Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


Sosialis itu adik komunis?

Posted on Thursday, July 14 @ 06:33:56 PDT by paktam

Temubual ANIS NAZRI DAN MOHD SHAFRI SHAMSUDDIN bersama Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr. Nasir Hashim, yang juga Adun Kota Damansara, di Mahkamah Jalan Duta, pada 6 Julai lalu.

HARAKAH:  Setelah berbelas tahun, PSM akhirnya berjaya didaftarkan sebagai sebuah parti politik yang sah dengan pelbagai cabaran.  Secara dasarnya, apakah agenda perjuangan part ini?

DR. NASIR:  Satunya, kita mahu memperkasakan rakyat dan dengan memperkasakan rakyat ini mereka dapat memperkasakan pemikiran mereka.   Saya memetik Surah al-Qasas yang membawa makna Allah merestui orang yang tertindas dan menjadikan mereka pemimpin bagi mewarisi dunia.

Bagi sosialis, rakyat ini sebagai pekerja.  Dan kebanyakan pekerja sering tertindas dan terpinggir.  Pekerja adalah tulang belakang negara, itu yang kita mahu bela.  Kalau dilihat kepada undang-undang negara ini, banyak yang memihak kepada majikan.  Sedangkan rakyat ini mempunyai hak mereka sendiri.

Pada kami, selain ayat al-Quran itu, PSM melihat mereka yang membangunkan negara dengan titik peluh, ramai di kalangan kita yang tidak menghormati mereka.  Sebab itu kita perjuangkan mereka, menjaga kebajikan mereka, tapi mereka golongan miskin yang ditindas, dipinggirkan.  Di tempat kerja, ditindas.  Dalam pembangunan, dipinggirkan.

PSM mahukan satu sistem ini berasaskan kemanusiaan, bukannya sistem keuntungan bisnes sebab apabila ekonomi keuntungan itu sudah menjadi pusat, kita menjadi robot, akan dikerah sehabisnya.  Tapi kalau sistem kemanusiaan, kita akan fikir adakah ia memberi manfaat kepada manusia, memberi keuntungan kepada manusia.

Pada kami, ini adalah sumber ilham kami kerana kami rasakan mereka boleh menentukan masa depan negara.  Sayangnya, kebanyakan masyarakat kita menganggap mereka ini, golongan miskin ini adalah liabiliti, bukan aset.  Kalau kita anggap mereka sebagai aset, kita berusaha untuk membaiki kedudukan mereka. Sebab kalau kita tengok golongan yang menetap di PPR, mereka ini tidak diberi layanan, hancur begitu sahaja.  Kalau kita anggap mereka aset, kita akan pupuk dia, kita akan 'train' mereka.  Mereka akan memperkayakan negara lagi.  Bila kita fikir mereka sebagai liabiliti, kita akan 'simpan' mereka sahaja.

PSM membela peneroka bandar, kilang dan ladang, pegawai yang ditindas pun kita bela.  Kalau majikan membuat aduandi balai polis, contohnya cepat sahaja selesai. Kalau berkaitan rakyat, ia akan menjadi lambat dengan pelbagai alasan.  Berlaku 'double standard'.  Inilah peranan PSM, kita mahu sedarkan rakyat bahawa merekalah yang membangunkan negara.

Bagi pandangan Dr, adakah sistem negara kita ini begitu banyak menindas para pekerja hingga menyebabkan PSM memperjuangkan nasib pekerja?

Di negara kita ini, yang makin kaya semakin kaya, yang miskin terus papa kedana.  Macam di revolusi perindustrian dulu, sampai ada yang mati kerana kerja lebih dari 16 jam.  Siapa yang nak bela?  Sistem di negara kita ini hanya mengekalkan kemiskinan.  Jurang antara yang kaya dengan miskin begitu jauh.  Kita mahu kembalikan harga diri pekerja itu.  

Caranya dengan memberi ilmu dan maklumat supaya mereka mendapat analisis keadaan bahawa merekalah penentu keadaan.   Bila harga diri sudah naik, mereka akan lebih proaktif.  Jika mereka buat sesuatu, mereka bersatu dan berjaya harga diri naik, sekaligus keyakinan diri naik.  Budaya kita ini menggunakan budaya pautan tapi ia hanya menghancurkan.  Sistem yang ada ini berunsurkan penindasan, bertuhankan keuntungan.  Ini yang sebab yang miskin, papa kedana, kaya terus kaya.  

Mungkin di negara kita, masih sukar untuk menerima PSM, khususnya orang Melayu.  Kemungkinan kerana PSM digambarkan sebagai komunis.  Apakah PSM benar-benar mengambil ideologi komunis ataupun ia hanyalah tanggapan salah rakyat?

