Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADA TANGAN GHAIB YANG JADI HANTU



PAS Selangor: Keselamatan dan kedaulatan negara yang terancam

Mohd Khairuddin Othman | Aug 03, 2011 05:55:27 pm

 
PAS Selangor menyertai proses bantahan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku kedua tahun 2011 seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang.  Proses bantahan ini telah tamat pada 2 Julai 2011.

Sepanjang proses bantahan tersebut, PAS Selangor telah mendaftar bantahan sebanyak 1,860 bantahan kepada Suruhanjaya Pilihanraya Selangor atas pelbagai alasan.

Sepanjang proses bantahan tersebut, PAS Selangor mendapati beberapa perkara penting yang dianggap sebagai mengancam keselamatan dan kedaulatan negara, di antaranya:-

1. Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) tersebut telah dengan sengaja tidak disertakan alamat lengkap pengundi.  Ini menyukarkan jentera pilihanraya PAS untuk mengesan lokasi mereka-mereka yang mendaftarkan diri sebagai pengundi baru;

2. Rang Daftar Pemilih Tambahan telah disalah-gunakan oleh pihak tertentu untuk membawa masuk pengundi-pengundi yang jelas tidak berkelayakan sebagai pengundi di Negeri Selangor.

3. Dalam masa yang sama, SPR juga telah gagal memasukkan nama-nama pengundi yang berkelayakan di dalam RDPT.  Kebanyakannya adalah pengundi Cina.

4. Pada 1 Julai 2011, Jabatan Pilhanraya PAS Selangor telah mengenal pasti ramai nama yang ddaftarkan di dalam RDPT adalah mereka yang masih memegang kad pengenalan Penduduk Tetap (kad pengenalan merah).

Berikut adalah antara 610 nama yang telah dikesan yang memiliki kad pengenalan merah.  Antara DUN yang dikenal pasti adalah seperti berikut :-

4.1  DUN Paya Jaras:  225 pengundi kad pengenalan merah
4.2  DUN Semenyeh:  261 pengundi kad pengenalan merah
4.3   DUN Dusun Tua:  49 pengundi kad pengenalan merah
4.4   DUN Kajang:  140 pengundi kad pengenalan merah

Untuk kepastian, PAS Selangor telah merujuk kepada laman rasmi Jabatan Pendaftaran Negara untuk rekod. Dikhuwatiri jumlah tersebut akan bertambah.

PAS Selangor mempunyai bukti (cetakan) bahawa nama-nama mereka yang di klasifikasikan sebagai Penduduk Tetap yang dicetak (dari laman web Jabatan Pendaftaran Negara) sebagai kad pengenalan berwarna merah.

Pada 2 Julai 2011, jam 3 petang, Jabatan Pilihanraya PAS Selangor sangat terkejut apabila mendapati (di laman web JPN) rekod kerakyatan mereka-mereka yang dikenal pasti (sebagai merah) telah dengan tiba-tiba bertukar menjadi Warganegara dan bertukar kepada warna biru.

Bagaimana ia boleh berlaku?  Bukankah JPN memerlukan cap jari seseorang itu sebelum menyerahkan kad pengenalan atau apa-apa dokumen yang diserahkan kepada pemohon?

6. PAS Selangor juga mempunyai bukti yang menunjukkan bagaimana seorang berbangsa Indonesia yang dilahirkan pada tahun 1984 (berumur 27 tahun), telah dikatakan memiliki kad pengenalan warganegara yang membawa kod 71 (penduduk tetap kelahiran luar negara).

Jika sekiranya ia dilahirkan di Malaysia, maka sudah tentu kod yang di nyatakan pada kad pengenalan tersebut adalah kod negeri kelahiran.  Jika benar ia diilahirkan di luar Malaysia, mengapa orang ini memiliki keistimewaan sehingga ia memiliki kad pengenalan biru di usia seawal 27 tahun?

7. Perkara yang ditemui ini sangat membimbangkan kerana ia jelas merupakan tindakan penipuan oleh mereka yang mempunyai akses kepada rekod di Jabatan Pendaftaran Negara.

8. PAS Selangor mempunyai bukti jelas dalam bentuk cetakan, keadaan status kerakyatan sebelum dan selepas pertukaran di lama web JPN, yang diubah di dalam tempoh tidak sampai 24 jam.

9. PAS Selangor menyatakan bahawa ini adalah isu keselamatan negara yang mesti di jawab oleh Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri kepada rakyat yang mula bimbang dengan keadaan ini.

10. PAS Selangor desak agar di wujudkan satu Suruhanjaya Di Raja yang bebas.  PAS Selangor tidak mahu suatu Suruhanjaya itu diragui oleh rakyat Malaysia apa lagi ia melibatkan isu keselamatan dan kedaulatan Negara.

11. PAS Selangor desak agar mereka yang terlibat dalam kerja yang mengancam keselamatan Negara didedahkan dan diambil tindakan undang-undang.

12. PAS Selangor menyatakan bahawa perkara ini telah menghakis keyakinan rakyat terhadap proses pilihanraya di Malaysia khususnya Daftar Pemilih Induk (DPI) yang akan digunakan dalam Pilihanraya kelak.  Justeru itu PAS Selangor mendesak agar penggunaan "dakwat kekal" dikuatkuasakan dengan serta merta tanpa berdolak dalih lagi.

Kesemua hal ini mesti dijelaskan kepada rakyat sebelum berlakunya Pilihanraya Umum ke-13.

*Kenyataan media oleh Mohd Khairuddin Hj Othman selaku Setiausaha PAS Selangor.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.