu Sarbaini dipaksa mengaku menerima RM30 daripada ejen syarikat Top Mark.

“Saya jumpa dia (Sarbaini) hanya dua kali pada petang, 2 April di parkir kereta sebelah pejabat Wisma Kastam dan pagi, 4 April di kafeteria. “Dia hanya cerita dipaksa mengaku terima RM30 dan dia tidak mengakuinya,” kata Hisyam.

Sebelum ini, Sarbaini ada membuat pengakuan menerima antara RM50 dan RM100 sebulan daripada pegawai Schenker Logistics (Malaysia) Sdn Bhd, Wan Zainal Abidin Wan Zaki dan juga antara RM30 dan RM200 sebulan daripada pegawai Top Mark Freight & Shipping Sdn Bhd yang dikenali sebagai Ah Seng. Allahyarham Sarbaini ditemui mati di premis pejabat SPRM pada 6 April.

Dalam pada itu, saksi ke-20, penolong pengarah Kastam, Azman Jusoh, 45, memberitahu Sarbani ada melakukan solat istikharah pada malam sebelum kematian untuk memohon petunjuk sebelum hendak menukar pengakuan pada 6 April.

“Dia buat istikharah malam sebelum kejadian untuk tukar pengakuan. Tetapi secara peribadi, saya tidak setuju cadangan dia kerana dia boleh tukar pengakuan semasa di mahkamah nanti,” katanya.

Semalam, Azman memberitahu, Sarbaini mahu pergi semula ke SPRM untuk mengubah pengakuan tetapi tidak memberitahu butiran tersebut.

Beliau kelihatan risau apabila  mahu mengubah pengakuannya kerana bimbang akan ditahan semula.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.