Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

08 Ogos, 2011

Aishah Bercerai Melalui SMS



Penyanyi Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah yang suatu ketika dahulu cukup terkenal dengan lagu Janji Manismu telah bercerai buat kali ke-3, kali ini lebih ‘ringkas’ iaitu menerusi satu kiriman SMS oleh bekas suaminya, Faizal Sazali Zulkifli. 

Gambar: Aishah bersama Faizal. Menurut blog zonartis.com, berita perceraian Aishah dengan suaminya itu yang dinikahi di Narathiwat, Thailand pada 30 April tahun lalu sudah kedengaran sejak bulan lepas lagi. 
“Kini, belum pun selesai kes mahkamah disebabkan berkahwin di Narathiwat, Thailand itu, Aishah dengan Faizal akhirnya bercerai. Aishah mengesahkan yang Faizal ‘melafazkan’ cerai pada 19 Mei lalu dan ianya dibuat hanya melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS),

“Untuk yang mungkin masih tak tahu, Aishah telah bernikah dengan Faizal pada 30 April 2010. Pernikahan pula dilangsungkan secara diam-diam di Narathiwat, Thailand. Kerana itu tidak ramai yang tahu mengenai pernikahan kali ketiganya ini sehinggalah Aishah tampil membuat kenyataan,” kata blog berkenaan.

Sebelum ini, ada laporan yang menyatakan bahawa perkenalan Aishah dengan Faizal hanya berlangsung dalam tempoh seminggu dengan berkenalan ketika Faizal sedang menguruskan hal penceraiannya.

Aishah menganggap jodohnya dengan Faizal sebagai jodoh ekspress kerana sudah menjadi ketentuan. Dia terima Faizal dengan baik dan berharap akan mendapat bimbingan dari Faizal. Faizal adalah duda beranak enam.

Aishah yang berasal dari Negeri Sembilan dan pernah menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand pernah meraih banyak anugerah dalam kerjaya seninya antaranya Artis Paling Popular Anugerah Bintang Popular 1990, Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular 1990, Pemenang Juara Lagu 1990 – Janji Manismu, Pemenang Juara Lagu 1995 – Cinta Beralih Arah dan Vokal Wanita Terbaik Anugerah Industri Muzik 1995.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.