Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pusat hiburan: Pemuda PAS hairan Perkasa dan Umno diam tapi MCA ‘lantang’

July 15, 2011
KUALA LUMPUR, 15 Julai — Dewan Pemuda PAS pusat mencabar Umno dan Perkasa agar menyatakan pendirian mereka mengenai keputusan kerajaan negeri Kedah yang memutuskan untuk mengharamkan sepenuhnya operasi pusat hiburan ketika Ramadan — yang mendapat tentangan hebat rakan komponen Barisan Nasional (BN), MCA.

Menurut Exco Dewan Pemuda PAS pusat Mohd Firdaus Jaafar, tindakan yang dibuat kerajaan negeri Kedah di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak itu adalah satu perkara wajar dan mengikut lunas Islam.

“Dalam kenyataan Menteri Besar Kedah, pusat rekreasi seperti kafe siber, boling dan pusat snuker dibenarkan termasuk persembahan budaya agama masyarakat bukan Islam. “Dalam hal ini mengapa MCA harus melenting dengan larangan ini?” kata beliau dalam satu kenyataan.

Katanya, larangan ini sebenarnya tidak bercanggah dengan hak asasi manusia, khususnya masyarakat bukan Islam, tetapi langkah mendidik masyarakat untuk mengelakkan diri mereka daripada terjebak dalam gejala sosial yang semakin menjadi-jadi,” katanya lagi.

Kelmarin Azizan berkata akan melaksanakan larangan pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan seperti mana dalam Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang digubal masa era BN.

Azizan berkata Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan sudah wujud sejak 1997 dan bukannya dasar baru.

Oleh itu kata beliau, enakmen itu terpakai sejak BN mentadbir Kedah, cuma tidak dikuatkuasakan sepenuhnya sebelum ini.

Azizan berkata menurut enakmen itu, kategori hiburan yang tidak boleh diadakan sepanjang Ramadan ialah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko.

Bagaimanapun Ketua Biro Profesional Muda MCA Chua Tee Yong menyelar tindakan itu yang didakwanya sebagai menafikan hak asasi manusia dan hak dalam Perlembagaan terhadap bukan Islam.

Selain MCA, rakan komponen Pakatan Rakyat, DAP berkata penguatkuasaan enakmen itu harus dibatalkan sepenuhnya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata oleh kerana BN sendiri yang menggubal undang-undang itu tidak menguatkuasakan sehingga ia ditumbangkan pada 2008, maka kerajaan negeri Pakatan Rakyat wajar mengkaji balik untuk memansuhkannya.

Mohd Firdaus menegaskan, MCA sepatutnya melihat implikasi baik ekoran tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan bukan bertindak secara melulu.

“Pemimpin MCA harus melihat kepada realiti yang berlaku dalam masyarakat. Apakah nilai positif yang ingin diambil dengan berleluasanya pusat-pusat hiburan, pub, disko dan kelab-kelab malam selain untuk menambah gejala sosial seperti zina, pelacuran, dadah, gangster, pergaulan bebas sehingga membawa kepada kes pembuangan anak. Gejala sosial tidak mengira warna kulit, bangsa atau keturunan. Adakah MCA bangga dengan meningkatnya gejala sosial dan jenayah hasil dari pusat-pusat hiburan pada hari ini?

“Selain itu, nilai hak asasi manusia ada batasnya. Segala perkara yang baik dan menjurus kepada kebaikan bolehlah diteruskan. Tetapi, perkara yang boleh memudaratkan atau membawa keburukan tidak boleh dibiarkan. Hiburan dibenarkan tetapi ada batasnya. kami menganggap semua agama dan bangsa tidak boleh menerima hiburan yang boleh membawa implikasi buruk kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara,” katanya.

Justeru kata Ahli Parlimen Jerai ini, pihaknya kesal dengan tindakan Perkasa dan Umno yang tidak mengeluarkan sebarang respons terhadap serangan dilakukan MCA.

“Dalam isu ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak Perkasa dan Umno sedangkan mereka sebelum ini kononnya lantang membela agama dan bertindak menyelar PAS yang dikatakan bersetongkol dengan Bersih 2.0 yang dipengerusikan oleh Datuk Ambiga Sreenevasan yang dikatakan membela orang murtad sedangkan mereka lupa Ambiga bertindak atas undang-undang yang diluluskan oleh Umno-BN sendiri.

“Ini adalah akibat apabila Umno yang merupakan parti tunjang di dalam BN tidak menjelaskan Islam yang sebenar sehinggakan selepas 54 tahun merdeka, MCA masih ‘terkapai-kapai’ dalam hendak memahami Islam.

“Agama hanya digunakan apabila ada kepentingan politik semata-mata. Islam hanya di bibir mereka bagi mengaburi mata rakyat kononnya merekalah pejuang agama,” katanya.

Oleh itu kata Mohd Firdaus, beliau menggesa Umno agar menasihati MCA untuk mengormati agama Islam.

“Jangan hanya kerana memenuhi kehendak politik sempit Umno tidak berani menegur rakan komponennya.

“Umno perlu jelaskan apakah nilai Islam sebenar serta larangan dalam Islam, jika benar Umno memperjuangkan agama Islam di negara ini dan ini berbeza dengan DAP yang amat-amat menghormati Islam sebagai agama rasmi negara,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.