Ada sejarah yang mengaitkan sosialis dengan komunis. Tapi di atas keadilan, di atas nama kebenaran kita perlu mempertikaikan sistem ini.  Sebagai seorang sosialis, kita lebih tajam menganalisis keadaan.  Kita tahu bagaimana kapitalis bergerak,  bagaimana mereka menindas.  Kita tahu siapa guna siapa.  Hendak disamakan dengan komunis, beza sangat banyak.  Sosialis bergerak dalam demokrasi pilihan raya, komunis mungkin bergerak dengan keganasan.  Yang mana baik, kita ambil dan kita ubah agar bersesuaian dengan keadaan negara kita.

Dulu kita pernah berbincang tentang penggunaan perkataan sosialis.  Kalau tidak pakai, orang akan kata sosialis pun tidak mahu pakai sosialis.  Kalau pakai, akan timbul risiko.  Akhirnya kita buat keputusan, kita pakai tapi kita buat kerja bagus. Biar orang menilai kita melalui kerja-kerja kita.  Tapi sebab ada kaitan jauhnya, orang menggunakan kita untuk dijadikan kambing hitam- cuba dikaitkan dengan Bersih 2.0.

Kita mahu keadilan supaya tiada penganiayaan, tiada belot-membelot.  Kami sudah berjuang beberapa tahun, kita tidak pernah menggunakan kekerasan, paling tidak pun ke jalan raya.  Kita guna dengan cara menyerahkan memorandum, tidak guna senjata.  Walaupun kita tidak senang, kita cuba.  Cerita komunis ini sudah lama sebenarnya.  Adat dalam perang memang ada yang kena bunuh.  Kita kena terima hakikat komunis pun kena bunuh, kita pun kena bunuh.  Cuma kita sudah dimomokkan sekian lama yang menunjukkan macam komunis sahaja yang membunuh.

Orang sosialis ini sebenarnya sangat spiritual, orang akan bertanya kenapa PSM selalu biarkan diri ditangkap untuk orang lain?  Tak susahkan diri?  Itu saya kata, sosialis ini begitu spiritual.  Semua sedar itu tugas kita.   Kita melihat masyarakat secara menyeluruh.  Tugas hidup kita untuk membaiki keadaan.  Ada yang tidak senang, dia berkuasa akhirnya kita jadi mangsa.  Orang kami masih kuat, walauditangkap.  Sebab apa?   Sebab mereka tiada kepentingan, tiada hendak mengejar harta.  Ini adalah tugas, ini sifat sosialis.

Bagi pandangan Dr. kenapa orang kaitkan sosialis ini dengan komunis?  Lebih-lebih lagi dengan penggunaan ikon-ikon seperti Rashid Maidin...

Kalau kita tengok sejarah, Rashid Maidin, Chin Peng, Abdullah CD, inilah pejuang tulen.  Bukan macam yang lain...itu tali barut British.  Mereka ini mahukan kemerdekaan yang sepenuhnya bukan separuh masak. 

Jadi bila British tidak senang, tali barut tidak senang mereka tuduh komunis.  Dia menjadi komunis sebab diasak, komunis pertahankan diri dia.  Dah kau buru dia, dia bertahanlah.  Siapa salah?Jadinya bagi pandangan Dr., PSM memang relevan di negara kita
Cukup relevan selagi ada penindasan, selagi itu sosialis akan wujud untuk keseimbangan agar dapat memperkasakan rakyat supaya mereka dapat pertahankan diri mereka.Setakat hari ini macamana penerimaan rakyat Malaysia terhadap PSM?

Di mana-mana kita berjuang, apabila berjaya mereka minta bendera kita, walaupun bukan ahli kita.  Sebenarnya kita tidak kejar ahli, kami mahu mereka datang apabila bersedia untuk berjuang.  Kami tidak mahu 100 masuk, 100 keluar.  Kekuatan itu wujud apabila kita ke lapangan berjumpa rakyat, supaya faham rakyat.  

Itulah sifat sosilis bukan lebih dari itu.  Selagi kita tidak kejar harta, kita tidak kisah.  Tapi kita rasa harga diri, berintegriti.  Kita berjuang tanpa gunakan kepentingan politik.  Orang pernah tanya, kau tolong orang apa kau dapat?  Saya cuma kata satu senyuman. Sebab kita tidak kejar apa-apa.  Kita hanya berjuang.

Kebanyakan anggota PSM terdiri daripada kalangan orang India, adakah orang melayu tidak sedar tentang perjuangan PSM?

Bukan tidak sedar...orang dulu pun banyak melayu menyertai PSM.  Tapi satu itu propaganda kuat, sosialis kononnya anti agama.  Selain itu, budaya pautan yang diwujudkan hingga mereka rasa kalau tiada kerajaan tolong mereka hancur.  Tapi hakikatnya kita tidak ada masalah.  Kita juga tidak mempunyai masalah dengan PAS.  

Malah kita baik dengan PAS.  Kalau dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu...selain kena tangkap bersama, beliau faham perjuangan kami.  Cuma propaganda dan sejarah yang sebenar tidak diketahui menyebabkan ramai yang beranggapan sosialis ini komunis, anti-agama dan sebagainya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.