Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Thursday, July 14, 2011

Anwar pengkhianat negara?



Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor memberitahu, kaedah yang digunakan pihak tersebut (BERSIH) dalam mewujudkan kekecohan merupakan pendekatan yang ditinggalkan komunis.


Sebenarnya.. pihak mana yang memulakan Provokasi dan pihak mana juga yang telah mengasari peserta perhimpunan? Peserta perhimpunan atau Pihak Berkuasa?

Adakah Anwar Ibrahim wajar disifatkan sebagai seorang pengkhianat negara kerana beliau berkata Malaysia sudah mendekati revolusi?

Adakah khianat jika kita menentang pihak yang bukan saja membiarkan rasuah berleluasa malah turut terlibat mengamalkannya?

Adakah kita pengkhianat negara jika kita menentang pihak yang memberikan kawasan milik negara kepada jiran begitu saja?

Siapa pengkhianat sebenarnya? pihak yang diberikan amanah tetapi tidak amanah atau pihak yang menentang pihak yang diberikan amanah tetapi tidak amanah itu?

Anwar pengkhianat negara
Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai seorang pengkhianat negara yang perlu dikenakan tindakan tegas.

Ini ekoran kenyataannya kepada media Indonesia bahawa Malaysia sudah mendekati revolusi selepas perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), pada Sabtu lalu.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kenyataan Anwar itu terang-terangan menunjukkan Ketua Pembangkang tersebut ingin melihat negara ini mengalami kehancuran dan huru-hara.

"Mengapa dia perlu berkata begitu (revolusi) sedangkan dia sendiri yang mengadakan perhimpunan haram Bersih. Ini jelas bahawa dia seorang pengkhianat negara.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan sepatutnya tidak teragak-agak lagi untuk mengambil tindakan tegas terhadap beliau yang ingin melihat negara ini huru-hara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Seorang lagi bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor memberitahu, kaedah yang digunakan pihak tersebut dalam mewujudkan kekecohan merupakan pendekatan yang ditinggalkan komunis.

Menurutnya, sejak 1960-an, perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan merupakan pendekatan yang diguna pakai oleh pihak komunis dan pengikutnya untuk menentang kerajaan.

"Dua pendekatan itu adalah Agitasi (agitation) propaganda dan Agitasi politik. Kedua-dua pendekatan ini juga digunakan oleh puak di Malaysia yang mahu jatuhkan kerajaan.

"Saya tidak mahu menyebut siapa yang menggunakan pendekatan ini, tetapi saya yakin individu itu pasti akan tahu siapa dirinya yang telah melakukan pengkhianatan terhadap negara," tegasnya.

Sementara itu, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Samsuri Arshad menganggap kenyataan Anwar sebagai satu mimpi yang hanya dirasai oleh beliau yang ingin menjadi pemimpin nombor satu di negara ini.

"Kenyataan itu adalah jalan pintas Anwar untuk mencapai cita-citanya tetapi rakyat Malaysia tidak bodoh untuk menghancurkan keamanan yang ada ketika ini.

"Sejak selepas merdeka, Malaysia melalui keamanan secara berterusan sehingga hari ini dan sistem pilihan raya yang ada untuk rakyat memilih kerajaan juga berjalan mengikut jadual," katanya yang juga Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia.

Bekas Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman pada tahun 1993, Datuk Zulkifli Abdul Rahman pula memberitahu, Anwar perlu dikenakan tindakan bagi menghentikan perbuatannya itu yang melampau.

"Pihak kerajaan juga perlu membuat kenyataan balas secepat mungkin dan memberitahu keadaan sebenar dalam negara. Beritahu bahawa negara kita masih aman dan damai serta kita tidak perlukan individu yang sering memburukkan Malaysia di mata negara lain," ujarnya.


Lidah Rasmi UMNO

1 orang berkata:

Melayu Kena Sokmo said...

Kalau mereka itu orang baik-baik dah tentu tak berpeluang dilantik sebagai Ketua Polis Negara. Menumbuk muka tahanan yang digari juga adalah perangai Komunis seperti yang Rahim Noor telah lakukan kepada Anwar di tahun 1998 (ingat selepas kena strok, dah nak bertaubat dan nak mampus, aikkk.. masih nak bersuara lagi). Cuba buat bancian di FB pendapat orang ramai , siapa kata bekas-bekas KPN ni baik atau sebaliknya. Rasanya sekurang-kurangnya 5 juta pengunjung akan kata mereka ini terlalu baik dan berbudi mulia mungkin setaraf malaikat kot... kah! kah! Kah!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.